Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Tuesday 29 May 2012

Lamp & You = Lampu!


Kempen Satu Keluarga, Satu Lampu untuk kanak-kanak Gaza...hanya RM60 sebuah lampu...Sumbangan anda , besar ertinya...bagi menyinari malam masyarakat Gaza yang mengalami catuan elektrik setiap hari. Bank in di Maybank Islamik: 5515-7200-4299. Kapal akan bertolak ke Gaza pada 8-9 Jun 2012 ini.

Allahu alam.

Saturday 19 May 2012

Paneh & Kering!


Friday 18 May 2012

Tuesday 15 May 2012

Resmi Lebah Atau Lalat?!

Saya tersenyum simpul apabila membaca SMS daripada seorang sahabat yang dikasihi dan diingati..."Guru mendidik dan mengisyrakkan ilmu untuk melahirkan manusia bestari yakni manusia berbudaya tinggi, berbudaya ilmu, berakhlak mulia, berdisiplin dan mendokong falsafah keBERSIHan hakiki...Selamat Hari Guru"!
Terima kasih sahabat, yang sentiasa memghiburkan, membahagiakan orang lain dan saling sokong-menyokong dalam perjuangan murni,profesion perguruan yang kita cintai dengan sepenuh hati ini.


Sambutan Hari Guru 2012 kali ini, disambut dengan penuh keinsafan. Alhamdulillah. Allah masih mengizinkan saya untuk terus berfikir secara rasional dan terbuka.


Di kala warga pendidik menanti-nanti "berita baik" yang diramalkan akan diumumkan pada "perhimpunan aman" di Bandar Di Raja Kuala kangsar, Perak hari ini, kotak fikiran saya sibuk memikirkan tanggung jawab guru yang semakin berat dari semasa ke semasa. Keadaan masyarakat semakin parah, bergelumang dengan pelbagai penyakit. Pada masa yang sama...terfikir oleh saya, guru masih digambarkan sebagai pencorak insan dan arkitek generasi akan datang. Pelaksana segala "mak-nenek" polisi atau dasar tanpa persoalan. Seperti robot dengan "Artificial Intelligent" nya yang diprogram untuk menurut arahan. Kebestarian guru sebenarnya dicabar. Warga pendidik dan para pelajar dinafikan hak bersuara. Perlaksanaan dan sogokkan kurikulum yang ditempel dari luar, mengikut cita rasa si pembuat dasar. Perlaksanaan pemikiran terarah atau lebih tepat melakukan "indoktrinasi" dan menutup segala pintu untuk berfikir secara terbuka. Guru dan pendidik kini, ibarat "pemadam" kepada corak-corak hodoh yang dilakarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


"...Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." [Az Zumar: 9]


Jika anda tergolong bersama mereka yang diberi amanah tetapi telah berlaku khianat terhadap amanah yang diberikan, anda selayak nya lah menangis semahu-mahunya, menginsafi segala kerosakan yang tangan anda lakukan dan mohon lah keampunan daripada Allah Yang Maha Pengampun!


Guru seharusnya mengambil iktibar daripada perilaku sang lebah, berkorban untuk memberi petunjuk kepada orang lain, memmberi untuk meringankan orang lain dan berusaha untuk menyampaikan kebaikan pada orang lain. Usah mengikut resmi lalat, hinggap di tempat yang paling kotor, mengambil yang kotor dan menyebarkan kekotoran untuk merosakkan manusia.

Rasulullah s.a.w berpesan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
"Siapa yang mengadakan ikutan yang baik dalam Islam, ia mendapat ganjaran amalan itu dan ganjaran orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun. Dan sesiapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam Islam, ia mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun".

Allahu a'lam.

Wednesday 9 May 2012

Perniagaan Yang Berbaloi-baloi!


Perjuangan lah menyebabkan kita terus bertahan hingga ke hari ini. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran, perjuangan untuk menuntut keadilan, perjuangan untuk membebaskan negara tercinta, perjuangan untuk menentang sebarang bentuk kezaliman, perjuangan demi kesejahteraan dan keharmonian hidup bersama. Perjuangan menagih harga yang mahal dengan kesucian niat dan tindakan.

Laluan perjuangan yang tulen tidak ditaburi dengan haruman bunga-bungaan dan tidak disambut dengan permaidani berbulu tebal tetapi keaslian perjuangan menuntut kepada segala bentuk pengorbanan, baik masa, harta, orang yang tersayang, segala kenikmatan dan keseronokan dunia yang fana ini, hinggalah ke tahap pengorbanan jiwa raga sendiri.


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." [At Taubah:111]


Jom, kita menginfakkan sebahagian kecil harta dan keselesaan kita dalam meneruskan perjuangan suci ini. Paling tidak pun, mencintai para mujahid dengan sepenuh hati dan mendoakan kejayaan mereka dan semoga Allah terima segala amalan kita sebagai ibadah serta memberkati mereka dan kita, ameen. Allahu a'lam.


Sunday 6 May 2012

Smoking Cause Mental Disorder!

Elakkan diri daripada merokok ya...fatwa telah diwartakan, nampak asap masih berkepoi-kepoi...sampai hati abaikan fatwa! Awas kecelaruan fikiran dan identiti!









"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia seluruhnya. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beramal menurutnya), maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (tidak berpandu kepadanya), maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri; dan engkau (wahai Muhammad – hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai (keadaan dan bawaan) mereka."
[Az-Zumar:41]

Saturday 5 May 2012

Without Fear & Without Favour!

Iktibar: Pengakhiran dan kesudahan bagi mereka yang angkuh dengan kuasa yang mereka "miliki" sementara, ketika mereka diuji oleh Allah dengan kepimpinan & pemerintahan! Usah henti berkata benar, without fear and without Favour...
Berubah rentak & rima dengan Fear & Favour, sembunyikan kebenaran bila ada kepentingan!
Allahu a'lam

Thursday 3 May 2012

Birds Of A Feather Flogs Together!

"Special Branch" Allah sentiasa taat dan patuh melaksanakan tugas bersama setiap insan pada setiap ketika, mereka akan khabarkan kepada Allah yang Maha Mengetahui, setiap perbuatan kita, itu yang pasti! “Dan sesungguhnya ke atas kamu semua ada malaikat yang sentiasa mengawasi, yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatit (semua amalan kamu), mereka mengetahui apa yang kamu semua lakukan.” [l-Infithar: 10-12] Oleh itu, "Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati , cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya dan buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya." [Al Imam Ghazali]
“Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu). Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!” [Fussilat: 22-23] Allahu a'lam.

Wednesday 2 May 2012

Teacher Of Teachers!

"He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam, Muhammad, mercy upon Mankind, He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam, Muhammad, mercy upon Mankind, Teacher of all Mankind. Abal Qasim [one of the names of the Prophet] Ya Habibi ya Muhammad (My beloved O Muhammad) Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad) Khayru khalqillahi Muhammad (The best of Allahs creation is Muhammad) Ya Mustafa ya Imamal Mursalina (O Chosen One, O Imam of the Messengers) Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina (O Chosen One, O intercessor of the worlds) He prayed while others slept While others ate he had fast, While they would laugh he wept Until he breathed his last, His only wish was for us to be Among the ones who prosper, Ya Mu'allim peace be upon you, Truly you are our Teacher, Oh Mu'allim.."