Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Thursday 24 November 2016

Imbasan 05112016...


Iktibar yang diperolehi daripada pengkisahan sekumpulan serigala (Wolf Pack) dan ketamadunan iman (Civilisation Of Faith)...upload gambar-gambar dulu, penulisannya menyusul dalam sedikit masa lagi, insha Allah.











Wednesday 12 October 2016

Kontemporari Dan Mendidik Jiwa...


Jom berhujung minggu bersama PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)...






Tuesday 20 September 2016

Sepohon Kayu Daunnya Rimbun...





Tumbuhan dijadikan Allah pelbagai bentuk dan fungsi. Ada pohon menghasilkan buah dan tidak kurang juga yang tumbuh sebagai tempat berlindung dengan akar yang mencengkam bumi untuk menghalang sebarang kakisan tanah tanih berlaku.
Yang pasti, Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.

Pohon Hudaibiyyah umpamanya ialah sebuah pohon yang menaungi sekelompok manusia mulia pada satu ketika untuk berjanji setia bagi menyebarkan ajaran Islam di muka bumi ini. Peristiwa tersebut dirakamkan dalam Al Qur'an seperti berikut:

"Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya"
[Al-Fatah:18]


Insan pun makhluk Allah juga, pelbagai rupa dan sifat dengan pelbagai sumbangan untuk meraih keredhaan Allah menurut keupayaan dan kemampuan. Walaupun begitu, "Apa yang penting, dalam kehidupan seorang insan itu, dia sentiasa peka dengan hakikat dirinya dengan TUHANnya. Hanya ALLAH dan diri kita sahaja yang tahu bagaimana keadaan diri sendiri dari segi kerohaniannya. Segala amalan yang zahir ditentukan oleh kadar kehalusan nurani rohani insani yang ada dalam naluri seorang hamba ALLAH. Manusia boleh menilai, tetapi akhirnya kedudukan nilai spiritual seseorang insan jua yang dihitung di sisi TUHAN" (Dr. Mohd Asri Bin Zainal Abidin, 2015)

Kisah Ummu Haram Binti Milhan

"Ummu Haram Binti Milhan ialah wanita muslim pertama yang menyertai jihad melalui laut yang mana beliau seorang yang pernah didoakan oleh Rasulullah SAW di dalam satu misi penaklukan Pulau Cyprus. Beliau adalah seorang wanita ansar berkahwin dengan Amr Bin Qays yang syahid dalam perang Uhud. Kemudian berkahwin dengan Ubadah Bin Samit.

Satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, Rasulullah SAW bersabda: “Telah diperlihatkan kepadaku sekelompok pasukan dari umatku yang sedang berperang di jalan Allah. Mereka semua sedang mengharungi lautan, pulang bagaikan raja-raja membawa para tawanan. Mereka akan menguasai lautan, pulau pulau dan kota kota pelabuhan, dan mereka antara golongan yang pertama dimasukkan ke dalam syurga, tanpa hisab, tanpa penyeksaan atau penghinaan. Demikianlah berita gembira datang kepadaku di sisi Allah SWT"

Ketika Ummu Haram meminta baginda Rasulullah SAW mendoakannya agar termasuk dalam kumpulan itu, maka Rasulullah berkata, “Engkau akan menjadi golongan yang pertama.” Akhirnya apa yang dicita-citakan oleh Ummu Haram tercapai dan beliau menemui syahid di Pulau Cyprus. (Rujukan Abu Daud Jilid 1, hadis 389,390).

Kisah ini telah membuktikan bahawa telah wujud wanita yang turut sama berperang di lautan pada suatu ketika dahulu dan memperoleh syahid. Apa yang dilakukan dalam misi Women`s Boat To Gaza bukanlah satu perkara yang ganjil. Penglibatan ini adalah satu penerusan dari tradisi yang dimulakan oleh sahabiah yang direstui, dimuliakan dan didoakan oleh Rasulullah SAW."





Allahu 'alam. Semoga bermanfaat.


P/S:
Bersempena Misi Women’s Boat to Gaza, MyCARE melancarkan Projek #GIVEHOPE yang akan memfokuskan kepada 2 projek utama:

1) Penajaan Pembedahan Pesakit Miskin (Wanita & Kanak-Kanak)
2) Penajaan Kaki & Tangan Palsu untuk Kanak-Kanak

1⃣ PENAJAAN PEMBEDAHAN PESAKIT MISKIN (GAZA)

= Kos Tajaan: RM 100 /unit
= Sasaran Tajaan: 15,000 unit

Projek ini akan membantu lebih 3000 wanita dan kanak-kanak miskin yang terpaksa berada didalam senarai menunggu (waiting list) dan senarai penerima bantuan ini telah dikenalpasti oleh pejabat MyCARE - Gaza dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.

2⃣ PENAJAAN KAKI & TANGAN PALSU (KANAK-KANAK)

= Kos Tajaan: RM 50 /unit
= Sasaran Tajaan: 10,000 unit

Projek ini akan membantu kanak-kanak di Palestin dan Syria untuk diberikan kaki dan tangan palsu dan proses rehabilitasi untuk mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Senarai penerima setakat ini adalah seramai 12 kanak-kanak di Gaza dan 10 di Syria.

Selama 5 tahun penubuhan MyCARE, kami telah menyalurkan RM 75 Juta kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di seluruh dunia.

Ayuh ceriakan saudara kita di Gaza dan Syria melalui 2 langkah berikut:

2 Langkah mudah untuk menyumbang:

1⃣ Salurkan sumbangan anda atas nama 'Humanitarian Care Malaysia Berhad':

Maybank: 5515-7500-4299
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB : 8602-135-592
JomPAY Biller Code: 6197

2⃣ Maklumkan melalui email ke account@mycare.org.my bersama salinan slip/resit

Atau Whatsapp/Telegram ke Nordin - 0133911992

nyatakan kemasukan untuk ’#GiveHope’

Kami menerima sebarang amaun/jumlah sumbangan untuk projek ini.

Mohon sebarkan info ini kepada saudara/kenalan/sahabat anda!

Thursday 25 August 2016

Engkau Mengetahui Aku...


Turkiye 2014...
with travelling buddies...








Ouhibbuka
(Lirik Lagu Maher Zain)

Ouhibbuka Rabbee Ouhibbuk
(Aku cintakan-Mu Tuhanku, Aku cintakan-Mu)

Ouhibbuka Rabbee Ouhibbuk
(Aku cintakan-Mu Tuhanku, Aku cintakan-Mu)

Ouhibbuka Rabbee Ouhibbuk
(Aku cintakan-Mu Tuhanku, Aku cintakan-Mu)

Ouhibbuka Innee Ouhibbuk
(Aku cintakan-Mu sesungguhnya aku cintakan-Mu)

Wa Ta'rifu'anni
(dan Engkau mengetahui tentang aku)

Sirri wa'alan
(rahsiaku (yang tersembunyi) dan terang-terangku)

Ta'rifu 'anni
(dan Engkau mengetahui tentang aku)

Sirri Wa'alan
(rahsiaku (yang tersembunyi) dan terang-terangku)

Sirri wa'alan
(rahsiaku (yang tersembunyi) dan terang-terangku)

Bi'aqlee wa Qalbee
(dengan akalku dan hatiku)

Ouhibbuka Rabbee

(Aku cintakan-Mu Tuhanku)

Ouhibbuka Rabbee Ouhibbuk
(Aku cintakan-Mu Tuhanku, Aku cintakan-Mu)

Ouhibbuka Innee Ouhibbuk
(Aku cintakan-Mu sesungguhnya aku cintakan-Mu)

Ouhibbuka Tama'am wa Amalan
(Aku cintakan-Mu dengan penuh keinginan dan pengharapan)

Ouhibbuka qawlan Wa'amalan
(Aku cintakan–Mu perkataan dan perbuatan)

Ouhibbuka Tama'am Wa Amalan
(Aku cintakan-Mu dengan penuh keinginan dan pengharapan)

Ouhibbuka qawlan Wa'amalan
(Aku cintakan–Mu perkataan dan perbuatan)

Lakal'utba Hatta
(kepada-Mu aku mengadu sehingga)

Ta'fu Wa Tardha
(Engkau ampun dan Engkau redha)

Lakal'utba Hatta
(kepada-Mu aku mengadu sehingga)

Ta'fu Wa Tardha
(Engkau ampun dan Engkau redha)

Wa Yartahu Qalbee
(dan tenang hatiku)

Bithikrika Rabbee
(dengan mengingati-Mu)

Ouhibbuka Rabbee Ouhibbuk
(Aku cintakan-Mu Tuhanku, Aku cintakan-Mu)

Ouhibbuka Rabbee Ouhibbuk
(Aku cintakan-Mu Tuhanku, Aku cintakan-Mu)



Tuesday 5 July 2016

Eidun Saeed 1437H



تقبل الله منا ومنكم الصيام والقيام وصالح الأعمال.
Semoga Allah menerima daripada kami dan kalian semua akan puasa, qiam dan amal-amal soleh...Aamiin


Monday 20 June 2016

My Super Duper Hero...





8th June 2016 was my beloved dad's 79th birthday. I am blessed to have understanding, sporting and supportive Superhero in my life, alhamdullillah. May Allah grant us good health, splendid and endless perfect moments till Jannah, Aamiin. Happy Birthday and Father's Day Abah...


PERUTUSAN HARI BAPA 2016
WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

"BAPA PEMACU KESEJAHTERAAN KELUARGA"

19 Jun 2016 / 14 Ramadhan 1437

Hari Bapa diraikan pada ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun. Wanita IKRAM mengucapkan selamat menyambut Hari Bapa pada semua rakyat Malaysia yang bergelar bapa dengan panggilan ayah, abah, papa, abi, daddy, baba dan seumpamanya. Kesemua panggilan tersebut melambangkan kasih sayang ahli keluarga terhadap ketua keluarga dan juga penghormatan yang diberi kepada seorang lelaki seiring dengan tanggungjawab mulia yang perlu ditunaikan.

Firman Allah SWT di dalam ayat 6 surah AtTahrim yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak mendurhakai (perintah) Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" Ayat ini sewajarnya menjadi pedoman setiap insan bergelar bapa dalam memimpin ahli keluarganya.

Pembentukan sebuah keluarga sejahtera yang penuh rahmah terletak ditangan ketua keluarganya. Ianya juga memerlukan kepada penglibatan seimbang dan bersungguh-sungguh kedua ibubapa dalam mengendalikan urusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak agar menjadi insan rabbani sebagaimana yang termaktub dalam syariat Islam untuk menjamin kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat.

Institusi keluarga hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mendidik generasi masa depan. Ibubapa terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar terpaksa bergelut dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi, yang menuntut kedua ibu dan bapa keluar mencari rezeki di luar rumah bagi menyara ahli keluarga. Situasi ini kadang kala menjadikan ibubapa terlalai dari mendidik dan mengawasi anak-anak yang sedang membesar. Terkini antara cabaran yang sedang mendepani generasi anak-anak muda sedang membesar yang memerlukan perhatian ibubapa adalah cabaran digital. Generasi masa kini digelar sebagai 'warga digital' , penghuni semulajadi dunia internet dan digital.

Dianggarkan seramai dua bilion generasi muda seluruh dunia berhadapan dengan ledakan informasi tanpa batasan melalui capaian dunia siber ini. Kajian sedunia oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa pada 2013 menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai jumlah ‘warga digital’ keempat tertinggi di dunia.

Hasil kajian kebangsaan terbesar oleh DIGI dengan kerjasama Cybersecurity Malaysia menerusi program Cybersafe mendapati secara purata 83 peratus kanak-kanak terdedah kepada risiko-risiko dalam talian disebabkan oleh langkah-langkah perlindungan minima dan 70 peratus pelajar di seluruh negara tidak prihatin mengenai pencerobohan terhadap privasi atau identiti orang yang berinteraksi dengan mereka. Peningkatan di dalam jenayah siber seperti buli-siber adalah membimbangkan. Kemudahan internet dan teknologi pada masa kini juga memudahkan pendera-pendera untuk menghubungi, menganggu dan membuli kanak-kanak.

Pengaruh daripada teknologi siber ini adalah antara penyumbang utama kepada peningkatan perlakuan jenayah serta masalah sosial yang melibatkan kanak - kanak dan remaja seperti pornografi, seks bebas, pelacuran, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Cabaran dari jenayah siber ini tidak boleh dipandang ringan oleh ibu dan bapa. Ianya memerlukan kepada kesedaran dan kebijaksanaan ibubapa dalam mengimbangi kawalan dan manfaat penggunaan kemudahan internet dikalangan anak-anak dibawah jagaan mereka.

Mengambil kira peranan bapa dalam melindungi keluarga menempuh cabaran semasa Wanita IKRAM menyeru agar:

1. Para bapa selaku ketua keluarga melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk melindungi, memberi nafkah, mendidik ahli keluarga dan menjadi model contoh (role model) kepada ahli keluarga masing-masing. Jadilah lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan ahli keluarga mu dari api neraka. Kisah Luqman, seorang bapa yang diabadikan namanya dalam Al -Quran dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada anak-anak untuk menelusuri liku-liku kehidupan terutamanya dalam berhadapan era globilisasi ini perlu dijadikan teladan;

2. Selaku ketua keluarga, bapa perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman berkaitan dengan ancaman dan implikasi kepada ahli keluarga yang wujud dalam dunia siber agar dapat memberi maklumat, kesedaran dan pengajaran kepada anak- anak terutamanya para remaja.

3. Ibubapa perlu sentiasa bekerjasama dengan guru-guru dan anggota masyarakat melakukan pengawasan dan pemantauan terhadap anak-anak yang bebas melayari berbagai laman -laman web yang tidak bermoral dan hanya berada dihujung jari.

4. Ahli-ahli masyarakat termasuk Pertubuhan bukan kerajaan serta aktivis masyarakat berganding bahu bersama ibubapa dalam meningkatkan kesedaran anak-anak terhadap ancaman siber masa kini dan mendidik mereka dengan pengetahuan yang bersesuaian untuk melindungi mereka dari ancaman-ancaman ini. Orang-orang terdahulu pernah berpesan didiklah anak-anakmu untuk menghadapi zaman mereka karena mereka akan hidup pada zaman yang berbeza dengan zamanmu;

5. Pihak kerajaan perlu melaksanakan semua langkah-langkah tindakan yang telah digariskan di dalam Pelan tindakan Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber yang telah diluluskan oleh kabinet pada Februari 2015 dengan berkesan dan dimanfaatkan bagi menyediakan khidmat sokongan panduan kepada ibu bapa untuk melindungi anak-anak daripada menjadi mangsa ancaman dunia siber.

Selamat Hari Bapa

DATIN PADUKA CHE ASMAH IBRAHIM
Ketua Wanita IKRAM Malaysia

Thursday 12 May 2016

Tautan Kasih...









Tuesday 22 March 2016

Good Life...




ORANG BAIK BANYAK TEMAN, PENYERU KEBAIKAN BANYAK MUSUH

Untaian Hikmah nan Indah

ما الفرق بين الصالح والمصلح ؟

Apa bezanya Orang Baik (Soleh) dan Penyeru Kebaikan (Musleh)..?

الصالح خيره لنفسه والمصلح خيره لنفسه ولغيره.

Orang Baik, melakukan kebaikan untuk dirinya.
Sedangkan Penyeru Kebaikan (Musleh) mengerjakan kebaikan utk dirinya dan orang lain..

الصالح تحبُه الناس. والمصلح تعاديه الناس .

Orang Baik, dicintai manusia..
Penyeru Kebaikan dimusuhi manusia..

لماذا !!!؟
Kenapa gitu...?!?!

الحبيب المصطفى(صلى الله عليه وسلم) قبل البعثة أحبه قومه لأنه صالح .

Rasulullah SAW sebelum diutus, baginda dicintai oleh kaumnya kerana baginda adalah orang baik..

ولكن لما بعثه الله تعالى صار مصلحًا فعادوه وقالوا ساحر كذاب مجنون.

Namun ketika Allah ta'ala mengutusnya sebagai Penyeru Kebaikan, kaumnya langsung memusuhinya dengan menggelarkannya; Tukang sihir, Pendusta, Gila..

ما السبب ؟
لأن المصلح يصطدم بصخرة
أهواء من يريد أن يصلح من فسادهم .

Apa sebabnya..?
Karena Penyeru Kebaikan 'menyikat' batu besar nafsu angkara dan memperbaikinya dari kerosakan..

ولذا أوصى لقمان ابنه بالصبر حين حثه على الإصلاح لأنه سيقابل بالعداوة.

Itulah sebabnya kenapa Luqman al hakim menasihati anaknya agar BERSABAR ketika melakukan kebaikan, karena dia pasti akan menghadapi permusuhan..

( يا بني أقم الصلاة وأمر بالمعروف وانهَ عن المنكر واصبر على ما أصابك )

Hai anakku tegakkan solat, perintahkan kebaikan, laranglah kemungkaran, dan bersabarlah atas apa yang menimpamu..

قال أهل الفضل والعلم : مصلحٌ واحدٌ أحب إلى الله من آلاف الصالحين ،

Berkata ahli ilmu:
Seorang penyeru kebaikan lebih dicintai Allah daripada ribuan orang baik...

لأن المصلح يحمي الله به أمة ،والصالح يكتفي بحماية نفسه .

Kerana melalui penyeru Kebaikan itulah Allah jaga umat ini..
Sedang orang baik hanya cukup menjaga dirinya sendiri...

فقد قال الله عزَّ و جلَّ في محكم التنزيل :

Allah SWT berfirman :

( وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُون َ).

"Dan tidaklah Tuhanmu membinasakan satu negeri dengan zalim padahal penduduknya adalah penyeru kebaikan.."

ولم يقل صالحون ...

Allah tidak berfirman;
"...Orang Baik (soleh)"

كونوا مصلحين ولا تكتفوا بأن تكونوا صالحين.

Maka jadilah PENYERU KEBAIKAN, jangan merasa puas hanya sebagai ORANG BAIK saja...

Sumber: Ikhwan Online

Monday 14 March 2016

Mintalah Fatwa Dari Hatimu...Pesan Nabi Junjungan






Di saat langkah kebingungan
Semua berkabus kesangsian
Tekad meraih keputusan
Sehingga terhapus keraguan

Hati kan berdetik
Beri gambaran dan jawapan
Dan hati kan berbisik
Beri panduan mana arah pilihan

Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan suci takkan menipu
Kebaikan bawa ketenangan
Jua ketenteraman

Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan bersih takkan melulu
Kemungkaran akan menggetarkan
Jua kan meresahkan

Fatwa hati.

Di saat langkah kebingungan
Semua berkabus kesangsian
Tekad meraih keputusan
Sehingga terhapus keraguan

Hati kan berdetik
Beri gambaran dan jawapan
Dan hati kan berbisik
Beri panduan mana arah pilihan

Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan suci takkan menipu
Kebaikan bawa ketenangan
Jua ketenteraman

Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan bersih takkan melulu
Kemungkaran akan menggetarkan
Jua kan meresahkan

Pintalah fatwa dari hatimu
Pesan Nabi jujungan

fatwa hati...fatwa hati.

Sunday 14 February 2016

Happy Ending Stories

Allah menyebut secara langsung tentang pengkisahan Nabi Yusuf alaihi salam sebagai kisah yang terbaik di antara pelbagai kisah yang diceritakan oleh Allah dalam Al Qur'an kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wassalam, melalui malaikat Jibril alaihi salam.

"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya." [Yusuf:3]



Buku pertama tentang Nabi Yusuf a.s yang dibaca merupakan versi terjemahan bahasa Indonesia daripada tajuk asal "Yusuf Alaihi Salam" karangan Dr. Amru Khalid. Penceritaan Allah penuh dengan keajaiban dengan episod-episod yang menakjubkan untuk manusia mengambil pengajaran tanpa mengira batasan waktu dan sempadan geografi.



Betapa Nabi Yusuf a.s melalui segala ujian dengan penuh kesabaran disertai penonjolan akhlak yang mulia. Semua episod diakhiri dengan kesudahan yang baik.

Seorang Nabi daripada keturunan yang baik-baik, dikurniakan dengan rupa paras yang sangat kacak yang tidak tergambar oleh akal manusia, anugerah kemahiran menafsirkan mimpi yang diwarisi secara turun temurun, dikhianati oleh saudara-saudaranya sendiri atas dasar kedengkian terhadap kelebihan yang dimilikinya seolah-olah baginda lebih dikasihi oleh ayahnya, terpisah selama empat puluh tahun daripada orang tuanya, digoda dan difitnah oleh isteri pembesar Mesir, dipenjara dan kemudian dibersihkan dari segala fitnah, diberi pilihan untuk memerintah dan menawarkan diri sebagai menteri kewangan kerana berkeyakinan dengan kemampuannya, menggunakan kemahiran serta peluang untuk kebaikan dan kebenaran, mereka yang bersalah menyatakan penyesalan yang amat sangat dan kembali ke pangkal jalan. Kebergantungan mutlak kepada Allah sepanjang masa.


Cuba renungkan perkaitan pengkisahan Nabi Yusuf a.s.dengan suasana hari ini.

Wanita merupakan fitnah terbesar bagi lelaki.

"Tidak ada fitnah yang paling berbahaya sepeninggalan ku bagi lelaki selain (fitnah)dari perempuan"
[Hadis Nabi, Shaihul Jami, 5587]


Secara fitrahnya, perempuan mempunyai kemampuan untuk melakukan tipu daya. Jika ia bertakwa maka kemampuan itu akan tersembunyi tetapi jika berlaku penyerahan kepada syaitan, ia mencetuskan sesuatu yang membinasakan.

Undang-undang Allah tidak pernah berubah. Ketahui dan yakinlah bahawa orang yang melakukan kejahatan akan menerima pembalasan keburukan yang serupa.

"Dan bahawasanya Allah tidak meredhai tipu daya orang-orang yang berkhianat"
[Yusuf: 52]


Allah Maha Mengetahui segala perkara sebelum difikirkan dan dilakukan oleh hamba-hamba Nya, walaupun sebahagian manusia memperdayakan sebahagian manusia yang lain dengan perancangan dan pendekatan yang dipandang indah namun tiada rahsia di antara Allah dengan hamba Nya, segala nya akan terbongkar di hadapan Nya kelak kerana

"Dan mereka membuat tipu daya, maka Allah pun membalas tipu daya. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya"
[Ali 'Imran: 54]


Dua kriteria penting untuk memilih seorang pemimpin ialah mempunyai sifat AMANAH dan memiliki ILMU PENGETAHUAN.

"Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya” [Yusuf: 55]

"Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan. Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa." [Yusuf:56-57]

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa lagi Perkasa, pimpinlah segala tindakan dan ilhamkan lah yang terbaik.

Semoga bermanfaat. Aamiin. Allahu 'alam.

Saturday 2 January 2016

Masa Bebas GST...

Suka je tengok video ni semula dan berkali-kali. Semoga Allah sentiasa merahmati Allahyarham Usman Awang, Aamiin.



Ketika ini semacam mengalami "Writer's block" untuk sementara, masih seronok membaca, sukar untuk melepaskan buku yang sebuah ini walaupun sudah hampir di penghujung cuti. Hasrat untuk menyapa di sini pada minggu pertama tahun 2016, sangat menebal. Saya cubalah coretkan apa yang termampu untuk renungan kita bersama. Permulaan yang positif di tahun akademik 2016 yang akan bermula pada hari Isnin, 4hb Januari 2016.


5 hb Januari 2016, genaplah 30 tahun saya sebagai penjawat awam dan berkhidmat sebagai pendidik. Kerjaya pilihan yang diceburi sejak 5 hb Januari 1987. Profesion perguruan telah sebati dalam jiwa dan sentiasa dicintai hingga ke penghujung nyawa, biiznillah. Evolusi dan perubahan turut dialami oleh sistem pendidikan khususnya di bidang latihan perguruan sepantas silih bergantinya Menteri Pendidikan setiap kali berlakunya rombakan menteri kabinet. Begitu lah juga dengan iklim, persekitaran dan stail kempimpinan. Perubahan suasana turut mendidik serta mematangkan pemikiran dan tindakan kita, insha Allah.







Lebih daripada separuh usia saya diabadikan dengan sepenuh hati dalam profesion ini. Semestinya banyak ilmu bernilai sepanjang perkhidmatan dan pengalaman yang berharga, pahit-getir, masam-manis secukup rasa untuk diperkongsikan dengan warga pendidik dan pembaca budiman. Biarlah ditangguhkan pada satu ketika yang sesuai dan detik yang istimewa. Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan menentukannya. Sesungguhnya Allah lah Perencana terbaik untuk para hambanya.



Imam Ghazali Rahimullah pernah mengungkapkan bahawa "Masa Itu Kehidupan". Pengurusan masa yang baik bererti kita menguruskan kehidupan kita dengan bijaksana. Alhamdulillah, mujur masa tiada dikenakan GST tetapi peruntukan masa kehidupan kita semakin suntuk bagai dikenakan GST...terlalu mahal untuk dibazirkan. Bagaimana pula dengan ilmu?
Ilmu yang berharga? Bagaimana mendapatkan ilmu yang bermanfaat? Pentingnya ilmu yang bermanfaat yang kita tabur bakti beriringan dengan peningkatan usia untuk meraih keredaan dan keberkatan Allah.

Ingin saya kongsikan penulisan Saudara Solikhin Abu Izzuddin(2015)yang memetik paparan daripada Dr. Ali Al Qahthany untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat, di antaranya

1) Seorang hamba hendaknya meminta dan memhon ilmu yang bermanfaat kepada Rabbnya, Allah. Berdoa.
"...Dan katalah : "Wahai Rabbku tambahkanlah padaku ilmu..." [Surah Taha: 114]

2) Bersungguh-sungguh dan berkeinginan tinggi dalam mencari ilmu dan serta mengharap redha Allah.

3) Menjauhi maksiat dengan bertaqwa kepada Allah

4) Tidak sombong dan tidak malas dalam menuntut ilmu

5) Ikhlas kerana Allah

6) Mengamalkan ilmu

7) Berterusan

8) Kuasailah pelbagai bidang.

Jika Kita

Jika kita hanya mengejar harta
maka kita hanya akan menjadi budak harta
sedangkan harta tidak akan pernah
benar-benar kita miliki

Jika kita hanya mengajar kekuasaan
Maka kita hanya akan menjadi hamba kekuasaan
Sedangkan kita tidak akan pernah benar-benar
berkuasa

Namun jika kita hanya mengejar Allah Azza wa Jalla
Maka kita hanya akan menjadi hamba Allah
Sementara harta, dunia, dan kekuasaan akan sibuk
mengejar kita
Mereka yang akan berlomba-lomba menawarkan
diri menjadi hamba



"Wahai anak muda, jagalah Allah, Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, engkau akan mendapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, mintalah kepada Allah; apabila engkau mencari pertolongan, carilah pertolongan Allah. Ketahuilah, sekiranya suatu umat berkumpul untuk berkerjasama memberi suatu manfaat kepadamu, engkau tidak akan mendapatkan manfaat apapun kecuali yang telah Allah tetapkan untukmu. Dan apabila mereka bersengkokol untuk bersama-sama menimpakan suatu bahaya terhadapmu, engkau tidak akan ditimpa bahaya apapun kecuali yang telah Allah tetapkan untukmu. Pena-pena telah diangkat, dan lembaran-lembaran telah dikeringkan"
[Hadis riwayat Ahmad, Tirimizi, dan Hakim]


Tazkirah ringkas di ambang 2016, sila ziarah...

http://permaikasturi.blogspot.my/


Allahu 'alam. Selamat Tahun Baru 2016, semoga bermanfaat.