Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Monday 17 May 2010

Kau umpama kaktus...

Begitulah kata-kata yang tertera pada sekeping kertas yang disemat pada pasu sebuah pohon kaktus kecil pada hari guru, lebih lima tahun yang lepas. Ketika itu, Maktab Perguruan Ipoh, Hulu Kinta sibuk berpesta dengan pelbagai acara dan jualan bersempena sambutan Hari Guru. Saya hanya mampu tersenyum simpul setelah menerima hadiah istimewa daripada pengirim misteri tersebut.

Geli hati saya...bagai di geletek bertubi-tubi. Tertunai juga hasrat pengirim misteri itu untuk menyampaikan mesej nya, hanya dia sahaja yang mengetahui maksud tersirat di sebalik "hadiah" pohon kaktus itu. Kemungkinan besar ialah saya seorang yang sukar didekati, berpotensi untuk menyakiti sesiapa sahaja yang mendekati, simbolik berdasarkan anatomi pohon kaktus yang daunnya berbentuk duri.Jika di pandang dari aspek yang positif pula, kaktus merupakan pohon yang unik, tersendiri, mandiri(independent), kental, lasak dalam pelbagai cuaca dan keadaan yang ekstrim, hidup subur jika terbiar tanpa perhatian serta terdedah kepada cuaca panas terik. Hanya yang bijaksana dan berani sahaja yang tertarik, menggunakan strategi supaya tidak terluka apabila mendekati dan menyentuh pohon kaktus. Jika tidak, biarkan dia menghiasi ruang dengan bunga-bunga yang keluar seketika, bermanfaat kepada pemiliknya, sebagai pagar keselamatan berduri.

Pohon kaktus yang "dihadiahkan" kepada saya itu, akhirnya mati. Mungkin kerana terlalu dimanja, ditatang bagai barang berharga, dan diberi sepenuh perhatian agaknya. Hakikatnya, saya memang gemar kepada kaktus kerana pohon kaktus memerlukan selenggaraan yang rendah dan minimum (low and minimum maintenance), tidak perlu sangat dibaja, hanya lembabkan nya dengan air sekali dalam seminggu. Sudah tentulah pohon kaktus amat sesuai untuk individu berkerjaya seperti saya yang sering kali "outstation" di zaman itu. Zaman kita bermewah-mewah dan "ehwah-ehwah".

Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Setiap kejadian Nya mempunyai manfaat tersendiri.
Golongan yang paling banyak peluang menjana kebaikan dan bermanfaat kepada masyarakat ialah golongan pendidik / guru. Walaupun ramai yang merungut, "core business" guru sedikit sebanyak terhakis kerana terbeban dengan tugas-tugas pengkeranian, "clerical work", pada masa kini, namun keperwiraan seorang pendidik tetap terserlah, terbit dari keikhlasan menjalankan tanggungjawab membina generasi dan pewaris soleh wa musleh (baik dan membaikkan) di masa hadapan, insyaAllah.

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka" (Ali-Imran:190-191)

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan dia
mengerjakan amalan soleh sambil berkata ‘Sesungguhnya, aku adalah daripada kalangan orang
Islam.’ ” (Surah Fussilat:33)

“Amalan yang paling dikasihi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan sekalipun
sedikit.” (Hadits Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

“ (Pahala) orang yang menunjuk kepada kebaikan itu sepertilah (pahala) orang yang
melakukannya.” (Hadits Riwayat Al-Baihaqi, dinilai sahih)

Dalam satu hadis lain dinyatakan bahawa salah satu daripada tiga ‘amalan yang
akan berkekalan pahalanya hingga hari kiamat ialah ‘ilmu yang bermanfaat yang diajarkan
kepada orang lain.

“Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan” (Al-A'raf:196)

Allahu 'alam. Selamat Hari Guru 2010 kepada semua warga pendidik (formal atau tidak formal)...