Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Tuesday, 15 May 2012

Resmi Lebah Atau Lalat?!

Saya tersenyum simpul apabila membaca SMS daripada seorang sahabat yang dikasihi dan diingati..."Guru mendidik dan mengisyrakkan ilmu untuk melahirkan manusia bestari yakni manusia berbudaya tinggi, berbudaya ilmu, berakhlak mulia, berdisiplin dan mendokong falsafah keBERSIHan hakiki...Selamat Hari Guru"!
Terima kasih sahabat, yang sentiasa memghiburkan, membahagiakan orang lain dan saling sokong-menyokong dalam perjuangan murni,profesion perguruan yang kita cintai dengan sepenuh hati ini.


Sambutan Hari Guru 2012 kali ini, disambut dengan penuh keinsafan. Alhamdulillah. Allah masih mengizinkan saya untuk terus berfikir secara rasional dan terbuka.


Di kala warga pendidik menanti-nanti "berita baik" yang diramalkan akan diumumkan pada "perhimpunan aman" di Bandar Di Raja Kuala kangsar, Perak hari ini, kotak fikiran saya sibuk memikirkan tanggung jawab guru yang semakin berat dari semasa ke semasa. Keadaan masyarakat semakin parah, bergelumang dengan pelbagai penyakit. Pada masa yang sama...terfikir oleh saya, guru masih digambarkan sebagai pencorak insan dan arkitek generasi akan datang. Pelaksana segala "mak-nenek" polisi atau dasar tanpa persoalan. Seperti robot dengan "Artificial Intelligent" nya yang diprogram untuk menurut arahan. Kebestarian guru sebenarnya dicabar. Warga pendidik dan para pelajar dinafikan hak bersuara. Perlaksanaan dan sogokkan kurikulum yang ditempel dari luar, mengikut cita rasa si pembuat dasar. Perlaksanaan pemikiran terarah atau lebih tepat melakukan "indoktrinasi" dan menutup segala pintu untuk berfikir secara terbuka. Guru dan pendidik kini, ibarat "pemadam" kepada corak-corak hodoh yang dilakarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


"...Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." [Az Zumar: 9]


Jika anda tergolong bersama mereka yang diberi amanah tetapi telah berlaku khianat terhadap amanah yang diberikan, anda selayak nya lah menangis semahu-mahunya, menginsafi segala kerosakan yang tangan anda lakukan dan mohon lah keampunan daripada Allah Yang Maha Pengampun!


Guru seharusnya mengambil iktibar daripada perilaku sang lebah, berkorban untuk memberi petunjuk kepada orang lain, memmberi untuk meringankan orang lain dan berusaha untuk menyampaikan kebaikan pada orang lain. Usah mengikut resmi lalat, hinggap di tempat yang paling kotor, mengambil yang kotor dan menyebarkan kekotoran untuk merosakkan manusia.

Rasulullah s.a.w berpesan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
"Siapa yang mengadakan ikutan yang baik dalam Islam, ia mendapat ganjaran amalan itu dan ganjaran orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun. Dan sesiapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam Islam, ia mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun".

Allahu a'lam.

No comments: