Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Sunday, 10 January 2010

"Miss Blackie" dan"Miss Delly" punya cerita...

Semasa musim cuti akhir semester yang lalu, saya tersentak sedikit dengan kecacatan "Miss Blackie", komputer riba serba hitam IBM-Think Pad, yang tidak terhitung jasanya kepada saya. Baterinya sudah "condemn" dan tidak boleh dicas lagi. Namun perkhidmatan "Miss Blackie" masih saya perlukan hingga ke saat menaip posting ini dengan menggunakan talian hayat secara langsung, iaitu kuasa elektrik tanpa sebarang "back-up". Miss Blackie tidak pernah menyusahkan saya, tidak pernah masuk "klinik", cuma pada tahun pertama "Miss Blackie" bersama saya, skrin LCDnya retak dan dipulihkan dengan LCD baru dalam kadar segera kerana masih dalam tempoh jaminan. "Miss Blackie" setia menemani saya ke mana sahaja, memudahkan segala urusan memproses data dan maklumat. Telah banyak penulisan rasmi, ilmiah dan santai dihasilkan dengan menggunakan perkhidmatan cemerlang "Miss Blackie". Tidak terhitung banyaknya dokumentasi rasmi yang diabadikan dengan kemas selama lebih enam tahun. Saya suka menamakan barang-barang kepunyaan saya dan perkakasan-perkakasan yang saya guna. Rumah saya ialah "Barokah", kereta pertama saya ialah "Intan" (Charade Aura merah / putih: WBM 7604), kereta saya sekarang ini "Excellente" (Inokom Atoz: AEX 7108), peti sejuk saya "Mrs Cold Iron Lady", menunjukkan betapa saya hargai dan kasihnya kepada benda-benda yang tidak bernyawa ini.

Saya sungguh selesa berkerja dengan "Miss Blackie". Saya seorang yang setia dan kurang senang dengan perubahan kecuali terpaksa menghadapi perubahan kerana satu keperluan yang terdesak, dalam suasana realistik dan membawa banyak manfaat. Saya sayang "Miss Blackie" tetapi saya tidak sanggup menanggung risiko untuk dibebani dengan kehilangan data apabila berlaku "power failure". Kekurangan kecanggihan "Miss Blackie" telah saya atasi dengan "gajet-gajet" yang saya beli dengan perbelanjaan sendiri.

Peruntukkan kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2010 yang telah dikurangkan sebanyak 30% menyebabkan dana untuk sebarang alat tukar ganti dan perkhidmatan baik pulih adalah sifar. Boleh saja saya guna wang sendiri untuk mendapatkan "jantung" baru "Miss Blackie" tetapi "Miss Delly" sedang menunggu..., menjadikan alasan yang kukuh dengan kebarangkalian yang tinggi, untuk melepaskan "Miss Blackie" pergi....sama ada "Miss Blackie atau Miss Delly", kedua-duanya adalah HAK KERAJAAN MALAYSIA.

Iktibar yang diperolehi dan ingin dihayati daripada perkhidmatan cemerlang "Miss Blackie" ialah
"Berbuat baik di setiap kesempatan, dalam hal-hal kecil atau hal-hal yang besar. Berbuat baik tanpa terikat dengan hasil"

"sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik"
(Surah Al-A'raf:56)

Semoga kita semua bercita-cita dan tergolong dalam mereka yang berbuat baik, amin. Setakat ini dahulu. Allahu 'alam.

1 comment:

umi adnin said...

salam mc yati,

my vote for miss delly! tapi jasa miss blackie dikenang sepanjang masa.

nabihah love the diary very much! first of course due to alvin n the chipmunks character. she adores them. secondly she seems to like writing in a diary and know how. ajar sket jek. i know diary is a private thing tapi sebagai satu penghargaan to mc yati for the idea, dzilal share her first entry yesterday..

"mula-mula ana pergi ke sekolah.Ana rasa best ke sekolah.Kemudian ana dapat rumah hijau. Kemudian ana balik ke rumah.Kemudian ana pergi ke Kamdar. Dan umi ana kata kaki umi dah tercabut sebab letih sangat"

dapat2 terus nak tulis before tidur and she keeps it on her bedside table.thank you mc yati (form bihah too), it's a good way to channel her emotion since she's quite lonely here.. luv u