Semerbak Kasturi
"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
BINA HARAPAN MALAYSIA
Tuesday, 7 October 2014
Tadabbur Fenomena Alam...
Alhamdulillah, diberi peluang oleh Allah untuk menyaksikan pelbagai peristiwa penting di bulan Zulhijjah 1435H ini.
Musim haji yang sedang berlangsung, banyak ibrah yang boleh dikutip daripada manasik haji di antaranya tuntutan pengorbanan dan ujian-ujian yang dilalui oleh Nabi Ibrahim sekeluarga dalam menyampaikan syiar Islam. Qurban haiwan ternak yang dagingnya diagihkan kepada mereka yang lebih memerlukan sebagai simbolik peristiwa penyembelihan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail sebagai ketaatan perintah Allah tanpa berbelah bahagi.
Di antara tanda-tanda orang bersyukur ialah dengan memgingati Allah sebanyak-banyaknya dan menambah amal. Biarlah segalanya menjadi rahsia kita dengan Allah.
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
[Surah Ibrahim:7]
"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."
[Al Kahfi:46]
Insan yang paling bersyukur dan tidak dapat kita tandingi dalam beramal, qudwah untuk kita contohi dalam semua aspek kehidupan ialah kekasih Allah, Junjungan kita, Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wassalam.
Di hari tasyrik yang terakhir, 13 Zulhijjah 1435H hari ini, kita menyaksikan pula gerhana bulan penuh seperti yang dijangka akan berlaku mulai 4:15 petang hingga 9:33 malam. Umat Islam disunnatkan mengerjakan solat sunat gerhana bulan sebagai tanda kesyukuran terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah. Allahu 'alam.
So be happy, the rest is HIStory...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment