Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Friday 25 December 2015

"Historia Magistra Vitae Est"

Agar membaca menjadi ibadah...berdoalah sebelum mula membaca....

Rodhiitu billahi Rabbaa Wabil Islaami Diina wabi Muhammadin Nabiyyaw Wa Rasuula. Rabbii Zidni 'ilma War Zuqnii Fahma

"Aku redha Allah sebagai Rabb ku, Islam agama ku, Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Wahai Rabbku, tambahkanlah untukku ilmu dan anugerahkanlah untuk ku kefahaman. Ya Allah kabulkanlah"

Minggu ini, di bulan Disember ini, di penghujung tahun 2015 ini, terdapat dua hari yang sungguh istimewa sekali. Kata orang putih, auspicious day, hari-hari kebesaran untuk dua perayaan, kelahiran dua junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad Ibnu Abdullah, salallahu 'alaihi wassalam dan Nabi Isa Ibnu Maryam, 'alaihi salam. Walaupun para ilmuan dan pengkaji sejarah mempertikaikan ketetapan tarikh kelahiran Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wassalam itu pada 12 Rabiul Awal tahun Hijrah, bersamaan 24 Disember 2015 dan Nabi Isa 'alaihi salam pula pada 25 haribulan Disember tahun Masihi, bersamaan 25 Disember 2015, tarikh sambutan ulang tahun kelahiran seseorang itu tidak lah begitu 'significant' jika dibandingkan dengan kewujudan, pengorbanan, kehebatan dan jasa-jasa mereka dalam kehidupan umat manusia. Alhamdulillah thuma Alhamdulillah.


Banyak bahan bacaan yang mengingatkan kita dan merakamkan penceritaan kelahiran yang unik Nabi Isa A.S.(PBUH-peace be upon him),seperti unik nya kelahiran Nabi Adam A.S.(PBUH-peace be upon him)untuk menzahirkan kebesaran dan kekuasaan Allah, iaitu 'Kun fayya Ku', Allah berkuasa untuk melaksanakan sesuatu, hanya sebut 'jadi' maka 'terjadilah sesuatu perkara itu'. Baginda Nabi Isa A.S.(PBUH-peace be upon him)yang menyampaikan ajaran Islam dengan mentauhidkan Allah kepada manusia di zaman nya.

"Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.

Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.

Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.

Ia berkata: “Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci”.

Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?”

Ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.

(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:” Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.

“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”.

Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!

” Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!”

Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): “Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?”

Ia menjawab:” Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.

Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.

” Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.

Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)”.

Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.

Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: “Jadilah engkau”, lalu menjadilah ia.

Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul – lurus “.

Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir (yang berselisihan) itu, dari apa yang disaksikan pada hari yang besar huru-haranya.

Sungguh jelas pendengaran dan penglihatan mereka yang kafir itu semasa mereka datang mengadap Kami pada hari akhirat. Tetapi orang-orang yang zalim (dengan perbuatan kufur dan maksiat) pada masa di dunia ini, berada dalam kesesatan yang nyata

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.

Sesungguhnya Kamilah yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan."
(Surah Maryam: 16-41)


Kesempurnaan segenap detik kehidupan Nabi Muhammad S.A.W (PBUH-peace be upon him) yang menjadi pedoman dan amalan umat Islam serta untuk seluruh manusia di sepanjang zaman hingga hari kiamat berlaku. Berita kedatangan Baginda telah dimaklumkan dalam kitab-kitab agama samawi dan kitab ajaran Hindu serta Buddha. Kelahiran Baginda dinanti oleh pendita-pendita agama dan digeruni oleh para penzalim serta mereka yang gemar melakukan pelanggaran ketetapan Allah. Islam merupa Satu Cara Hidup Yang Lengkap(The Only Way Of Life).Islam Penyelamat, Islam Membawa Kesejahteraan dan Kedamaian. Lumrah dan peraturan alam, sunnatullah, perkara yang mahal, berharga, tinggi ganjarannya perlukan kepada banyak pengorbanan dalam penyebarannya dan menghadapi pelbagai rintangan. Namun, keutuhan ajaran Islam dan keaslian Al Qur'an dijamin oleh Allah hingga ke akhir zaman agar umat manusia tidak berupaya memberi alasan di hadapan Allah kelak, mereka tidak mendengar Islam disampaikan kepada mereka untuk mereka buat pilihan dan amalkan sebagai Satu Cara Hidup.

"Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya."
(Surah As-Saff: 9)


"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
(Surah Al-Anbiyaa':107)



Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya (Surah Al-Hijr : 9)





Bak kata-kata dalam bahasa Latin "Historia Magistra Vitae Est" bermaksud History Is Best Teacher Of Life, Sejarah Merupakan Guru Kehidupan Yang Terbaik.





Foto di atas menunjukkan seorang gadis German yang teruja untuk membaca terjemahan surah Maryam daripada terjemahan Al Quran yang berikan oleh peserta street dakwah anjuran Jawatankuasa Dakwah, IKRAM Negeri Perak.

Dikongsikan juga perutusan Ketua Wanita IKRAM Pusat untuk renungan kita bersama. Allahu 'alam. Semoga bermanfaat.

Perutusan Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
************************************************

MAULIDURRASUL 1437

AJARAN RASULULLAH SOLUSI PERMASALAHAN MASYARAKAT

12 Rabiul Awal sering diingati sebagai hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Baginda diangkat menjadi rasul ketika berusia 40 tahun.

Ternyata bahawa yang memberi erti kepada kelahiran baginda adalah tugasan sebagai utusan Allah yang dipertanggungjawabkan ke atas baginda, bukan sekadar kelahirannya ke dunia ini semata-mata. Justeru, apabila kita mengingati maulid, yang perlu kita ingati adalah risalah yang dibawa dan disampaikan kepada seluruh umat manusia.

Misi yang dibawa oleh baginda ialah melurus dan memantapkan akhlak umat manusia sebagaimana ditegaskan di dalam sepotong hadis yang bermaksud: "Hanyasanya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia!" Musnad al-Bazzar daripada Abu Hurairah r.a.

Kemuliaan dan kesempurnaan akhlak seseorang diukur pada keindahan akhlaknya terhadap wanita. "Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik akhlaknya terhadap wanita-wanita mereka." Riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a.

Mengapa baginda begitu memberi perhatian terhadap kedudukan wanita, sehingga layanan yang baik terhadap wanita menjadi ukuran kepada ketinggian akhlak seseorang?

Jawapannya amat jelas. Wanita adalah ibu yang melahirkan seluruh manusia generasi demi generasi. Ia seumpama sebuah kilang yang menentukan tahap kualiti produk yang dihasilkan. Andai berlaku sebarang kepincangan pada kilang, pastinya menjejaskan seluruh produk yang terhasil daripada kilang tersebut.

Melihat kepada senario zaman sekarang, di mana statistik keganasan terhadap wanita makin meningkat dari tahun ke tahun, kes-kes pengabaian terhadap ibu yang telah tua, kecuaian dalam mendidik anak-anak sehingga mereka terjebak dalam pelbagai salah laku dan jenayah membuktikan bahawa masyarakat kita masih jauh daripada ajaran yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. meskipun maulidul-rasul disambut dan dirayakan saban tahun.

Justeru, Wanita IKRAM menyeru agar

1. Semua pihak menilai kembali sambutan maulidul-rasul, agar ianya tidak menjadi sekadar aturcara berarak dengan melaungkan selawat diikuti dengan ucapan semangat berapi-api semata. Namun hakikatnya, ajaran serta saranan yang dianjurkan oleh baginda, khususnya mengenai hak-hak wanita makin jauh tertinggal di belakang dari terlaksana.

2. Kaum wanita sendiri mesti lebih peka terhadap kedudukan serta hak-hak mereka yang dijamin oleh Nabi yang bersifat rahmah ini. Kepekaan dan kesedaran tidak lahir tanpa ilmu. Maka wanita mesti mempersiapkan diri dengan ilmu yang benar daripada sumber yang sahih, al-Quran dan al-Hadis.

3. Ajaran baginda Rasulullah s.a.w. mesti disebarkan kepada semua lapisan masyarakat, bermula dengan ahli keluarga dan orang di sekeliling kita agar tidak seorang pun yang ketinggalan dari mendapat rahmat dan kesejahteraan dari ajaran Rasulullah s.a.w. Ajaran Islam yang benar mampu menjadi solusi kepada seribu macam permasalahan yang timbul dalam masyarakat hari ini .

Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim

Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia

12 Rabiul Awal 1437H/ 24 Disember 2015

Thursday 19 November 2015

An Old Dates Palm...

What is the indicator of a sensitive and alive heart?

One a man asked the Prophet salallahu 'alaihi wassalam, "What is iman? and he replied, "When your deeds make you happy and your bad deeds make you sad, you have iman"
[Hadith narrated by Imam Ahmad]

"The halal is clear and the haram is clear, and between them are matters unclear that are unknown to most people. Whoever is wary of these unclear matters has absolved his religion and honor. And whoever indulges in them has indulged in the haram. It is like a shepherd who herds his sheep too close to preserved sanctuary, and they will eventually graze in it. Every king has a sanctuary, and the sanctuary of Allah is what He has made haram. There lies within the body a piece of flesh. If it is sound, the whole body is sound; and if it is corrupted, the whole body is corrupted. Verily this piece is the heart."
[Hadith narrated by Imam Bukhari and Muslim]

Remembrance of Rasulullah salallahu 'alaihi wassalam, more on Friday.




Tangis Sebatang Tamar



Sedu sedan itu bak ratapan si kecil

Yang rindu belaian dan perhatian

Yang mendambakan kasih dan sayang

Dari seorang insan yang penyayang



Tangisan itu dari sebatang tamar

Yang sebelumnya menjadi mimbar

Sandaran Rasul tika menyampai khutbah

Diganti mimbar baru kerna keuzurannya



Kisah tangisan sebatang tamar

Menyentuh hati, mengocak perasaan

Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu

Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu



Tangisan itu dari sebatang tamar

Yang sebelumnya menjadi mimbar

Sandaran Rasul tika menyampai khutbah

Diganti mimbar baru kerna keuzurannya



Betapa kerasnya hatiku ini

Untuk menghayati perjuangan mu

Betapa angkuhnya diri ku ini

Untuk menghargai perjuangan mu



Ya Rasulallah

Ingin aku menjadi sebatang tamar

Yang menangis rindu kepada mu



Ya Rasulallah

Biarlah aku hanya sebatang tamar

Namun dapat bersama mu di dalam syurga



Tangisan itu dari sebatang tamar

Yang sebelumnya menjadi mimbar

Sandaran Rasul tika menyampai khutbah

Diganti mimbar baru kerna keuzurannya.





وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

"...and We have raised for you your mention."
[Surah Al Inshirah:4]


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

"Allah and His angels send blessings on the Prophet: O you that believe! Send your blessings on him, and salute him with all respect."
[Surah Al Ahzab:56]


هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ وَآخَرِينَ مِنْهُم لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ذَ‌ٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

"It is He Who has sent amongst the unlettered a Messenger from among themselves, to rehearse to them His Signs, to purify them, and to teach them the Book and Wisdom (Sunnah),- although they had been, before, in manifest error;-As well as (to confer all these benefits upon) others of them, who have not already joined them: And He is exalted in Might, Wise. Such is the Bounty of Allah, which He bestows on whom He wills: and Allah is the Lord of the highest bounty."
[Surah Al Jumaat:2-4]

Allahu 'alam. Happy holiday and drive safe.




Thursday 5 November 2015

Pelombong Bijih Yang Tegar...



Saban tahun apabila bertembung dengan tarikh keramat ni, mesti bercinta untuk menulis. Nak ceritakan apa ya? Biasa-biasa sahaja. Cliche' kata orang tu. Asyik-asyik cerita yang sama. Dah dapat agak, mesti ada kek dan potret senyum kepuasan.

"Anakanda norhayati. selamat hari lahir.semoga allah SWT memberi kesihatan dan menambahkan rezeki untuk anakanda dan teruskanlah cita_cita anakanda, selamat maju jaya .amin"


"Sanah helwah Yati. Moga terus istiqamah dalam amal. Stay happy, stay cool and stay healthy"

"Sanah helwah dear kak Yati.. Miga diberkati Allah dunia dan akhirat, dipanjangkan usia penuh ketaan serta dikurniakan kesihatan yg baik. Ameen"


"Semoga miss diberi kesihatan yg baik sentiasa, dikurniakan kekuatan untuk beribadah, diberi kebahagiaan berpanjangan bersama keluarga dan sahabat tercinta, dipermudah segala urusan, dan dalam rahmat Allah sentiasa"

"Joyeux anniversaire mc"

"祝您生日快乐! 愿安拉一直保佑您!
Zhu nin shengri kuaile! Yuan An la yi zhi baoyou nin!"


"Assalamualaikum wbt
Sanah helwah makcik yati tersayang
Semoga Allah memberkati hidup makcik dunia dan akhirat
Bersyukur Allah izinkan kita berjumpa dan berkenalan"

...dan banyak lagi, alhamdulillah. Semoga Allah memakbulkan segala doa dan kurniaan yang sama ke atas mereka yang mendoakan, Aamiin.

Sedar tak sedar, telah 53 tahun berpeluang menghuni muka bumi ini dengan kurniaan pelbagai nikmat daripada Illahi, yang tak mungkin dapat disenaraikan satu persatu. Alhamdulillah thuma alhamdulillah. Setiap kali menitipkan doa yang pernah dibacakan oleh Baginda Nabi Sulaiman alaihi salam yang dirakamkan dalam Surah Al Naml, ayat 19. setiap kali itu lah, jiwa bergetar dan jarang sekali gagal menitiskan air mata.

” ....Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.

Dalam pada itu, kita sering menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang bakal kita tinggalkan. Apalah sangat dunia ni. Tiada berharga langsung di sisi Allah.

Bersambung lagi...insha Allah

Kita semua mengetahui bahawa dunia ini tempat persinggahan. Akhiratlah kampung untuk kita kembali, seperti kembalinya Nabi Adam setelah diturunkan ke dunia, yang berasal dari syurga yang penuh dengan kenikmatan yang tidak tergambar oleh akal manusia.

“Ada apa antara aku dengan dunia ini? Tidaklah aku berada di dunia ini kecuali bagaikan seorang pengendara/penempuh perjalanan yang berteduh di bawah sebuah pohon. Kemudian dia beristirahat sejenak di sana lalu meninggalkannya”
(Hadis riwayat Tirmizi)

Tetapi kita perlu kepada dunia untuk menuju ke akhirat. Namun dunia hanyalah bernilai apabila segala aktivitinya berpandukan kepada syariah yang telah ditetapkan oleh Islam. Dari sekecil-kecil perkerjaan seperti makan-minum yang halal, perhubungan antara manusia yang dibenarkan dan berbatas, muamalat yang mensejahterakan semua pihak sehinggalah kepada segala urus-tadbir organisasi serta negara dengan hukum Allah. Dunia ini tidak seharusnya kita pinggirkan, mengharungi dunia walaupun perlu berpantang larang, demi untuk memberikan nilai dan makna kepada kehidupan.

“Sesungguhnya dunia ini manis dan hijau. Dan sesungguhnya Allah ta’ala menyerahkannya kepada kalian untuk diurusi kemudian Allah ingin melihat bagaimana sikap kalian terhadapnya. Maka berhati-hatilah dari fitnah dunia dan wanita” (Hadis riwayat Muslim)

“Demi Allah. Bukanlah kemiskinan yang aku khawatirkan menimpa kalian. Akan tetapi aku khawatir ketika dibukakan kepada kalian dunia sebagaimana telah dibukakan bagi orang-orang sebelum kalian. Kemudian kalian pun berlomba-lomba dalam mendapatkannya sebagaimana orang-orang yang terdahulu itu. Sehingga hal itu membuat kalian menjadi binasa sebagaimana mereka dibinasakan olehnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ya kita perlu berusaha dan bersungguh-sungguh dalam perkerjaan kita tetapi tidaklah sampai perlumbaan ke garisan penamat dalam keadaan yang menghinakan. Tidak perlu kepada perkara-perkara yang boleh mencacatkan keberhasilannya. Allah jadikan kita berbeza. Berbeza sifat, rupa bentuk, keupayaan, kemampuan dan keperluan. Kita ibarat pelombong bijih yang mengasingkan kekotoran dari hasil perlombongan supaya bijih tadi ditulenkan untuk menghasilkan logam yang berharga. Fungsi pelombong memisahkan kekotoran daripada bijih untuk mendapatkan logam tulen dan mempunyai nilai. Begitulah kita, melalui kehidupan dengan hala tuju yang jelas dengan semangat juang yang tinggi untuk mencapai cita-cita dan matlamat kehidupan. Kita perlu memisahkan segala perkara yang boleh merosakkan amalan. Pencarian dan penambahan ilmu yang berterusan penting bagi membolehkan kita sentiasa dapat melakukan perbezaan antara yang tulen dan saduran, bukan hanya ikut-ikutan tanpa pemikiran yang kritis, tanpa sebarang persoalan atas nama "darjat keilmuan" dan "pakar bidang".

Pada hal, setiap manusia bertanggung-jawab menyampaikan kebaikan dan menghalang kemungkaran.
“Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Hadis riwayat Bukhari)

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
(As Saff: 2-3)

"Seorang yang tidak mengamalkan ilmunya, maka nasihatnya akan lenyap dari hati orang yang mendengarnya, laksana hilangnya setitis embun dari satu batu yang halus" (Malik Bin Dinar)

Di hari jumaat yang mulia dan penuh barokah ini, menjadi sunnah Rasulullah s.a.w untuk membaca surah Al Kahfi pada setiap hari jumaat.
"Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum'at." (Hadis riwayat Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249. Ibnul Hajar mengomentari hadits ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadits hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadits ini adalah hadits paling kuat tentang surat Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)

Setiap kali membaca Surah Al Kahfi, ayat 46:
"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."

Jiwa akan tersentap dan sering disedarkan tentang hakikat kehidupan yang rapuh ini. Masa yang diperuntukkan untuk kita terlalu singkat, marilah kita lalui sisa-sisa kehidupan ini dengan menyisih segala perbuatan yang merugikan dan mensia-siakan amalan.


Sesungguhnya, segala yang baik itu daripada Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan pimpin kita untuk memperbaiki segala kelemahan. Allahu 'alam. Semoga bermanfaat.

Friday 9 October 2015

Sepatu...Sepatut...



Tentang kasut....Al Marhum Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis dengan gaya bahasa dan penggunaan analogi yang sungguh menarik.

...mereka yang sealiran dalam fikiran dan tindakan, ibarat sepasang kasut antara kiri dan kanan, mempunyai ciri-ciri yang sama, menyebabkan mereka seiring jalan, jika berpisah boleh menyebabkan yang sebelah lagi tidak berguna....seseorang dapat dikenali dalam masyarakatnya hanya dengan melihat siapakah orang-orang yang kerap mengunjunginya, kerana manusia memiliki rakan dan sahabat yang sealiran cara hidup dengan nya...tidak mungkin seorang penipu menemui orang alim untuk mendapat nasihat bagaimana cara menipu yang berjaya, sebab mereka juga tahu bahawa orang baik tidak akan mengajarnya berbuat jahat"...kemudian Al Marhum kongsikan hadis riwayat At Tabrani ini...

"Bermula sesuatu yang baik (khair) ibarat peti besi (khazanah) dan bagi setiap peti besi ada anak kuncinya, maka berbahagialah bagi orang yang Allah jadikan dia sebagai anak kunci kebajikan dan penghalang kepada kejahatan. Sebaliknya, celaka (neraka) bagi sesorang yang menjadi kunci kepada kejahatan dan penghalang kepada kebaikan"

Selamat Menyambut 1 Muharram 1437 Hijriah. Semoga bermanfaat. Allahu 'alam.

Monday 21 September 2015

Pengorbanan dan AMANAH...





Memahami dan mendoakan kejayaan perjuangan pendokong dan penyokong AMANAH ke arah Malaysia sejahtera serta dirahmati...Aamiin

Lirik Lagu Rasmi AMANAH.

Islam agama yang indah,
Teras perjuangan kita,
Membela rakyat dan nusa,
Tanpa mengira bangsa dan agama
Menegakkan keadilan,
Menentang kezaliman,
Bersatu bekerjasama,
Membina masa depan negara,
Akhlak terpuji,
Walau di medan juang,
Pendekatan inklusif,
Amanah progresif peduli,
Parti Amanah Negara,
Harapan rakyat Malaysia,
Parti Amanah Negara,
Membawa Rahmat untuk semua.


"Apakah yang membezakan seorang ahli politik dengan seorang negarawan?
Ahli politik hanya memikirkan "the next election"...manakala negarawan (statesman) memikirkan kepentingan negara dan "future generation".

Negarawan akan menumpu pemikirannya kepada dua bentuk soalan..iaitu "Why" dan "Where".
WHY:adalah soalan yang menyorot jauh ke dalam jiwanya..memikirkan mengapa dia melakukan sesuatu..mengapa dia harus maju ke hadapan..mengapa dia yang harus menjadi suara kuat mewakili semua yang di bawah tanggugjawabnya..
WHERE:bermaksud memikirkan ke arah mana dia mahu dan mampu membawa nasib semua dan juga arah tuju negara..
Mindset ini harus ditukar menjadi "to do"..sebab sekiranya kekal dengan mindset.."to be"..maka tatkala tercapainya cita-cita...habislah ia di situ..

"Politician" belum tentu negarawan.

Dengan "to do"...maka tiadalah penghujungnya..maka betullah seperti mana yang dinyatakan...tukang sapu sampah (bukan menghina)pun mampu menjadi negarawan...Oleh itu..sesiapa juga mampu menjadi negarawan...
Sebab itu..kebanyakan politician..beritanya terhad kepada dalam surat khabar harian...manakakala negarawan..kata-katanya ..segala usahanya..jasa baktinya termaktub dan kekal dalam lipatan zaman..dalam buku-buku sejarah."



"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka." [Al Hasyr: 18-19]


Semoga landscape politik negara melalui proses pembersihan serta penapisan yang belaku mampu mendidik ahli politik yang AMANAH dan rakyat Malaysia sebagai NEGARAWAN, Aamiin. Allahu 'alam.

\



Sunday 30 August 2015

Kesatuan Aqidah, Kesatuan Jiwa Yang Merdeka...





"#‎sehatisejiwa‬ mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada"

Semoga Allah pandang segala usaha kita, menerimanya sebagai ibadah dan memakbulkan segala permintaan kita demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan Ummat manusia...Allahuma Aamiin.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
[Al-Baqarah: 186]

“Sesungguhnya Allah Maha Pemalu dan Maha Murah hati. Allah malu bila ada hamba-Nya yang mengadahkan tangan (memohon kepada-Nya) lalu dibiarkannya kosong dan kecewa.” Hadis riwayat Hakim]


























Friday 21 August 2015

Lawas Dan Tuntas..."Crystal Clear"





"Jikalau engkau mahu mengenali seseorang, kenalilah dari buku-buku di perpustakaannya." - Imam Syahid Hasan Al Banna

Pemikiran manusia terbentuk melalui dua aspek iaitu:

1) Buku apa yang kita baca
2) Dengan siapa kita berteman

Nabi Muhammad SAW diutuskan kepada kita dan bersama dengannya sebuah buku yang menjadi petunjuk ajarannya iaitu Al-Quran dan dari generasi Al-Quran inilah yang membawa kepada tumbangnya empayar dua puluh kurun Rom dan Parsi, juga melalui generasi Al-Quran inilah tertegaknya negara Islam Madinah dan tamadun Islam yang gemilang seperti Abbasiyah, Umaiyah dan Turki Uthmaniah.

Pentingnya kita untuk memilih bahan bacaan dengan teliti. Jika ruang bacaan masyarakat sekadar diisi dengan novel cinta, maka produk yang terhasil hanyalah generasi yang lemah dan tunduk kepada hawa nafsu dan leka dibuai mainan hati.

Sebaliknya jika diisi bahan bacaan yang bernilai tinggi dari sudut thaqafah islamiah, pembinaan fikrah dan ilmu-ilmu Islam, maka generasi yang terhasil adalah generasi yang punya kesedaran untuk menggerakkan dan mengembalikan kegemilangan Islam sehingga tercapainya cita-cita Islam sebagai 'ustaziatul alam'.


Sumber: IKRAM Mesir



MENGENANG MESIR, 14 Ogos 2013....

Mengenang kemerdekaan Malaysia Tercinta ...31 Ogos 2015

Think global but act local! Berfikir secara ummatik...usah bazir masa berjiwang karat...

R4BIA berarti keadilan, kebebasan dan hati nurani.

R4BIA bermakna keadilan, kemerdekaan dan jati diri

R4BIA adalah simbol kemerdekaan

R4BIA adalah kelahiran kepada pergerakan baru untuk kemerdekaan dan keadilan

R4BIA adalah kelahiran dunia baru

R4BIA adalah simbol Muslim kembali semula ke pentas dunia

R4BIA ialah tempat di mana jolokan “Western Value” akan runtuh

R4BIA bermakna rakyat Mesir mengecapi kemerdekaan dengan menemui kematian
















"Agama adalah penerang hati, sedangkan ilmu pengetahuan dan peradaban adalah penerang akal"
[Syeikh Badiuzzaman Said Nursi]

Semoga bermanfaat. Allahu 'alam

Wednesday 29 July 2015

Ujian Kepimpinan Yang Sangat Getir...





Sungguh menginsafkan dengan rentetan peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini. Kepimpinan sebenarnya perlu dilihat sejauhmana perlaksanaan tanggungjawab secara amanah tetapi lazimnya disalah tanggap malah menjadi amalan majoriti yang diberi peluang memimpin sebagai penyalahgunaan KUASA dan kedudukan. Seronok berkuasa atas nama transformasi sehingga terdedah segala keaiban, pembohongan demi pembohongan, pendustaan yang silih berganti untuk justifikasi segala tindakan.

Teguran secara langsung daripada Maha Pencipta atas kelalaian rakyat Malaysia yang masih meminggirkan ajaran Al Qur'an. Nafsu menjadi ikutan untuk meraih kesenangan sementara. Pelali yang bakal mengembalikan keperitan serta mengheret pengamalnya ke jurang kehancuran.

Kesenangan dan hamburan kenikmatan yang merupakan istidraj, pemberian daripada Allah yang tidak direstui-Nya. "Ibarat umpan yang diletakkan di dalam perangkap"

"Apabila kamu melihat Tuhan mengurniakan kekayaan dunia kepada orang yang 'ahsi (ahli maksiat), maka sesungguhnya yang demikian itu merupakan istidraj daripada Allah. Kemudian Rasulullah membaca ayat 44, surah Al-An'am. Ketika mereka lupa akan ajaran dan peringatan-peringatan, maka Allah bukakan pintu-pintu segala kesenangan dunia. Tetapi di saat mereka terlalu gembira dengan kekayaan itu, tiba-tiba Allah rentap segalanya dengan serta merta."

[Hadis riwayat Ahmad]

"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)."

[Al-An'am:44]


"Sesungguhnya selepasku ini akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di Mahsyar). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalanganya dan dia akan mendatangi telaga (di Mahsyar)"

[Hadis sahih riwayat Ahmad, al Nasaie dan al-Tirmizi]




Semoga Allah menerima taubat dan munajat kita. Semoga Allah pandang segala usaha pengislahan diri dan masyarakat tanpa jemu serta dijauhkan kita daripada kemurkaan-Nya kerana Rasulullah berpesan melalui hadis berikut:


“ Sesungguhnya Allah tidak mengazab golongan umum (orang-orang yang tidak melakukan kemungkaran) disebabkan apa yang dikerjakan oleh golongan khusus (orang-orang yang mengerjakan kemungkaran) hinggalah apabila kemungkaran dikerjakan di hadapan mereka di mana mereka mampu untuk mencegahnya, namun tidak mencegahnya. Apabila mereka melakukan sedemikian, maka Allah pun mengazab golongan umum dan golongan khusus.”

[Hadis riwayatkan Abu Daud]


"Ketahuilah bahawa dunia ini mal'unah (dilaknat) kecuali zikrullah dan orang yang berilmu serta mereka yang mempelajari ilmu"

[Hadis riwayat At-Tirmizi]


Allahu 'alam. Semoga bermanfaat.

Sunday 19 July 2015

Rabbaniyun Versus Ramadanis...





Semoga kita menjadi "Rabbaniyun", melakukan ketaatan bersungguh-sungguh sepanjang masa dan bukan 'Ramadanis', hanya hebat beramal di bulan Ramadan..'abid bermusim...waiyazubillah.


Allahu 'alam.

Wednesday 24 June 2015