Semerbak Kasturi
"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
BINA HARAPAN MALAYSIA
Tuesday, 29 March 2011
Freedom Indeed!
"Whoso desireth power (should know that) all power belongeth to Allah. Unto Him good words ascend, and the pious deed doth He exalt; but those who plot iniquities, theirs will be an awful doom; and the plotting of such (folk) will come to naught."
"Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa."
Al Fatir (The Creator): verse 10
Friday, 25 March 2011
Ketika Cinta Bertasbih...
Teringat doa yang syahdu dalam ibadah saie semasa mengerjakan haji pada tahun 2007: "Ya Allah Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau daripada sejahat-jahat sesuatu yang Engkau kurniakan kepada kami dan daripada sejahat-jahat sesuatu yang Engkau tegahkan daripada kami...Ya Allah sempurnakanlah ajal kami di dalam agama Islam dan temukanlah kami dengan orang-orang yang soleh-soleh di dalam keadaan tidak hina dan tidak terpesona. Ya Allah berilah kepada kami segala kemudahan dan tidak menyusahkan, wahai Tuhan sempurnakan lah amalan kami dengan kebaikan"
Doa ini mengingatkan saya tentang harapan yang menggunung untuk melakukan amal soleh dan semua bentuk kebaikan apabila Allah mengizinkan saya terus hidup dan pulang ke Malaysia. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan sebaik-baik penilai dengan apa yang berlaku kepada diri saya sebaik sahaja pulang ke Tanah air tercinta ini, serta apa yang berlaku selepas itu. Saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaNya kerana terus menerus membenarkan saya untuk menikmati kehidupan hingga ke hari ini. Cuma, sejak kebelakangan ini, daya ingatan saya agak lemah dan sedikit sebanyak menganggu prestasi kerja saya.
Tahun hadapan, saya akan menyambut ulang tahun kelahiran yang kelima puluh. Jika menurut takwim hijriah (tambah satu tahun setengah kepada umur tahun masihi), usia saya sudah mencapai lima puluh tahun. Sudah separuh abad kehidupan saya di dunia ini. Semoga Allah permudahkan dan membantu segala urusan saya sehingga saat dan ketika saya dijemput menemuiNya. Dia Maha Mengetahui bahawa saya berusaha sedaya upaya saya untuk menjadi hambaNya yang terbaik, amin.
Saya berdoa agar diberi kesempatan dan peluang untuk menulis tentang perkongsian kehidupan membujang dengan kekuatan-kekuatan yang saya perolehi dan penulisan sebagai seorang akademik yang diberi pengiktiran tertinggi oleh senat IPT, insyaAllah. Semoga kehidupan kita dihiasi dan diakhiri dengan kebaikan, amin.
Sabda Rasulullah: "Jika pertambahan umur usia tidak memberikan amalan yang lebih baik maka perut bumi lebih layak didudukinya (mati), lebih baik untuk nya"
Berbalik kepada doa saie di atas, doa ini dianjurkan untuk kita amalkan dalam semua urusan harian:Rabbi Yassir wala tu-‘assir. Rabbi tham-mim bil khayr: "Ya Allah berilah kepada kami segala kemudahan dan tidak menyusahkan, wahai Tuhan sempurnakan lah amalan kami dengan kebaikan" atau "O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness."
Semoga bermanfaat. Allahu a'lam.
Tuesday, 15 March 2011
Kasih Sayang dan RahmatMu...Ya Allah
Salam takziah buat semua saudara kita tanpa mengira agama dan keturunan, di Jepun, bumi matahari terbit, yang diuji dengan tsunami dan letupan loji nuklear yang bertali arus.
Di bumi Jepun juga, banyak terciptanya kemajuan teknologi dan budaya pengurusan yang maju seperti Total Quality Management, TQM pada suatu ketika dahulu. Peradaban ketimuran mereka yang tinggi nilainya sering dikaitkan dengan kelembutan tutur kata dan ketegasan mereka memartabatkan bahasa Jepun dalam semua majlis rasmi khususnya di peringkat antarabangsa. Sikap kesegeraan mereka dalam membantu negara yang menghadapi kesusahan juga semestinya mendapat pujian.
Bencana akibat daripada fenomena alam yang berlaku di Jepun, akan terkesan oleh setiap di antara kita. Kesan penularan konteminasi radioaktif di negara tersebut sedikit sebanyak memaksa kita untuk berfikir dan seterusnya melakukan persiapan untuk menghadapi segala kemungkinan. Maklumat terkini perlu dihebahkan dan tidak perlu dibendung lagi.
Islam mengajar kita, perumpamaan kasih sayang orang Islam dengan orang Islam yang lain laksana sebuah badan yang mengalami kesakitan seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ / قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : تَرَى الْمُؤْمِنِينَ فِى تَرَاحُمِهِمْ/ وَتَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ / إِذَا اشْتَكَى عُضْوًا تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ جَسَدِهِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى.
(اخرجه البخا ري فى : ۷۸- كتاب الأدب : ۲۷- باب رحمة الناس والبهائم)
“An-Nu’man bin Basyir berkata, ‘Nabi SAW bersabda ‘Anda akan melihat kaum mukminin dalam kasih sayang dan cinta-mencintai, pergaulan mereka bagaikan satu badan, jika satu anggotanya sakit, maka menjalarlah kepada lain-lain anggota lainnya sehingga badannya terasa panas dan tidak dapat tidur.”
Atas dasar kasih sayanglah kita tegur menegur antara satu sama lain agar tidak tersasar daripada landasan agama, atas dasar kasih sayanglah kita sentiasa memberi peringatan sesama kita, atas dasar kasih sayanglah kita benci perlakuan yang menyakiti orang lain, atas dasar kasih sayanglah kita bantu membantu sesama kita yang dalam kesusahan...insyaAllah, atas dasar kasih sayang lah kita besatu, teguh meneguhkan antara kita bagi melayakkan kemenangan dan kecemerlangan yang hakiki...amin Ya Rabb...
"Sesungguhnya kita ini kuat dengan bantuan Allah, dan tidak pernah lemah selamanya kerana pertolongan Allah. Kita mulia kerana Allah dan tidak akan hina selamanya kerana Allah. Kaya kerana Allah dan tidak akan fakir selamanya kerana Allah. Kami ingin mengajarkan umat dengan sikap yang baru yang sesuai dengan nilai-nilai Islam. Kami ingin membina umat dengan akhlak Islam dan menuntun mereka dengan pola hidup Islam. Agar umat bisa berjalan di belakang pemimpinnya yang paling agung. Pemimpin yang paling mulia, Muhammad saw..." ucapan As-Syahid Hasan Al Banna yang menyentuh hati Dr. Yusuf Al Qardhawi
(Sumber:Aku & Al Ikhwan Al Muslimun-oleh Dr. Yusuf Qaradhawi diterjemahkan oleh M. Lili Nur Aulia)
Allahu a'lam. Semoga Allah segera permudahkan segala kesulitan saudara kita di Jepun, melindungi kita daripada segala jenis kemudharatan untuk terus beribadah dan mengerjakan ketaatan dengan sempurna, amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)