Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Sunday, 20 November 2011

Awas dengan pandangan mata yang khianat...



Allah ta'ala berfirman, "Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang tersembunyi di dalam dada" (QS Ghofir : 19).....

Rasulullah s.a.w memberi peringatan: "Tidaklah aku meninggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki selain fitnahnya wanita" (muttafaq 'alaih).

Tuesday, 11 October 2011

Friday, 7 October 2011

Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui Segala Sesuatu...

Maksud Surah At-Taghabun: 1-4

[1]
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[2]
Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing).
[3]
Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali.
[4]
Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada;

Monday, 3 October 2011

Istimewa Untukmu...Kembarku



Pada 29 September 2011, saya dipertemukan oleh Allah dengan insan istimewa, kami berkongsi nama dan tarikh lahir, berkenalan pada malam kebudayaan bersempena dengan perkhemahan Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan pandu puteri, IPG KBM bertempat di Pusat latihan Kokurikulum @ PULAKO, IPG kampus Ipoh. Yats yang kecil comel, tampak lebih muda walaupun kami seusia. Beliau yang sedang hampir di garisan penamat untuk pengajian PhD nya, sempat menukilkan sebuah puisi untuk saya pada malam yang indah itu. Begini bunyi nya:

Istimewa Untukmu...Kembarku

Pertemuan yang pertama kali terasa...

membenihkan rasa sayang
menumbuhkan rasa cinta
melahirkan segala-gala yang sukar diucapkan...
yang sukar dilafazkan

hanya manik-manik mutiara
tergenang mengiringi kesyukuran
memanjat doa
mengucup kebesaran Illahi.

Kalian harus percaya
kalian harus yakin
inilah takdir-Nya.

Berbumbungkan langit
mengusap aroma tanah banjaran
Kau pertemukan aku
dengan insan senama
Kau pertemukan aku
dengan insan seusia.

Maka ternoktah
detik pertama
yang tidak dirancang.

Benarlah segala-galanya
bahawa Allah jua Maha Mengetahui.

Bisikan angin Titiwangsa
membungkusi pertemuan ini
semoga kekal abadi!


Love U,
Yats, 2011/ipgkbm

Sunday, 18 September 2011

Ayam Brand?!




Sunday, 11 September 2011

Saturday, 10 September 2011

Friday, 9 September 2011

When The Best Is Not Good Enough...

"....Ketahuilah bahawa jika seluruh umat bersepakat untuk memberi manfaat kepada kamu dengan sesuatu,mereka sama sekali tidak akan dapat memberi manfaat kepada kamu melainkan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kamu. Sekiranya mereka bersepakat untuk memudaratkan kamu dengan sesuatu, mereka tidak mampu memudaratkan kamu melainkan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas kamu...".

"Ketahuilah juga bahawa kemenangan itu bersama kesabaran. Kelepasan daripada kesusahan itu bersama kesusahan. Dan sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kesenangan"


Hadis riwayat at-Tirmizi

Thursday, 8 September 2011

"Very Very The Slow": Perak Darul Ridzuan



Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan

Kuala Kangsar Bandar Diraja
Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri

Bukit Larut
Waktu malam... berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan

Di tengah samudera biru
Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang

Lihat padi menguning
Menambah seri Daerah Kerian
Di Hilir Perak
Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku

Kinta daerah tengah
Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah
Tempat keputeraan seri sultan

Hulu Perak nun di utara
Kaya dengan sumber hasil hutannya
Megahnya tersergam
Empangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan

Pasir Salak...
bersejarah dan berdarah
Dato Sagor Dato Maharajalela
Gugur pertahankan bangsa

SITC maktab tertua
Gedung ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan
Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman

Perak makmur bahagia
Dengan sembilan daerah yang ada
Betapa indah tanah air tercinta
Sejahteralah Perak oh negeriku
Perak… Perak… oh negeriku...

Sunday, 28 August 2011


Thursday, 25 August 2011

Tuesday, 23 August 2011

Monday, 22 August 2011

Friday, 19 August 2011

A2G2-20 Ramadhan 1432H...



Semoga saudara-saudara kita dalam misi bantuan kemanusiaan kedua - Aqsa To Gaza-A2G2 yang berlepas dari KLIA jam 10:30 pagi ini, sentiasa di dalam pemeliharaan dan pimpinan Allah, ameen...Ramadhan bulan kemenangan...ameen Ya Rabb..

Sunday, 14 August 2011

Wednesday, 10 August 2011

JOM INFAK...

Thursday, 4 August 2011

We Love Ramadhan




Interaksi Ramadhan yang kita harapkan & kita sentiasa doakan: Pembiasaan untuk melakukan amal-amal kebaikan dan pembiasaan untuk meninggalkan amal-amal keburukan...Ya Allah Engkau bantu lah,permudahkan lah & terima lah sebagai ibadah, ameen.

Friday, 29 July 2011

Ahlan Ramadhan Al Mubarak 1432H



Selamat Beribadat & Terdidik di Universiti Ramadhan.
Jom ikhlaskan hati...beribadah semata-mata untuk memperolehi keredaan Allah, biar berkualiti dan mendidik jiwa, insyaAllah

Semoga Allah memberi kekuatan, mempermudahkan segala urusan & menerima segala ibadah kita, ameen.

Thursday, 28 July 2011

The Most Passionate Teacher Get The Best Award...




Please teachers...do not be a mockery to a defect system!

Sunday, 24 July 2011