Semerbak Kasturi
"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
BINA HARAPAN MALAYSIA
Wednesday, 29 July 2015
Ujian Kepimpinan Yang Sangat Getir...
Sungguh menginsafkan dengan rentetan peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini. Kepimpinan sebenarnya perlu dilihat sejauhmana perlaksanaan tanggungjawab secara amanah tetapi lazimnya disalah tanggap malah menjadi amalan majoriti yang diberi peluang memimpin sebagai penyalahgunaan KUASA dan kedudukan. Seronok berkuasa atas nama transformasi sehingga terdedah segala keaiban, pembohongan demi pembohongan, pendustaan yang silih berganti untuk justifikasi segala tindakan.
Teguran secara langsung daripada Maha Pencipta atas kelalaian rakyat Malaysia yang masih meminggirkan ajaran Al Qur'an. Nafsu menjadi ikutan untuk meraih kesenangan sementara. Pelali yang bakal mengembalikan keperitan serta mengheret pengamalnya ke jurang kehancuran.
Kesenangan dan hamburan kenikmatan yang merupakan istidraj, pemberian daripada Allah yang tidak direstui-Nya. "Ibarat umpan yang diletakkan di dalam perangkap"
"Apabila kamu melihat Tuhan mengurniakan kekayaan dunia kepada orang yang 'ahsi (ahli maksiat), maka sesungguhnya yang demikian itu merupakan istidraj daripada Allah. Kemudian Rasulullah membaca ayat 44, surah Al-An'am. Ketika mereka lupa akan ajaran dan peringatan-peringatan, maka Allah bukakan pintu-pintu segala kesenangan dunia. Tetapi di saat mereka terlalu gembira dengan kekayaan itu, tiba-tiba Allah rentap segalanya dengan serta merta."
[Hadis riwayat Ahmad]
"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)."
[Al-An'am:44]
"Sesungguhnya selepasku ini akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di Mahsyar). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalanganya dan dia akan mendatangi telaga (di Mahsyar)"
[Hadis sahih riwayat Ahmad, al Nasaie dan al-Tirmizi]
Semoga Allah menerima taubat dan munajat kita. Semoga Allah pandang segala usaha pengislahan diri dan masyarakat tanpa jemu serta dijauhkan kita daripada kemurkaan-Nya kerana Rasulullah berpesan melalui hadis berikut:
“ Sesungguhnya Allah tidak mengazab golongan umum (orang-orang yang tidak melakukan kemungkaran) disebabkan apa yang dikerjakan oleh golongan khusus (orang-orang yang mengerjakan kemungkaran) hinggalah apabila kemungkaran dikerjakan di hadapan mereka di mana mereka mampu untuk mencegahnya, namun tidak mencegahnya. Apabila mereka melakukan sedemikian, maka Allah pun mengazab golongan umum dan golongan khusus.”
[Hadis riwayatkan Abu Daud]
"Ketahuilah bahawa dunia ini mal'unah (dilaknat) kecuali zikrullah dan orang yang berilmu serta mereka yang mempelajari ilmu"
[Hadis riwayat At-Tirmizi]
Allahu 'alam. Semoga bermanfaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment