Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Sunday 28 July 2013

Kami Mengecam Sekeras-Kerasnya...





[Kenyataan Media Kecam Pembunuhan Di Mesir]

HENTIKAN PERTUMPAHAN DARAH, KEMBALIKAN MORSI SEBAGAI PRESIDEN MESIR YANG SAH

Kami yang mewakili organisasi-organisasi di Malaysia, amat mengambil berat terhadap perkembangan terkini melibatkan krisis politik di Mesir.

Kami mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan lebih dari 300 orang penyokong Morsi dan ahli Ikhwan Muslimin di dalam perhimpunan aman di beberapa tempat di Mesir semalam.

Ketua tentera Jeneral Abdul Fattah al-Sisi, tentera dan Kerajaan Haram Sementara mesti dipertanggungjawab. Tugas pihak tentera adalah untuk menjaga keselamatan rakyat dan bukan membunuh mereka.

KAMI menyeru kerajaan Malaysia menggunakan seluruh pengaruh politik dan diplomatik untuk memberi tekanan kepada pihak tentera Mesir untuk menghentikan pembunuhan dan kekejaman terhadap penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman yang menuntut hak demokrasi mereka.

KAMI juga meminta kerajaan Malaysia mempengaruhi Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) agar mengkaji semula keahlian Mesir dalam OIC jika tentera enggan untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai dan Presiden yang sah dan dipilih secara demokratik di Mesi dikembalikan ke kedudukannya yang asal.


Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad
Jurucakap organisasi-organisasi
merangkap Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
28 Julai 2013

Turut menyokong:

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA)
IKRAM SiswaWanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
WIRDA
Interactive Muslimah Association (IMAN)
Muslimah Interest Zone and Networking (MIZAN)
Pertubuhan Mawaddah Malaysia (MAWADDAH)
HALUANITA

Sumber : IKRAM Malaysia

Saturday 27 July 2013

Bumi Syam...









Bumi syam@syria...bumi anbiya'...bumi para sahabiah...tempat manusia akan dihimpunkan di hari kiamat kelak...rakyatnya perlukan pembelaan kita, bermunajat dan doakan untuk mereka, sertakan bantuan kewangan menurut keupayaan untuk mereka...





sudah sampai & diterima, alhamdulillah...teruskan sumbangan anda...

Friday 26 July 2013

"Di Jalan Allah Kami Hidup Dan Kami Mati"



Di Jalan Allah kami hidup dan kami mati.
'Hidup dalam Kemuliaan atau mati dalam kesetiaan'













Thursday 18 July 2013

Saudara Baru, Amanah Bersama...

Dakwah Non Muslim...





A Life of Passion, Commitment and Hard Work: Professor Jackie Ying

Jackie Y. Ying is someone whose life defies expectations and stereotypes at every turn. In the largely male-dominated field of scientific research with few prominent Asians or Muslims, Professor Ying is a female, Chinese-Muslim whose work in the field of nanotechnology has earned her accolade after accolade throughout her career, earning her the position of Executive Director of the Institute and Bioengineering and Nanotechnology (IBN) under Singapore’s Agency for Science, Technology and Research (A*Star) in 2003 and a spot in the list of the 500 Most Influential Muslims, published annually by Jordan’s Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC).

Her Work and Achievements

At age 36, Professor Ying became the youngest full Professor at the Massachusetts Institute of Technology (MIT), and two years later became the youngest member of the German Academy of Sciences Leopoldina, the world’s oldest academy for medicine and natural sciences. In 2008, she earned a place as one of only eight women in a list of 100 Engineers of the Modern Era, compiled by the American Institute of Chemical Engineers, honouring individuals who have made significant contributions to the field of engineering.

In 2003, she was handpicked by Philip Yeo, then Chairman of A*Star, to head the newly-formed IBN, where she still serves as Executive-Director. Her laboratory’s research in the field of nanotechnology has applications in biomedical sciences and the environment among others, with research including the creation of an artificial kidney, advanced solar cells and carbon sequestration. Professor Ying is also the Editor-in-Chief of Nano Today, a journal ranked 2nd in the Institute for Scientific Information’s (ISI) Nanoscience and Nanotechnology.

Professor Ying has 290 articles and 120 patents to her name, and presented more than 330 lectures at international conferences.

Her Life

Despite her prominence in her field and having been interviewed by the media both in Singapore and abroad, Professor Jackie Ying has been tight-lipped about her personal life, never divulging much information about her family, or her conversion to Islam several years ago.

Born in Taiwan, at age 7 Professor Ying came to Singapore, where her father was a lecturer of Chinese Literature at Nanyang University (the current Nanyang Technological University). Her passion for science developed during her teenage years spent both in Singapore, where she studied at Raffles Girls School, and New York, when her teachers instilled in her a love for chemistry.

Mentor and Role Model

Her desire to pass on her passion for science to the younger generation is apparent. Professor Ying credits her mentors at the chemical engineering department at MIT with providing her with invaluable advice and support, and she intends to cultivate this culture of mentorship to the next generation of scientists here in Singapore.

In 2003, IBN established the Youth Research Programme, to give secondary and tertiary level students the chance to experience life in the world of biomedical research through attachments, workshops and lab visits. The Youth Research Programme allows the institute to identify young talents and every year, 200 students are mentored by a researcher under the programme, with many keeping in touch with their mentors.

Professor Ying has spoken at Transformations, a forum organised by Mendaki on individual, familial, organisational and societal change, and the Young Muslims Scientist Seminar, organised by The W.R.I.T.E. Club, an initiative under Masjid Al-Istiqamah. She has also spoken at Creating a Nanotechnology Toolbox, a talk organised by the National University of Singapore Muslim Society (NUSMS), on nanotechnology as well as her experience in the field of research as a Muslim academic.

Professor Ying is also one of the mentors under Mendaki’s Project Protégé, mentoring and inspiring Muslim youth wanting to go into the field of science, and giving them the opportunity to immerse themselves in a research project carried out at her laboratory.

Passion and Hard Work

All of the above is just scratching at the surface of Professor Jackie Y. Ying’s life and work. With Professor Ying herself acknowledging that she puts in 70-80 hours a week at what she does, she is a living testament to the need to have both passion and a commitment to hard work when pursuing one’s goals. Professor Ying is an inspiration, not just to women or Muslims, but all people regardless of religion, ethnicity, gender or nationality.


Sharing from: http://muzlimbuzz.sg/

Saturday 13 July 2013

'...Peliharalah Solat'....






Maksud Sunnah Menurut Istilah:

Menurut ulama hadis, sunnah bererti sesuatu yang disandarkan kepada Nabi s.a.w., berupa ucapan, perbuatan, ketetapan, sifat bawaan, karakter, akhlak, atau perilaku, sama ada yang terjadi sebelum atau setelah kenabian. (Tauzih an-Nadzar ila Ushul al-Atsar, Thahir as-Simasqi, hal. 3)


Dalam sunah kita disunatkan berbuka puasa dengan rutab, jika tidak ada dengan tamar, jika tidak dengan air. Rutab ialah buah kurma yang masak sebelum menjadi tamar kering, ianya lembut dan manis. Adapun tamar adalah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu‘jam al-Wasit 1/88). Faedah kesihatan juga terbukti secara saintifik berbuka dengan rutab atau tamar. Sesetengah menganggap jika ada air zamzam itu lebih baik. Sebenarnya, dakwaan seperti ini tidak berteraskan hadis. Anas katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Al-Diya al-Maqdisi menilai hadis ini sebagai sahih). Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air… Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zamzam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zamzam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyah).

Demikian sesetengah kita, akan berhenti memakan sahur apabila melihat jadual waktu imsak yang disebarkan oleh kebanyakan pihak. Jadual itu biasanya akan menetapkan waktu berpuasa lebih awal dari masuknya waktu solat subuh. Padahal al-Quran menyebut: (maksudnya): Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (surah al-Baqarah: 187). Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi menyebut dengan jelas: Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh). Ibn Ummi Maktum adalah muazzin Nabi. Baginda mengajar kita dalam hadis ini agar kita boleh bersahur sehingga masuknya waktu solat subuh. Apabila waktu solat subuh, bererti waktu sahur berakhir. Baginda tidak pula menyebut beberapa ketika atau setengah jam sebelum subuh. Bahkan dalam hadis Abu Daud dan Ahmad baginda memberikan kelonggaran yang lebih luas untuk umatnya. Baginda bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya (dinilai sahih oleh al-Albani). Baginda tidak menyuruh seseorang meludah atau memuntahkan apa yang ada dalam mulut apabila mendengar azan seperti pendapat sesetengah orang. Islam itu mudah dan praktikal. Ada orang kata, dia tidak dapat terima pendapat ini. Saya katakan kepadanya: Ini hadis bukan pendapat. Dia kata: Saya pakai pendapat orang ramai. Saya katakan: Agama berdasarkan dalil, bukan emosi.

Dalam hadis disebut “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengan makanan sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis yang lain baginda bersabda: Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Tujuan hadis ini agar solat tidak diganggu oleh ingatan kepada makanan. Makanlah dengan sederhana kemudian bersolatlah. Namun ramai yang apabila hidangan berbuka puasa di hadapan matanya dan keinginannya pula tinggi, lalu dia meninggalkan hidangan pergi menunaikan solat dengan hati yang tidak fokus. Seakan itu petunjuk agama. Sebenarnya petunjuk Nabi bukan demikian. Baginda lebih memahami jiwa insan. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis- hadis tersebut menunjukkan dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, Beirut: Dar al-Khair).

Apa yang ingin saya jelaskan, betapa pentingnya agama ini dibina di atas dalil. Sesiapa sahaja yang berbicara tentang agama, sehebat mana dia, mintalah kemukakan dalil syarak. Agar agama tidak menjadi jualan murah yang diberi lesen kepada sesiapa sahaja untuk mewakili Allah dan Rasul-Nya tanpa bukti. Contoh-contoh puasa adalah sempena Ramadan yang masih kita lalui. Banyak lagi contoh lain jika ingin dibicarakan. Semoga puasa kita mendekatkan kita kepada sumber yang agung; al-Quran dan al-sunah.


Perkongsian dari status Dr. Zahazan Mohamed



“Jadilah diri kamu golongan Rabbaniyyin, bukan golongan Ramadhaniyyin”...ameen

Thursday 11 July 2013

Perbuatan Yang Lupus Dan Sia-Sia...



9 HAL YANG AKAN HILANG DAN TAK BERGUNA

1. Ilmu yang tak diamalkan..
2. Perbuatan yang tak ikhlas..
3. Harta yang tak di nafkahkan..
4. Hati yang tak di isi dengan cinta kepada ALLAH..
5. Badan yang tak mampu taat pada ALLAH..
6. Cinta yang tak diikat dengan keridhaan ALLAH..
7. Waktu yang tak digunakan untuk mendekatkan diri pada ALLAH..
8. Fikiran yang tak digunakan untuk hal yang berguna..
9. Air mata yang keluar bukan karena takut dosa..

YA ALLAH : jauhkanlah kami daari perbuatan serta amalan yang sia-sia, Ameen..




'ANGRY MOTHER'S DUA MADE ME IMAM OF THE HARAM!


Shaykh Al-Kalbaani, former Imam of the Ka'bah, at a conference in London told this story:

When he was young, he was a very naughty boy. He would make his mother angry. But his mother, Allah bless her, was a very righteous woman and she knew the power of Du'a.

She made it her habit that, in her anger at him, she would say this Du'a: "May Allah guide YOU! And make you the IMAM of the Ka'bah!"

Imam Al-Kalbani told us, "so Allah answered her du'a and I went on to become the Imam of the Ka'bah!"

Shaykh Adil Kalbani is the son of a poor immigrant from the Persian Gulf. In an interview with NYTimes, Shaykh Kalbani said, "Leading prayers at the Grand Mosque is an extraordinary honor, usually reserved for pure-blooded Arabs from the Saudi heartland."

He was taken aback when he came to know that King Abdullah had chosen him as the first black Imam of Masjid al-Haram (in recent times), he added. Masha Allah!

Never underestimate the power of dua and the dua of the parent is not rejected, so make a good dua!


via : Asif Khan

Monday 8 July 2013

Dia Menjengah Lagi...



Selamat melakukan persiapan mental untuk menyambut Ramadhan....puasa bukan sekadar berlapar dan dahaga, pada masa yang sama kita di kelilingi oleh timbunan makanan & nikmat yang lain. Dengan berpuasa kita dididik untuk mentaati segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya setiap masa. Ramadhan datang dan pergi...biar pendidikannya berbekas di hati...ameen

Sunday 7 July 2013

Bertahanlah Wahai Ayahku....


Usamah, anak kepada Presiden Dr. Muhammad Mursi berucap di hadapan jutaan penyokong di Dataran Rab’ah, menyatakan bantahan beliau terhadap rampasan kuasa: “Elakkan pertempuran atas nama Revolusi”, menujukan ucapan kepada ayah beliau Dr Muhammad Mursi dengan berkata:

"Sesungguhnya aku tujukan seruan kepada ayahku , bertahanlah wahai ayahku, teruskanlah langkahmu dan jangan sesekali tunduk dengan mereka yang zalim, dan kami sekeluarga nazarkan dikau kepada kepada tanah air ini,cukup lah Allah bagi kami, dan janganlah terbeban Wahai Ayah terhadap dasar Revolusi kami”

Beliau juga dalam ucapannya di atas pentas Dataran Rab’ah menyeru Pakatan Nasional untuk mempertahankan syar’iyyah, “Aku katakan kepadamu Wahai ayahku, jika kamu dapat mendegarku sekarang, atau Allah pasti akan menyampaikannya kepadamu"

"Seluruh keluarga Mursi berada di dataran, dan aku datang hari ini ke Dataran Rab’ah, bukan untuk berucap atas nama individu atau parti, tapi aku aku berucap atas nama kebenaran, aku mengatakan kepadamu wahai ayah atas nama keluarga Presiden : Pergilah kamu wahai ayahku untuk berperang kerana Tuhanmu maka kami akan berperang bersamamu”.

Beliau menyambung lagi,"Aku berwasiat kepada ayahku dan berkata jika kamu melihat darahku mengalir, ketahuilah bahawa aku di atas jalan kebenaran, dan jika kamu melihatku serasi bersama mereka yang batil, maka ketahuilah bahawa aku bersama kebatilan".

Beliau juga memberi ucapan kepada rakyat Mesir, "Aku mengatakan kepada kamu Wahai rakyat Mesir yang mulia, revolusi ini atas nama Mesir, maka bangkitlah dan sempurnakanlah revolusi ini, maka dengan kehendak Allah dan takdirNya jua.."

" Kita berada di pihak yang benar bermula hari ini sehinggalah Allah berkehendak melaksanakan suatu urusan yang harus dilaksanakan". (nota: iaitu kemenangan kaum muslimin dan kehancuran kaum musyrikin)

Beliau kemudian meneruskan ucapannya kepada Dr. Muhammad Mursi presiden Mesir,"Aku titipkan kepadamu salam wahai ayah, dan aku berikan penghormatan yang mulia kepada seluruh rakyat Mesir, tetaplah atas jalan kamu, dan dengan nama Allah janganlah takut kepada celaan orang yang suka mencela, dan semoga Allah membantu kita memelihara revolusi ini dengan darah-darah kita".


Sumber : IkhwanOnline

Saturday 6 July 2013

Hidup Mulia atau Mati Syahid...



Alhamdulillah ke atas perhimpunan yang mulia ini, perhimpunan yang menggambarkan realiti sebenar di mesir dan halatujunya. Allahu yang maha berkuasa ke atas siapa yang telah melakukan kerosakan dengan penuh rasa bongkak, Allah maha berkuasa ke atas semua pengkhianat dan pelampau yang melampaui terhadap hak agama mereka dan tanah airnya, Allah maha berkuasa ke atas sesiapa yang telah menjual darah2 para shuhada'.

Kita akan berusaha melindungi mesir dari cubaan untuk mencuri kebangkitan rakyat, kita akan terus kekal di sini dan disemua medan perhimpunan di seluruh Mesir demi melindungi presiden yang telah kita lantik.

Wahai pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi Mesir,
Wahai semua puak dan kumpulan yang mewakili rakyat Mesir,
Wahai kamu semua yang telah mencetuskan thaurah yang membanggakan, kamu telah korbankan para syuhada', saudara-saudara mu yang telah terkorban sebelum kamu di dalam penjara2 melalui penangkapan yang dibuat ke atas kamu, hak thaurah tidak akan disia-siakan.

Aku bukan orang yang melarikan diri, aku bukan orang yang terbelenggu (tertangkap), kita bukan dari kalangan yang melarikan diri, kita adalah orang yang mencetuskan revolusi.

Ikhwan Muslimin telah hidup dengan kamu dan kamu telah hidup bersamanya,maka kamu sangat mengenalinya, mereka banyak menghulurkan bantuan di saat2 kecemasan,mereka selalu mendahulukan di saat kamu sangat memerlukan. Kamu menjadi saksi bila kami menyelesaikan masalah dengan pimpinan yang tidak memainkan peranan bersama pembantu2 mereka.

Presidenku adalah Mursi, presiden kamu juga adalah Mursi, dia juga presiden semua rakyat mesir, aku ingin perkatakan kepada tentera mesir yang agung, kami pertahankan kamu dari belakang dan kamu pertahankan kami dari musuh musuh kami, kamu tidak akan melepaskan pelurumu ke atas anak watanmu sendiri dan orang2 islam, kamu lebih terhormat dan lebih mulia dari ini, kami membantu kamu dan kamu membantu kami.

-penunjuk erasaan melaungkan "kami mahukan mursi! berambuslah wahai sisi!"

Peranan kamu wahai tentera mesir yang agung adalah menjaga sempadan dari para musuh, dan peranan kami adalah setelah kepulangan Dr.Mursi untuk kembali duduk berbincang, keislaman kami kebih kuat dari butiran peluru dan kereta2 kebal. Puak fulul hanya lah mahu mencetuskan peperangan antara tentera dan ikhwan muslimin, pemerintahan tentera tidak akan mengenal Mesir selepas ini.

Saudara A'kif dalam tahanan sekarang.. Allah malu untuk mengazab orang tua.. Bagaimana kamu tidak malu pada sesuatu yang Allah malu.. bagaimana bisa kamu menyeksa orang tua..

Wahai penduduk Mesir, kamu sekarang pada titik perpisahan bagi Revolusimu.. Telah diputarbelitkan keadaanmu dan mereka mengatakan bahawa kamu bersama kerajaan peralihan ketenteraan. Adakah kamu bersama mereka? ....Turunlah ke dataran dan suarakan hak kamu. Tidak ada pemerintah lain selain dia yang telah dipilih rakyat. dan anggota Majlis Sya'b satu-satunya yang dipilih.

Kepada semua penuntut kebebasan di seluruh dunia, janganlah kamu mendengar dan membenarkan pemalsuan pihak media yang menipu, alangkah sedihnya mereka menjadi seperti ahli-ahli sihir Firaun bahkan mereka lebih teruk lagi. Pemerintah kami adalah Muhd. Mursi dan kami tidak akan menerima selain daripadanya

Kepada syeikh Azhar, kamu adalah simbolik kepada umat Islam, tetapi kamu tidak bercakap atas nama orang Muslim, setiap individu sama ada Kristian atau Muslim bercakap dengan nama(agama)nya, maka kebebasan memberi kita hak tersebut, bukanlah peranan tentera semata-mata untuk menjaga kontra-revolusi dan tidak ada orang yang boleh bersuara bagi pihak rakyat, tidak Syeikh Azhar, dan tidak juga Bishop Twadharos, semua rakyat Mesir keluar sendiri ke kotak kotak undi dan menyuarakan pendapatnya dan mereka telah memilih pemerintah rakyat Dr. Mursi.

Kita yakin dengan janji Allah “Allah pasti akan memberikan pertolongan kepada siapa yang membantu (agama)Nya”.

Kepada orang2 kristian, mereka telah menakut-nakutkan kamu dari agam islam dan akidah islam, dan ingin aku katakan, siapa yang telah mengkhianati agamanya, tidak akan menjaga hak hak kamu Allah telah mengarhkan kami untuk menjaga kesucian kamu, nyawa2 kamu, harta2 kamu dan kami tetap berpegang dengan janji ini.

Aku menyeru kepada seluruh rakyat mesir, ayuh! marilah turun ke medan medan untuk menyuarakan dan menggambarkan pendapatmu, dan mengembalikan presidenmu Dr,Muhammad Mursi.

Terjemahan dari ucapan Mursyidul Am: Dr. Badi'e


Friday 5 July 2013

BUKANLAH CARA YANG BETUL...





Pandangan peribadi saya berkenaan hal Mesir :

1. Dr. Muhammad Morsi adalah Presiden Mesir yang sah melalui pilihanraya presiden yang dijalankan secara demokratik pada 24 Jun 2012. Justeru tindakan menjatuhkannya secara revolusi jalanan BUKANLAH CARA YANG BETUL, khususnya bagi seorang pemimpin yang baru hanya 1 tahun berkuasa. Berikan masa dan berdiskusi lebih tepat bagi mereka yang tidak bersetuju dan pengkritik.

2. Sepanjang setahun beliau sebagai Presiden, beliau tidak mendapat sokongan penuh dari pihak tentera, polis dan pelbagai kakitangan kerajaan. Ini menjadikan perubahan yang dirancang sangat lambat dan kelihatan kurang berjaya. Selain itu, tempoh setahun terlalu pendek untuk membersihkan kekalutan ekonomi dan minda selama 30 tahun yang ditinggalkan oleh Hosni Mubarak.

3. Saya melihat, sifat dan sikap rakyat Mesir yang kelihatan terlalu banyak berpuak dan membantah, keadaan ini sememangnya memerlukan satu jenis undang-undang ala diktator dari pemimpin yang AMANAH DAN BAIK bagi menyatu dan mengurangkan masalah administrasi khususnya di awal-awal pemerintahan. Justeru, rang undnag-undang yang memberi Presiden kuasa penuh yang kontroversi pada hujung November 2012 itu adalah perlu dan tidak patut dianggap sebagai keaiban kepimpinan Morsi.

4. Tindakan tentera yang merampas kuasa dengan sokongan Sheikhul Azhar dan Coptic Pope Tawadros tidak secara demokratik bakal menyaksikan masa hadapan Mesir semakin suram dan tidak pasti. Kelak nanti Presiden baru bakal menjadi boneka tentera yang mana kiranya tidak disetujui, maka akan dirampas lagi oleh tentera. Mungkin tindakan terbaik adalah Presiden baru perlu ‘revamp’ tentera agar senjata mereka tidak menjadikan mereka mencarik keputusan rakyat majoriti.

5. Tindakan rakyat awam Mesir yang mengadakan revolusi jalanan dan bergembira atas kejatuhan Dr. Morsi adalah pelik dan kurang matang pada hemat saya. Masakan tidak, sedang mereka bergembira dan merayakannya, adakah mereka sedar dan tahu siapa yang bakal menjadi pemimpin terbaru mereka?, bilakah tarikh pemilihannya ? adakah mudah menaikkan pemimpina kesukaan mereka untuk diterima semua pendemonastrasi dan puak-puak? malah mungkin sebahagian besar mereka langsung tidak mempunyai idea siapakah calon yang paling layak. Apakah tindakan mereka ini lebih membantu menstabilkan Mesir atau mengoyahkannya semula? Dan lebih teruk, tindakan ini memberi kesan kepada kemaslahatan rakyat Palestin.

6. Saya bersetuju dengan tindakan Kerajaan Turki yang TIDAK MENGIKTIRAF kerajaan sementara haram Mesir serta tidak berurusan diplomatik kecuali dengan Presiden Morsi dan wakilnya yang sah sebagai mewakili kerajaan Mesir. Memang benar, tindakan ini bakal menjejaskan banyak hubungan ekonomi dan diplomatik antara kedua Negara selepas ini.

7. Rampasan kuasa Morsi ini lebih jelas disokong oleh pihak barat padahal mereka sering melaungkan keperluan untuk berpegang kepada Demokrasi, namun apabila Presiden Mesir dilihat ingin meluaskan agenda Islam dalam pentadbiran dan membantu Palestin, mereka kini berubah kepada menyokong rampasan kuasa pula.

8. Kerajaan Malaysia sepatutnya mengecam rampasan kuasa ala tentera Mesir ini kerana iktirafan kerajaan Malaysia bakal memberi mesej yang mengelirukan kepada sebahagian rakyat Malaysia kelak iaitu seolah-olah Malaysia mengiktiraf kerajaan melalui revolusi jalanan sedangkan tiada kezaliman nyata dilakukan oleh Morsi yang hanya baru setahun jagung memerintah.

9. Menukar pemimpin kerajaan melaui cara revolusi jalanan atau kekerasan memang lebih banyak membawa mudarat berbanding manfaat. Justeru, wajarlah ia dijauhi.

10. Ini hanyalah pandangan peribadi dan mungkin saya juga boleh tersalah dalam analisa dan penerimaan maklumat. Wallahu’lam.


Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Wednesday 3 July 2013

Hakikat Perjuangan...Dunia Pentas Ujian Untuk Mukmin....







Segala peristiwa yang berlaku di sekeliling kita...Di Mesir, Palestin, Iraq, Syria, Myanmar, Malaysia dan lain-lain...semuanya tanda-tanda daripada Allah untuk kita berfikir dan bertindak....semuanya berlaku dengan kehendak-Nya dengan tujuan....renungkan peristiwa laut merah yang terbelah dua....di kala rakyat Mesir berputus asa, Nabi Musa 'alaihisalam begitu optimis dengan pergantungan baginda kepada Allah hingga Allah Ilhamkan supaya memukul laut Merah dengan tongkatnya...

"The wake up call" untuk kita daripada Sang Pencipta yang Maha Perkasa..."Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: “Sesungguhnya kita akan dapat ditawan”. Nabi Musa menjawab: “Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku”.Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Pukulah laut itu dengan tongkatmu”. (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman." [Asy-Syu’araa’ : 61-67]




"Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?" [Ali 'Imran: 140-142]



Doakan kesejahteraan rakyat Mesir, ketabahan Dr. Mursi dan para pejuang kebenaran untuk penerusan perjuangan mereka, ameen...di saat golongan munafik bersorak sorai serta terkinja-kinja untuk sementara...menjadi boneka para musuh Islam yang sedang ketakutan melihat kemaraan kerajaan Mesir pimpinan Dr. Mursi yang membela umat manusia di Syria dan Palestin. Rampasan kuasa kerajaan yang sah oleh pihak tentera tanpa kerelaan rakyat Mesir.... Allahu 'alam.