Semerbak Kasturi
"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
BINA HARAPAN MALAYSIA
Monday, 3 October 2011
Istimewa Untukmu...Kembarku
Pada 29 September 2011, saya dipertemukan oleh Allah dengan insan istimewa, kami berkongsi nama dan tarikh lahir, berkenalan pada malam kebudayaan bersempena dengan perkhemahan Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan pandu puteri, IPG KBM bertempat di Pusat latihan Kokurikulum @ PULAKO, IPG kampus Ipoh. Yats yang kecil comel, tampak lebih muda walaupun kami seusia. Beliau yang sedang hampir di garisan penamat untuk pengajian PhD nya, sempat menukilkan sebuah puisi untuk saya pada malam yang indah itu. Begini bunyi nya:
Istimewa Untukmu...Kembarku
Pertemuan yang pertama kali terasa...
membenihkan rasa sayang
menumbuhkan rasa cinta
melahirkan segala-gala yang sukar diucapkan...
yang sukar dilafazkan
hanya manik-manik mutiara
tergenang mengiringi kesyukuran
memanjat doa
mengucup kebesaran Illahi.
Kalian harus percaya
kalian harus yakin
inilah takdir-Nya.
Berbumbungkan langit
mengusap aroma tanah banjaran
Kau pertemukan aku
dengan insan senama
Kau pertemukan aku
dengan insan seusia.
Maka ternoktah
detik pertama
yang tidak dirancang.
Benarlah segala-galanya
bahawa Allah jua Maha Mengetahui.
Bisikan angin Titiwangsa
membungkusi pertemuan ini
semoga kekal abadi!
Love U,
Yats, 2011/ipgkbm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment