Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Wednesday, 9 May 2012

Perniagaan Yang Berbaloi-baloi!


Perjuangan lah menyebabkan kita terus bertahan hingga ke hari ini. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran, perjuangan untuk menuntut keadilan, perjuangan untuk membebaskan negara tercinta, perjuangan untuk menentang sebarang bentuk kezaliman, perjuangan demi kesejahteraan dan keharmonian hidup bersama. Perjuangan menagih harga yang mahal dengan kesucian niat dan tindakan.

Laluan perjuangan yang tulen tidak ditaburi dengan haruman bunga-bungaan dan tidak disambut dengan permaidani berbulu tebal tetapi keaslian perjuangan menuntut kepada segala bentuk pengorbanan, baik masa, harta, orang yang tersayang, segala kenikmatan dan keseronokan dunia yang fana ini, hinggalah ke tahap pengorbanan jiwa raga sendiri.


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." [At Taubah:111]


Jom, kita menginfakkan sebahagian kecil harta dan keselesaan kita dalam meneruskan perjuangan suci ini. Paling tidak pun, mencintai para mujahid dengan sepenuh hati dan mendoakan kejayaan mereka dan semoga Allah terima segala amalan kita sebagai ibadah serta memberkati mereka dan kita, ameen. Allahu a'lam.


No comments: