Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Sunday 28 July 2013

Kami Mengecam Sekeras-Kerasnya...





[Kenyataan Media Kecam Pembunuhan Di Mesir]

HENTIKAN PERTUMPAHAN DARAH, KEMBALIKAN MORSI SEBAGAI PRESIDEN MESIR YANG SAH

Kami yang mewakili organisasi-organisasi di Malaysia, amat mengambil berat terhadap perkembangan terkini melibatkan krisis politik di Mesir.

Kami mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan lebih dari 300 orang penyokong Morsi dan ahli Ikhwan Muslimin di dalam perhimpunan aman di beberapa tempat di Mesir semalam.

Ketua tentera Jeneral Abdul Fattah al-Sisi, tentera dan Kerajaan Haram Sementara mesti dipertanggungjawab. Tugas pihak tentera adalah untuk menjaga keselamatan rakyat dan bukan membunuh mereka.

KAMI menyeru kerajaan Malaysia menggunakan seluruh pengaruh politik dan diplomatik untuk memberi tekanan kepada pihak tentera Mesir untuk menghentikan pembunuhan dan kekejaman terhadap penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman yang menuntut hak demokrasi mereka.

KAMI juga meminta kerajaan Malaysia mempengaruhi Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) agar mengkaji semula keahlian Mesir dalam OIC jika tentera enggan untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai dan Presiden yang sah dan dipilih secara demokratik di Mesi dikembalikan ke kedudukannya yang asal.


Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad
Jurucakap organisasi-organisasi
merangkap Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
28 Julai 2013

Turut menyokong:

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA)
IKRAM SiswaWanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
WIRDA
Interactive Muslimah Association (IMAN)
Muslimah Interest Zone and Networking (MIZAN)
Pertubuhan Mawaddah Malaysia (MAWADDAH)
HALUANITA

Sumber : IKRAM Malaysia

No comments: