
Tentang kasut....Al Marhum Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis dengan gaya bahasa dan penggunaan analogi yang sungguh menarik.
...mereka yang sealiran dalam fikiran dan tindakan, ibarat sepasang kasut antara kiri dan kanan, mempunyai ciri-ciri yang sama, menyebabkan mereka seiring jalan, jika berpisah boleh menyebabkan yang sebelah lagi tidak berguna....seseorang dapat dikenali dalam masyarakatnya hanya dengan melihat siapakah orang-orang yang kerap mengunjunginya, kerana manusia memiliki rakan dan sahabat yang sealiran cara hidup dengan nya...tidak mungkin seorang penipu menemui orang alim untuk mendapat nasihat bagaimana cara menipu yang berjaya, sebab mereka juga tahu bahawa orang baik tidak akan mengajarnya berbuat jahat"...kemudian Al Marhum kongsikan hadis riwayat At Tabrani ini...
"Bermula sesuatu yang baik (khair) ibarat peti besi (khazanah) dan bagi setiap peti besi ada anak kuncinya, maka berbahagialah bagi orang yang Allah jadikan dia sebagai anak kunci kebajikan dan penghalang kepada kejahatan. Sebaliknya, celaka (neraka) bagi sesorang yang menjadi kunci kepada kejahatan dan penghalang kepada kebaikan"
Selamat Menyambut 1 Muharram 1437 Hijriah. Semoga bermanfaat. Allahu 'alam.