Semerbak Kasturi
"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
BINA HARAPAN MALAYSIA
Tuesday, 19 September 2017
‘Teaching in Freedom, Empowering Teachers’
Merantaulah...
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman.
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang.
Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah.
Bermusafirlah, nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan.
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang
Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan.
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.
Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa.
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran.
Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam.
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.
Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang.
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.
Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya.
Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan karena dalam perjalanan itu ada lima kegunaan, iaitu: menghilangkan kesedihan, mendapatkan penghidupan, mendapatkan ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan banyak orang.
Imam Syafie Rahimahullah
Wednesday, 6 September 2017
Merdeka kah kita? Merdekakan Mereka...
Erti merdeka itu..
Bukan pada banyaknya bendera yang dikibar.
Tidak juga pada kuatnya laungan merdeka,
atau meriahnya perarakan di Dataran Merdeka.
Apabila warga sebuah negara tidak lagi dibelenggu dosa dan bebas jiwanya.
Apabila tidak diutamakan neraca pandangan manusia dan hanya mengira pandangan Maha Pencipta.
Itulah MERDEKA.
1. Khamis lepas, 24 Ogos 2017, menyaksikan satu lagi episod keganasan oleh pihak tentera Myanmar (Tatmadaw) ke atas etnik Rohingya di Arakan (Rakhine).
2. Serangan ini menyusul sehari selepas Kofi Annan, Pengerusi Suruhanjaya Penasihat Wilayah Rakhine, menyerahkan laporan akhir badan tersebut kepada kerajaan Aung San Suu Kyi dan hampir 2 minggu selepas pihak tentera menghantar lebih ramai tentera ke wilayah utara Arakan - Maungdaw, Buthidaung dan Rathedaung, dan mengenakan perintah berkurung (6 petang hingga 6 pagi) ke atas lebih 800,000 etnik Rohingya di wilayah tersebut.
3. Laman berita Al-Jazeera pada 23 Ogos 2017 melaporkan sekurang-kurangnya 3,500 orang etnik Rohingya telah lari menyelamatkan diri lebih awal ke kem pelarian di Kutupalong dan Nayapara, di sempadan Bangladesh-Myanmar selepas menjangkakan serangan terbaru oleh pihak tentera.
4. MyCARE menerima berita dan gambar tentang serangan ini melalui media sosial pada hari Jumaat (25 Ogos 2017). Namun, pihak kami tidak dapat mengesahkan kesahihannya sehinggalah laman-laman rasmi seperti Al-Jazeera dan Channel News Asia melaporkannya.
5. Berita, imej dan klip video yang kami terima menunjukkan pihak tentera telah bertindak menggeledah perkampungan etnik Rohingya, membunuh para penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak serta membakar masjid dan madrasah.
6. Ini bertentangan dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak tentera dan kerajaan Myanmar pada hari Jumaat (25 Ogos 2017) yang mendakwa serangan disasarkan ke atas kumpulan pengganas 'Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA)' yang dituduh melakukan serangan di lebih 20 pos keselamatan pada hari Khamis menyebabkan 12 orang pegawai terkorban. Kenyataan kerajaan juga menyebut 59 orang pengganas ARSA telah berjaya dibunuh dalam serangan tersebut.
7. Kenyataan rasmi tentera dan kerajaan Myanmar ini sangat diragui berdasarkan rekod buruk tentera Myanmar sebelum ini. Oktober tahun lalu (2016) menyaksikan serangan tentera Myanmar ke atas komuniti Rohingya atas alasan sama (membasmi pengganas ARSA). Operasi ini berlanjutan sehingga Februari 2017 menyebabkan hampir 1,000 orang terkorban dan 90,000 orang kehilangan tempat tinggal.
8. Liputan media di sempadan Bangladesh-Myanmar menunjukkan ribuan etnik Rohingya kini terkandas kerana tidak dibenarkan masuk oleh tentera Bangladesh yang berkawal di sempadan. Sebahagian yang berjaya masuk telah dihalau semula ke Myanmar. Kepulan asap dan bunyi tembakan juga boleh dilihat dan didengar dengan jelas dari sempadan.
9. Tekanan antarabangsa perlu dikenakan ke atas Myanmar agar serangan ke atas orang awam dihentikan serta-merta. Tindakan menyerang orang awam sambil berselindung di sebalik alasan memerangi keganasan adalah perbuatan terkutuk yang perlu diperangi. Orang awam #NotATarget.
10. Kerajaan Myanmar sewajarnya menyambut baik saranan- saranan yang telah dikemukakan oleh Kofi Annan dan mengambil langkah proaktif melaksanakannya sekiranya benar-benar ingin menyelesaikan konflik di Arakan. Jika tidak, penubuhan dan laporan suruhanjaya ini hanya tinggal gimik politik semata-mata.
'Nurturing Humanity, Making a Difference'
Disediakan oleh:
Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan (R&E), Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
Ayuh menyumbang ke Tabung Kecemasan Rohingya secara ONLINE disini: www.billplz.com/selamatkanrohingya
Sama-sama sebarkan. Terima Kasih.
Sumber:Fb Mycare Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)