Semerbak Kasturi
"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
BINA HARAPAN MALAYSIA
Thursday, 13 November 2014
The Secret Recipe From The Wiser...
Firman Allah SWT. dalam Surah Luqman ayat 17
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (S Luqman 17)
1. Wahai anakku, Janganlah dirimu lebih hina daripada ayam jantan, ia berkokok menjelang fajar, sedangkan dirimu masih berada diatas katilmu.
2. Wahai anakku, janganlah melewat-lewatkan taubat, kerana kematian datang secara tiba-tiba.
3. Wahai anakku , tidak pernah diriku menyesal kerana berdiam diri, kerana andaikan bercakap itu perak sedangkan berdiam itu emas.
4. Wahai anakku, jadikanlah dirimu bersama ulama, dengarkanlah perkataan atau nasihat hukama, kerana Allah SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah, sebagaimana bumi suburnya dihidupkan dengan siraman air hujan yang lebat.
5. Wahai anakku, sesiapa yang berdusta, hilanglah kemuliaan air mukanya, sesiapa yang berakhlak buruk, hidupnya penuh kedukaan.
6. Wahai anakku, perbanyakkanlah istighfar sepanjang masa, kerana andainya masa berlalu tidak mungkin kembali lagi.
7. Wahai anakku, elakan dari berhutang, kerana hutang itu menjadi simbul kehinaan diwaktu siang, dan membawa kedukaan diwaktu malam.
8. Wahai anakku, bergantungharaplah kepada Allah. Kerana dengannya mengelakkan dirimu melakukan maksiat terhadapNya, dan takutlah Allah serta tidak berputus asa dari rahmat Nya.
9. Wahai anakku, janganlah hidup secara berpura-pura, kerana perbuatan itu menimbulkan ketakutan pada waktu malam dan kecelakaan waktu siang.
10. Wahai anakku, selepas beriman kepada Allah SWT, carilah sahabat yang baik. Sahabat yang baik itu seperti pohon kurma , dirimu berlindung dibawahnya ketika panas, pohonnya dijadikan bahan apa apabila perlu, dan buahnya lazaat untuk dimakan.
Sedutan dari Khutbah untuk hari ini.
Dawi Cahyono Bin Nurdin
Pusat Islam An-Nur UTP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment