Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Monday, 13 April 2015

Bersusah Payah Yang Menyenangkan...

Bukanlah sesuatu yang diperolehi daripada majlis ilmu yang merupakan taman-taman syurga dunia dan dari timbunan bahan bacaan,hanya sekadar dijadikan nutrien minda, kepuasan spiritual dan mengisi masa terluang tetapi pemerolehan ilmu yang bermanfaat itu dituntut untuk dicernakan maknanya, penghayatan rohnya dan dibuktikan melalui tutur kata dan tindakan. Seharusnya tiada jurang antara medan kata-kata dengan medan amal, sebagai hamba yang tidak sempurna, usaha untuk meminimumkan jurang kedua medan itu menjadi satu perjuangan yang tiada bernokhtah. Semoga Allah pandang segala usaha dan mempunyai nilai di sisi-Nya.

Iman dipercayai serta diyakini bersungguh-sungguh, tanpa dipaksa, disogok dan diugut. Iman hanya dapat dijangkau oleh orang-orang yang sentiasa melihat, berfikir dan mengkaji tanda-tanda aqli dan naqli. Taddabur ayat-ayat Al Qur'an yang merupakan sumber keimanan dan petunjuk orang-orang bertaqwa,di samping mengkagumi dengan kejadian dan fenomena alam.

"Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." [Ar-Rad: 19]

Ketahui lah, orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang cerdik, yang berfikir akan bukti-bukti, tanda-tanda tentang kewujudan Penciptanya, berterusan melihat dan mengkaji untuk terus dekat kepada Allah. BerlaKu nya pelanggaran hukum alam dan ketetapan, mengukuhkan pembuktian akan kewujudan Allah untuk perhitungan dan memberi balasan.

"Katakanlah (wahai Muhammad): “Sudahkah nampak baiknya keadaan kamu jika Al-Quran ini (yang datangnya) dari Allah kemudian kamu mengingkarinya? Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang tetap berada dalam perbalahan dan pertentangan, yang menyimpang jauh dari kebenaran?” [ Al Fussilat: 52]



Allah ingin hambanya bersusah payah dalam perjuangan, bersusah payah dalam agama bukan untuk membinasakan kita tetapi bersusah payah bagi menyelamatkan kita di akhirat kelak dengan tertunainya tanggungjawab. Allah akan mempermudahkan segala urusan kita. Pengkisahan para anbiya' menyakinkan kita akan janji-janji-Nya. Nabi Ibrahim alaihisalam, menyaksikan api yang sifatnya panas dan membakar menjadi sejuk, anak yang sekian lama dinanti kehadirannya,diarahkan untuk disembelih tetapi diganti dengan kibas, kota Mekah yang tandus lagi kering kontang berubah menjadi pusat perdagangan yang makmur dengan izin-Nya.

Maka, beruntung dan bergembiralah wahai orang-orang yang bersusah payah di jalan-Nya.


"(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia - “Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!“ [Al Fajr: 27 - 30]

Allahu 'alam