Semerbak Kasturi
"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
BINA HARAPAN MALAYSIA
Saturday, 22 June 2013
Lebih 500 Ulama Menyatakan Wajib Menentang kekejaman Rejim Basyar Asad
Syeikh Yusuf Qaradhawi membidas tindakan rejim Basyar yang menghantar surat aduan dan mendesak PBB agar mengeluarkan waran tangkap kepada Syeikh Qaradhawi kerana mengeluarkan fatwa jihad di Syria.
Beliau membidas tindakan Basyar yang disifatkan sebagai pengecut tersebut di dalam khutbah Jumaat yang lalu di Doha.
Malahan, beliau sekali lagi menegaskan bahawa fatwa jihad di Syria tersebut adalah wajar kerana kezaliman yang dilakukan oleh rejim Basyar, Iran dan Hizbu Syaitan bersalahan dengan apa yang digariskan dalam agama Islam.
"...Apabila para ulama enggan menolong kebenaran dan tidak mahu menentang kebatilan , dalam masa yang sama tidak menyuruh kepada kebenaran dan tidak mencegah segala kemungkaran serta tidak mahu mengawasi atau mengkritik pemerintahan dan tidak mahu...dan tidak mahu...Maka apakah faedahnya mereka hidup? Jikalau para ulama sedemikian rupa, maka perut bumi (mati) adalah lebih baik daripada mereka terus hidup di atas bumi ini"
[Syeikh Abdul Aziz al-Badri, dipetik daripada Krisis Syria dan Muqif Ulama oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2012]
Selain berdoa untuk keselamatan saudara kita di Syria, hulurkan bantuan kewangan menurut kemampuan kita dan boikot kurma Iran...
Kempen boikot produk Iran adalah seruan dari Ijtimak Ulama Ummah yg di pengerusikan oleh Syeikh dr Yusuf Qardhawi pada 14 Jun 2013 yg merupakan sebahagian dari Resolusi 11 perkara sebagai menyatakan sokongan kepada rakyat Syria dan bantahan kepada Hizbus syaitan dan Iran yang kini membantu Regim Basyar al Assad secara politik dan ketenteraan utk membunuh rakyat Syria.
Allahu 'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment