Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Tuesday 12 November 2013

Gunung Yang Menghimpap Atau lalat Yang Ditepis...






"Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya, dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata: dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang"


(Hadis riwayat Bukhari)

Wednesday 6 November 2013

Monday 4 November 2013

Feeling Blesssed...Alhamdulillah...5 November 2013 / 1 Muharram 1435H





Words of Wisdom: One of the Salaf said: "I worshiped Allah for fifty years, and I didn't find the 'sweetness' of Ibadah (worship) until I did three things:
a. I abandoned pleasing people; and worked on speaking with the truth.
b. I abandoned bad company and friends; and found good friends instead.
c. I abandoned chasing after the beauties of this life and worked on acquiring the beauty of the next life.




May Allah make us among those who would seek the next life and the world is not our biggest concern, Ameen



"Anakanda Norhayati, hari ini adalah hari yang istimewa dan indah untuk anakanda. Abah ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah dan hari lahir. Semoga di tahun baru ini ALLAH menambahkan rezeki dan berjaya lagi di hari-hari yang mendatang insyaallah, amin "....
5 November 2013 / 1 Muharram 1435H

Friday 1 November 2013

I Need To Smile While I Still Have Teeth...



Tersentuh setiap kali membaca bait-bait ayat ini....

"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan." [Al Kahfi: 46]







Thursday 24 October 2013

House In Jannah...Ameen



“I guarantee a house in Jannah for one who gives up arguing, even if he is right; and I guarantee a house in the middle of Jannah for one who abandons lying even for the sake of fun; and I guarantee a house in the highest part of Jannah for one who has good manners.”


Hadis Abu Dawud

Tuesday 22 October 2013

Nearness To You Ya Allah...













Merubah keadaan dengan 'tangan'...kuasa pemerintahan..
.
Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: “Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.” Hadis riwayat Muslim



Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah mula digazetkan 22 Oktober 2013 : Tanggungjawab di hadapan Allah tertunai

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 Oktober. - Negara Brunei Darussalam hari ini melakar sejarah besar apabila mengazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengumumkan perkara itu ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Dengan izin Allah juga, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Akta Perintah itu mula digazetkan hari ini, 22 haribulan Oktober 2013, dan akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.

Baca lagi -> http://www.islamituindah.my/hukuman-jenayah-syariah-mula-digazetkan-di-brunei

Wednesday 16 October 2013

Pengorbanan Syarat Untuk Kemenangan...




"Aku telah menjangkakan keteguhan para penunjuk perasaan, Aku telah menjangkakan akan tercetus perbalahan di kalangan askar, Aku telah menjangkakan akan berlaku pembunuhan beramai-ramai, Aku telah menjangkakan banyak perkara. Dan sekarang, di dewan yang sama tempat presiden Mesir Muhammad Mursi belajar, aku berkata kepada kamu, sesungguhnya presiden akan kembali memimpin dan Mesir akan menjadi lebih kuat daripada sebelumnya. Mangsa-mangsa Rabi'ah adalah harga kepada kebebasan rakyat yang jumlahnya hampir 100 juta orang. Dunia enggan memberikan mereka kebebasan. Lalu mereka memberontak dengan cara pemberontakan mereka yang suci. Dan mereka akan berjaya. Percayalah kepadaku tentang perkara ini. Mereka menuduh aku sayang kepada Mursi. Salah seorang kawanku memberitahuku bahawa aku diperalatkan oleh Ikhwan. Aku berkata: Ya, memang aku sayangkan Mursi kerana dia merupakan presiden yang dipilih dan tidak pernah dijumpai satu kerosakanpun yang telah dia lakukan. Namun, aku bukan ahli Ikhwan, malah bukan seorang muslimpun. Tetapi aku benci kepada orang-orang yang berkata tentang Ikhwan apa yang mereka (Ikhwan) tidak pernah lakukan"
. - Chomsky, penulis dan pemikir Amerika (Terjemahan:IkhwanOnline)

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
[At Taubah: 111]

Kita sentiasa dituntut untuk melakukan pengorbanan dalam kehidupan kerana pertarungan abadi kita dengan kebaikan & kejahatan, kebenaran & kepalsuan serta tentera iblis & tentera Allah..

Ya Allah...kurniakan lah kemudahan untuk Kami sentiasa berkorban di jalanMu setiap masa dan ketika...ameen

Monday 16 September 2013

Ingatlah...Kita Pernah Menjadi Tetamu-Nya...





Rasulullah صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda maksudnya:
“Amal soleh yang paling Allah sukai dilakukan oleh hamba-Nya ialah amal-amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (10 pertama Zul-Hijjah)”, mereka bertanya: “Ya Rasulullah, adakah Allah lebih suka daripada berjihad fi sabilillah?” Baginda menjawab (maksudnya): “Ya, tidak dapat mengatasi jihad fi sabillah, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak pulang membawa sedikitpun daripada jiwa dan hartanya itu (menemui syahid)” Sunan Ibn Majah

Dan sabdanya lagi bermaksud:
“Tidak ada hari yang lebih agung di sisi Allah selain daripada 10 hari pertama bulan Zul-Hijjah, dan tidak ada amalan yang paling Dia suka dilakukan selain daripada amalan yang dilakukan pada 10 hari pertama bulan Zul-Hijjah. Maka hendaklah kamu membanyakkan tahlil, takbir dan tahmid pada hari-hari tersebut.” Musnad Ahmad

"Demi buah Tiin dan Zaitun,
Dan Gunung Tursina,
Serta negeri (Makkah) yang aman ini, -
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.
(Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?"
[At-Tiin:1-8]

Thursday 12 September 2013

Just Hold On...






"(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa." [Ali-Imran: 138]



“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(at-Taubah: 71)

Tuesday 3 September 2013

Life Is Not Easier, We Have To Be Stronger...



Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian. Kerana aku tak nak hilang perikemanusiaan.

ehsan dari ask manie's status

Tuesday 20 August 2013

Allah Knows...Never Frent, Never Frown... Allah Knows...





Kebenaran Itu Milik Allah, Bukan Di Barat dan Bukan Di Timur

Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

Berpuas hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

Justeru, janganlah Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia. Jika darah Abdullah bin Zubair radhiallahuanhu pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini? Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72


Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 13 Syawwal 1434H bersamaan 20 Ogos 2013M

Monday 19 August 2013

Apa Itu R4BIA?









Apa itu R4BIA?

Mungkin ada di antara kita yang masih bertanya-tanya kenapa banyak orang di media sosial seluruh dunia memakai avatar simbol 4 jari dan menggunakan hashtag #R4BIA?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah dijadikan sebagai simbol (1) Keteguhan, (2) Kekuatan, (3) Perlawanan dan (4) Persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta Militer. Simbol 4 jari untuk menunjukkan Rabi'ah Al-Adawiyah.

3. Simbol 4 jari ini diluncurkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu malam (17 Agustus 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentara junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh pendukung Mursi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidaritas dan kepedulian terhadap apa yang terjadi di Mesir.

Artwork by Lukisan Dakwah Islam

Sekarang, menurut kenyataan Al Jazeera (semalam) dianggarkan sudah lebih 85 juta penduduk dunia yang menggunakan Gambar profil (DP) Rabiah turut sama bersolidariti demi nilai kemanusiaan dan demokrasi. Simbol #R4BIA yang menjadi lambang solidariti dunia adalah simbolik kemenangan buat rakyat Mesir.

Ayuh kita lancarkan PERANG MEDIA dan DOA ke atas kezaliman ini. Kedua-dua ini adalah senjata kita paling kuat yang mampu menembusi apa jua sempadan dan kita mampu melakukannya !

Saturday 17 August 2013

Kekuatan Ikhwanul Muslimin Ada Di Pelbagai Bidang...




"Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" ~ (QS. Fush Shilat [41]:53 )

" Ingatlah bahwa sesungguhnya mereka adalah dalam keraguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah, bahwa sesungguhnya Dia Maha Meliputi segala sesuatu. " ~ (QS. Fush Shilat [41]:54 )


حسبنا الله وهو نعم الوكيل





Sebuah video presentasi intelijen Israel beredar di Youtube. Di depan forum yang dihadiri ratusan orang yang agaknya para pejabat penting, seorang komandan intelijen menjelaskan sebab utama mengapa Presiden Mursi perlu disingkirkan.

Pertama, menurutnya, Mursi membawa pemikiran Ikhwanul Muslimin yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah seperti di Mesir, Turki, Tunisia, Maghribi, Libya, Gaza, dan lain-lain. Kini mereka berupaya untuk membina kekuatan di Syria dan Jordan.

Kekuatan Ikhwanul Muslimin ada di pelbagai bidang, tidak hanya sebagai gerakan politik, mereka juga mengisi kehidupan sosial dan berinteraksi dengan manusia.

Ada dua agenda besar yang kini sedang digencarkan Ikhwan.

Pertama: Mempromosikan negara khilafah dan penerapan syariat. Definisinya ada di Mesir, sebagai negara demokrasi yang melaksanakan sistem Syura. Sebuah merupakan konsep permusyawaratan yang diakui dalam Islam.

Kedua: Strategi lebih luas yaitu memperkuat pertahanan mereka di tengah-tengah pengaruh rezim non-demokratik pada masa demokrasi tidak bisa memadamkannya dengan mudah, sebagaimana terlihat di Turki dan Gaza.

Universitas Al Azhar akan menjadi kekuatan penerapan Syariat. Tetapi ini akan menyusul, supaya fokus kepada pengukuhan legitimasi hukum yang sedang diterapkan oleh negara.

Dua misi besar tersebut akan menguatkan Ikhwanul Muslimin dalam perjuangan mereka. Maka partai-partai Ikhwan yang kini berkembang di Mesir, Gaza dan Tunisia sedang bergerak menuju ke arah kepemimpinan yang kemudian akan menjadikan mereka sebagai peneraju utama yang bertanggung jawab. Tanggungjawab ini tidak lagi diterjemahkan sebagai pucuk-pucuk kecil, tapi sudah menjadi kembang yang utuh/kuat.

Jadi kudeta terhadap Ikhwan pada hakikatnya bertujuan untuk menghalangi tegaknya Daulah Islamiyah di Mesir.

Friday 16 August 2013

'Sesungguhnya Tuhanmu Benar-Benar Mengawasi'



[Rumusan Risalah Mursyidul Am lkhwan Muslimin Berkaitan Isu Semasa Mesir]

Risalah bertajuk (إنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ)

1. Murshid melahirkan rasa penuh hiba dan sedih dengan pembunuhan beramai-ramai pada 14 Ogos 2013 setelah 50 hari peserta pro demokrasi berhimpun dengan aman dan penuh adab.

2. Kejadian berdarah ini susulan daripada peristiwa berdarah yang turut direncana oleh pihak tentera yang mengorbankan lebih 500 nyawa dalam 2 peristiwa (Rumah Pegawai Republikan dan Minassoh pada bulan Ramadhan) manakala 6000 yang lain cedera sementara 2000 telah ditahan selama 3 minggu.

3. Tugas pihak tentera dan polis yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat telah diabaikan malah pembunuhan beramai-ramai ini merupakan suatu jenayah perang yang melanggar hak asasi manusia sehingga mengorbankan lebih 2000 nyawa dalam masa setengah hari, lebih 10 ribu cedera dan ribuan ditahan.

4. Ketika revolusi 2011, kurang seribu orang dibunuh dalam masa 18 hari. Namun pembantaian kali ini jauh sekali berbeza & amatlah kejam dan tidak berperikemanusiaan.

5. Khemah-khemah himpunan dibakar, pembunuhan dilakukan menggunakan senjata canggih, jentolak turut berfungsi bagi mengumpulkan mayat untuk dibakar, hospital dibakar dan pesakit yang ingin menerima rawatan dihalang, Masjid Rabiatul Adawiyah hangus dibakar.

6. Mereka mendakwa mendapat mandat untuk memerintah, dan inikah mandat mereka untuk membunuh rakyat Mesir sendiri? Kematian rakyat inikah yang mereka mahu?

7. Demonstrasi tidak akan berhenti. Rakyat Mesir telah membayar harga syahid demi kebebasan ketika revolusi 25 Januari dan begitu juga pada kali ini. Kami akan bayar dengan apa juga harganya walaupun kezaliman terus dilakukan dan syukur pada Allah kerana kami berbangga untuk melakukannya.

8. Murshidul Am juga melakukan perumpamaan yang sama persis yang Allah nukilkan dalam Al Qur’an tentang kezaliman firaun.

9. Terdapat manusia yang obses dengan kedudukan, harta, kuasa serta pengaruh sedangkan (pada hakikatnya) mereka adalah hamba kepada Allah Tuhan sekalian alam, mereka menyangka itulah tuhan-tuhan mereka atau kiblat tuju manusia. Lalu mereka menzalimi dan menindas manusia malah cuba untuk membunuh manusia yang diciptakan Allah dan menghambakan diri kepadaNya.

Ini disebut didalam al Qur'an;

(كَلا إنَّ الإنسَانَ لَيَطْغَى * أَن رَّآهُ اسْتَغْنَى (العلق :6-7

"Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, karena dia melihat dirinya serba cukup" (Al Alaq 6-7)

Fir'aun mengatakan;

(مَا أُرِيكُمْ إلا مَا أَرَى ومَا أَهْدِيكُمْ إلا سَبِيلَ الرَّشَادِ (غافر:29

"Aku tidak mengemukakan kepadamu, melainkan apa yang aku pandang baik; dan aku tiada menunjukkan kepadamu selain jalan yang benar". (Ghafir:29)

Dan ugutan Fir'aun kepada ahli Sihir ketika mereka ingin beriman dan menjadi pengikut Musa;

فَلأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وأَرْجُلَكُم مِّنْ خِلافٍ ولأُصَلِّبَنَّكُمْ فِي جُذُوعِ النَّخْلِ ولَتَعْلَمُنَّ أَيُّنَا أَشَدُّ عَذَابًا

( وأَبْقَى (طه:71

"Maka sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kaki kamu sekalian dengan bersilang secara bertimbal balik, dan sesungguhnya aku akan menyalib kamu sekalian pada pangkal pohon kurma dan sesungguhnya kamu akan mengetahui siapa di antara kita yang lebih pedih dan lebih kekal siksanya". (Thaha : 71)

Kita melihat kesan-kesan yang zalim yang dilakukan Fir'aun ini, lalu Allah memberikan mereka satu tempoh masa sehingga Allah melantik pemimpin yang berwibawa. Lantas menenggelamkan Fir'aun dan apabila melihat peristiwa Allah menenggelamkan Fir'aun serta bala tenteranya, tiadalah kebanggaan bagi pemimpin ini melainkan ucapan;

(آمَنتُ أَنَّهُ لا إلَهَ إلا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إسْرَائِيلَ وأَنَا مِنَ المُسْلِمِينَ) (يونس90)

"Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)"(Yunus:90)

Maka Allah berfirman;

آلآنَ وقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وكُنتَ مِنَ المُفْسِدِينَ * فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً وإنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُون يونس:92

"Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. " (Yunus:92)

Bumi telah menenggelamkan qarun yang bermegah2 dengan hartanya dan berbesar diri ke atas manusia,bersama kaum aad, thamud dan firaun seperti yang dinyatakan dalam surah al Fajr

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ * إرَمَ ذَاتِ العِمَادِ * الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي البِلادِ * وثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ *وفِرْعَوْنَ ذِي الأَوْتَادِ * الَّذِينَ طَغَوْا فِي البِلادِ * فَأَكْثَرُوا فِيهَا الفَسَادَ * فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ * إنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ الفجر :6-14

"Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum Ad?, (yaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi, yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain,

dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah, dan kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentara yang banyak), yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri, lalu mereka berbuat banyak kerusakan dalam negeri itu, karena itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab, sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi". (Al Fajr 6-14)

10. Murshid mengakhiri risalah dengan memetik ayat al Quran;

وسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ

"Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali" (asy Syuara' : 227)


Dr Mohamed Badie'
Mursyidul Am Jamaah Ikhwan Muslimin
9 Syawal 1434H

Sumber : Ikhwan Syria

Senyuman Syahidah...





Bantuan Rakyat Mesir...Via Pertubuhan IKRAM Malaysia RHB: 21245-76000-6543, sms: 019-3217461...Fax: 03-89451772

Usaha Mursi yang Disembunyi...





Semenjak penggulingan presiden pilihan rakyat Mesir, Dr Mohamed Mursi pada 3 Julai lepas, lebih 300 nyawa terkorban, lebih 2,000 yang lain cedera, manakala lebih 1,700 individu ditahan tanpa bicara termasuk presiden Mesir yang pertama dipilih secara demokratik.

Bagi ramai pihak di Mesir, mereka melihat konflik berlaku adalah rampasan kuasa pihak tentera yang disokong golongan Tamarrod daripada rakyat Mesir yang telah memberikan legitimasi kekuasaan kepada Mursi dan Kabinet yang dibentuknya.

Bagi pihak tentera dan Tamarrod pula, penggulingan Mursi merupakan satu langkah demi menyelamatkan sistem demokrasi yang telah dicabul oleh Mursi dan kumpulan Ikhwanul Muslimin dengan beberapa tindakan mereka yang telah mencemarkan mandat rakyat kepada mereka.

Maka, untuk menjustifikasikan hujah mereka yang telah menyebabkan perhimpunan kemuncak pada 30 Julai lalu, dua isu utama ditimbulkan, pertamanya kegagalan Mursi untuk memulihkan keadaan sosioekonomi Mesir, dan yang keduanya, usaha licik Mursi dan Ikhwan untuk membolot semua kuasa di Mesir (Ikhwanatu Misr atau mengikhwankan Mesir) untuk menegakkan agenda radikal mereka yang tidak menjaga kepentingan golongan minoriti.

Maka, demi menyelamatkan Mesir dari diperintah oleh golongan radikal, mereka terpaksa keluar beramai-ramai memaksa agar Mursi meletakkan jawatan walaupun setelah memenangi Pilihan Raya Presiden setahun lalu dengan undian hampir 52%, dan walaupun belum cukup tempoh mandat diberikan kepadanya. Persoalannya, apakah benar Mursi gagal dan apakah benar beliau menjadi alat kepada Ikhwan untuk membolot semua kuasa di Mesir?


Gagal pulih ekonomi?

Hakikatnya, Mursi menerima bebanan yang terlalu besar daripada rejim Mubarak untuk diperbaiki. Amat mustahil untuk menyelesaikannya dalam tempoh setahun. Sewaktu mengambil tampuk pemerintahan, Dr Mursi terpaksa menanggung hutang kerajaan Mesir yang lepas dianggarkan sebanyak 1,300 billion Egyptian Pound. Sewaktu Dr Mursi mengambil alih tampuk kepimpinan, seramai lima juta rakyat Mesir tidak memiliki tempat tinggal; kadar rakyat yang keciciran pelajaran melebihi 30 juta orang; tujuh juta ibu tunggal rata-ratanya tidak ada pekerjaan tetap dan mengharapkan sepenuhnya bantuan kerajaan. Ini hanya secebis dari isu sosioekonomi di Mesir, ribuan lagi masalah terpaksa Mursi hadapi dalam menjadikan Mesir negara stabil.

Malangnya, dalam keadaan getir seperti itu, pihak liberal, elitis sekular dan saki-baki rejim Mubarak menangguk di air keruh. Semenjak setahun Mursi dipilih rakyat, golongan pembangkang tidak pula berusaha untuk bersama dengan beliau membangunkan negara, jauh sekali menghargai apa telah beliau dan Kabinetnya lakukan. Apa yang berlaku sepanjang setahun pemerintahan beliau, kumpulan pembangkang hanya berjaya melakukan 50 kempen besar-besaran untuk memburuk-burukkan Mursi, di samping penghinaan dan ejekan setiap hari di media milik mereka. Dalam tempoh setahun pihak pembangkang mengadakan sebanyak 7,709 protes di seluruh Mesir sehingga merencatkan pembangunan; sebanyak 24 kali seruan untuk perhimpunan sejuta rakyat agar keluar ke jalan mendesak Mursi untuk meletakkan jawatan bermula beberapa minggu selepas Mursi dilantik. Pemimpin dan kerajaan manakah yang boleh bertahan dalam keadaan seperti ini? Hanya kerajaan diktator sahaja mampu mengendalikan kegilaan mereka yang gila kuasa seperti ini. Namun, IM tidak sekali-kali akan menggunakan kuku besi dan juga kuasa diktator, kerana ia bertentangan dengan prinsip asas gerakan tersebut - menentang keganasan dan sistem kuku besi!

Kegagalan pihak Liberal dan Tamarrod secara amnya untuk menerima perbezaan dan menghormati mekanisme demokratik menunjukkan pihak sekular dan liberal di Mesir tidak demokratik. Hal ini jelas terlihat pada perancangan lama dan juga bersepadu mereka untuk menjatuhkan IM dan Mursi semenjak keputusan Pilihan raya Parlimen dan juga semenjak hari pertama Mursi dilantik. Antara hujah mereka, golongan Ikhwanul Muslimin ingin menjadikan Mesir negara teokratik, maka IM berusaha meng’Ikhwan’kan Mesir dengan menguasai kesemua institusi kerajaan. Mereka juga menuduh IM memonopoli penggubalan perlembagaan agar Mesir tidak bersikap sekular, walaupun dalam kumpulan penggubal perlembagaan yang telah dibentuk oleh Parlimen, ia dianggotai oleh semua aliran, termasuk golongan liberal, sekular, Kristian dan sosialis.

Akhirnya, hujah paling ampuh untuk menggulingkan kuasa dengan mengatakan Mursi gagal memulihkan ekonomi Mesir, dan juga tidak mampu memerintah Mesir. Persoalannya, jika Mursi ada kelemahan sekalipun, ia bukanlah alasan kukuh beliau digulingkan sewenang-wenangnya. Hakikatnya, tiada presiden mampu mengubah sebuah negara pasca-revolusi dalam sekelip mata. Persoalan lagi, apakah benar Mursi gagal melakukan apa-apa perubahan untuk menyelamatkan Mesir?


Benarkah Mursi gagal?

Terdapat beberapa mitos berkaitan tempoh pentadbiran Presiden Mursi yang sering dijaja pihak Tamarrod. Antara paling popular ialah keadaan ekonomi Mesir semakin teruk pada zaman Mursi. Hal ini dapat dilihat secara kasar pada krisis bekalan petrol, bahan bakar dan elektrik di seluruh Mesir, terutama di Kaherah. Antara yang sering ditimbulkan juga ialah tahap ekonomi keluarga di Mesir juga semakin parah setelah revolusi dan setelah Mursi menjawat jawatan presiden.

Malangnya, kebanyakan tuduhan ini sama ada tidak berdasarkan bukti dan angka-angka yang rasmi, ataupun ia berdasarkan angka-angka yang dimanipulasi untuk menjustifikasikan tuduhan mereka. Hal ini telah segera dibalas semula oleh pihak kerajaan pimpinan Mursi dan juga mereka yang terlibat. Ini dapat dilihat dalam laman web (http://www.morsifirstyear.com/en/) yang dibangunkan oleh para penyokong Mursi dan juga laporan-laporan dari institusi-institusi kewangan antarabangsa.

Walaupun mewarisi Mesir yang dipenuhi 1001 masalah sosioekonomi, dan beliau juga mengalami pelbagai kesukaran dan halangan, bagaimanapun, dalam tempoh setahun pentadbirannya, di dalam keadaan penuh kekangan dan kelemahan, beliau berjaya membawa beberapa perubahan dalam pembangunan, ekonomi mahupun keadilan sosial. Antaranya menyediakan peruntukan 100 juta pound Egypt untuk membantu hampir 500,000 ibu tunggal di seluruh Mesir. Pada Julai 2013, 500,000 ibu tunggal tersebut menerima pencen 400 pound Egypt sebulan untuk menyara keluarga mereka. Malangnya, apabila berlaku rampasan kuasa, pembiayaan tersebut dihentikan.

Kerajaan Mursi juga menghapuskan hutang lapuk yang ditanggung 52,200 petani kecil dan susah di pedalaman agar dapat memulakan hidup baru. Dalam sektor kesihatan pula, kerajaan Mursi menyediakan insurans kesihatan untuk 13.2 juta kanak-kanak di seluruh Mesir berjumlah 160 juta Pound Egypt. Manakala 1.2 juta rakyat pula menikmati perkhidmatan kesihatan percuma. Dasar prihatin OKU kerajaan Mursi amat patut diberikan perhatian. Antara langkah- mengurangkan yuran kesihatan di hospital-hospital untuk beli ubat sebanyak 37%, dan potongan tambang tiket keretapi 75% kepada warga OKU. Dasar seumpama ini tidak pernah dikenali pada zaman rejim yang memerintah sebelum Mursi.

Dalam tempoh setahun juga kerajaan pimpinan Mursi berjaya menyediakan sebanyak 45,388 rumah mampu milik untuk rakyat Mesir yang belum memiliki rumah. Seramai 90,000 keluarga juga menikmati skim pinjaman untuk bina rumah sendiri.

Antara usaha kerajaan Mursi untuk merangsang ekonomi Mesir ialah menaikkan gaji kakitangan kerajaan berjumlah 6.4 juta orang. Peruntukan untuk gaji para kakitangan kerajaan dinaikkan dari keseluruhan 122.8 bilion Pound Egypt pada 2011 kepada 172 bilion Pound Egypt untuk tahun-tahun 2013-2014.

Kerajaan Mursi juga telah menyediakan sebanyak 593,000 peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan belanjawan melebihi 3.5 bilion Pound Egypt, dan ini merangkumi 5,611 pekerjaan untuk graduan menganggur. Sepanjang pemerintahan Mursi, negara Mesir telah menyaksikan peningkatan KDNK pada tahap terbaik berbanding tahun-tahun 2010-2011, iaitu purata 2.4% pada 2013 berbanding 1.8% pada 2011 dan 2012.

Malangnya semua pencapaian Mursi ini disembunyikan daripada pengetahuan umum oleh media yang dimiliki oleh saki-baki rejim lama dan juga golongan liberal. Sebaliknya, segala kelemahan yang diwujudkan oleh saki-baki rejim sengaja diperbesar-besarkan agar mengaburi mata awam dan rakyat yang naif serta masyarakat antarabangsa agar membina persepsi bahawa Mursi dan IM gagal memerintah negara. Malang lagi dalam proses memperbodohkan rakyat ini, golongan intelektual, politikus dan elitis sekular Mesir yang anti-Mursi dan anti-IM juga terlibat.


Oleh
Dr Maszlee Malik
16 Ogos 2013

Wednesday 14 August 2013

Persaksian: Syuhada' & Syahidah....





Beltagi: Kami tak sedih ditinggal mati anak. Krn mrk masuk surga. Fase dakwah saat ini adalah "pengorbanan"











...cuba menghapuskan eviden dengan pembakaran.....




[Terkini : Sehingga jam 6.40 petang]

1. Pasukan tentera dan polis telah membakar Hospital Lapangan di Medan Rabiatul Adawiyah yang terdapat di dalamnya jenazah-jenazah para syuhada' (bagi melupuskan bukti pembunuhan)

2. Para demostran telah meninggalkan Medan Rabiatul Adawiyah setelah ianya dikuasai sepenuhnya oleh tentera dan polis.

3. Tahaluf Wathani Menyokong Legimitasi: berdasarkan kiraan kami, terdapat 2600 syuhada' yang terkorban sehingga kini di Medan Rabiatul Adawiyah.

Sumber : TV Al Quds
#mesirkini





Allah menganugerahkan kekuatan & kemuliaan kepada para pejuang kebenaran & keadilan di muka bumi ini...khususnya di Mesir, ameen

Quote from Dr Martin Lurther King :
"In the end, we will remember not the words of our enemies, but the SILENCE of our friends."

Monday 12 August 2013

Kenapa Perlu Sokong?



Perubahan strategi Ikhwan, mungkin yang terbaik buat masa ini

oleh Dr Daud Abdullah

Ikhwan Muslimin Mesir bukan hanya mempertahankan kepentingan negara Mesir semata-mata tetapi sebenarnya ia sedang mempertahankan usaha atau projek kebangkitan Islam dan seluruh manifestasi kebangkitan Islam di Timur Tengah.

Ramai pemerhati berpendapat bahawa, krisis di Mesir pada hari ini mempunyai persamaan yang amat ketara dengan apa yang berlaku pada tahun 1954. Pelakon-pelakon utamanya adalah sama. Begitu juga dengan isu-isunya.

Pada masa itu, terdapat pergelutan politik yang ganas di antara pemimpin rampasan kuasa, Mejar Jeneral Muhammad Naguib, dan rakannya dalam Majlis Pemerintah Revolusi (Revolution Command Council - RCC), Kolonel Gamal Abdel Nasser. Perselisihan ini sampai ke kemuncak pada 25 Februari 1954 dengan pengumuman dari RCC bahawa Naguib telah meletak jawatan. Ini menyebabkan puluhan ribu hadir ke jalanraya di Kaherah, suatu peristiwa yang tidak pernah berlaku di Kaherah sebelumnya. Seperti apa yang berlaku pada hari ini, tuntutan rakyat adalah agar presiden dan pemerintahan berparlimen dikembalikan tanpa syarat.

Apabila benteng bagi menyuarakan bantahan ini terbuka, hampir mustahil ia dapat ditutup kembali. Malah dengan mengembalikan Naguib sebagai Presiden serta rayuan daripada beliau secara peribadi dari balkoni Istana Abdin, tidak mampu untuk memujuk para penunjuk perasaan yang sedang marah, untuk kembali ke rumah mereka. Akhirnya, yang berjaya memujuk mereka untuk bersurai adalah melalui rayuan oleh seorang ahli Ikhwan Muslim yang terkemuka, Abdul Qadir Audah. Pengaruh dan popularity Abdul Qadir Audah telah menggetarkan pimpinan rampasan kuasa dan ini telah mengorbankan nyawa beliau beliau; beliau telah dijatuhkan hukuman bunuh tidak lama selepas itu. Almarhum Farid Abdul Khaliq, yang melalui hari-hari yang penuh huru-hara itu, menulis, ketika berjalan ke tali gantung, Audah sendiri tidak percaya bahawa dia akan dibunuh.

Pada hari ini, seolah-olah tidak ada yang mampu atau bersedia untuk membantu menamatkan protes dan duduk bantah yang telah menyemarak dengan begitu cepat sekali ke seluruh negara Mesir sejak rampasan kuasa tentera pada 3 Julai.

Seperti apa yang dilakukan pada tahun 1954, kepimpinan rampasan kuasa hari ini memang terfikir untuk menangkap pimpinan Ikhwan Muslimin. Namun pada kali ini mereka berhadapan dengan lebih banyak kesukaran berbanding dengan apa yang berlaku pada tahun 1954. Kepimpinan Islam pada hari ini lebih tegas dan kurang bertolak ansur and tidak mudah dipengaruhi. General Abdul Fattah Al-Sisi dan gerombolan ahli politik yang cuba menyembunyikan hakikat bahawa ini adalah rampasan kuasa tentera, seolah-olah, tidak menjangkakan tindakbalas yang seperti ini daripada pergerakan tersebut.

Bukan sahaja tentera Mesir yang merasakan perkara ini. Broker kuasa serantau dan antarabangsa telah selama beberapa dekad terbiasa dengan sikap Ikhwan yang jinak dan malu-malu; yang sedia menerima sebarang penganiayaan dan tekanan dengan penyerahan dan pasrah yang hampir sepenuhnya.

Dr Khairat al-Shater
Ikhwan Muslimin telah, seperti yang tergambar, mengambil satu strategi baru seperti yang ditunjukkan dengan pendirian Naib Murshid Am, Khairat al-Shater, yang enggan berunding dengan delegasi antarabangsa pimpinan Amerika Syarikat yang berusaha untuk berjumpa dengannya di dalam penjara tempat beliau ditahan. Tindakan ini selari dengan dengan pendirian Presiden Mohammed Morsi yang tegas dan komited dengan prinsip yang menolak rampasan kuasa daripada Presiden yang sah yang dilakukan oleh Menteri Pertahanan yang dilantik oleh beliau.

Beberapa faktor telah mempengaruhi perubahan dalam strategi ini. Hari ini Ikhwan Muslimin mempunyai legitimasi dan hak politik dan mandat. Ia telah memenangi lima pilihan raya sejak penggulingan rejim Mubarak pada Januari 2011. Dalam keadaan ini, Ikhwan mempertahankan kehendak demokrasi dan pilihan majoriti rakyat Mesir, sesuatu yang pihak lawannya sukar untuk mengakui dan menerimanya.

Dalam pada itu, terdapat kepercayaan yang mendalam dari kalangan ahli-ahli Ikhwan bahawa jika berlaku kompromi pada masa ini, ia akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada Ikhwan tetapi juga kepada pergerakan yang telah ia beri inspirasi di seluruh rantau tersebut. Satu gelombang kuasa-kuasa anti-Islam telah berlaku di beberapa buah negara. Kempen ini sedang mengumpul momentum, dari UAE di mana ramai yang telah dipenjara dan diseksa, hinggalah ke Tunisia di mana rejim lama sedang cuba untuk kembali mendapatkan kuasa semula. Manakala di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza Palestin, permusuhan dan ancaman terhadap Hamas semakin bertambah hari demi hari.

Oleh itu, Ikhwan Muslimin Mesir bukan hanya mempertahankan kepentingan negara Mesir semata-mata tetapi yang dipertahankannya adalah projek dan usaha kebangkitan Islam dan seluruh manifestasi kebanagkitan Islam di Timur Tengah. Sebarang tanda kompromi pada hari ini akan memberi peluang kepada pesaingnya, “pergerakan jihad”, untuk bermegah dan merasa puas untuk menempelak Ikhwan bahawa amaran mereka kepada Ikhwan yang jalan demokrasi yang dianjurkan oleh Ikhwan merupakan satu penyelesaian yang dipenuhi dengan khayalan dan mitos; bahawa harapan yang dijanjikan pada awal Kebangkitan Arab (Arab Spring) sememangnya adalah palsu dengan berdasarkan asas dan premis yang salah, yakni premis yang dinamakan demokrasi.

Pertempuran hari ini bukan pertempuran hidup dan mati kerana kepercayaan dan doktrin tidak akan mati. Namun ini adalah ancaman yang besar dan hebat yang dihadapi oleh Ikhwan pada masa ini.

Jika pihak yang melakukan rampasan kuasa tidak bertolak ansur, rantau ini akan menyaksikan pertempuran yang panjang hasil daripada pergeseran seperti yang pernah disaksikan di Iran pada hari-hari terakhir rejim Shah. Revolusi Iran tidak berlaku di sana dalam masa satu hari. Ia bermula dengan demonstrasi jalanan yang agak kecil pada tahun 1977 yang kemudiannya membesar menjadi kuasa yang tidak dapat dihalang menjelang tahun 1979.

Akhirnya, kesan protes mereka menjadi semakin meluas sehingga menggoncang pihak tentera. Ini boleh berlaku di Mesir di mana bukan sahaja kita akan melihat penyingkiran Al-Sisi dan penyokong-penyokongnya tetapi juga doktrin kukuh bahawa peranan tentera - "ketaatan kepada kehendak Amerika dan Israel", akan tersingkir, seperti mana yang berlaku kepada tentera Iran pada tahun 1979 . Seperti di Iran, telah muncul di Mesir, tentera yang berasaskan ideology bagi menggantkan bentuk tentera yang rela diperalat oleh mereka yang memberi upah yang paling tinggi.

Dalam keadaan sekarang, Ikhwan Muslimin tidak mempunyai pilihan lain selain daripada tetap teguh dengan penuh keasabaran dan istiqamah. Yang menggembirakan adalah angin sedang bertiup kuat memihak kepada mereka. Jumlah rakyat Mesir yang malakukan protes semakin bertambah dan penyokong rampasan kuasa semakin berkurangan. Kemungkinan strategi baru ini adalah strategi yang terbaik buat masa ini.


Terjemahan: Nahar Md Nor, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan IKRAM Malaysia
Diterjemah pada 5 Syawal 1434/12 Ogos 2013

Thursday 8 August 2013