Semerbak Kasturi
"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
BINA HARAPAN MALAYSIA
Thursday, 5 November 2015
Pelombong Bijih Yang Tegar...
Saban tahun apabila bertembung dengan tarikh keramat ni, mesti bercinta untuk menulis. Nak ceritakan apa ya? Biasa-biasa sahaja. Cliche' kata orang tu. Asyik-asyik cerita yang sama. Dah dapat agak, mesti ada kek dan potret senyum kepuasan.
"Anakanda norhayati. selamat hari lahir.semoga allah SWT memberi kesihatan dan menambahkan rezeki untuk anakanda dan teruskanlah cita_cita anakanda, selamat maju jaya .amin"
"Sanah helwah Yati. Moga terus istiqamah dalam amal. Stay happy, stay cool and stay healthy"
"Sanah helwah dear kak Yati.. Miga diberkati Allah dunia dan akhirat, dipanjangkan usia penuh ketaan serta dikurniakan kesihatan yg baik. Ameen"
"Semoga miss diberi kesihatan yg baik sentiasa, dikurniakan kekuatan untuk beribadah, diberi kebahagiaan berpanjangan bersama keluarga dan sahabat tercinta, dipermudah segala urusan, dan dalam rahmat Allah sentiasa"
"Joyeux anniversaire mc"
"祝您生日快乐! 愿安拉一直保佑您!
Zhu nin shengri kuaile! Yuan An la yi zhi baoyou nin!"
"Assalamualaikum wbt
Sanah helwah makcik yati tersayang
Semoga Allah memberkati hidup makcik dunia dan akhirat
Bersyukur Allah izinkan kita berjumpa dan berkenalan"
...dan banyak lagi, alhamdulillah. Semoga Allah memakbulkan segala doa dan kurniaan yang sama ke atas mereka yang mendoakan, Aamiin.
Sedar tak sedar, telah 53 tahun berpeluang menghuni muka bumi ini dengan kurniaan pelbagai nikmat daripada Illahi, yang tak mungkin dapat disenaraikan satu persatu. Alhamdulillah thuma alhamdulillah. Setiap kali menitipkan doa yang pernah dibacakan oleh Baginda Nabi Sulaiman alaihi salam yang dirakamkan dalam Surah Al Naml, ayat 19. setiap kali itu lah, jiwa bergetar dan jarang sekali gagal menitiskan air mata.
” ....Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.
Dalam pada itu, kita sering menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang bakal kita tinggalkan. Apalah sangat dunia ni. Tiada berharga langsung di sisi Allah.
Bersambung lagi...insha Allah
Kita semua mengetahui bahawa dunia ini tempat persinggahan. Akhiratlah kampung untuk kita kembali, seperti kembalinya Nabi Adam setelah diturunkan ke dunia, yang berasal dari syurga yang penuh dengan kenikmatan yang tidak tergambar oleh akal manusia.
“Ada apa antara aku dengan dunia ini? Tidaklah aku berada di dunia ini kecuali bagaikan seorang pengendara/penempuh perjalanan yang berteduh di bawah sebuah pohon. Kemudian dia beristirahat sejenak di sana lalu meninggalkannya”
(Hadis riwayat Tirmizi)
Tetapi kita perlu kepada dunia untuk menuju ke akhirat. Namun dunia hanyalah bernilai apabila segala aktivitinya berpandukan kepada syariah yang telah ditetapkan oleh Islam. Dari sekecil-kecil perkerjaan seperti makan-minum yang halal, perhubungan antara manusia yang dibenarkan dan berbatas, muamalat yang mensejahterakan semua pihak sehinggalah kepada segala urus-tadbir organisasi serta negara dengan hukum Allah. Dunia ini tidak seharusnya kita pinggirkan, mengharungi dunia walaupun perlu berpantang larang, demi untuk memberikan nilai dan makna kepada kehidupan.
“Sesungguhnya dunia ini manis dan hijau. Dan sesungguhnya Allah ta’ala menyerahkannya kepada kalian untuk diurusi kemudian Allah ingin melihat bagaimana sikap kalian terhadapnya. Maka berhati-hatilah dari fitnah dunia dan wanita” (Hadis riwayat Muslim)
“Demi Allah. Bukanlah kemiskinan yang aku khawatirkan menimpa kalian. Akan tetapi aku khawatir ketika dibukakan kepada kalian dunia sebagaimana telah dibukakan bagi orang-orang sebelum kalian. Kemudian kalian pun berlomba-lomba dalam mendapatkannya sebagaimana orang-orang yang terdahulu itu. Sehingga hal itu membuat kalian menjadi binasa sebagaimana mereka dibinasakan olehnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ya kita perlu berusaha dan bersungguh-sungguh dalam perkerjaan kita tetapi tidaklah sampai perlumbaan ke garisan penamat dalam keadaan yang menghinakan. Tidak perlu kepada perkara-perkara yang boleh mencacatkan keberhasilannya. Allah jadikan kita berbeza. Berbeza sifat, rupa bentuk, keupayaan, kemampuan dan keperluan. Kita ibarat pelombong bijih yang mengasingkan kekotoran dari hasil perlombongan supaya bijih tadi ditulenkan untuk menghasilkan logam yang berharga. Fungsi pelombong memisahkan kekotoran daripada bijih untuk mendapatkan logam tulen dan mempunyai nilai. Begitulah kita, melalui kehidupan dengan hala tuju yang jelas dengan semangat juang yang tinggi untuk mencapai cita-cita dan matlamat kehidupan. Kita perlu memisahkan segala perkara yang boleh merosakkan amalan. Pencarian dan penambahan ilmu yang berterusan penting bagi membolehkan kita sentiasa dapat melakukan perbezaan antara yang tulen dan saduran, bukan hanya ikut-ikutan tanpa pemikiran yang kritis, tanpa sebarang persoalan atas nama "darjat keilmuan" dan "pakar bidang".
Pada hal, setiap manusia bertanggung-jawab menyampaikan kebaikan dan menghalang kemungkaran.
“Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Hadis riwayat Bukhari)
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
(As Saff: 2-3)
"Seorang yang tidak mengamalkan ilmunya, maka nasihatnya akan lenyap dari hati orang yang mendengarnya, laksana hilangnya setitis embun dari satu batu yang halus" (Malik Bin Dinar)
Di hari jumaat yang mulia dan penuh barokah ini, menjadi sunnah Rasulullah s.a.w untuk membaca surah Al Kahfi pada setiap hari jumaat.
"Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum'at." (Hadis riwayat Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249. Ibnul Hajar mengomentari hadits ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadits hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadits ini adalah hadits paling kuat tentang surat Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)
Setiap kali membaca Surah Al Kahfi, ayat 46:
"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."
Jiwa akan tersentap dan sering disedarkan tentang hakikat kehidupan yang rapuh ini. Masa yang diperuntukkan untuk kita terlalu singkat, marilah kita lalui sisa-sisa kehidupan ini dengan menyisih segala perbuatan yang merugikan dan mensia-siakan amalan.
Sesungguhnya, segala yang baik itu daripada Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan pimpin kita untuk memperbaiki segala kelemahan. Allahu 'alam. Semoga bermanfaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment