Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Tuesday, 23 March 2010

Antara GOLF dan TENIS...yang mana satu jadi pilihan?

Petang tadi seorang rakan pensyarah mencuba nasib untuk menjual set peralatan golf wanita kata nya. Sungguh melucukan. Tiger Woods pun terkejut beruk jika saya bermain golf...ibarat ikan menunggang basikal. Sebelum itu beliau menggunakan pendekatan psikologi tentang 'FEAR FACTOR', menguji penerimaan saya tentang 'halangan minda' tentang sesuatu perkara. Tahniah lah atas usaha dan niat murni saudara!...dan terharu juga bila ada rakan yang prihatin, walaupun alasan yang beliau berikan ialah ingin mencari pemain tenis untuk dilatih.

Saya tidak hiraukan dengan dua jenis permainan yang kononnya berprestij ini, golf dan tenis. Saya tidak pandang semua itu, yang penting kita bermain dengan semangat untuk menghargai kesihatan bukan seperti segelintir pemain yang meloyakan tekak kita dengan memperlihatkan "lagak kampungan" mereka untuk menagih perhatian. Mohon maaf, bukan niat saya untuk mengata sesiapa tetapi sekadar menyuarakan pandangan setelah tercabar fikiran saya yang waras ini.Saya "tabik spring" kepada mereka yang ikhlas serta konsisten dalam latihan permainan kerana saya sukar berdisiplin dalam aspek latihan, mudah jemu dan juara memberi alasan. Sememangnya ramai sahabat dan rakan komen tentang saiz badan saya yang tidak pernah kelihatan "mengecut" dan malah bagai dipam-pam...berat dalam muatan semakin hari semakin bertambah apabila saya telah lama ponteng puasa atas alasan cuaca panas yang membahang. Dulu saya seronok 'brisk walk', bermain bowling dan badminton...novis tetapi hati berbunga-bunga apabila mengikut "regim" mingguan...sekarang...ala hai...mesti keluar daripada "Comfort Zone" untuk tidak beriadah...mesti mula segera...insaf diri ini dengan berita tahap kesihatan ABDULLAH BIN ABDUL RAHMAN...Pesakit buah pinggang yang kronik...ibarat badan seperti sinki tersumbat...kebanjiran air toksik...saban selang dua hari melalui rutin dialisis kerana kedua-dua buah pinggang gagal berfungsi. Harga satu buah pinggang kurniaan Ilahi ialah RM 215,000.00...itu baru satu buah pinggang...bayangkan jumlah harga organ-organ lain?????????!

Bantuan Anda Diperlukan segera...JOM BERI SUMBANGAN KEWANGAN!

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Moga bermanfaat...Allahu 'alam.


TABUNG PEMINDAHAN BUAH PINGGANG ABDULLAH ABDUL RAHMAN
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


Tujuan tabung ini adalah untuk mengumpulkan dana sebanyak RM215,000 bagi membiayai perbelanjaan pemindahan buah pinggang Abdullah di China pada bulan April 2010 ini.

Latar belakang Abdullah

Abdullah Abdul Rahman berusia 30 tahun, berasal dari Kuala Lumpur dan kini menetap di Sungai Petani, Kedah. Beliau merupakan seorang jurutera di PETRONAS Fertilizer Kedah dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Manchester, UK. Beliau sudah berkahwin dengan Dzilal bt Abdul Aziz dan mempunyai seorang cahaya mata.

Penyakit Buah Pinggang (End Stage Renal Disease)

Abdullah telah disahkan mengalami kerosakan kedua-dua buah pinggangnya (End Stage Renal Disease (ESRD)) pada Februari 2009. Punca kepada kerosakan buah pinggang beliau tidak diketahui dan tidak dapat dikenal pasti.

Rawatan Sekarang

Kini beliau terpaksa menjalani rawatan Haemodialisis (mencuci darah) 3 kali seminggu. Rawatan ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat beliau kecuali pemindahan buah pinggang (kidney transplant) dapat dilakukan. Rawatan Haemodialisis tidak dapat memberikan tahap kesihatan yg sebaiknya . Pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah jantung, paru –paru, dan sebagainya akan berlaku. Doktor juga memaklumkan bahawa pemindahan buah pinggang ini jika dilakukan lebih cepat lebih baik kerana fizikalnya masih kuat dan kesan kerosakan buah pinggang pada badannya masih minimal. Penyakitnya setakat ini telah pun menimbulkan pelbagai komplikasi lain yang membataskan pergerakannya dan melemahkan fizikal beliau.

Masalah pemindahan buah pinggang di Malaysia

Usaha untuk mendapatkan penderma yang sesuai daripada kalangan ahli keluarga telah dilaksanakan, malangnya tidak berjaya. Manakala menunggu giliran dalam senarai menunggu pemindahan buah pinggang kementerian kesihatan di Malaysia memakan masa yang lama (l0 -12 tahun).


Mohon Sumbangan Anda

Kami memohon sumbangan ikhlas anda dengan harapan dapat mempercepatkan pengumpulan dana tersebut seterusnya membolehkan Abdullah menjalani rawatan pemindahan buah pinggangnya.

Kami juga mengharapkan doa dari tuan/puan agar usaha ini berjaya dan Abdullah dikurniakan kesembuhan berpanjangan oleh Allah swt.


Sumbangan boleh disalurkan melalui :
a. "bank in" terus ke akaun Maybank - a/c: 564490210905
b. Sumbangan atas nama : Abdullah bin Abdul Rahman
c. Tunai – boleh hubungi nama di bawah

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi :
En. Abdul Rahman Hussein 012 – 2053484
Pn. Noriah Jusoh 019 – 2692441
I.r. Abdul Aziz Omar 016 – 6654212
Pn. Kerisisiah Mohd Daud 019 – 5769272
Pn. Dzilal Abdul Aziz 016 – 4101607

Semua sumbangan dan doa didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga diterima Allah sebagai amal soleh dan dibalas Allah dengan ganjaran berlipat kali ganda.