Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

Tuesday, 15 July 2008

Detik pertama dan terakhir di Padang Arafah 1428H...bantulah aku untuk mengekalkan segala kebaikan hingga ke akhir hayatku Ya Allah.....



"Ya Allah, aku memohon agar cinta kepada-Mu, cinta kepada hamba-Mu yang menyintai diri-Mu dan cinta kepada amalan yang mendekatkan cinta kepada-Mu. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permintaan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan dan sebaik-baik pahala. Tetapkanlah hatiku, beratkantimbangan kebaikanku, teguhkanlah imanku, tinggikanlah darjatku, terimalah solatku dan segala ibadatku serta ampunilah segala dosaku. Aku memohon kepada-Mu darjat yang tinggi di dalam syurga. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu pembuka segala kebaikan dan pengakhiran serta semua yang mendatangkan kebaikan itu dari awal dan akhirnya, dari zahir dan batinnya. Aku memohon kepada -Mu darjat yang tinggi di dalam syurga. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar engkau melimpahkan keberkatan pada pendengaranku, penglihatanku, kejadianku dan akhlakku dan keberkatan kepada keluargaku, hidupku dan amalanku. Terimalah segala amal kebajikanku dan aku kemohon kepada mu darjat yang tinggi di dalam syurga. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ujian dan cubaan yang berat, kesengsaraan yang pedih, takdir yang buruk dan celaan musuh-musuhku. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar kata-kataku, melihat tempat ku berada, Mengetahui perkara yang rahsia dan yang nyata dariku dan tiada sesuatupun urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuan-Mu. Aku memohon kepada-Mu unpama si miskin yang meminta-minta, aku juga tunduk di hadapan-Mu sebagai orang berdosa dan hina. Aku memohon perkara yang sama untuk kedua ibubapaku, setiap ahli keluargaku yang hidup ataupun yang telah mati serta zuriat keturunan mereka, para sahabatku serta zuriat keturunan mereka, mereka yang aku kasihi serta zuriat keturunan mereka, mereka yang mengasihiku serta zuriat keturunan mereka, mereka yang melakukan kebaikan kepada diriku serta zuriat kuturunan mereka dan kaum muslimin dan muslimat serta zuriat keturunan mereka.Ya Allah perkenankan segala doaku. Selawat dan salam ke atas Junjugan yang Mulia, Nabi Muhammad s.a.w dan keatasseluruh keluarga dan para sahabat baginda....amin...amin..amin Ya Rabalamin...."

No comments: