Semerbak Kasturi
"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
BINA HARAPAN MALAYSIA
Thursday, 3 May 2012
Birds Of A Feather Flogs Together!
"Special Branch" Allah sentiasa taat dan patuh melaksanakan tugas bersama setiap insan pada setiap ketika, mereka akan khabarkan kepada Allah yang Maha Mengetahui, setiap perbuatan kita, itu yang pasti!
“Dan sesungguhnya ke atas kamu semua ada malaikat yang sentiasa mengawasi, yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatit (semua amalan kamu), mereka mengetahui apa yang kamu semua lakukan.” [l-Infithar: 10-12]
Oleh itu,
"Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati , cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya dan buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya." [Al Imam Ghazali]
“Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu). Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!” [Fussilat: 22-23]
Allahu a'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment