Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Saturday, 10 November 2012

"Durian Runtuh" Di Syria...


Buah-buah durian ada yang dah berguguran...hujung tahun dan awal tahun, durian runtuh lagi...usah lupa 'pelantingkan' sikit nilai berbakul-bakul buah durian tu kepada saudara-saudara kita di syria ya...

Salam tuan/puan rakan-rakan yg dikasihi,

SALAM SYRIA, adalah salah satu daripada entiti di bawah Jawatankuasa Pembelaan Ummah, Pertubuhan IKRAM MALAYSIA (IKRAM) yang cakne kepada isu dan kemelut yang berlaku di Syria ingin mengajak tuan puan untuk berkorban sedikit daripada harta yang Allah berikan untuk membantu saudara Islam kita di Syria.

IKRAM juga adalah anggota kepada gabungan 30 buah NGO yang telah bersama-sama berada di dalam GSS (Gabungan Selamatkan Syria) dan berusaha kearah meringankan penderitaan rakyat Syria.

Di saat saya sedang menulis email ini kepada tuan/puan, anak-anak kecil, orang tua, wanita, lelaki dan pelbagai lapisan masyarakat di Syria sekarang ini di ambang maut dibawah kezaliman rejim Basyar Al-Assad. Mereka disembelih, dipotong tangan dan kaki, diculik dan dirogol, dizalimi dengan pelbagai cara hanya di sebabkan keinginan mereka untuk bebas daripada pemerintahan zalim selama 40 tahun.

No comments: