Semerbak Kasturi
"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
BINA HARAPAN MALAYSIA
Sunday, 13 August 2017
World Best Day: Prayer For Malaysia
HARI TERBAIK DI DUNIA
*****************************
Menjelang bulan Dzul-Hijjah yang bakal tiba beberapa hari saja lagi, elok kita saling ingat memperingati bahawa 10 hari terawal daripada Dzul-Hijjah merupakan hari terbaik di dunia, hari paling afdhal di sisi Allah 'Azza wa Jalla.
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Amal soleh yang paling disukai Allah ialah amalan yang dilakukan oleh hamba-hambaNya pada hari-hari ini (10 hari pertama bulan Dzul-Hijjah). Sahabat bertanya: “Apakah lebih disukai daripada jihad fi sabilillah?” Baginda menjawab: “Ya. Lebih disukai daripada berjihad fi sabilillah, kecuali seorang lelaki yang pergi berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak membawa pulang sedikitpun kedua-duanya itu (semua harta dan jiwanya dikorbankan untuk jalan Allah)”
Daripada Jabir bin Abdullah r.a. dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya:
“Hari yang paling afdal di dunia ialah hari-hari 10, iaitu 10 hari (yang pertama) bulan Zul-Hijjah.”
Hadis dikeluarkan oleh al-Bazzar. Menurut al-Haitsami rawi-rawinya tsiqah.
Salah satu daripada 10 hari tersebut adalah hari Arafah. Ketika para tetamu Allah sedang berwuquf di Arafah, mereka yang tidak berpeluang untuk sama-sama berwuquf disunatkan berpuasa. Daripada Abi Qatadah r.a. Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa pada hari ‘Arafah. Baginda menjawab maksudnya:
“Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu, dan setahun yang akan datang.” Riwayat Muslim.
Dan pada hari ke 10 pula (serta hari ke 11, 12 dan 13) disunatkan menyembelih binatang korban bagi mereka yang berkemampuan. Diriwayatkan bahawa baginda s.a.w. bersabda maksudnya:
“Amalan anak Adam yang paling Allah sukai pada Hari Nahar ialah menyembelih haiwan ternakan. Sesungguhnya haiwan-haiwan itu akan bangkit pada hari kiamat nanti bersama tanduk-tanduk, kuku-kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya darahnya akan sampai kepada Allah sebelum ia menitis ke bumi. Maka laksanakanlah korban dengan sepenuh hati mu”.
Riwayat Ibn Majah dan al-Tirmizi
Di dalam hadis yang lain, para sahabat r.a. bertanya Nabi s.a.w. “Apa maksud ibadah korban ini?” Baginda menjawab: “Ini sunnah bapa kamu Ibrahim”. Mereka bertanya lagi: “Apa yang kita perolehi daripadanya?” Baginda menjawab: “Dengan setiap helai bulunya satu kebaikan.”
Mereka berkata:
“Bulu-bulu yang halus itu?” Baginda menjawab: “Ya. Dengan setiap helai bulu-bulu yang halus itu satu kebaikan”.
Riwayat Ibn Majah dan al-Tirmizi
Selain daripada puasa pada hari Arafah (hari ke 9) dan korban pada hari Nahar (hari ke 10), hari-hari lain bermula daripada 1 Dzul-Hijjah wajar dimanfaatkan sebaik-sebaiknya dengan pelbagai amal soleh sama ada yang wajib atau sunat seperti solat, puasa, tilawah al-Quran, bersedekah, menuntut ilmu, berbakti kepada ibu bapa, menziarahi orang sakit, mengajak orang berbuat baik, melarang berbuat jahat dan banyak lagi. Yang penting tanamkan azam di dalam diri untuk melakukan kebaikan di mana jua dan pada bila-bila masa. Apabila telah tersemat keazaman, muncullah ilham, terhasillah amalan.
Oleh Ustazah Maznah Daud
Doa Untuk Malaysia
Prayer For Malaysia
***************************
Dengan Nama Allah Maha Penyayang Maha Pengasih
Dialah Rab, Pencipta Maha Berkuasa, yang diagung and dipuji.
Dan setelah berselawat salam ke atas kekasih-Nya, Muhammad Rasulullah
Aku mulai Doa Untuk Malaysia:
Ya Allah…
Janganlah mereka yang wewenang kuasa dan mempunyai pengaruh memusnahkan ceruk bumi-Mu yang indah ini dengan ketamakan mereka.
Amanahkan kuasa dan pengaruh kepada mereka yang rakan kepada alam dan peduli akan kesejahteraannya.
Ya Rab…
Kukuhkan minda kami dengan inspirasi dari-Mu.
Sucikan kalbu kami daripada kotoran takabbur dan riak.
Ramaikan bilangan pemimpin dan rakyat yang berjiwa mulia dan berakal salih.
Biarkan kuasa dan pengaruh mereka yang berjiwa mungkar lenyap sama sekali.
Ya Allah…
Berkati kami dengan damir dalam pelaksanaan tanggungjawab kami dan tunjukkan kami jalan ke kehidupan yang jujur.
Selamatkan masyarakat kami daripada pemimpin yang kelakuannya sarat dengan kepura-puraan; persis umpama peribahasa musang berbulu ayam.
Ramaikanlah bilangan pemimpin yang melaksanakan tugas dengan keikhlasan kalbu dan ketelusan pada amal.
Ya Rab…
Makmurkan hayat kerohanian kami dengan sifat-sifat mulia sejagat dan indahkannya dengan sikap toleransi serta saling hormat antara pelbagai kaum dan kepercayaan.
Jauhkan kami masyarakat Malaysia daripada si penipu yang memakai pakaian ketakwaan.
^^^^^
In the Name of Allah the Benevolent the Merciful
He is the Lord, Almighty Creator, Who is glorified and praised.
With the invocation of blessed peace on His beloved, Muhammad the Messenger of Allah
I start my Prayer for Malaysia:
O Allah…
Do not let those who wield power and have influence destroy this beautiful niche of Your earth with their greed.
Entrust power and influence to those who are friends of nature and care for its wellbeing.
O Lord…
Fortify our minds with the inspiration that comes from You.
Cleanse our hearts from the filth of arrogance and ostentation.
Increase the number of leaders and the led among those who have noble souls and righteous minds.
Let the power and influence of those who are wicked vanish completely.
O Allah…
Bless us with conscience and show us the way to honest living.
Save our society from the leader whose demeanour is laden with pretence; precisely like the proverbial wolf in sheep’s clothing.
Increase the number of leaders who execute their duties with sincerity of the heart and transparency at work.
O Lord…
Enrich our spiritual life with universal noble attributes and beautify it with the attitudes of tolerance and mutual respect among the various races and creeds.
Distance us the Malaysian society from the charlatan who wears the garb of piety.
Prof. Mohamed Hatta Shaharom
12 Aug 2017 CE ::: 19 Dhū al-Qa‘dah 1438 AH
Subscribe to:
Posts (Atom)