Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Wednesday 31 December 2014

Piawaian...







Piawaian dunia tidak sama dengan piawaian akhirat. Untung dunia juga tidak sama dengan untung akhirat. Kaya di dunia, tidak sama dengan kaya di akhirat. Di dunia, kita dinilai dengan apa yang dapat dilihat dengan mata kasar. Kehilangan harta benda dan orang tersayang sebagai kerugian...tetapi sebenarnya jika rakus mengejar kekayaan dan tidak akan pernah puas itu sebenarnya orang miskin...sabar & redha dengan ketetapan Allah di samping teruskan usaha kita untuk meraih keredhaan-Nya, keberkatan kehidupan dengan memiliki sifat qana'ah sebenarnya mereka yang kaya dan beruntung.

"Kekayaan itu bukan dengan harta yang banyak. Tapi kekayaan ialah kekayaan hati" [Hadis riwayat Al Bukhari]

"Demi Allah, aku tidak peduli dengan banyaknya kemungkaran dan dosa. Yang paling aku takutkan ialah keakraban hati dengan kemungkaran dan dosa. Sebab, jika sesuatu dikerjakan dengan rutin, maka jiwa menjadi akrab dengannya dan jiwa telah akrab dengan sesuatu maka jiwa jarang tidak terpengaruh dengannya" [Abu Al Hasan Az Zayyat]

"Zuhud yang sebenar ialah memahami hakikat dunia, lalu meletakkan dunia di tangan, bukan di hati, agar kita tidak sedih ketika gagal mendapatkan sesuatu di dunia ini" [Sheikh Abdul Hamid Al-BilAli]

"True beauty grows with age. The more you grow, the more love you can contain. With time, you begin to know yourself; and in that knowledge, you finally discover what you actually want. What you've always needed.
No book can teach you that. Only life can." [Yasmin Mogahed]


Mari sama-sama saling memperingati dan membantu sesama kita menurut kemampuan dan keupayaan.

Selamat tahun baru, 2015.

Allahu 'alam.

Friday 5 December 2014

Harapan Dan Terus Mengharap....





ADAKAH KITA AKAN MATI DALAM KEADAAN BERIMAN?

Walaupun kita hidup sekarang ini dalam keadaan beriman dan mematuhi segala perintah Allah S.W.T, tetapi yang menentukan kita mati beriman atau mati kafir ialah di penghujung hidup kita, saat itulah yang dinilai oleh Allah S.W.T.

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda:
"Demi Allah, dan tiada Tuhan yang lain daripadanya, bahawa sesungguh salah seorang kamu yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada lagi di antaranya dengan syurga kecuali sehasta sahaja lagi, mana telah terdahulu atasnya suratan (takdir) Allah, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ketika itu ia mati, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya seseorang itu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada di antaranya dengan neraka kecuali sejengkal, maka terdahulu atasnya takdir (ia mati dalam iman) lalu beramallah ia akan amalan ahli syurga, ketika itu ia mati, maka matinya beriman dan masuklah ia ke dalam syurga".
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa kita tidak boleh menentukan yang kita akan mati beriman atau mati kafir. Segala-galanya telah ditakdirkan. Cuma kita berhak mengharap rahmat dan taufiq daripada Allah S.W.T.

Inilah yang amat dikhuatiri sekali oleh orang-orang yang soleh. Setiap masa mereka merintih memohon dan mengharapkan `Rahmat' daripada Allah S.W.T.
Kerana yang menentukan dan berhak meletakkan kita sama ada di dalam neraka atau syurga atau memasukkan seseorang yang derhaka ke dalam neraka adalah harus bagi Allah S.W.T, bukan wajib bagiNya. Demikian sebaliknya.

Apa yang menjadi tugas kita, selain daripada selaku hamba Allah melaksanakan tanggungjawab dan meletakkan `harapan baik' terhadap Allah S.W.T, kita juga hendaklah selalu berdoa agar Allah S.W.T mematikan kita dalam beriman dan jangan matikan kita dalam kafir.


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang rida Dan diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku" (surah Al Fajr: 27-30)

Allahu 'alam...