Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Thursday 26 April 2012

Beruk di Hutan...

Hidup dan bekerjalah untuk meraih keredhaan Nya semata-mata...sentiasa memperbetulkan niat dalam setiap langkah & tindakan...sebab itu dalam Islam setiap pergerakan didahului dengan doa...supaya Allah sentiasa di hati...Allahu a'lam
Perkongsian daripada Prof. Madya. Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus: Setiap hembusan nafas diiringi dengan amal yang akan dicatit. Setiap yang tercatit itu akan dipersembahkan semula untuk dihisab. Gurauan kita akan dihisab dan dihitung. Semoga ia dikira ibadah. Percakapan kita akan dihisab dan dihitung. Semoga semuanya bermanfaat dan dikira ibadah. Gerak mata kita, pendengaran telinga akan dihisab dan dihitung. Semoga keduanya dikira ibadah, walau dia bergerak sangat pantas. Tekad hati kita yang bermula hanya dengan lintasan sahaja akan dihisab dan dihitung. Semoga semua tekad dan amal hati kita dikira ibadah. Kerjaya, cari makan, bersama keluarga, keperluan bersosial akan dihisab dan dihitung. Semoga ia dikira ibadah. Dakwah, tarbiah, aktivism, siri-siri mesyuarat dan jihad yang kita buru setiap hari untuk membawa kepada mati syahid, akan dihisab dan dihitung. Semoga ia diterima Allah… Tiada pilihan lain, melainkan: 1. Mohon Allah bagi petunjuk untuk kita betul dan tingkatkan amalan 2. Mohon diampunkan segala kekurangan, ketidaksempurnaan malah pelanggaran 3. Mohon dilipatkaligandakan pahala amalan, kerana kita ke syurga bukan kerana catitan amalan baik kita yang sedikit itu, tetapi belas dan rahmat Ilahi jua….

Thursday 19 April 2012

Usah Bersangka Sangka kan ....

Peringatan untuk kita bahawa syarat-syarat taubat nasuha iaitu taubat yang bersunggung-sungguh...1)berazam untuk tidak mengulangi dosa/kesilapan tersebut lagi, 2)menyesali dan berduka di dalam hati akan perbuatan dosa yang dilakukan, 3)bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan kerana Allah semata-mata, 4)jika berdosa melakukan kesalahan dengan manusia lain, wajib mohon maaf kepadanya atau jika meminjam barangnya, wajib dipulangkan barang tersebut...Allahu a'lam

Tuesday 17 April 2012

Sesegar Hari Ini...


Wednesday 11 April 2012

Saat Kematian Yang Menerjah...

Salam takziah kepada keluarga dua orang sahabat yang dikasihi, Allahyarham Roslina Rozaly (10 April 2012) dan Allahyarham Ilmiah Ibrahim (11 April 2012) yang telah pulang ke rahmatullah. Semoga Allah ampuni segala dosa mereka, mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan roh mereka bersama roh para solihin, siddiqin dan syuhada', ameen.

"...Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! “Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia “Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “ [Al Fajr: 27 -30]



Allahyarham Roslina Rozaly @ Fatimah bersama keluarga.


“Sesungguhnya hamba Allah yang mukmin (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, putih bersih muka mereka, seolah-olah matahari, dengan membawa bersama mereka kain-kain kapan dari syurga, dan haruman yang ada di syurga, sehingga mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang. Kemudian datang Malakulmaut a.s lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: “Wahai jiwa yang baik! Keluarlah engkau menuju ke tempat keampunan dan keredhaan Allah”. Baginda s.a.w bersabda lagi: “Kemudian roh orang itu keluar – mengalir seperti mengalirnya setitik air dari mulut bekas air (yang terbuat dari kulit kambing), lalu Malakul maut mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya ditangan Malakul maut walau sekelip mata sekalipun lalu mereka mengambilnya kemudian meletakkannya di dalam kain kapan dan haruman tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang harumnya seperti haruman kasturi yang terdapat di atas muka bumi.” Baginda s.a.w bersabda lagi: “Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu berkata: “Roh yang baik ini roh siapa?” Mereka menjawab: “Roh si fulan anak si fulan’ (dengan menyebutkan sebaik-baik namanya yang biasa mereka menamakannya dengan nama-nama itu di dunia), (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama; setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, lalu dibukakan pintu untuk mereka; kemudian Malaikat-malaikat yang berkedudukan istimewa di sisi Tuhan dari penduduk tiap-tiap langit menghantar roh itu beramai-ramai hingga ke langit yang berikutnya, sehinggalah mereka berhenti membawanya di langit yang ketujuh. Setelah itu Allah ‘Azza wa Jalla berfirman kepada Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu): “Simpanlah suratan amal hambaKu ini dalam ‘illiyyin (tempat simpanan surat amal orang-orang yang berbakti) dan bawalah dia balik ke bumi, kerana sesungguhnya Aku telah menciptakan manusia dari bumi, dan ke bumi juga Aku kembalikan mereka, serta dari bumi pula Aku keluarkan mereka sekali lagi”....[Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud]

Monday 9 April 2012

Rakyat Syria & Somalia Sedang Sengsara...Jom Zahirkan Bantuan...


Dari Amir bin Saad dari bapanya RA katanya: Pada suatu hari Rasululah SAW datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu'awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda. Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda: Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.





Saturday 7 April 2012

Tak Kan Surut Walau Selangkah...

Tak kan surut walau selangkah...tak kan henti walau sejenak dalam melakukan melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran...

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” [Yusuf: 108]

Friday 6 April 2012

Shoutul Harokah Di Ipoh...Moh Le!

Usah lepaskan peluang...tak dapat bersama "Global Marched To Jerusalem" di Stadium Malawati...Di Dewan INTIM pun boleh lagi...jom sokong & dokong perjuangan rakyat palestine dengan Shoutul Harokah!




Monday 2 April 2012