Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Monday, 2 May 2011

Sumpah Beb !

Scientific classification
Kingdom: Reptilia
Order: Squamata
Suborder: Lacertilia
Infraorder: Iguania
Family: Chamaeleonidae

Chameleon atau sumpah-sumpah atau mengkarung berwarna asal hijau tetapi mudah bertukar warna kepada keadaan sekeliling sebagai mekanisma untuk pelindungan diri dan bersosial khususnya pada musim mengawan. Si jantan berwarna dan kelihatan lebih ranggi daripada si betina. Haiwan unik ini mempunyai sepasang mata yang tajam dan boleh bertindak secara berasingan. Lidah yang bermukus serta sepanjang saiz dirinya untuk memerangkap mangsa sebagai makanan. Baca lagi tentang Chamaeleon di pautan ini: http://magma.nationalgeographic.com/ngexplorer/0210/articles/mainarticle.html

Manusia tidak seperti sumpah-sumpah, boleh bertukar rupa untuk menyembunyikan identiti sebenar. Haiwan dan makhluk lain kecuali manusia dan jin tidak akan diminta pertanggungjawapan kepada setiap tindakan mereka. Manusia dan jin merupakan pemegang amanah dan khalifah di bumi ini. Untuk itu juga lah kita diciptakan, suatu perencanaan oleh yang Maha Bijaksana dan bukan satu kebetulan. Oleh itu kehidupan kita di dunia ini merupakan ujian bukan untuk keseronokan sahaja. Kita semua diuji dengan pelbagai bentuk. Kesusahpayahan kita dalam mengharungi ujian ini, menjadi lebih mudah dengan sistem sokongan dan suntikan semangat para sahabat yang sentiasa bersama kita di kala senang apatah lagi di saat sukar. Kesulitan yang kita hadapi menjadikan sebab-akibat hubungan kita lebih akrab dengan Allah, Pencipta kita. Alhamdulillah.

Peringatan khusus untuk diri sendiri, takutlah berkata bohong sebagai satu modus operandi pelindungan diri kerana setiap perbuatan kita akan dihitung. Kita mungkin bebas di hadapan manusia tetapi tidak sama sekali di hadapan Allah Azza wajjala.

Usah sampai, apabila Allah murka kepada kita, Dia akan membiarkan kita lakukan apa yang kita suka, tidak lagi pedulikan kita, wanauzubillah...

"Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya); dan Ia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur...." [Az Zumar:7]

‎"Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati." [Ghafir:19]

“Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu). Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!”
[Fussilat:22-23]

“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.“Dan turutlah – Al-Quran – sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya." [Az Zumar: 54-55]

Allahu a'lam. Semoga Allah pimpin segala tindakan kita, amin.

No comments: