Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Tuesday, 20 September 2016

Sepohon Kayu Daunnya Rimbun...





Tumbuhan dijadikan Allah pelbagai bentuk dan fungsi. Ada pohon menghasilkan buah dan tidak kurang juga yang tumbuh sebagai tempat berlindung dengan akar yang mencengkam bumi untuk menghalang sebarang kakisan tanah tanih berlaku.
Yang pasti, Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.

Pohon Hudaibiyyah umpamanya ialah sebuah pohon yang menaungi sekelompok manusia mulia pada satu ketika untuk berjanji setia bagi menyebarkan ajaran Islam di muka bumi ini. Peristiwa tersebut dirakamkan dalam Al Qur'an seperti berikut:

"Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya"
[Al-Fatah:18]


Insan pun makhluk Allah juga, pelbagai rupa dan sifat dengan pelbagai sumbangan untuk meraih keredhaan Allah menurut keupayaan dan kemampuan. Walaupun begitu, "Apa yang penting, dalam kehidupan seorang insan itu, dia sentiasa peka dengan hakikat dirinya dengan TUHANnya. Hanya ALLAH dan diri kita sahaja yang tahu bagaimana keadaan diri sendiri dari segi kerohaniannya. Segala amalan yang zahir ditentukan oleh kadar kehalusan nurani rohani insani yang ada dalam naluri seorang hamba ALLAH. Manusia boleh menilai, tetapi akhirnya kedudukan nilai spiritual seseorang insan jua yang dihitung di sisi TUHAN" (Dr. Mohd Asri Bin Zainal Abidin, 2015)

Kisah Ummu Haram Binti Milhan

"Ummu Haram Binti Milhan ialah wanita muslim pertama yang menyertai jihad melalui laut yang mana beliau seorang yang pernah didoakan oleh Rasulullah SAW di dalam satu misi penaklukan Pulau Cyprus. Beliau adalah seorang wanita ansar berkahwin dengan Amr Bin Qays yang syahid dalam perang Uhud. Kemudian berkahwin dengan Ubadah Bin Samit.

Satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, Rasulullah SAW bersabda: “Telah diperlihatkan kepadaku sekelompok pasukan dari umatku yang sedang berperang di jalan Allah. Mereka semua sedang mengharungi lautan, pulang bagaikan raja-raja membawa para tawanan. Mereka akan menguasai lautan, pulau pulau dan kota kota pelabuhan, dan mereka antara golongan yang pertama dimasukkan ke dalam syurga, tanpa hisab, tanpa penyeksaan atau penghinaan. Demikianlah berita gembira datang kepadaku di sisi Allah SWT"

Ketika Ummu Haram meminta baginda Rasulullah SAW mendoakannya agar termasuk dalam kumpulan itu, maka Rasulullah berkata, “Engkau akan menjadi golongan yang pertama.” Akhirnya apa yang dicita-citakan oleh Ummu Haram tercapai dan beliau menemui syahid di Pulau Cyprus. (Rujukan Abu Daud Jilid 1, hadis 389,390).

Kisah ini telah membuktikan bahawa telah wujud wanita yang turut sama berperang di lautan pada suatu ketika dahulu dan memperoleh syahid. Apa yang dilakukan dalam misi Women`s Boat To Gaza bukanlah satu perkara yang ganjil. Penglibatan ini adalah satu penerusan dari tradisi yang dimulakan oleh sahabiah yang direstui, dimuliakan dan didoakan oleh Rasulullah SAW."





Allahu 'alam. Semoga bermanfaat.


P/S:
Bersempena Misi Women’s Boat to Gaza, MyCARE melancarkan Projek #GIVEHOPE yang akan memfokuskan kepada 2 projek utama:

1) Penajaan Pembedahan Pesakit Miskin (Wanita & Kanak-Kanak)
2) Penajaan Kaki & Tangan Palsu untuk Kanak-Kanak

1⃣ PENAJAAN PEMBEDAHAN PESAKIT MISKIN (GAZA)

= Kos Tajaan: RM 100 /unit
= Sasaran Tajaan: 15,000 unit

Projek ini akan membantu lebih 3000 wanita dan kanak-kanak miskin yang terpaksa berada didalam senarai menunggu (waiting list) dan senarai penerima bantuan ini telah dikenalpasti oleh pejabat MyCARE - Gaza dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.

2⃣ PENAJAAN KAKI & TANGAN PALSU (KANAK-KANAK)

= Kos Tajaan: RM 50 /unit
= Sasaran Tajaan: 10,000 unit

Projek ini akan membantu kanak-kanak di Palestin dan Syria untuk diberikan kaki dan tangan palsu dan proses rehabilitasi untuk mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Senarai penerima setakat ini adalah seramai 12 kanak-kanak di Gaza dan 10 di Syria.

Selama 5 tahun penubuhan MyCARE, kami telah menyalurkan RM 75 Juta kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di seluruh dunia.

Ayuh ceriakan saudara kita di Gaza dan Syria melalui 2 langkah berikut:

2 Langkah mudah untuk menyumbang:

1⃣ Salurkan sumbangan anda atas nama 'Humanitarian Care Malaysia Berhad':

Maybank: 5515-7500-4299
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB : 8602-135-592
JomPAY Biller Code: 6197

2⃣ Maklumkan melalui email ke account@mycare.org.my bersama salinan slip/resit

Atau Whatsapp/Telegram ke Nordin - 0133911992

nyatakan kemasukan untuk ’#GiveHope’

Kami menerima sebarang amaun/jumlah sumbangan untuk projek ini.

Mohon sebarkan info ini kepada saudara/kenalan/sahabat anda!

No comments: