Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Monday, 20 June 2016

My Super Duper Hero...





8th June 2016 was my beloved dad's 79th birthday. I am blessed to have understanding, sporting and supportive Superhero in my life, alhamdullillah. May Allah grant us good health, splendid and endless perfect moments till Jannah, Aamiin. Happy Birthday and Father's Day Abah...


PERUTUSAN HARI BAPA 2016
WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

"BAPA PEMACU KESEJAHTERAAN KELUARGA"

19 Jun 2016 / 14 Ramadhan 1437

Hari Bapa diraikan pada ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun. Wanita IKRAM mengucapkan selamat menyambut Hari Bapa pada semua rakyat Malaysia yang bergelar bapa dengan panggilan ayah, abah, papa, abi, daddy, baba dan seumpamanya. Kesemua panggilan tersebut melambangkan kasih sayang ahli keluarga terhadap ketua keluarga dan juga penghormatan yang diberi kepada seorang lelaki seiring dengan tanggungjawab mulia yang perlu ditunaikan.

Firman Allah SWT di dalam ayat 6 surah AtTahrim yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak mendurhakai (perintah) Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" Ayat ini sewajarnya menjadi pedoman setiap insan bergelar bapa dalam memimpin ahli keluarganya.

Pembentukan sebuah keluarga sejahtera yang penuh rahmah terletak ditangan ketua keluarganya. Ianya juga memerlukan kepada penglibatan seimbang dan bersungguh-sungguh kedua ibubapa dalam mengendalikan urusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak agar menjadi insan rabbani sebagaimana yang termaktub dalam syariat Islam untuk menjamin kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat.

Institusi keluarga hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mendidik generasi masa depan. Ibubapa terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar terpaksa bergelut dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi, yang menuntut kedua ibu dan bapa keluar mencari rezeki di luar rumah bagi menyara ahli keluarga. Situasi ini kadang kala menjadikan ibubapa terlalai dari mendidik dan mengawasi anak-anak yang sedang membesar. Terkini antara cabaran yang sedang mendepani generasi anak-anak muda sedang membesar yang memerlukan perhatian ibubapa adalah cabaran digital. Generasi masa kini digelar sebagai 'warga digital' , penghuni semulajadi dunia internet dan digital.

Dianggarkan seramai dua bilion generasi muda seluruh dunia berhadapan dengan ledakan informasi tanpa batasan melalui capaian dunia siber ini. Kajian sedunia oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa pada 2013 menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai jumlah ‘warga digital’ keempat tertinggi di dunia.

Hasil kajian kebangsaan terbesar oleh DIGI dengan kerjasama Cybersecurity Malaysia menerusi program Cybersafe mendapati secara purata 83 peratus kanak-kanak terdedah kepada risiko-risiko dalam talian disebabkan oleh langkah-langkah perlindungan minima dan 70 peratus pelajar di seluruh negara tidak prihatin mengenai pencerobohan terhadap privasi atau identiti orang yang berinteraksi dengan mereka. Peningkatan di dalam jenayah siber seperti buli-siber adalah membimbangkan. Kemudahan internet dan teknologi pada masa kini juga memudahkan pendera-pendera untuk menghubungi, menganggu dan membuli kanak-kanak.

Pengaruh daripada teknologi siber ini adalah antara penyumbang utama kepada peningkatan perlakuan jenayah serta masalah sosial yang melibatkan kanak - kanak dan remaja seperti pornografi, seks bebas, pelacuran, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Cabaran dari jenayah siber ini tidak boleh dipandang ringan oleh ibu dan bapa. Ianya memerlukan kepada kesedaran dan kebijaksanaan ibubapa dalam mengimbangi kawalan dan manfaat penggunaan kemudahan internet dikalangan anak-anak dibawah jagaan mereka.

Mengambil kira peranan bapa dalam melindungi keluarga menempuh cabaran semasa Wanita IKRAM menyeru agar:

1. Para bapa selaku ketua keluarga melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk melindungi, memberi nafkah, mendidik ahli keluarga dan menjadi model contoh (role model) kepada ahli keluarga masing-masing. Jadilah lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan ahli keluarga mu dari api neraka. Kisah Luqman, seorang bapa yang diabadikan namanya dalam Al -Quran dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada anak-anak untuk menelusuri liku-liku kehidupan terutamanya dalam berhadapan era globilisasi ini perlu dijadikan teladan;

2. Selaku ketua keluarga, bapa perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman berkaitan dengan ancaman dan implikasi kepada ahli keluarga yang wujud dalam dunia siber agar dapat memberi maklumat, kesedaran dan pengajaran kepada anak- anak terutamanya para remaja.

3. Ibubapa perlu sentiasa bekerjasama dengan guru-guru dan anggota masyarakat melakukan pengawasan dan pemantauan terhadap anak-anak yang bebas melayari berbagai laman -laman web yang tidak bermoral dan hanya berada dihujung jari.

4. Ahli-ahli masyarakat termasuk Pertubuhan bukan kerajaan serta aktivis masyarakat berganding bahu bersama ibubapa dalam meningkatkan kesedaran anak-anak terhadap ancaman siber masa kini dan mendidik mereka dengan pengetahuan yang bersesuaian untuk melindungi mereka dari ancaman-ancaman ini. Orang-orang terdahulu pernah berpesan didiklah anak-anakmu untuk menghadapi zaman mereka karena mereka akan hidup pada zaman yang berbeza dengan zamanmu;

5. Pihak kerajaan perlu melaksanakan semua langkah-langkah tindakan yang telah digariskan di dalam Pelan tindakan Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber yang telah diluluskan oleh kabinet pada Februari 2015 dengan berkesan dan dimanfaatkan bagi menyediakan khidmat sokongan panduan kepada ibu bapa untuk melindungi anak-anak daripada menjadi mangsa ancaman dunia siber.

Selamat Hari Bapa

DATIN PADUKA CHE ASMAH IBRAHIM
Ketua Wanita IKRAM Malaysia

No comments: