Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Thursday, 16 May 2013

Hari Murabbi IKRAM-MUSLEH



Perutusan: Sempena

16 Mei 2013

Tema: “Murabbi IKRAM-MUSLEH: Membina Pemimpin Umat dan Masyarakat”

Kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi azza wajalla di atas segala inayah wal hidayah wat taufiq-Nya s.w.t. ke atas kita sehingga kini. Kita amat bersyukur kepada Allah s.w.t. dan mendoakan moga-moga perjalanan Majlis ini diberkati-Nya – amiin.

Alhamdulillah kita amat bersyukur dan gembira kerana usaha ”memperkasakan pendidikan Islam” telah melihatkan penglibatan aktif dan bersungguh bukan sahaja daripada pihak warga IKRAM-MUSLEH tetapi juga daripada semua pihak secara langsung dan tidak langsung. Kita lihat semua ini dari sudut pandangan yang positif. Sesungguhnya menyeru manusia ke jalan Allah swt adalah tanggungjawab setiap muslim dan muslimah. Firman Allah swt dalam surah an-Nahl: 125

Maksudnya:

"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."


Guru-guru dan murabbi yang dikasihi,

PRU-13 yang baru berlalu telah menyaksikan proses pelantikan kepemimpinan melalui proses demokrasi berparlimen. Di antara perkara yang boleh kita lihat ialah kecelaruan umat di dalam menilai kelayakan pemimpin ketika pelantikan wakil rakyat dan seterusnya kepemimpinan negara. Kita lihat sebahagian daripada wakil dan pemimpin yang dipilih bukan berdasarkan kelayakan dan kewibawaan tetapi kerana kekuatan kewangan atau pengaruh. Khidmat seseorang kepada Islam dan Ummah, sumbangannya kepada amar maaruf nahi mungkar tidak menjadi pertimbangan.

Ini menguatkan tekad kita bagi meningkatkan lagi usaha memartabatkan sistem pendidikan kita bagi melahirkan generasi pemimpin baharu bagi merealisasikan firman Allah SWT bermaksud:

“Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jugalah kesudahan segala urusan.” (Surah al-Haj, ayat 41)

Seperti yang kita semua yakini, murabbi memainkan tugas penting di dalam usaha-usaha untuk melahirkan generasi pemimpin masa depan, yang bakal memimpin ummah dan masyarakat. Oleh itu, kerja-kerja yang dibuat oleh murabbi IKRAM-Musleh tidak boleh dilihat dalam rangka hanya masuk kelas keluar kelas. Murabbi bukan hanya sekadar pengajar, mudarris atau cikgu. Tetapi jika dilihat di dalam rangka yang lebih besar, maka murabbi sedang menyediakan bakal pemimpin yang didambakan oleh ummah dan masyarakat.


Guru-guru dan murabbi yang dikasihi,

Para ulama’ telah menggariskan ciri utama seorang pemimpin sebagai al-Qawiy (kuat) dan al-Amiin (amanah). Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang menyebutkan anak perempuan nabi Syuaib a.s. pernah menyarankan kepada bapanya supaya mengambil nabi Musa a.s. sebagai orang upahan kerana beliau memiliki dua sifat agung iaitu al-Qawwi (kuat) al-Amiin (amanah). Dalam surah Al-Qasas: 26, Allah swt berfirman bermaksud:-

(Dia berkata): "Wahai ayah, ambilah Dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah."

Al-Qawiy bermaksud mempunyai 'kekuatan', tetapi ‘kuat’ yang dimaksudkan bukan sekadar sihat dan kuat tubuh badan. Ia meliputi juga sifat-sifat terpuji seperti sihat mental dan rohani, berkemahiran, berwawasan, berani, cerdik, rajin, bersemangat, bermotivasi, berdisiplin, bersungguh-sungguh, sedia berkorban, kreatif dan inovatif.

Al-Amiin pula membawa maksud kemantapan peribadi, meliputi sifat-sifat mulia seperti amanah, ikhlas, benar, jujur, berintegriti, bertanggungjawab, menepati janji dan sabar.


Guru-guru dan murabbi yang dikasihi,

Untuk merealisikan pemimpin generasi baru, kita bertanggungjawab untuk menanamkan ciri-ciri iaitu al-Qawwi dan al-Amiin di dalam anak-anak didik kita. Di samping itu, menjadi tanggungjawab kita juga untuk berusaha mewujudkan ciri-ciri berkenaan di dalam diri kita selaku murabbi.

Al-Qawwi dan Al-Amiin adalah sifat yang penting. Namun, ciri-ciri berkenaan sahaja tiada makna sekiranya ia terpisah daripada kerangka Aqidah.

Oleh itu, untuk mendasari semua sifat di atas, pemimpin perlu mempunyai aqidah yang kukuh. Falsafah Pendidikan Islam yang kita dokongi ‘..suatu proses pendidikan yang berteraskan aqidah at-tauhid..’ menegaskan bahawa sistem pendidikan Islam perlu memastikan bahawa anak didiknya sentiasa menuju ke arah konsep dan penghayatan aqidah at-tauhid sepenuhnya. Ilmu dan kefahaman, skil dan amalan praktikal, syakhsiyah, peradaban serta penghayatannya wajiblah berlandaskan kepada konsep aqidah at-tauhid.

Malah, bolehlah dikatakan bahawa aspek inilah yang membezakan antara sistem pendidikan Islam dengan apa jua sistem pendidikan yang lain. Ini jugalah yang membezakan keunggulan kepemimpinan Islam dengan kepemimpinan ‘hebat’ yang lain.

Konsep bahawa Allah s.w.t. adalah Rabb dan Ilaah perlulah difahami secara makro dan mikro; Dia-lah Maha Pencipta, Maha Pemilik, Maha Penguasa. Dia-lah sahaja yang menjadi tumpuan ibadah, tumpuan kecintaan, tempat perlindungan dan sumber rezki. Senjata utama bagi seseorang muslim adalah zikrullah dengan ertikata yang luas; yang akan mengerakkannya ke arah “memburu” hikmah dan hidayah Allah s.w.t. dimana sahaja dan setiap masa.

Moga-moga dengan mengenali Allah s.w.t., seseorang pemimpin yang bakal kita lahirkan akan dapat mencapai keredhaan-Nya. Tatkala itu, beliau akan sentiasa bermohon agar dirahmati-Nya. Dan tiadalah rahmat yang paling diingini oleh setiap insan selain daripada Jannatul Firdaus. Dengan itu, lahirlah pemimpin yang sentiasa mendekatkan dirinya dengan Allah swt dengan amalan-amalan ikhlas kerana-Nya semata-mata.

Zulkarnain, yang dikisahkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah al- Kahfi (83-98) merupakan satu contoh terbaik pemimpin sedemikian; mempunyai ciri al-qawwi dan al-amiin dan sentiasa kukuh hubungan dan yakinnya dengan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. telah menyebut bagaimana Zulkarnain meraikan kejayaannya membina tembok yang begitu kukuh:

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar." (Al-Kahf:98)


Guru-guru dan murabbi yang dikasihi,

Inilah hala tuju menyeluruh bagi sistem pendidikan Islam – meletakkan asas-asas pemimpin ummah yang kukuh aqidahnya, mempunyai ciri al-Qawwi dan al-Amiin, mulia akhlaknya, menghayati syariat Islamiah dalam dirinya sendiri dan menegakkannya dalam masyarakat.

Di sinilah peranan para guru, pendidik, murabbi kita. Peranan mereka adalah membina, membentuk, membimbing, merangsang dan memperkembangkan segala potensi kurniaan Allah s.w.t. ke dalam diri anak-anak kita sehingga mereka mampu mengajak ke jalan Allah s.w.t. dengan cara berhikmah dan bijaksana.

Hakikatnya, ia adalah suatu tuntutan yang amat berat bagi para murabbi kita. Walaubagaimanapun kita yakin, insyaAllah dengan kerjasama, sokongan dan dokongan semua pihak, tanggungawab ini akan dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Kita juga bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana sokongan dan dokongan masyarakat terhadap sistem pendidikan Islam kian hari kian meluas. Ini juga membawa makna bahawa kita telah memahami dengan lebih mendalam lagi, hasrat sistem pendidikan Islam, kepentingannya dalam kehidupan seharian dan peranannya dalam pembangunan ummah.

Fasa pelajar adalah fasa yang paling kritikal dari sudut pembinaan, pembentukan dan pembangunan asas-asas kepemimpinan dalam diri seseorang manusia. Setiap program hendaklah dirancang dan disemak agar ianya sentiasa releven, efektif, efisyen dan yang paling utamanya diberkati Allah s.w.t. Sekiranya budaya kepemimpinan pelajar telah dapat dihidupkan dalam institusi pendidikan kita, ia dengan sendirinya insyaAllah akan dapat menjana generasi kepemimpinan dalam kalangan pelajar secara berterusan.


Penutup

Moga-moga kita semua akan memanfaatkan segala peluang dan kekuatan yang ada, bermujahadah dalam membina generasi anak-anak kita – para pelajar di SRI-SMI – diberkati dan di redhai Allah azza wa jalla – amiin. Firman Allah swt dalam surah Ali Imran: 139.

Maksudnya:

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati sambutan Hari Murabbi tahun ini. Moga-moga hasrat dan impian kita untuk melahirkan generasi rabani, generasi yang akan memimpin ummah akan tercapai. Moga-moga Allah s.w.t. memberi kita semua kekuatan iman dan taqwa; dan memudahkan kita dalam perjuangan ini – amiin ya Rabb.

Selamat Menyambut Hari Murabbi IKRAM-MUSLEH 2013.


Profesor Dr Omar bin Yaakob
Pengerusi JK Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Monday, 13 May 2013

Janji Ditepati...



Kebergantungan mutlak kepada Allah dan rasa Izzah dengan Islam...merupakan kunci kemenangan & kecemerlangan...

Thursday, 9 May 2013

Sunday, 5 May 2013

Teruskan Perjuangan Dalam Apa Keadaan Sekali Pun...





Janji Allah itu benar...menjadi persaksian atas segala tindakan kami..."Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya), dan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). (Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan supaya kamu kuatkan ugamaNya serta memuliakanNya, dan supaya kamu beribadat kepadaNya pada waktu pagi dan petang."
[Al-Fath:8-9]

Hasil Yang Baik Dari Proses Yang Baik Juga...

Friday, 3 May 2013

Jadikan Pengundian Kita Sebagai Ibadah !



"Para muslimin muslimat, kami dari persatuan MURSHID menyeru umat Islam memainkan peranan kalian utk mengundi dlm pilihanraya kali ini..

Jangan jadi bak setitis air yg berkata, jika tiada aku tak mengapa , laut tetap ada ..

Bayangkan jika setiap titisan air mengatakan hal yg sama..

Jangan jadi seperti sebutir pasir yg berkata tanpa akupun pantai tetap ada..

Bayangkan jika setiap butiran pasir mengasingkan diri dgn anggapan aku tak penting..
Masakan akan terjadi sebuah pantai..
Maka gitulah dirimu saudara!

Maralah.. Demi masa depan yg gemilang utk anak bangsa .."


Ustaz Zahazan Mohamed

Sebahagian dari pesanan Sheikh Yusuf Al Qaradawi kepada pimpinan Pakatan Rakyat:

"Berdasarkan atas perkara itu, aku menyampaikan kepada kamu semua satu seruan yang ikhlas, terpancar – demi Allah – daripada hati yang mencintai kamu semua, dengan sokongan-sokongan syarak dan akal; teruskan atas apa yang kamu telah lakukan, janganlah kesampingkannya. Bersatulah dan janganlah kamu berselisih, bergabunglah dan jangan kamu bercerai-berai, saling menguatkan dan jangan saling bertentangan. Seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti bangunan, saling menguatkan sesama mereka.

Aku menyeru kamu semua kerana Allah dan kepentingan Islam dan umat Islam, dan kepentingan Malaysia dengan setiap visinya; supaya kamu menjadi barisan yang satu, seperti bangunan yang saling memperkuat, selesaikan kemusykilan antara kamu, saling memahami antara kamu, kamu sedang mewakili masa depan Malaysia yang bersinar."




So be an obedient servant to Allah...perubahan di TANGAN MU !

Monday, 29 April 2013

The Final Count Down...YOU ARE WHAT YOU VOTE!







PERUTUSAN IKRAM KEPADA PARA PENGUNDI PRU 13
30 April 2013 bersamaan 19 Jamadil Akhir 1434 H


Para pengundi yang budiman!

Setelah sekian lama menanti, akhirnya tarikh 5 Mei 2013 diisytiharkan sebagai tarikh pembuangan undi bagi Pilihanraya Umum Malaysia ke-13 (PRU13). Seramai lebih 13 juta pengundi berdaftar yang layak mengundi akan berpeluang memilih wakil mereka ke Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, sekaligus menentukan penubuhan kerajaan Negeri dan Persekutuan.

IKRAM mengajak semua umat Islam dan rakyat Malaysia yang prihatin untuk menjalankan tanggungjawab terhadap negara dengan serius dan bersungguh-sungguh. Rakyat perlu bijak memilih peribadi pemimpin yang sihat serta kuat fizikalnya dan beramanah bagi menerajui pemerintahan negara. Pemimpin ini mestilah berupaya mengurus perjalanan negara dan kehidupan rakyat dengan satu bentuk pengurusan yang paling baik, bersih, adil dan bijaksana.

Kepentingan penglibatan politik

IKRAM berpandangan penglibatan politik adalah sebahagian daripada tuntutan Islam sebagai ad-din yang syumul. Kuasa pemerintahan diperlukan bagi menjayakan agenda penegakan syariah dan pelaksanaan amar makruf nahi mungkar. Justeru, penglibatan umat Islam di dalam PRU kali ini adalah amat penting dan dianggap kritikal untuk memilih wakil pemimpin yang mampu membantu merealisasikan cita-cita dakwah tersebut.

Matlamat penglibatan kita dalam dalam PRU 13

Matlamat utama penglibatan PRU13 ialah untuk memastikan:

1. Parti terbaik menguasai majoriti kerusi parlimen serta menubuhkan kerajaan baru yang bertanggungjawab dan berwibawa. Pemegang tampuk pemerintahan adalah satu kedudukan yang paling tinggi dalam Islam, ولاية عامة (wilayah ammah). Lantaran itu, ia sepatutnya diserahkan kepada peribadi-peribadi yang layak dan mempunyaiالقوى الأمين (kebolehan dan integriti).
2. Penegakan sistem dua (2) parti yang kuat, sistem ‘check dan balance’ yang berkesan.

Penglibatan ummah dan rakyat dalam PRU 13 mestilah dilihat sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk memperbaiki urustadbir negara dan taraf kehidupan rakyat. Ia juga meletakkan perjalanan negara di atas landasan yang betul menerusi pelantikan pemimpin yang berkebolehan serta mampu melaksanakan tanggungjawab dengan cekap.

Usaha ini adalah sebahagian daripada usaha yang wajib dilakukan oleh ummat Islam khususnya bagi menegakkan maslahah manusia di dunia dan akhirat sejajar dengan matlamat-matlamat syariah yang menuntut diwujudkan situasi yang akan melindungi perkara-perkara berikut:

1. Nilai kehidupan manusia (human values):
a. Pemeliharaan agama
b. Pemeliharaan kemanusiaan manusia:
i. Fitrahnya
ii. Kemuliaan dirinya
iii. Halatuju hidupnya (peranannya dalam kehidupan dunia)
iv. Kebebasannya

2. Diri manusia (human person):
a. Tubuh dan nyawanya
b. Rohani dan jiwanya
c. Aqal dan pemikirannya

3. Masyarakat manusia (human society):
a. Pemeliharaan keturunan dan maruahnya
b. Pemeliharaan institusi masyarakat dan hubungan kemasyarakatannya

4. Persekitaran (Environment):
a. Pemeliharaan harta benda
b. Pemeliharaan persekitaran kehidupan manusia

Semua perkara penting di atas merupakan matlamat-matlamat syariah yang mesti dipelihara dan dilindungi.

Pertimbangan dan Perbandingan

Di dalam senario PRU 13, nyata terdapat persaingan ketara di antara kedua-dua blok parti, iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Untuk memilih blok yang paling hampir dengan hasrat rakyat, ciri-ciri berikut mestilah dipertimbangkan oleh rakyat:

1. Kedua-dua blok merupakan satu perikatan (tahaluf / alliance) yang mewakili masyarakat majmuk Malaysia. Rakyat hendaklah memilih blok manakah yang lebih memenuhi hasrat semua kelompok masyarakat majmuk Malaysia.

2. Kedua-dua blok ditubuhkan di atas asas perkongsian. Adalah wajar diketahui bentuk perkongsian di kalangan mereka: adakah wujud dominasi satu komponen ke atas komponen yang lain atau kesemua komponen sama rata berasaskan gagasan warga negara Malaysia? Perlu difikirkan apakah pulangan kepada semua komponen telah ditetapkan atau ia masih terletak pada perundingan dan tawar menawar.

3. Persepsi dan sikap kedua-dua blok terhadap isu-isu berkaitan bangsa Melayu, pengamalan agama Islam dan institusi Raja berpelembagaan adalah perkara yang penting dalam usaha mereka memerintah negara. Rakyat sentiasa mahu mengetahui adakah kedudukan orang Melayu, agama Islam dan insitusi raja-raja akan tetap terpelihara dan terjamin di bawah pemerintahan mana-mana blok yang diberi mandat ini. Di samping itu kedudukan orang bukan Melayu dan bukan bumiputra serta agama-agama selain Islam mestilah mendapat perhatian yang wajar.

4. Sikap dan amalan kedua-dua blok dalam konteks urustadbir negara dan pembelaan kehidupan rakyat adalah satu perkara yang penting. Rakyat hendaklah memilih blok yang lebih telus, bersih, jujur dan bertanggungjawab kepada rakyat dan dilihat menyebelahi rakyat.

5. Realiti penglibatan kaum dalam keahlian komponen kedua-dua blok ini mestilah dilihat sebagai satu realiti yang meyakinkan rakyat. Rakyat mestilah memilih blok manakah yang lebih mewakili kepelbagaian kaum dalam keahlian setiap komponen.



Rumusan

IKRAM merumuskan bahawa memilih wakil dari blok Pakatan Rakyat dalam PRU 13 kali ini adalah satu kewajaran yang lebih berasas dan menguntungkan negara dan rakyat jelata.

Rumusan ini berdasarkan kaedah dan prinsip ‘kemudharatan yang lebih ringan’.

أحسن الخيارين , أخف الضررين وأهون الشرين
(Pilihan terbaik di antara dua pilihan, pilihan yang lebih ringan kemudaratannya dan kurang kejahatannya)

IKRAM menganggap pemilihan tersebut sebagai satu kecenderungan atau pilihan yang pragmatis yang dijangka akan lebih menyebelahi rakyat, lebih adil kepada semua, lebih bermanfaat kepada negara, lebih jujur kepada Islam dan bangsa Melayu serta lebih memantapkan institusi Raja berperlembagaan.

Pilihan ini akan membuka lebih banyak ruang dialog, perbincangan, perundingan dan permuafakatan bagi melaksanakan agenda perubahan dan pembersihan pentadbiran dan pengurusan perjalanan negara, supaya tiada berlaku lagi salah laku dan penyelewengan pegawai-pegawai pemerintah, sekaligus menghapuskan kemungkinan rasuah.


Para pengundi yang budiman!

IKRAM menyeru agar ummah tidaklah perlu takut, jika pendirian politik ummah kali ini membawa kepada perubahan kerajaan di peringkat pusat. Kejatuhan kerajaan BN tidak akan melucutkan kuasa pemerintahan daripada genggaman Ummat Islam. Ummat Islam tetap memiliki jumlah kerusi parlimen yang cukup selesa. Penguasaan ummah akan terus terpelihara dengan kewujudan berbagai-bagai institusi dan badan yang sedia ada bagi menjamin kelangsungan kekuasaan ummah. Institusi Raja berperlembagaan, institusi angkatan bersenjata, tentera dan polis, jabatan pentadbiran awam, badan-badan berkanun seperti Majlis-majlis dan Jabatan-jabatan Agama Negeri-negeri, dan kesemua NGO akan terus berperanan mempertahankan survival dan kelangsungan kekuasaan ummah di bumi Malaysia.


Para pengundi yang budiman!

Ingatlah, golongan yang takut kepada perubahan atau yang tidak ingin kepada perubahan hanyalah sebahagian daripada rakyat yang masih belum jelas dan golongan yang memperjuangkan kepentingan peribadi, kroni atau kelompok masing-masing.

Sebenarnya negara ini dilimpahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan potensi dan sumber manusia serta alam. Ia terletak di laluan strategik dunia antarabangsa. Ia merupakan daerah pertemuan pelbagai peradaban, bangsa dan agama di dunia. Negara ini mempunyai potensi untuk diangkat ke tahap negara maju. Ia boleh terus menggalakkan rakyatnya untuk berdaya maju dan bersaing. Negara ini mampu membangunkan sebuah tamadun dan peradaban kemanusiaan yang menjunjung nilai-nilai kehidupan yang mulia.

Lantaran itu, rakyat diseru untuk berani mengorak langkah baru, membangun inisiatif politik yang berupaya mewujudkan perubahan yang kita inginkan untuk negara dan ummah di bumi Malaysia ini.


Para pengundi yang budiman!

Alangkah indahnya perjalanan sebuah negara dan kehidupan rakyatnya sewaktu ia dipayungi sebuah sistem politik yang adil, budaya politik yang sihat dan bersih. Rakyat boleh mengangkat pemimpin yang terbaik dari kalangan mereka. Setiap pemimpin boleh datang dan pergi menerusi proses pilihan rakyat yang telus, bersih, dan aman, tanpa perlu menggunakan kekerasan atau paksaan, tanpa menabur fitnah siang dan malam, sama ada oleh rakyat atau pemerintah.

Alangkah baiknya jikalau sistem politik yang diguna pakai akan membolehkan rakyat mengangkat peribadi-peribadi terbaik untuk menerajui kepimpinan negara, dan melaksanakan undang-undang dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan dalam pemilihan para pemimpin.

Budaya dan pendekatan politik baru yang bersih dan sihat untuk masyarakat dan negara perlu diusahakan segera. Negara mempunyai keupayaan untuk merubah keadaan yang sedia ada kepada keadaan yang lebih baik dengan berpaksikan ketinggian akhlak, kebenaran, ketelusan, sikap prihatin kepada kepentingan umum, dan memperjuangkan matlamat-matlamat syariah serta maslahat Islam.

Negara juga berkeupayaan mengangkat peribadi-peribadi yang sesuai untuk kedudukan yang sesuai dalam usaha mereka memimpin rakyat dan negara. Kita mesti memilih wakil rakyat dari kalangan rakyat yang cerdas, berjiwa besar dan berakhlak mulia. Mereka ini merupakan satu golongan rakyat yang berupaya membuat keputusan dan polisi terbaik buat pengurusan negara. Dengan itu rakyat berpeluang menyahut cabaran-cabaran besar serta merebut pelbagai peluang yang terhampar pada tahun-tahun mendatang.

Untuk memilih pemimpin terbaik, rakyat memerlukan maklumat yang tepat. Dalam kebanjiran maklumat dan berita yang diperolehi dari pelbagai sumber, rakyat harus bijak menyaring isi kandungan berita yang boleh dipercayai. IKRAM menasihatkan rakyat agar berusaha mendapatkan maklumat dan informasi daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, bertanggungjawab dan berintegriti. Maklumat dan berita yang mengandungi unsur dakwaan fitnah, pembohongan dan pemujaan pemimpin yang diragui integritinya sewajarnya diketepikan.

Marilah kita sama-sama berdoa agar perjalanan PRU 13 berlangsung dengan aman dan sejahtera, terhindar dari segala keburukan.

Sekian, selamat mengundi. Negara sejahtera, rakyat bahagia. Wassalam.


Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Hj. Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)



Selamat Mengundi Rakyat Malaysia!
KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA...YOU ARE WHAT YOU VOTE!

Tuesday, 16 April 2013

Be Prepared...Vote For Our Future Generation...





Seruan Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)

Menjelang PRU-13 Malaysia

MURSHID adalah perkumpulan asatizah, pendakwah dan ilmuan Islam yang meyakini bahawa pendekatan Islam yang Wasatiyyah merupakan cara yang terbaik untuk umat Islam melaksanakan Syariat Islam di dalam kehidupan mereka. Bertitik tolak dari kesedaran para ilmuwan merupakan guru dan pembimbing masyarakat, MURSHID terpanggil untuk membuat kenyataan rasmi menjelang PRU-13 sebagai sebahagian dari usaha mendidik dan menasihati masyarakat.

Berpegang kepada prinsip-prinsip fundamental yang telah digariskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam berkaitan politik, kepimpinan, hak warga yang dipimpin dan juga peranan segenap anggota masyarakat seumpama:

1. Prinsip Amanah

al-Quran: “Allah telah memerintahkan kamu agar menunaikan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila kamu menghukum di antara manusia, berhukumlah dengan adil…. (al-Nisa (4): 58).

al-Quran (Ali Imran, (3): 103): “Berpeganglah kamu dengan tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai…”

Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam juga berpesan: “Setiap kamu adalah pengembala, dan setiap kamu bertanggungjawab ke atas gembalaanmu” (HR al-Bukhari)

2. Prinsip ‘Adl wa Ihsan

“Allah telah memerintahkan kamu agar menunaikan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila kamu menghukum di antara manusia, berhukumlah dengan adil…. (al-Nisa (4): 58)

Rasulullah Sallaallahu’alaihi wasallam, di antara lain yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik) dalam semua perkara.” (HR Muslim)

Di dalam hadis lain, baginda juga ada menyebutkan: “Barangsiapa yang berupaya memberikan manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia melakukannya” (HR Muslim);

Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam juga menjanjikan menurut hadis yang disampaikan oleh Abu Hurayrah: “Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim);

3. Prinsip Amar Ma’ruf Nahy Munkar (Mengajak kepada kebaikan melarang kemungkaran)

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.” (Al Imran (3): 110);

Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam yang menyentuh persoalan tersebut, antaranya: “Barangsiapa yang nampak kemungkaran hendaklah dia merubahnya dengan tangan, dan jika dia tidak mampu, maka hendaklah dia menggunakan lisannya, dan jika tidak mampu hendaklah dia merubahnya dengan hatinya, maka itu adalah selemah-lemah iman” (HR Muslim.)

Di dalam hadis yang lain pula, Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam bersabda: “Ketua para syuhada di syurga ialah Hamzah, dan seorang lelaki yang berdiri di hadapan pemimpin yang zalim dan menasihatinya, dan kemudian dia dibunuh” (Hadis riwayat al-Hakim.)

Baginda juga menyatakan di dalam makna yang sama: “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemimpin yang zalim” (Hadith riwayat al-Tarmidhi, Abu Daud dan Ibn Majah)

4. Prinsip Islah

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) ummatan wasata (satu umat yang pertengahan), supaya kamu layak menjadi orang yang menjadi Syuhada (saksi dan pemberi keterangan) kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.” (al-Baqarah (2): 143)

Islah juga merupakan tema asasi perutusan para Nabi dan Rasul. Pendekata, Islam sepertimana yang telah diturunkan oleh Allah SWT ke atas manusia sekeliannya melalaui para Nabi dan Rasul mempromosikan Islah secara hebat. Islah adalah tugas utama para Khalifah di muka bumi sebagai manifestasi kepada pandangan dunia Tawhid mereka. Tanpa Islah, proses ubudiyyah tidak akan berlaku secara berterusan dan diwarisi turun temurun .

5. Prinsip Akhlak Mulia

Allah SWT menegaskan: “Bantu-membantulah kamu di dalam hal kebajikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu bantu-membantu di dalam hal maksiat dan permusuhan…” (Al-Maidah (5): 2)

Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam: “Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia (makarim al-akhlaq)” (Riwayat Malik b. Anas.)

Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam kepada Abu Bazrah ketika ia berkata kepada beliau: Wahai Rasululah, ajarkanlah kepadaku sesuatu yang dengannya Allah memberi manfaat kepadaku.’ Beliau bersabda: “Lihatlah sesuatu yang menyakiti manusia, maka singkirkanlah dari jalan mereka.” (Riwayat Ahmad di dalam Musnad.)

Bertitik tolak dari kesedaran dan prinsip-prinsip yang telah disebutkan, maka MURSHID menyeru:

1) Kepada para warga Malaysia Muslim yang layak mengundi, agar:

a) Menjalankan tanggungjawab mengundi dan hak yang dijamin oleh perlembagaan untuk memilih pemimpin pilihan anda melalui saluran demokrasi yang ada.
b) Membuat pilihan yang tepat berdasarkan maklumat yang lengkap dan adil terhadap calon-calon, parti-parti yang bertanding serta manifesto mereka.
c) Tidak menjadikan sentimen, fitnah, kebencian dan juga hasutan sebagai asas di dalam membuat pilihan ketika membuang undi.
d) Mengeji dan mengelakkan diri dari memberikan sebarang sokongan kepada usaha meraih undi melalui cara siaran gambar atau video berunsur lucah dan tidak bermoral sama ada ia melibatkan ahli atau pemimpin dari apa parti sekalipun. Dilarang juga menyebarluaskan video dan gambar terbabit hatta kalau ia benar sekalipun. Pihak berkuasa yang terlibat juga boleh membuat siasatan seadilnya berdasarkan undang-undang. Hal ini terpakai kepada seluruh warga Malaysia dari semua parti dan bangsa.
e) Memilih mereka yang mempunyai ciri-ciri pemimpin yang boleh menunaikan amanah, bersikap mesra-Islam dan juga mempunyai ciri-ciri pemimpin yang telah disebutkan di atas.
f) Memilih parti yang boleh memartabatkan Islam, berusaha ke arah tadbir urus yang baik (good governance), keadilan dan juga amalan politik yang sihat.
g) Memilih calon yang kuat berpegang dengan agama dan tinggi moralnya, hatta di kalangan bukan Islam sekalipun, kerana pegangan agama dan moral akan lebih menjamin keadilan, amanah dan integriti.
h) Mempertahankan harga diri dengan tidak mengambil rasuah politik, samada, duit, material dan dalam bentuk seumpamanya.
i) Berusaha mencari keyakinan terhadap seseorang calon yang bertanding, partinya dan gabungan bersamanya itu mampu dari sudut 'track record' untuk membawa lebih manfaat lebih baik kepada kebajikan awam. 'Track record' adalah faktor penting bagi menilai kebolehan dan skill calon, parti dan gabungannya untuk mentadbir negara Malaysia.
j) Memahami konteks politik di Malaysia yang mana terdiri dari pelbagai agama, bangsa, parti dan juga memahami jumlah kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan persekutuan di Malaysia adalah 112 kerusi parlimen dari 222 seluruh kerusi parlimen. Justeru, pengundi disarankan agar tidak dibazirkan undi masing-masing kepada parti atau calon yang kurang faedah kepada penubuhan kerajaan yang baik dan ditegah dari sengaja merosakkan undi.
k) Menjauhkan diri dari terjebak dalam aktiviti kafir mengkafir secara specifik kepada orang Islam tertentu, ini kerana klasifikasi murtad atau jatuh kafir secara pasti tidak layak diberikan oleh orang awam tanpa perbicaraan yang lengkap.
l) Menggesa agar semua pengundi yang berbeza kecenderungan politik dan parti yang disokong agar tidak (sekiranya tercipta) memanjangkan 'permusuhan', 'sengketa' dan dendam ingin memusnah kepada pihak yang berbeza. Sebaliknya, kembali berbaik dan hidup harmoni sebagai rakyat Malaysia.

Sehubungan itu juga, MURSHID juga ingin mengingatkan para pengundi sekelian bahawa pilihan yang anda lakukan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di padang Mahsyar. Maka, pastikan pilihan anda itu bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan.

2) Kepada parti-parti yang bertanding, agar:

a) Tidak berbohong, fitnah, keji, mencaci, politik kebencian dan kotor.
b) Tidak merasuah dan tidak mengamalkan politik wang untuk mendapatkan undi dan kuasa.
c) Tidak menyalahgunakan hak rakyat, wang pembayar cukai, fasiliti milik rakyat yang sepatutnya bukan milik parti, media dan pengaruh sepanjang kempen pilihanraya.
d) Meletakkan calon yang terbaik, berkarisma, mempunyai ciri-ciri yang disebutkan pada (1.e, f dan g) dan meletakkan sifat beragama sebagai asas, hatta di kalangan bukan Islam.
e) Meletakkan kepentingan agama, negara, masyarakat dan alam sekitar sebagai matlamat mendapatkan kuasa dan bukannya demi keuntungan individu, parti ataupun sesetengah kaum dan bangsa semata-mata.
f) Menawarkan tawaran dan manifesto kepada rakyat Malaysia yang mampu dilaksanakan secara realistik.

Sehubungan dengan itu, MURSHID juga ingin mengingatkan parti-parti yang bertanding bahawa kuasa adalah amanah, tanggung jawab dan bebanan, anda akan dipersoalkan di akhirat nanti. Maka, pastikan tindakan anda semuanya dan bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan.

3) Kepada pihak media penyiaran dan media cetak, agar:

a) Bersikap adil dan memberikan hak dan peluang yang sama kepada setiap parti tanpa pilih kasih serta tidak menzalimi pihak yang lain.
b) Mengamalkan sikap bertanggungjawab dan jurnalisme beretika dengan menjauhi segala fitnah dan adu domba samada untuk tujuan pemasaran mahupun untuk memberikan kelebihan kepada satu pihak dengan menzalimi pihak yang lain.
c) Mengamalkan sikap profesionalisme yang tinggi dan merealisasikan jurnalisme berhemah serta menjaga akhlak dan moral yang tinggi di dalam membuat liputan, laporan dan juga penilaian.
d) Menjadi mata, telinga dan juga suara rakyat sepanjang membuat liputan mengenai pilihanraya, serta mendahulukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan parti-parti tertentu.

Sehubungan dengan itu, MURSHID juga ingin mengingatkan pihak media bahawa anda akan dipersoalkan di akhirat nanti di atas apa yang anda laporkan. Maka, pastikan tindakan anda semuanya bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan.

4) Kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), agar:

a) Menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh rakyat dengan adil, bertanggungjawab, penuh integriti, telus dan bersih.
b) Tidak berpihak, hatta kepada parti yang berkuasa dan sentiasa ingat bahawa akauntabiliti anda adalah kepada rakyat dan bukannya kepada parti yang memerintah sebelum parlimen dibubarkan.
c) Mengutamakan masa depan negara, kepentingan bersama seluruh rakyat Malaysia dan bukannya pihak-pihak tertentu sahaja.
d) Melakukan perkara-perkara yang patut seperti pembersihan senarai pemilih dan bersikap responsive terhadap tuntutan rakyat demi memperbaiki kredebiliti dan imej SPR yang semakin calar dan dipertikaikan.
e) Bertanggungjawab untuk mengembeleng segala usaha bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada fungsi asal SPR yang bukan sekadar tidak berpihak, tetapi juga wajib dilihat sebagai tidak berpihak.

Sehubungan dengan itu, MURSHID juga ingin mengingatkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa anda akan dipersoalkan di akhirat nanti di atas tanggungjawab yang anda jalankan. Maka, pastikan perlaksanaan tugas anda semuanya bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan.

Dari Kami

Tuan Guru Dr Abdul Basit Abdul Rahman (Pengerusi Shura)
Dr Zaharuddin Abd Rahman (Presiden & Ahli Shura)
Tuan Guru Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Ahli Shura)
Dr Zahazan Mohamed (Ahli Shura)
Ustaz Roslan Mohamed (Timbalan Presiden & Ahli Shura)
Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahman (Naib Presiden)
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman (Setiausaha Agung)
Ust Muhd Ramadhan Fitri Ellias (Bendahari Agung)

Ahli Jawatankuasa
Dr Maszlee Malik
Dr Ahmad Wifaq Mokhtar
Dr Mohd Sukki Othman
Ustaz Mohd Asyraf Mohd Ridzuan
Ustaz Fauwaz Fadzil
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Ustaz Mohd Aizam Mas’od
Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim
Ustaz Mohd Zamri bin Haji Mohd Zainuldin
Ustaz Syed Mohd Nor Hisyam Tuan Padang
Xifu Abdul Naser Abdul Rahman

Dr Maszlee Malik
13 April 2013

Saturday, 13 April 2013

Menjelang....


KENYATAAN MEDIA WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

TUNTUTAN WANITA IKRAM MENJELANG PILIHANRAYA UMUM KE 13

8 APRIL 2013

Pembubaran parlimen pada 3 April 2013 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, telah memulangkan kuasa memilih kepemimpinan negara kepada rakyat. Kaum wanita mempunyai peranan besar lagi penting untuk sama-sama menentukan halatuju kepimpinan negara. Wanita yang juga merupakan kuasa penentu dalam proses pemilihan ini, perlu melaksanakan tanggung jawab dengan penuh kesedaran dan celik politik berasaskan maklumat yang benar dan tepat. Kematangan politik yang tinggi dapat membebaskan minda para pengundi termasuk wanita dari menjadi mangsa ugutan dan terperangkap dalam tipu daya politik yang tidak bertanggungjawab. Wanita IKRAM menyeru semua kaum wanita untuk keluar mengundi dan melaksanakan tanggungjawab ini dengan bijaksana bagi menentukan masa depan generasi terjamin.

Pemimpin yang mempunyai kompetensi tinggi dan berintegriti ( quwwah dan amanah) akan dapat membentuk sebuah kerajaan yang adil, bersih, amanah, jujur, bertanggungjawab, telus, tidak rasuah, cekap dan mesra rakyat. Islam menuntut agar kepimpinan negara mestilah melaksanakan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama serta menjamin kesejahteraan alam sejagat. Wanita IKRAM mengingatkan semua wanita agar membuat pilihan yang boleh menzahirkan sebuah kerajaan yang memenuhi ciri-ciri di atas.

Selaras dengan itu, Wanita IKRAM menuntut kepada semua parti politik yang akan bertanding mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

1. Agihan Kerusi Yang Lebih Munasabah Untuk Wakil Wanita

Keberadaan wakil wanita di posisi pembuat keputusan yang tertinggi akan dapat memperjuangkan dan mengungkapkan keperluan wanita dengan lebih berkesan. Dalam konteks pembabitan calon-calon wanita dalam PRU12 tahun 2008 , hanya 8.2% adalah wakil wanita secara menyeluruh. Wanita IKRAM menyarankan supaya agihan kerusi kepada wakil wanita dapat ditingkatkan di peringkat parlimen dan setiap DUN ke arah mencapai sasaran penglibatan wanita di peringkat kepimpinan tertinggi sebanyak 30%.

2. Pengiktirafan Terhadap Peranan Wanita Sebagai Ibu dan Pengurus Rumahtangga Sepenuh Masa

Sumbangan wanita dalam pembangunan negara tidak boleh dinafikan. Dianggarkan 46% dari tenaga kerja yang menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara ini terdiri daripada kaum wanita. Lebih kurang separuh daripada mereka ini adalah suri rumah sepenuh masa yang mana mereka tidak mendapat ganjaran kewangan yang jelas sebagaimana rakan mereka yang bekerja di sektor lain. Menurut Kementerian Sumber Manusia, anggaran terkini terdapat 3.37 juta wanita di negara ini yang dikategorikan sebagai suri rumah sepenuh masa. Namun demikian, jasa dan pengorbanan wanita yang memilih menjadi surirumah sepenuh masa masih belum mendapat pengiktirafan sewajarnya, sedangkan golongan ini memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan modal insan melalui pengukuhan institusi kekeluargaan yang mampu melahirkan warga negara yang menyumbang kepada pembangunan negara. Wanita IKRAM mencadangkan supaya insentif kewangan diberi kepada suri rumah sepenuh masa pada kadar yang ditentukan mengambil kira pendapatan dan kos sara hidup keluarga.

3. Penjagaan kesihatan wanita

Memandangkan wanita adalah aset terpenting negara maka penjagaan kesihatan wanita perlu ditingkatkan. Wanita IKRAM mencadangkan diwujudkan prasarana untuk membolehkan wanita mendapat rawatan kesihatan dengan lebih selesa dan mudah. Beberapa rawatan penting seperti ujian saringan asas termasuk pap smear dan pemeriksaan payudara secara percuma perlu diperluaskan lagi terutamanya kepada wanita di kawasan luar bandar dan pendalaman.

4. Sistem kehakiman yang lebih mesra wanita dan cekap menangani kes-kes keluarga

Sementara kehakiman syariah semakin responsif dalam melicinkan lagi prosedur kes-kes perceraian dan masalah yang berkaitan, mahkamah sivil masih memerlukan penambahbaikan yang sama untuk urusan berkaitan kes-kes kekeluargaan yang membabitkan wanita bukan Islam serta anak-anak mereka.

5. Komitmen untuk menyediakan persekitaran yang lebih selamat untuk wanita dan kanak-kanak.

6. Peruntukan belanjawan yang mencukupi dan pengagihan yang lebih adil bagi latihan dan program pembangunan wanita demi memberdaya dan meningkatkan keupayaan wanita dalam segala segi.

7. Waktu kerja yang fleksibel juga harus diberikan perhatian penting agar kaum wanita mampu mengurus diri dan keluarga dengan sewajarnya untuk memelihara kesejahteraan berkeluarga dan bermasyarakat.

Wanita IKRAM mengucapkan selamat melaksanakan tanggungjawab mengundi kepada semua warganegara Malaysia dan undilah dengan bijak. Semoga kita semua dapat menjalankan tanggungjawab kita untuk menentukan halatuju negara Malaysia yang kita cintai ini.

Ustazah Maznah Bt Daud

Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia

Friday, 5 April 2013

Wangian Kasturi...



a. Berkawan KERANA niat mudah nak minta tolong.
b. Sanggup berikhtilat (coupling) KERANA niat mudah nak minta tolong.
c. Beri hadiah dan duit KERANA nak undi.
d. Beri pujian KERANA kepinginkan pujian untuk diri.
e. Puji kerja orang KERANA nak kerjanya dipuji juga.
f. Berkahwin KERANA nak duit dan harta pasangan.
g. Membantu rakyat KERANA nak dapat @ kekal kuasa BUKAN kerana tanggungjawab yang diamanah oleh Allah.
h. Masuk bertanding KERANA nak pecah undi..
i. dan banyak lagi....

Terpujikah niat dan sifat di atas? Hipokritkah kita? Tidaklah secara automatis semua yang diatas menjadi HARAM, NAMUN apabila sesuatu kebaikan berselindung di sebalik niat meraih FAEDAH DUNIAWI UNTUK DIRI, bukan lagi kerana Allah, amalan tersebut mungkin tiada lagi nilai di sisiNya. Tidak juga membawa keberkatan. Kita berdoa agar mampu membetulkan NIAT..[Zaharuddin.net]




Pastinya...dunia ini bukan matlamat para syuhada'....





Keutamaan Mati Syahid

Allah memberikan kepada orang yang mati syahid dengan 7 keutamaan, yaitu:

1. Bau darahnya seperti aroma misk

“Demi dzat yang jiwaku ditanganNya! Tidaklah seseorang dilukai di jalan Allah-dan Allah lebih tahu siapa yang dilukai di jalanNya-melainkan dia akan datang pada hari kiamat : berwarna merah darah sedangkan baunya bau misk” (HR. Ahmad dan Muslim)

Dr. Abdullah Azzam menyampaikan, “Subhanallah! Sungguh kita telah menyaksikan hal ini pada kebanyakan orang yang mati syahid. Bau darahnya seperti aroma misk (minyak kasturi). Dan sungguh disakuku ada sepucuk surat-diatasnya ada tetesan darah Abdul wahid(Asy Syahid, insya Allah)- dan telah tinggal selama 2 bulan, sedangkan baunya wangi seperti misk.”

2. Tetesan darahnya merupakan salahsatu tetesan yang paling dicintai Allah.

“Tidak ada sesuatu yang dicintai Allah dari pada dua macam tetesan atau dua macam bekas : tetesan air mata karena takut kepada Allah dan tetesan darah yang tertumpah dijalan Allah; dan adapun bekas itu adalah bekas (berjihad) dijalan Allah dan bekas penunaian kewajiban dari kewajiban-kewajiban Allah” (HR. At Tirmidzi – hadits hasan)

3. Ingin dikembalikan lagi kedunia (untuk syahid lagi)

4. Ditempatkan disurga firdaus yang tertinggi

5. Arwah Syuhada ditempatkan ditembolok burung hijau

6. Orang yang mati syahid itu hidup

7. Syahid itu tidak merasakan sakitnya pembunuhan

“Orang yang mati syahid itu tidak merasakan (kesakitan) pembunuhan kecuali sebagaiman seorang diantara kalian merasakan (sakitnya) cubitan.” (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa’i – hadits hasan)

dan diriwayat yang shahih :

“Orang yang mati syahid itu tidak mendapatkan sentuhan pembunuhan kecuali sebagaimana salah seorang diantara kalian mendapatkan cubitan yang dirasakannya.”

Dr. Abdullah Azzam menceritakan, ” Kami melihat hal ini pada saudara kami, Khalid al-kurdie dari madinah al Munawwaroh ketika ranjau meledak mengenainya, sehingga terbang kakinya, terbelah perutnya, keluar ususnya dan terkena luka ringan pada tangan luarnya. Datanglah Dr. Shalih al-Laibie mengumpulkan ususnya dan mengembalikan kedalam perutnya seraya menangislah Dr. Shalih. Maka bertanyalah Khalid al-Kurdie kepadanya : “Mengapa engkau menangis, dokter? Ini adalah luka ringan pada tanganku.” dan tinggalah dia berbincang-bincang dengan meraka selama 2 jam hingga akhirnya ia menjumpai Allah. Dia tidak merasakan bahwasanya kakinya telah terpotong dan perutnya terbuka.”

Foto: Senyuman para syuhada' di bumi Jihad Syam

Wednesday, 3 April 2013

Perkara Lama & Baru...



Warnakan Raya Mu...






Dr. MAZA pula berpesan...

Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya) Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh non-muslim dalam konteks negara kita ini;

1. Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan.

Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36).

Maka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.

2. Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka.

Dalam negara kita, kadang-kala ruang mendengar dari kesemua pihak secara adil sukar diperolehi, terutama bagi kawasan pendalaman. Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan.

Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab. Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya) “..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).

Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala.

3. Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah/ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak.

Firman Allah:

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

4. Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik.

Maka, setelah mengenali calon, mengenali hasrat sesebuah itu juga penting. Ini kerana, seseorang calon biasanya terikat dengan halatuju partinya.

5. Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”.

Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati (bulan haram); katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Masjid Al-Haraam, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah, dan (ingatlah), angkara fitnah (kerosakan) itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)…” (Surah al-Baqarah: 217).

Ayat ini jelas memberitahu bahawa dosa-dosa itu walaupun besar, namun nilainya tidak sama. Ertinya, apabila bertembung kita memilih atau menentukan yang paling kurang bahaya atau mudaratnya supaya tindakan kita dapat meminimakan bahaya.

6. Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut.

Justeru, jika kita gagal mengetahui tentang latar calon, kita boleh menilai parti yang disertainya. Jika rekod parti itu buruk, maka kita hendaklah berpegang kepada ingatan Nabi s.a.w: “Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang sebanyak dua kali” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab.

8. Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka’abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.

Tuesday, 2 April 2013

The War Is On !

Sunday, 31 March 2013

Young And "Wanted"...



While you are alive, don't worry about what others will think or say about you - just do what you believe is right without paying much attention to praise and criticism.

Don't worry about what will happen after you are gone, because when you return to the dust, you will feel nothing about praise or criticism.
Don't worry too much about your children for children will have their own destiny and find their own way.

Do whatever you can to help them grow into responsible, caring and productive human beings, but don't be your children's slave.Don't expect too much from your children. Caring children, though caring, could be too busy with their jobs and commitments to render any help.Uncaring children may fight over your assets even when you are still alive, and wish for your early demise so they can inherit your property.
Your children take for granted that they are rightful heirs to your wealth; but you have no claims to their money.
As you grow older, don't trade in your health for wealth any more...
Because your money may not be able to buy your health …
Know when to stop making money and how much is enough (hundred thousand, million, ten million?)

Even if you had a thousand hectares of good farm land, you can only consume one quart of rice daily;
Even if you had a thousand mansions, you need only three square meters of space to rest at night.

So as long as you have enough food and enough money for your essential needs, that is good enough. So you should live happily.

Every family has its own problems. Just do not compare with others for fame and social status and see whose children are doing better, etc. but challenge others for happiness, health and longevity.

Dont worry about things that you can't change because worrying doesn't help and it will affect your health.

You have to create your own well-being and find your own happiness.

Strive to keep yourself in a good mood, think about happy things, do happy things daily and have fun in doing them, then you will pass your time happily every day.

One day passes, you will lose one day;…One day passes with happiness, and then you gain one day.

In good spirit, sickness will cure; in happy spirit, sickness will cure fast; in good and happy spirit, sickness will never come.

With good mood, suitable amount of exercise, lots of sun, variety of foods, reasonable amount of vitamin and mineral intake, you will enjoy years of healthy life.

Above all, learn to cherish the goodness around ……FAMILY and FRIENDS……..they all make you feel young and "wanted"


Author: Anonymous

Friday, 29 March 2013

Seksi Itu Hak Peribadi...



Kalaulah ada 10 000 org mcm Dr.Harlina ni...

Beberapa hari lalu, kecoh mengenai sekeping gambar Rozita Che Wan memakai skirt pendek bewarna biru sambil bersimpul duduk di sebelah kekasihnya, Zain Saidin.

Gambar berkenaan telah menyebabkan Zain terus memadamkan akaun Instagramnya.

Malah, sehari selepas itu, Rozita tampil dengan kenyataan tentang seksi itu adalah hak miliknya.

Susulan dari kontroversi itu, Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj telah tampil dengan satu kenyataan.

Adalah diharap perkongsian artikel ini akan memberi manfaat bukan saja kepada Rozita, malah kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Salam ukhuwah.

Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.

Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : `Who cares?’, Dr Har jawab
`I do care! A lot!‘

Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :

Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!

Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku!’

Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini :Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?

Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaí) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu.

Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.

Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.

Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!
Salam ukhuwah :


Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)

Tuesday, 26 March 2013

BERINTEGRITI, KOMPETEN DAN KOMITED...





PERUTUSAN TAHNIAH KEPADA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) SEMPENA SAMBUTAN HARI POLIS KE-206

Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Selangor (Ikram Selangor), yang merupakan sebuah pertubuhan dakwah, tarbiyah, kebajikan dan pendidikan; sentiasa mengikuti aktiviti dan mengiktiraf sumbangan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Usaha dakwah, tarbiah, kebajikan dan pendidikan adalah aspirasi dan tanggungjawab Pertubuhan Ikram Negeri Selangor. Ikram Selangor amat prihatin dan empati terhadap tugas dan sumbangan Polis Diraja Malaysia. Justeru itu Ikram Negeri Selangor mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada PDRM Negeri Selangor bersempena Sambutan Hari Polis ke 206 yang bertemakan 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami'.

Adalah jelas Pertubuhan Ikram Selangor sentiasa meletakkan usaha membimbing masyarakat ke arah yang lebih baik, malah ia menjadi keutamaan kami, selepas usaha-usaha kami membina individu dan keluarga muslim. Tema Hari Polis ke 206 kali ini bertepatan dengan usaha-usaha kami selama ini.

PDRM dari kacamata Ikram Selangor, telah memberi sumbangan besar sejak zaman sebelum kemerdekaan sehingga Negara mencapai kemerdekaan, zaman pasca merdeka sehingga era darurat akibat ancaman komunis dan seterusnya era pemodenan PDRM menuju kepolisian bertaraf antarabangsa.

Ikram Selangor percaya, setiap organisasi mempunyai zaman kegemilangannya dan zaman kemunduran masing-masing namun Ikram Selangor mengharapkan agar PDRM terus memperbaiki perkhidmatan dan meningkatkan keterampilan serta kompetensi anggota-anggotanya dari masa ke semasa.

Ikram Selangor percaya PDRM akan sentiasa memastikan VISI mereka: "AGENSI PENGUATKUASA UTAMA YANG BERINTEGRITI, KOMPETEN DAN KOMITED UNTUK BEKERJA DENGAN MASYARAKAT" dapat dicapai.

Ikram Selangor sukacita mengingatkan PDRM Negeri Selangor, bahawa kalimah Allah dan Muhammad yang berada dalam mahkota yang dijunjung pada logo PDRM sebenarnya membawa makna yang tersendiri.

Nilai-nilai tinggi yang menerbitkan aqidah yang betul, akhlak dan budi pekerti yang mulia serta syariat yang indah terbit dari kalimah: “Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”.

Ikram Selangor percaya setiap anggota PDRM yang menjunjung dua kalimah Allah dan Muhammad ini memahami bahawa menjadi anggota yang berintegriti, kompeten dan komited untuk bekerja dengan masyarakat adalah sebahagian tuntutan kita sebagai hamba Allah S.W.T yang mengikut syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Ikram Selangor dan seluruh ahli-ahlinya mendoakan agar kesemua anggota PDRM sentiasa diberi taufik dan hidayah oleh Allah S.W.T dipelihara keselamatan mereka, kuat melaksanakan ibadah, dilimpahkan kebahagiaan ke atas ahli keluarga mereka, maju anak-anak mereka, dikurniakan rezeki yang halal dan barakah serta dijauhkan daripada melakukan sebarang maksiat seperti rasuah, pecah amanah dan salahlaku dalam melaksanakan tugas mereka.


Tn Hj Ust Hasanuddin Mohd Yunus
Yang Dipertua
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Negeri Selangor

Wednesday, 20 March 2013

Together We Stand!



"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka..." [At- Taubah: 42]

Wednesday, 13 March 2013

Dunia Akhir Zaman...



Bingkisan Mursyudul Am PAS Kepada Mufti PERAK

Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.

PAS juga dituduh berkerat rotan dengan UMNO. Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah PAS pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila PAS berada dalam Barisan Nasional, UMNO pula mengambil pendirian untuk menendang PAS keluar kerana 'cemburu buta'. Saya ingin ulangi, bukan PAS yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi UMNO yang membuat ketetapan untuk menendang PAS keluar. Inilah yang termaktub di dalam ucapan Allahyarham Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977.

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial kelemasan mencari pelampung!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kuala Lumpur.
13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M

Sunday, 10 March 2013

"Orang Yang paling Baik Di Antara Kamu..."



"The Journey Of Life Is Beautiful As Long As You Are Traveling With Allah Subhanahu wa ta'ala."


KENYATAAN MEDIA
SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA
WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
8 Mac 2013

Hari ini sekali lagi, wanita di seluruh pelusuk dunia merayakan sambutan Hari Wanita Sedunia. Sejak 1911, 8 Mac dinobatkan sebagai hari untuk memberi sokongan dan mengiktiraf sumbangan dan peranan wanita dalam pembangunan masyarakat dunia. Bagi wanita Islam, pemartabatan wanita telah dinobatkan jauh lebih awal dari 8 Mac 1911, iaitu ketika junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. diangkat sebagai utusan Allah Ta’ala, sebagai Rasul yang membawa rahmat ke seluruh alam. Beliau adalah contoh ikutan yang paling benar telah menunjukkan kepada kita jalan dan cara hidup yang selamat di dunia dan akhirat.
Justeru itu, Rasulullah s.a.w. amat dekat di hati kita semua kerana bagindalah pejuang ulung yang telah memartabatkan dan meletakkan wanita di tempatnya yang sebenar, meletakkan wanita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum Adam, kedua-dua mereka jenis Adam dan Hawa ini mempunyai kedudukan yang sama di hadapan Pencipta ‘Azza wa Jalla, itu sebagai hamba kepadaNya semata-mata.
(Az-Zariyat, 51: 56).
Terlalu indah dan mahal untuk dikenang, bila Baginda pernah bersabda "Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah orang yang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadis riwayat At-Tirmizi).
Rasulullah s.a.w telah mengangkat darjat wanita dan memimpin mereka untuk memainkan peranan yang sebenar. Baginda mengajar kita agar memuliakan wanita sebagai ibu, mencintainya sebagai isteri, mendidik dan mengasihinya sebagai anak dan melindunginya sebagai saudara kandung. Wanita bebas mempunyai identitinya sendiri, boleh memiliki dan mewarisi harta dan dianjurkan untuk berperanan aktif dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
Tema Hari Wanita yang dipilih oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi tahun 2013 ini adalah “A promise is a promise: Time for action to end violence against women” – Janji adalah janji : Masa untuk bertindak memberhentikan keganasan terhadap wanita .
Wanita IKRAM menyokong tema ini dan merasakan ianya amat sesuai dan mesti diangkat secara besar-besaran kerana walaupun wanita secara umumnya sudah pun memperolehi peluang bekerjaya dengan menunjukkan kejayaan yang membanggakan di pelbagai bidang, namun situasi kesejahteraan, keselamatan dan keamanan wanita tidak nampak jauh berubah. Indeks kesejahteraan wanita masih menunjukkan angka-angka yang begitu menyedihkan.
Maklumat menunjukkan seorang dari tiga orang wanita dan gadis di dunia pernah menjadi mangsa keganasan sama ada dipukul, dijadikan habuan seks, didera dan dianiayai melalui pelbagai cara. Seorang dari empat orang wanita dizalimi dan didera semasa mengandung. Di Malaysia , setiap hari secara purata enam orang wanita dan gadis dirogol, namun bilangan sebenarnya jauh lebih tinggi kerana hanya 25% kes rogol yang dilaporkan. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 2007 hingga Februari, 2012 menunjukkan sebanyak 18,124 kes keganasan rumahtangga dilaporkan iaitu 3,756 kes pada 2007; 3,769 (2008); 3,643 pada 2009; 3,173 (2010); 3,277 (2011) dan 506 kes untuk dua bulan pertama tahun 2012. Walaupun bilangan ini nampak mendatar, namun purata sebenarnya lebih 3,000 wanita diganasi dalam rumahtangga sendiri oleh orang yang sepatutnya menyayangi dan melindungi mereka, keadaan ini merupakan satu perkara yang sangat perlu dipandang serius dan mesti ditangani dengan segera. Bayangkan tahun 2012 berlabuh dengan kejadian yang sangat menyayat hati, berlaku di Kedah; seorang suri rumah berusia 17 tahun ditemui mati, dipercayai dibunuh oleh suami yang baru dikahwini enam bulan sebelumnya, satu tempoh masa yang sepatutnya masih dalam berbulan madu.
Usaha-usaha menangani keganasan terhadap wanita ini, tidak mungkin dapat dilakukan oleh golongan wanita sahaja ataupun melalui usaha yang terpancar-pancar. Satu usaha bersepadu yang melibatkan kaum lelaki dan wanita bersama-sama seluruh anggota masyarakat mestilah dirancang dengan segera.
Wanita IKRAM ingin menegaskan bahawa usaha-usaha ini mestilah bermula dengan program-program pembangunan syahsiah/jati diri lelaki dan wanita dalam masyarakat, memahami peri pentingnya keseimbangan dalam memenuhi tuntutan-tuntutan kebendaan, fizikal, spiritual dan emosi. Wanita IKRAM juga berpandangan sebarang agenda untuk membangunkan wanita (dan lelaki juga) tidak boleh dipisahkan dari agenda untuk membangunkan keluarga yang merupakan unit asas dalam pembentukan sebuah negara. Kami menyeru agar semua pihak sama-sama mengarusperdanakan agenda keluarga dalam setiap polisi dan aktiviti pembangunan masyarakat.
Dengan ini, sempena sambutan Hari Wanita Sedunia tahun 2013 , Wanita IKRAM ingin menyarankan beberapa langkah berikut:

1. Setiap anggota masyarakat lelaki dan wanita mestilah kembali mengamalkan cara hidup Islam berpandukan ajaran agama. Bagi umat Islam, tiada jalan lain untuk mengembalikan kegemilangan ummah dan tamaddunnya serta memartabatkan kembali wanita ke tempatnya yang sebenar selain dari berpegang kepada ajaran Islam sepenuhnya. Ajaran Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w mestilah dipelajari bersungguh-sungguh dan diamalkan dalam setiap aspek kehidupan.
2. Usaha-usaha proaktif pencegahan keganasan mestilah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memberikan pendidikan dan kemahiran bagi setiap lelaki dan wanita, supaya menjadi lebih bertanggungjawab di samping dapat mengelakkan diri dari menjadi mangsa keganasan apatah lagi menjadi pelaku keganasan. Pendidikan ini bukan hanya tertumpu untuk meningkatkan kecerdasan intelek seseorang, malah yang lebih penting adalah meningkatkan kecerdasan dan kemahiran mengurus emosi dan spiritual seseorang.
3. Penguatkuasaan undang-undang yang tegas lagi berkesan mestilah dilaksanakan kepada pelaku keganasan supaya hukuman yang setimpal itu dapat menjadi iktibar yang ditakuti oleh orang lain. Pendidikan berterusan untuk meningkatkan kepekaan dan kecekapan para petugas badan-badan yang bertanggung jawab mestilah sentiasa dijalankan supaya hak dan keselamatan wanita dapat terus dipertahankan. Sistem kehakiman dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih mesra wanita mestilah diusahakan bagi menjamin kesejahteraan dan pembelaan terhadap wanita.

Semoga , dengan usaha ini, matlamat kita untuk menjadikan bumi yang dipijak dan seluruh dunia menjadi tempat yang sejahtera dan selamat dari sebarang bentuk keganasan, dapat kita capai dengan jayanya. Ayuh! Semua lelaki dan wanita, marilah bersama-sama kita berusaha mencari jalan memberhentikan keganasan terhadap wanita, ketahuilah bahawa wanita itu belahan daripada lelaki!!!

Selamat Hari Wanita 2013.
Ustazah Maznah Daud

Ketua Wanita Pertubuhan
IKRAM Malaysia



Tahniah juga...Timbalan Ketua DMPP (Dewan Muslimat PAS Pusat) Dr Siti Mariah Mahmud menghadiahkan jambangan bunga mawar merah kepada Pegawai Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Darlina Darno

Thursday, 7 March 2013

Yang Mana Satu Pilihan Akal...!





MENJAWAB PERSOALAN "ANTARA CALON MUSLIM & CALON NON-MUSLIM " SIAPA YANG PATUT DIBERI UNDI

Dalam kelas bersama Fadhilatus Syaikh Prof Dr Ra'fat Uthman Hafizahullah di Darul Ifta' sebentar tadi saya bertanya soalan

(Fadhilatus Syaikh merupakan salah seorang Anggota Hai'ah Kibar Ulamak Al-Azhar As-Syarif,Dekan Kuliah Syariah Wal Qanun Al-Azhar As-Syarif sebelum ini

Beliau disebut oleh Fadhilatus Syaikh Alii Jum'ah Hafizahullah sebagai salah seorang Ahli Ilmu yang Besar di Mesir dan Seorang Faqih Muhaqqiq Mudaqqiq) :

"Sekiranya ada dua Calon yang bertanding Kerusi Parlimen, Seorangnya Muslim tetapi mempunyai rekod pentadbiran yang buruk dan penyelewengan dan seorang lagi pula adalah Calon Bukan Muslim tetapi rekod pentadbiran dan pengurusannya baik dan telus.

Bolehkah saya memberikan Undi kepada Calon Bukan Muslim tersebut?"

Fadhilatus Syaikh Hafizahullah menjawab :

"Ya. Boleh. Takkanlah kita ingin memberikan amanah kepada mereka-mereka yang akan merosakkan dan tidak membawa maslahah kepada negara?

Sekiranya bukan Muslim tersebut mampu melaksanakan tugas dengan baik membawa kebaikan buat negara dan Calon Muslim pula sebaliknya, kita perlu memberikan undi kepada yang boleh membawa kebaikan buat negara.

Sekiranya awak ada harta dan tanah yang ingin diuruskan,dan ada dua calon yang meminta untuk menguruskannya,seorangnya Muslim tetapi tidak pandai mengurus dan seorang lagi Bukan Muslim tetapi mampu mengurus, pastilah tugas tersebut perlu diberi kepada Bukan Muslim yang mampu mengurus."

Saya bertanya lagi :

"Ada yang berhujah dengan Ayat Al-Qur'an yang melarang Golongan Mukmin mengambil 'Wali' selain dari Mukmin."

Fadhilatus Syaikh menjawab :

"Ahli Parlimen bukanlah 'Wali Amri'. Ahli Parlimen mempunyai tugas yang kita semua maklum di Dewan Rakyat contohnya membincang dan memberi pandangan ketika penggubalan undang-undang (dan membincangkan belanjawan negara dll).
Ahli Parlimen bukanlah 'Wali' sebagaimana yang dinyatakan oleh Ayat tersebut"

Begitulah lebih kurang perbicangan dan jawapan oleh Fadhilatus Syaikh Hafizahullah.

Tujuan saya berkongsi perbincangan ini bukanlah untuk fokus kepada isi jawapan beliau.

Tujuan utama saya adalah untuk menunjukkan perbezaan yang sangat ketara apabila 'Ahli Ilmu dan Faqih' berbicara soal hukum hakam berbanding 'Mereka yang tidak berkeahlian' yang cuma bercakap atas dasar semangat dan sentimen.

Berhati-hatilah wahai sahabat-sahabat sekalian dalam berbicara Soal Hukum Hakam dan bercakap dengan Ayat-Ayat Allah. Ianya adalah Amanah.
Amanah itu perlu kepada 'Quwwah'.
'Quwwah' dalam berbicara soal hukum hakam adalah 'Lengkapnya diri dengan Ilmu-Ilmu yang disyaratkan oleh Para Ulamak Ummah untuk melayakkan seseorang berbicara soal hukum hakam'.

Semoga Allah melimpahkan RahmatNya yang berpanjangan buat Para Ulamak Al-Azhar As-Syarif dan Semua Ulamak Ummah yang Benar dan Mukhlisin, yang telah mengajar dan mendidik kami erti Amanah dan Beradab dengan Ilmu.




Sumber dari: Ustaz Muhammad Norazam Bahador