Semerbak Kasturi
"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
BINA HARAPAN MALAYSIA
Thursday, 26 April 2012
Beruk di Hutan...
Hidup dan bekerjalah untuk meraih keredhaan Nya semata-mata...sentiasa memperbetulkan niat dalam setiap langkah & tindakan...sebab itu dalam Islam setiap pergerakan didahului dengan doa...supaya Allah sentiasa di hati...Allahu a'lam
Perkongsian daripada Prof. Madya. Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus:
Setiap hembusan nafas diiringi dengan amal yang akan dicatit. Setiap yang tercatit itu akan dipersembahkan semula untuk dihisab.
Gurauan kita akan dihisab dan dihitung. Semoga ia dikira ibadah.
Percakapan kita akan dihisab dan dihitung. Semoga semuanya bermanfaat dan dikira ibadah.
Gerak mata kita, pendengaran telinga akan dihisab dan dihitung. Semoga keduanya dikira ibadah, walau dia bergerak sangat pantas.
Tekad hati kita yang bermula hanya dengan lintasan sahaja akan dihisab dan dihitung. Semoga semua tekad dan amal hati kita dikira ibadah.
Kerjaya, cari makan, bersama keluarga, keperluan bersosial akan dihisab dan dihitung. Semoga ia dikira ibadah.
Dakwah, tarbiah, aktivism, siri-siri mesyuarat dan jihad yang kita buru setiap hari untuk membawa kepada mati syahid, akan dihisab dan dihitung. Semoga ia diterima Allah…
Tiada pilihan lain, melainkan:
1. Mohon Allah bagi petunjuk untuk kita betul dan tingkatkan amalan
2. Mohon diampunkan segala kekurangan, ketidaksempurnaan malah pelanggaran
3. Mohon dilipatkaligandakan pahala amalan, kerana kita ke syurga bukan kerana catitan amalan baik kita yang sedikit itu, tetapi belas dan rahmat Ilahi jua….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment