Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Sunday 29 June 2008

Senjata kita...Kekuatan kita...Pedoman kita

Salam sejahtera para pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Didoakan sihat dan 'afiat.

Pada hari jumaat, 27 Jun 2008 yang lepas, saya meraikan hari persaraan seorang rakan pensyarah dan juga merupakan salah seorang mentor saya di dewan Perdana, Hotel Seri Malaysia. Tiga jam sebelum itu, majlis "send off" di adakan di dewan Seri Melati, oleh warga Institut Perguruan Ipoh, Perak. Ramai pensyarah yang tidak hadir kerana "urusan rasmi". Kedengaran deringan telefon bertalu-talu semasa majlis berlangsung, mungkin kerana ketidakpekaan hadirin atau satu tanda protes terhadap beliau oleh golongan tertentu. Wanita berusia 56 tahun itu bukanlah seorang yang popular di kalangan staf akademik kerana sikapnya yang tegas, berprinsip, mempunyai etika kerja yang "ketat" dan dalam banyak hal tidak memudahkan urusan banyak pihak. Saya juga merupakan salah seorang daripada mereka yang tidak setuju dengan tindakan tertentu beliau. Namun demikian, beliau tidak menghiraukan semua cemuhan manusia dan terus menjalankan tugas dengan dedikasi serta mengharungi segala risiko.
Kesedaran beliau akan tanggungjawab kepimpinan dan akan dipersoalkan kelak sebagai seorang ketua jawatan serta rakan "senior", melaksanakan amar ma'aruf dan nahi mungkar tidak pernah beliau abaikan. Justeru itu beliau dilabel sebagai seorang yang "rigid" dan "menyusahkan" orang lain. Di sebalik semua tanggapan itu, beliau seorang yang berhati mulia, bermurah hati dengan menghulurkan sumbangan kewangan dalam program-program kebajikan dan tidak lokek kasih sayang kepada rakan-rakan yang memberi peluang serta ruang kepadanya. Saya menjangkakan keadaan yang lebih buruk akan berlaku berdasarkan maklumat yang saya terima daripada perbualan secara langsung dengan sebahagian pihak. Alhamdulilah, majlis yang dijangka akan "cacat" itu, diakhiri dengan kebaikan yang melimpah ruah, meninggalkan kenangan yang indah dan pengunduran seorang yang berjasa dengan cara terhormat sekali...semata-mata kerana amalan keramat...keikhlasan...

Ikhlas merupakan rahsia kekuatan jiwa, mental dan fizikal kita. Senjata untuk memerangi pujuk rayu syaitan durjana dan kuncu-kuncunya yang sentiasa memerangi orang mukmin di setiap penjuru dan ketika. Ikhlas telah terbukti menjadi benteng dari segala jenis kejahatan. Ini diperakui sendiri oleh iblis yang diceritakan dalam kitab suci Al Qur'an dalam surah Shad: 79 - 83 yang bermaksud:

"Iblis berkata, 'Ya Tuhanku, bertangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan'. Allah berfirman, 'sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat)'. Iblis menjawab, 'Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka'. "

Amalan yang ikhlas ini hanya urusan kita dengan Allah sahaja...syaitan tidak tahu, para malaikat pun terkecuali untuk menilainya...hebatnya keikhlasan ini. Tanpa keikhlasan...betapa besar sekali amalan kita itu tidak akan dikira. Oleh itu, syaitan dan para pengikutnya akan berusaha sekeras mungkin untuk memesongkan niat ikhlas kita pada awal tindakan kita agar segala kerja buat itu akan menjadi sia-sia ...maka datanglah unsur-unsur riya' pula...

Ustaz Amru Khalid, seorang imam masjid Asy Sheikh Mahmud Khalil Al Hashry, Cairo, mengupas tentang pengurusan qalbu ala mesir dalam siri khutbah beliau dalam buku "Hati Sebening Mata Air" menyatakan bahawa beramal kerana manusia adalah riya' dan meninggalkan amal soleh kerana manusia juga riya'

Sebagai panduan untuk kita memeriksa setiap amalan kita agar tidak tersasar daripada landasan yang ditetapkan Allah dan meraih ganjaranNya. Beliau telah mengutarakan lima tanda-tanda ikhlas seperti berikut:

1) Selalu waspada terhadap diri sendiri dan menganggap selalu kekurangan.
2) Tidak "mengemis" pujian dari manusia. (Tidak minta dipuji dan tidak marah jika tidak dipuji)
3) Jangan berubah meskipun manusia berbuat kerusakan.
4) Jadikanlah niat sebagai "poros" hidup kita.
(Semua amal perbuatan harus sesuai dengan niat kita)
5) Kita menyembunyikan amal kebaikan, kecuali agar diteladani manusia.
( tetap harus memiliki amalan yang kita sembunyikan hingga tidak diketahui manusia, dan
menjadi rahsia kita dengan Allah, s.w.t.)

Semoga perkongsian yang sedikit ini, bermanfaat serta menjadi amalan harian kita. Allahu 'alam.

Saturday 28 June 2008

Kita tinggalkan Zaman Fitnah...Ayuhlah ...Mari Kita Membina Ukhuwwah...Dunia Baru Islam..
Salamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,Para pembaca yang dikasihi serta dirahmati Allah sekalian,Kita tidak boleh meng'aibkan orang lain seperti yang Allah firmankan dalam surah Hujarat dan banyak lagi hadis-hadis yang muktabar yang turut mengajak kita supaya saling mengasihi saudara kita serta saranan-saranan / formula untuk memelihara hubungan sesama saudara seislam khasnya. Sehinggakan saudara yang menzalimi kita turut berhak kepada kasih sayang kita.Saya suka untuk menarik perhatian anda sekalian. Walau apa keadaan sekali pun, ketetapan Allah tetap kekal hingga hari kiamat..tiada pertikaian lagi....misalnya, jika sesuatu itu haram...maka walau apa cara sekali pun kita hujjahkan untuk menghalalkannya ia tetap haram...Tugas kita sebagai hamba tetap dipertanggungjawab ke atas kita tanpa mengira status / kedudukan kita, kaya / miskinnya kita atau baik/ buruknya paras rupa kita.Tanggungjawab kita dalam menyuruh orang sekeliling kita, di kalangan keluarga kita, para sahabat dan kenalan kita kepada ma'aruf (kebaikan) dan seiring dengan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan) juga tidak boleh sama sekali kita abaikan. Kedua-dua perkara ini tidak boleh dipisahkan. Ia perlu berlaku seiring jika tidak akan berlaku kepincangan dalam sistem keluarga / masyarakat / organisasi etc etc. Ia (dengan berusaha melaksanakannya) menjadi petanda hati kita masih "hidup" dan perlaksanaannya merupakan suatu tindakan untuk memastikan penyucian hati secara berterusan serta juga ukuran tahap rapatnya hubungan kita dengan Pencipta kita. Pendekatan perlakuan kedua-dua perbuatan tadi bergantung kepada darjah keimanan dan kemampuan kita masing-masing. Hanya Allah lah penilai yang mutlak ke atas segala kerja buat kita. Cuba renungkan maksud firman Allah yang berikut:" Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'aruf dan mencegah dari yang mungkar..."(Surah At-Taubah: 71)"Orang-orang munafik, lelaki dan perempuan, sebahagian dengan sebahagian dengan lain adalah sama. Mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang yang ma'aruf"(Surah At-Taubah: 67)"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'aruf dan beriman kepada Allah"(Surah Ali Imran:110)Renungkan juga mafhum hadis Rasulullah s.a.w."Apabila kamu melihat sesuatu kemungkaran hendaklah kamu cegah menggunakan tangan (kekuasaan), jika tidak berdaya, cegahlah dengan lisan(nasihat). Jika masih tidak mampu bencilah di dalam hati, yang demikian itu adalah selemah-lemah imam"Makna kata jika kita melihat kemungkaran dan kita tidak reda, itulah selemah-lemah iman. Jika masih tidak merasakan apa-apa dengan melihatnya, hati kita sudah tidak sensitif lagi...zero iman..wanauzubillahiminzalik.Tegasnya, kita perlu memperingatkan diri kita tentang tanggungjawab kita dengan "memelihara" batas-batas yang Allah tetapkan. Kita perlu terus berusaha menasihati orang-orang di sekeliling kita menurut kemampuan kita, bagi menjamin kesejahteraan hidup bersama dan keharmonian hubungan sesama manusia.Jika dengan memperkatakan perilaku atau perbuatan seseorang atau sekelompok manusia untuk tujuan mendidik dan memperbaiki ( menyelesaikan sesuatu masalah) melalui pendekatan tertentu lagi sesuai, maka dibolehkan berbuat demikian. Tetapi jika memperkatakannya untuk saja-saja / suka-suka/ seronok-seronok / tanpa tujuan untuk merubahkan keadaan...ia nya dilarang sama sekali ... takut kita terjebak dalam jurang kemaksiatan dengan mengundang kemurkaan Allah hasil daripada mengumpat / meng'aibkan saudara kita....Wanauzubillahiminzalik.Kita tidak boleh memandang sepi sesuatu keburukan berlaku di hadapan kita dengan alasan menutup atau memelihara 'aib orang lain. Jika perlu...kita adukan kepada pihak berwajib jika kita sudah tidak mampu menasihatnya lagi atau tidak mampu menegurnya. Setelah semuanya kita lakukan ( tegur secara peribadi, mengajukan hal kepada pihak berwajib)...keadaan masih tidak berubah, maka serahkan kepada Allah yang menilai dan menentukan sebab bukan tugas kita untuk menjadi "penjaga" nya kerana Allah lah sebaik-baik pemelihara. Di samping itu, kita tidak harus putus asa untuk sentiasa mendoakan dirinya. Jadikan amalan kita untuk sentiasa mendoakan semua yang ahli keluarga, sahabat dan kenalan kita agar sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah Allah.Sebagai insan, kita juga sering melakukan kesilapan...tidak pernah sunyi melakukan kesalahan...sebab itu kita perlukan sahabat yang menegur dan menasihati kita. Ucaplah terima kasih kepada mereka kerana menegur kita atas dasar kasih sayang.Allahu 'alam. Apa yang baik itu adalah dari Allah. Segala kekurangan itu adalah dari kelemahan diri saya, saya memohon ampun kepadaNya. Marilah sama kita hayati "roh" surah Al Asr dalam kehidupan harian kita:" Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" Ayuh kita mengatur langkah, jangan berlengah lagi...!