Dengkuran para pesakit bilik alpa gamma beta, Hospital Pantai Puteri, Ipoh menemani saya beberapa minit sahaja lagi menjelang detik dua belas malam. Sahabat saya F, nyenyak tidur di sisi. Tengahari tadi, dia selamat menjalani pembedahan lutut, alhamdulillah. Dia terlena setelah diberi suntikan bagi melegakan kesakitan yang mulai dirasakannya. Pada masa yang sama, suasana malam sungguh indah sekali dengan dihiasi oleh bulan penuh, teringat akan sang ketam gemuk yang sarat dengan isi.
Di luar sana, deruman kenderaan semakin kuat kedengaran seolah-olah bersedia untuk memulakan pesta sambutan tahun baru. Di kawasan perumahan saya tadi,kaum Cina kelihatan berkumpul untuk berbincang, menikmati hidangan sambil menantikan detik keramat yang diharapkan menjanjikan limpahan kekayaan walau apa sahaja yang akan dijadikan pertaruhan.
Sambutan tahun baru kali ini amat istimewa kerana berlaku pada malam jumaat yang dimuliakan. Para muslimin yang memahami tawaran pahala yang disediakan oleh Allah, akan sering melipat gandakan ibadah pada malam ini walaupun betapa sulit sekali keadaan untuk mengatasi godaan duniawi untuk bermalas-malasan. Pada jam satu hingga lima pagi pula bakal berlaku fenomena alam iaitu gerhana bulan, suatu tanda yng menunjukkan keAgungan Allah SWT yang mentadbir dan menjalankan semua perjalanan cakerawala di alam semesta mengikut susunan fitrah dan ketetapan yang ditentukan olehNya.
Rakan-rakan NGO, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) di seluruh negara sedang sibuk dengan aktiviti "TASK FORCE" untuk mengajak warga Malaysia menyambut tahun baru 2010 masihi menurut lunas-lunas ajaran Islam, dengan cara yang terhormat lagi bijaksana.
Saya kesaorangan di surau sementara menantikan waktu solat subuh bagi hari pertama di tahun baru ini. Saya terkenangkan beberapa detik di penghujung tahun lepas (2009), seorang sahabat mempelawa saya untuk memberikan tazkirah selama sejam dalam satu slot program yang disusun pagi ini. Saya sungguh terharu dan bersyukur, hingga di saat ini saya masih diyakini, dihargai dan diberi kepercayaan untuk terus memberikan sumbangan kerdil, alhamdulillah. Saya menolak tawaran tersebut dengan cara berhemah mungkin dan mengutamakan kebajikan sahabat saya F yang lebih memerlukan saya ketika ini. Tahun 2009 menyimpan lebih banyak kenangan manis daripada saat-saat getir yang mengimbangkan perjalanan kehidupan. Semoga Allah memperelokkan lagi kehidupan dunia dan akhirat kita di tahun 2010,amin.
"Segala puji-pujian dikembalikan kepada Allah yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempat terbitnya. Ya Allah! kurniakan lah kepada aku kebaikan hari ini dan jauhkan lah daripada ku kejahatan hari ini. Ya Allah! Terangilah dan pancarkan lah hatiku dengan cahaya hidayah Mu sebagaimana Engkau menerangi muka bumi ini dengan cahaya matahari terus menerus dengan rahmatMu, wahai tuhan yang Maha Pengasih" amin.
Allahu 'alam, selamat tahun baru 2010 masihi!
3 comments:
Salam Mc yati,
Salam tahun baru 2010, moga amal kita bertambah2.. sayu pula hati baca posting kali ni..
as for me, i'm saying selamat tinggal ipoh, selamat datang sg petani..
i'm gonna miss u mc yati.. thank you very much for your friendship and 'makcik'ship during my stay here..
moga kita akan dapat kekal bersama di syurga nanti..
lots of love,
dzilal
Salam.
Bahagianya dengar cerita naqibah yang sangat mengambil berat kebajikan anak usrahnya. Kak Mah juga merasa jagaan yati masa sakit dulu. Moga Allah permudahkan urusan Yati dan memberi ganjaran yang berterusan.
Kak Mah
Terima kasih Mak Naqibah ...
Post a Comment