Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Wednesday, 19 April 2017

Fenomena...

Sekadar pandangan daripada mereka yang melakukan kajian...untuk pedoman dan pengajaran....Allahu 'alam


Tidak dinafikan reunion menjadi fenomena yang sering disebut-sebut pada masa kini. Di mana-mana sahaja orang bercakap tentang reunion, tidak kiralah sama ada dengan kawan sekolah, jiran mahupun pada zaman kolej atau universiti.

Memang ada baiknya reunion ini diadakan, sekurang-kurangnya ia dapat mempertemukan rakan-rakan yang sudah berpuluh-puluh tahun tidak bertemu dan bagi mengeratkan silaturahim.

Namun kebelakangan ini sering dilaporkan rentetan daripada reunion, jalan kecurangan dan maksiat terbuka hingga mampu memusnahkan sebuah perhubungan suami isteri yang telah lama berlangsung. Jika bertepuk sebelah tangan, tentu tiada bunyinya.

Justeru, wartawan IKRAMedia mengambil peluang mewawancara Puan Hajah Zaiton Ismail, Ahli Association for Marriage and Family Therapy Malaysia (AMFTM) dan juga Jawatankuasa Pemantapan Kesejahteraan Ahli (PeKA) IKRAM bagi mendapatkan kupasan lanjut mengenai isu ini.

Pandangan puan mengenai kes penceraian yang terjadi disebabkan reunion dan bertemu kekasih lama?

Ini adalah kes-kes yang biasa dan sering terjadi kebelakangan ini, bahkan sebelum adanya media sosial lagi. Tapi segala ini perlu ditangani sedari awal. Yang utamanya, perlu perbaiki cara kehidupan masing-masing.

Sekiranya kita telah mengikuti sebagaimana yang Islam gariskan, insya-Allah perkara seperti ini tidak akan berlaku. Sebab kita bercakap dalam perspektif di mana perkara itu berlaku dan tidak patuh syariah.

Faktor-faktor berlakunya kes tersebut?

Secara jelasnya, pergaulan kita tidak patuh syariah. Bukan nak kata orang perempuan tidak boleh bekerja dengan orang lelaki atau sebaliknya. Namun, dalam Islam, kita ada batasan-batasannya.

Jadi, tiada isulah selepas bercinta tiba-tiba tak jadi berkahwin, atau bercinta tapi berkahwin dengan orang lain. Suatu hari jumpa kembali, dan akan timbul semula kisah lama. ‘First love is very strong, first love is powerful’.

Berdasarkan kajian, permasalahan ini terjadi disebabkan banyak faktor. Jika kita tidak membaikinya, maka kepuasan dalam perkahwinan akan jadi menurun mengikut perjalanan usia seseorang. Mungkin di situ ada faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya kes-kes begini.

Lelaki dan perempuan (bukan pasangan) yang konsisten bersama itu, boleh memungkinkan terjadinya perkara ini. Sebagai contoh, si isteri menumpang kenderaan suami orang, begitu juga suami yang menumpangkan isteri orang. Maka, suatu masa wujud rasa yang tidak sepatutnya wujud kerana syaitan bersama-sama di tengahnya.

Kalau dalam perkahwinan, lelaki sering lari daripada konflik yang ada iaitu lari daripada lingkungan tersebut. Biasanya perempuan berbeza, ia akan mendesak, ‘pot-pet’ (berleter) nak menyelesaikan masalah. Namun bagi sesetengah lelaki, jika ia berada juga dalam situasi tersebut, biasanya tangannya akan naik (pelempang).

Dalam beberapa kajian yang dilihat, kadang-kadang lelaki akan lari atau menjadi 'batu' kerana tidak mahu berhadapan dengan konflik tersebut dan tidak mahu mendengar leteran atau bebelan isteri yang sering kalinya ingin berbincang.

Berlainan dengan perempuan, yang kadangkalanya tidak faham. Ia nak juga mendesak dan memprovokasi suaminya supaya lelaki itu menjawab segala persoalan yang timbul dalam fikirannya.

Sebagai seorang pembimbing, banyak juga saya mendapat kes isteri merana kerana kawan sendiri ada hubungan dengan suaminya, hingga suaminya kahwin dengan kawannya sendiri.

Secara logiknya, mengapa perkara ini boleh terjadi?

Biasanya sejak awal lagi, si isteri memberi ruang kepada kawannya yang menumpang kereta suaminya sewaktu pergi kerja dan dia hanya bersangka baik kepada kawannya itu.

Maklumlah dah selalu berdua, berkongsi macam-macam. Di situlah timbul perkara yang tidak diingini ini, kerana yang ketiganya adalah makhluk terkutuk (syaitan). Jadi, itu adalah permulaannya. Syaitan sentiasa ada. Jadi, sempadan itu yang perlu semua jaga.

Apabila seorang isteri atau suami mendapati perubahan daripada suami atau isterinya, apa yang perlu dilakukan?

Isteri perlulah ada rasa cemburu, begitu juga suami. Berpada dan bertempatlah dalam hal ini, bukan memberi sepenuh kepercayaan. Dalam apa-apa hal pun, seorang isteri perlu menjaga rumah tangga, begitu juga suami.

Kalau isteri mengawal suami pun, suami tentu akan mengelak dengan tindakan itu. Namun, setelah nampak tanda-tanda atau perubahan yang ketara, bawalah berbincang. Jangan dibiar atau dilengahkan sehingga menjadi parah.

Biasanya, masalah disedari apabila ia telah berada di tahap parah. Selalunya lelaki jarang mahu dibawa berbicang. Dan seringnya lelaki jarang nak mengaku dan suka mengelak dari awal apabila isteri bertanya setelah mengesyaki sesuatu.

Keseronokan di luar yang lelaki itu dapat merubah hidup dan segalanya, apalagi jika kisah lampaunya, mereka itu loving couple.

Isteri patut peka dengan perkara-perkara ini, sebab kes yang sering kita dengar adalah di pihak suami. Selain itu, interaksi yang baik antara pasangan suami isteri itu adalah perlu dari awal perkahwinan mereka.

Nasihat kepada pasangan yang mengalami situasi begini?

Pandangan saya, bukan kerana reunion maka terjadinya perhubungan itu. Boleh jadi hubungan luar itu telah berlangsung dengan bibit-bibit yang lain. Di Malaysia, kita sering dengar berlakunya masalah rumahtangga itu adalah disebabkan kehadiran orang ketiga.

Namun di negara ini, tidak ada kajian mengenai kesahihan kes ini. Berbeza dengan di barat, kita boleh dapati kajian-kajian kes mengenai hal ini, apakah peranan orang ketiga dalam perhubungan tersebut. Apa yang mereka dapati, bukan orang ketiga itu punca kes tersebut terjadi.

Kajian tersebut mendapati sebenarnya sebelum kehadiran orang yang ketiga, hubungan suami isteri itu yang telah bermasalah. Kehadiran orang ketiga itu membuatkan lelaki tersebut merasakan inilah permulaan atau mengalihkan kembali rasa tidak puas hati, mengimbas kembali keseronokan lalu. Jadi kesimpulannya, bukanlah kerana orang ketiga segala itu terjadi.

Campur tangan mak ayah, adakah perlu dalam situasi begini?

Ya, sangat perlu. Lagi-lagilah jika pasangan itu orang muda, kerana mereka tentunya perlukan bantuan, khidmat nasihat daripada seseorang. Selain itu, mereka boleh juga berbincang dengan kaunselor iaitu pihak yang berautoriti dalam bidang tersebut.

Nasihat terbaik buat pasangan suami isteri wanita muda?

Peliharalah rumah tangga dengan sebaiknya. Sentiasalah bersyukur dengan anugerah yang Allah hamparkan. Perbaikilah hubungan suami isteri daripada awal. Jangan biarkan sekecil-kecil masalah terus membesar dan membiak.

Seharusnya tangani dan kendalikannya dengan sebijak mungkin agar ia tidak terus berlarutan sehingga terjadinya perkara yang tidak diingini iaitu penceraian.

Hadirkan rasa saling menghargai dalam setiap keadaan dan ketika. Berbincanglah dengan baik dan berhikmah dalam segala situasi dan terus mempertingkatkan ilmu pengetahuan mengenai rumahtangga.


Pn Hajah Zaiton Ismail
JK Pemantapan Kesejahteraan Ahli (PeKA) IKRAM

Thursday, 6 April 2017

Perkongsian Mendidik Jiwa & Masyarat: Pedofilia



Apa Itu Pedofilia???

Pedofilia adalah *gangguan jiwa* yang terjadi kepada orang dewasa atau remaja yang mempunyai *keinganan seksual* primer atau eksklusif kepada *kanak-kanak* atau bayi.

*Pedofilia..Pornografi*
*SATU ANCAMAN!!!*

Ibu ayah adakah anda risaukan anak-anak?? 😰👶🏻

Guru-guru bimbangkan anak didik?? 😥👨🏻‍🏫

📌Jom sertai kami di Seminar Kesejahteraan Ummah 👨‍👩‍👦‍👦 pada

🗓Tarikh: 9 April 17 (Ahad)
🕣Masa: 8.30pagi - 1.00ptg
🏡Tempat: INTIM, Ipoh
💰 Yuran : RM 10
(Daftar berkumpulan 10 org potongan 20%)

🔎Tajuk : *Pedofilia, Pornografi : Selamatkah anak-anak kita?*

Oleh :
*Dr Tuti Iryani Muhd Daud* - Pakar Psikiatri & Pensyarah Perubatan PPUKM
Ahli panel Psikospiritual IKRAM
*Pn Fadhlina Sidek* - Naib Presiden ABIM dan aktivis wanita dan kanak-kanak

Anjuran bersama:
Muslimat Maaruf, JAIPk, Wanita IKRAM Ipoh dan SALWA
=======================

‼Jadi, apa tunggu lagi??

🚨Daftar segera secara online di https://goo.gl/vUQOUv sebelum *5 April 2017*

Atau

📞Hubungi 013 3086 204 / 013 3158 101

📃 _Sijil penyertaan akan disediakan atas permintaan_