Begitulah kata-kata yang tertera pada sekeping kertas yang disemat pada pasu sebuah pohon kaktus kecil pada hari guru, lebih lima tahun yang lepas. Ketika itu, Maktab Perguruan Ipoh, Hulu Kinta sibuk berpesta dengan pelbagai acara dan jualan bersempena sambutan Hari Guru. Saya hanya mampu tersenyum simpul setelah menerima hadiah istimewa daripada pengirim misteri tersebut.
Geli hati saya...bagai di geletek bertubi-tubi. Tertunai juga hasrat pengirim misteri itu untuk menyampaikan mesej nya, hanya dia sahaja yang mengetahui maksud tersirat di sebalik "hadiah" pohon kaktus itu. Kemungkinan besar ialah saya seorang yang sukar didekati, berpotensi untuk menyakiti sesiapa sahaja yang mendekati, simbolik berdasarkan anatomi pohon kaktus yang daunnya berbentuk duri.Jika di pandang dari aspek yang positif pula, kaktus merupakan pohon yang unik, tersendiri, mandiri(independent), kental, lasak dalam pelbagai cuaca dan keadaan yang ekstrim, hidup subur jika terbiar tanpa perhatian serta terdedah kepada cuaca panas terik. Hanya yang bijaksana dan berani sahaja yang tertarik, menggunakan strategi supaya tidak terluka apabila mendekati dan menyentuh pohon kaktus. Jika tidak, biarkan dia menghiasi ruang dengan bunga-bunga yang keluar seketika, bermanfaat kepada pemiliknya, sebagai pagar keselamatan berduri.
Pohon kaktus yang "dihadiahkan" kepada saya itu, akhirnya mati. Mungkin kerana terlalu dimanja, ditatang bagai barang berharga, dan diberi sepenuh perhatian agaknya. Hakikatnya, saya memang gemar kepada kaktus kerana pohon kaktus memerlukan selenggaraan yang rendah dan minimum (low and minimum maintenance), tidak perlu sangat dibaja, hanya lembabkan nya dengan air sekali dalam seminggu. Sudah tentulah pohon kaktus amat sesuai untuk individu berkerjaya seperti saya yang sering kali "outstation" di zaman itu. Zaman kita bermewah-mewah dan "ehwah-ehwah".
Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Setiap kejadian Nya mempunyai manfaat tersendiri.
Golongan yang paling banyak peluang menjana kebaikan dan bermanfaat kepada masyarakat ialah golongan pendidik / guru. Walaupun ramai yang merungut, "core business" guru sedikit sebanyak terhakis kerana terbeban dengan tugas-tugas pengkeranian, "clerical work", pada masa kini, namun keperwiraan seorang pendidik tetap terserlah, terbit dari keikhlasan menjalankan tanggungjawab membina generasi dan pewaris soleh wa musleh (baik dan membaikkan) di masa hadapan, insyaAllah.
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka" (Ali-Imran:190-191)
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan dia
mengerjakan amalan soleh sambil berkata ‘Sesungguhnya, aku adalah daripada kalangan orang
Islam.’ ” (Surah Fussilat:33)
“Amalan yang paling dikasihi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan sekalipun
sedikit.” (Hadits Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
“ (Pahala) orang yang menunjuk kepada kebaikan itu sepertilah (pahala) orang yang
melakukannya.” (Hadits Riwayat Al-Baihaqi, dinilai sahih)
Dalam satu hadis lain dinyatakan bahawa salah satu daripada tiga ‘amalan yang
akan berkekalan pahalanya hingga hari kiamat ialah ‘ilmu yang bermanfaat yang diajarkan
kepada orang lain.
“Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan” (Al-A'raf:196)
Allahu 'alam. Selamat Hari Guru 2010 kepada semua warga pendidik (formal atau tidak formal)...
Semerbak Kasturi
"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)
BINA HARAPAN MALAYSIA
Monday, 17 May 2010
Saturday, 3 April 2010
Paru-paru yang menawan kalbu...
Kelazatan luar biasa dinikmati apabila menulis dalam suasana yang 'condusive', ilham mencurah, alhamdulillah. Keselesaan dikecapi dengan melunjurkan kaki, tambahan dengan suasana yang dingin serta iringan alunan lembut ayat-ayat Allah, bacaan seorang pengunjung muda, perempuan, putih dan segak orangnya (sedang menghafal ayat)di tiang seri tidak jauh dari saya, yang sedang mengetuk-getuk 'Miss Delly' di atas rehal meja yang lazimnya digunakan untuk meletakkan Al Qur'an. Tiada tempat lain yang menggamit kebahagiaan di jiwa ini selain perpustakaan atau pusat sumber atau library, di kelilingi ribuan/jutaan buku dan mana-mana rumah Allah yang menjanjikan ketenangan juga keberkatan, amin.
Kejabbbbbbbbbb! Ada student UITM, Shah Alam mohon saya melengkapkan borang soal selidik tentang 'Islamic Banking'. Dah selesai pun...
Kita sambung lagi...di kelilingi dengan mereka yang sejahtera pemikiran dan tindakan turut mendamaikan jiwa. Setiap detik bersama mereka satu keindahan terasa dan sukar untuk dilepaskan. Peluang dan ruang berinteraksi dengan mereka dimanfaatkan sepenuhnya, bertukar-tukar pandangan, ide, berhujjah santai yang menghasilkan keseronokan. Keikhlasan di wajah mereka serta bait-bait ayat yang diucapkan sungguh menyerlah bukan sekadar dipaksa berbicara dan membunga-bungakan bahasa tetapi sifar impak di sanubari dengan pembaziran masa yang amat berharga. Namun, realiti kehidupan tidak selalunya seperti yang kita hajati kerana kita berhadapan dengan kepelbagaian. Harus ditanggani semuanya walaupun kurang kita gemari kerana terdapat 'mutiara' yang perlu dikutip, kepayahan yang amat sangat untuk menghadirkan diri secara fizikal, apa tah lagi menjelmakannya dengan spiritual dalam situasi yang kurang mensejahterakan. Semoga Allah memimpin segala tindakan, menganjari segala kepayahan dan keperitan dalam melakukan ketaatan, amin.
Realiti kehidupan...hidup bersama mereka yang gemar dengan tabiat merokok. Kepedulian mereka terhadap kesejahteraan insan sekeliling sungguh rendah. Ketagihan merokok mengatasi segalanya. Kita dipaksa menghirup udara tercemar dengan asap rokok beracun yang mereka hembuskan. Kedapatan pula mereka yang merokok dengan alasan untuk 'escapism', letih mental, menenangkan fikiran yang bercelaru, mengundang ilham untuk berkarya, penambat kelazatan setelah menikmati hidangan makanan, penat membanting tulang saban hari, mengenyangkan tanpa perlu bersusah payah beriadah untuk meng'urus'kan badan. Visual menggerikan yang dicetak di kotak rokok, sedikit pun tidak merunsingkan mereka malah ada segelintir daripada mereka mempersendakan usaha murni untuk merubah tabiat merokok, mereka menyimpannya sebagai koleksi, tiba-tiba tumbuh hobi baru pula.
Merokok memudaratkan diri penghisabnya dan mereka di sekeliling mereka. Atas alasan ini, merokok itu HARAM. Fatwa yang dikeluarkan turut tidak diendahkan. Terasa pengharaman merokok tidak seberat haramnya hukum meminum arak, haramnya memakan babi, haramnya melakukan zina yang gazetnya jelas termaktub di dalam Al Qur'an. Dari segi statusnya, merokok tetap haram...ketetapan Allah tetap kekal tanpa mengira batas waktu, sempadan geografi walaupun manusia seronok memberi alasan untuk menegakkan hujjah yang rapuh di hadapan manusia lain. Nasihat manusia lain tidak dihiraukan malah dipandang remeh. Isu kewangan dan hak individu bukan menjadi keutamaan lagi dalam membicarakan isu rokok. Perbincangan yang membabitkan isu nyawa dan keturunan yang sihat.
“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya" ( Al-A'raf: 157)
"In view of the harm caused by tobacco, growing, trading in and smoking of tobacco are judged to be haram (forbidden). The Prophet, peace be upon him, is reported to have said, 'Do not harm yourselves or others.' Furthermore, tobacco is unwholesome, and God says in the Qur'an that the Prophet, peace be upon him, 'enjoins upon them that which is good and pure, and forbids them that which is unwholesome'" (Permanent Committee of Academic Research and Fatwa, Saudi Arabia).
Pendekatan yang paling berkesan untuk merubah tabiat merokok dengan serta merta ialah apabila perokok itu sendiri diberitakan mengidap penyakit barah paru-paru. Penyesalan mereka ketika itu tiada kesudahan. Pada masa itu, baru lah terasa pembaziran waktu, pembaziran harta benda dan penggadaian kesihatan mereka selama ini. Terus mereka berusaha dan mengikhtiarkan segala macam pendekatan dan penawar bagi memulihkan kesihatan, mengejar waktu hidup yang semakin singkat, menghargai ahli keluarga dan yang tersayang melebihi batas waktu yang ada. Kesedaran yang menyapa di senja usia natijah kealpaan mereka untuk berhenti merokok.
"Penyakit sebahagian dari ujian Allah terhadap hamba-hamba-Nya, dan Dia tidak menetapkan sesuatu kecuali di dalamnya terdapat kebaikan dan rahmat bagi hamba-Nya...sesuatu yang tidak anda sukai adalah sesuatu yang baik bagi anda..." Amru Khalid: The Power Of Dzikir(2007)
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tidaklah seorang muslim yang menderitai sakit, melainkan Allah gugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya"
JOM BERUSAHA KE ARAH SIFAR AHLI KELUARGA MEROKOK..
INGAT DETIK YANG BETAPA BERHARGA NYA KESIHATAN & KEBAHAGIAN HIDUP...
Allahu 'alam, moga bermanfaat.

Tuesday, 23 March 2010
Antara GOLF dan TENIS...yang mana satu jadi pilihan?
Petang tadi seorang rakan pensyarah mencuba nasib untuk menjual set peralatan golf wanita kata nya. Sungguh melucukan. Tiger Woods pun terkejut beruk jika saya bermain golf...ibarat ikan menunggang basikal. Sebelum itu beliau menggunakan pendekatan psikologi tentang 'FEAR FACTOR', menguji penerimaan saya tentang 'halangan minda' tentang sesuatu perkara. Tahniah lah atas usaha dan niat murni saudara!...dan terharu juga bila ada rakan yang prihatin, walaupun alasan yang beliau berikan ialah ingin mencari pemain tenis untuk dilatih.
Saya tidak hiraukan dengan dua jenis permainan yang kononnya berprestij ini, golf dan tenis. Saya tidak pandang semua itu, yang penting kita bermain dengan semangat untuk menghargai kesihatan bukan seperti segelintir pemain yang meloyakan tekak kita dengan memperlihatkan "lagak kampungan" mereka untuk menagih perhatian. Mohon maaf, bukan niat saya untuk mengata sesiapa tetapi sekadar menyuarakan pandangan setelah tercabar fikiran saya yang waras ini.Saya "tabik spring" kepada mereka yang ikhlas serta konsisten dalam latihan permainan kerana saya sukar berdisiplin dalam aspek latihan, mudah jemu dan juara memberi alasan. Sememangnya ramai sahabat dan rakan komen tentang saiz badan saya yang tidak pernah kelihatan "mengecut" dan malah bagai dipam-pam...berat dalam muatan semakin hari semakin bertambah apabila saya telah lama ponteng puasa atas alasan cuaca panas yang membahang. Dulu saya seronok 'brisk walk', bermain bowling dan badminton...novis tetapi hati berbunga-bunga apabila mengikut "regim" mingguan...sekarang...ala hai...mesti keluar daripada "Comfort Zone" untuk tidak beriadah...mesti mula segera...insaf diri ini dengan berita tahap kesihatan ABDULLAH BIN ABDUL RAHMAN...Pesakit buah pinggang yang kronik...ibarat badan seperti sinki tersumbat...kebanjiran air toksik...saban selang dua hari melalui rutin dialisis kerana kedua-dua buah pinggang gagal berfungsi. Harga satu buah pinggang kurniaan Ilahi ialah RM 215,000.00...itu baru satu buah pinggang...bayangkan jumlah harga organ-organ lain?????????!
Bantuan Anda Diperlukan segera...JOM BERI SUMBANGAN KEWANGAN!
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Moga bermanfaat...Allahu 'alam.
TABUNG PEMINDAHAN BUAH PINGGANG ABDULLAH ABDUL RAHMAN
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Tujuan tabung ini adalah untuk mengumpulkan dana sebanyak RM215,000 bagi membiayai perbelanjaan pemindahan buah pinggang Abdullah di China pada bulan April 2010 ini.
Latar belakang Abdullah
Abdullah Abdul Rahman berusia 30 tahun, berasal dari Kuala Lumpur dan kini menetap di Sungai Petani, Kedah. Beliau merupakan seorang jurutera di PETRONAS Fertilizer Kedah dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Manchester, UK. Beliau sudah berkahwin dengan Dzilal bt Abdul Aziz dan mempunyai seorang cahaya mata.
Penyakit Buah Pinggang (End Stage Renal Disease)
Abdullah telah disahkan mengalami kerosakan kedua-dua buah pinggangnya (End Stage Renal Disease (ESRD)) pada Februari 2009. Punca kepada kerosakan buah pinggang beliau tidak diketahui dan tidak dapat dikenal pasti.
Rawatan Sekarang
Kini beliau terpaksa menjalani rawatan Haemodialisis (mencuci darah) 3 kali seminggu. Rawatan ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat beliau kecuali pemindahan buah pinggang (kidney transplant) dapat dilakukan. Rawatan Haemodialisis tidak dapat memberikan tahap kesihatan yg sebaiknya . Pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah jantung, paru –paru, dan sebagainya akan berlaku. Doktor juga memaklumkan bahawa pemindahan buah pinggang ini jika dilakukan lebih cepat lebih baik kerana fizikalnya masih kuat dan kesan kerosakan buah pinggang pada badannya masih minimal. Penyakitnya setakat ini telah pun menimbulkan pelbagai komplikasi lain yang membataskan pergerakannya dan melemahkan fizikal beliau.
Masalah pemindahan buah pinggang di Malaysia
Usaha untuk mendapatkan penderma yang sesuai daripada kalangan ahli keluarga telah dilaksanakan, malangnya tidak berjaya. Manakala menunggu giliran dalam senarai menunggu pemindahan buah pinggang kementerian kesihatan di Malaysia memakan masa yang lama (l0 -12 tahun).
Mohon Sumbangan Anda
Kami memohon sumbangan ikhlas anda dengan harapan dapat mempercepatkan pengumpulan dana tersebut seterusnya membolehkan Abdullah menjalani rawatan pemindahan buah pinggangnya.
Kami juga mengharapkan doa dari tuan/puan agar usaha ini berjaya dan Abdullah dikurniakan kesembuhan berpanjangan oleh Allah swt.
Sumbangan boleh disalurkan melalui :
a. "bank in" terus ke akaun Maybank - a/c: 564490210905
b. Sumbangan atas nama : Abdullah bin Abdul Rahman
c. Tunai – boleh hubungi nama di bawah
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi :
En. Abdul Rahman Hussein 012 – 2053484
Pn. Noriah Jusoh 019 – 2692441
I.r. Abdul Aziz Omar 016 – 6654212
Pn. Kerisisiah Mohd Daud 019 – 5769272
Pn. Dzilal Abdul Aziz 016 – 4101607
Semua sumbangan dan doa didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga diterima Allah sebagai amal soleh dan dibalas Allah dengan ganjaran berlipat kali ganda.

Thursday, 25 February 2010
PERMATA HATI
Engkaulah yang menjadi
permata hati kami
Engkaulah yang menjadi
mutiara hati ini
Engkaulah yang menerangi
kegelapan jiwa ini
Engkaulah yang menunjuki
jalan keselamatan
Reff :
Ya Nabiyallah …
Ya Rasulallah
Ya Habiballah
shalawat dan salam untukmu …
(semoga kami dapat bertemu …)
Ehsan dari puisiislam.blogdetik.com
permata hati kami
Engkaulah yang menjadi
mutiara hati ini
Engkaulah yang menerangi
kegelapan jiwa ini
Engkaulah yang menunjuki
jalan keselamatan
Reff :
Ya Nabiyallah …
Ya Rasulallah
Ya Habiballah
shalawat dan salam untukmu …
(semoga kami dapat bertemu …)
Ehsan dari puisiislam.blogdetik.com
Sunday, 21 February 2010
"I Used To Be Single And Happy..."
Pembaca yang dirahmati Allah, didoakan sihat sejahtera dan ceria selalu. Di minggu terakhir bulan januari 2010, saya telah berkunjung ke bahagian perlesenan JPJ untuk memperbaharui lesen memandu saya. Setelah selesai urusan dan di dalam perjalanan saya untuk keluar dari bangunan JPJ itu, saya terserempak dengan seorang pemuda, sedang-sedang badannya, berkulit gelap dan memakai kemeja-T merah dengan tulisan berwarna putih. Pemuda itu menundukkan pandangannya apabila dia sedar, saya sedang membaca tulisan yang tertera di hadapan kemeja-T nya.."I used to be single and happy...", setakat itu sahaja. Spontan saya mengukirkan senyuman, geli hati kerana jarang sekali spesies insan bernama lelaki begitu mudah dan selesa untuk meluahkan perasaan begitu, sama ada secara lisan atau isyarat non-verbal begitu. dalam hati saya berkata-kata:this is something...cepat-cepat saya menoleh ke belakang bajunya untuk membaca "gesture" yang seterusnya.Tertulis:"...but now I am the happiest". Salah satu tafsiran yang mudah daripada kedua-dua tulisan itu ialah pemuda tadi telah berpunya(harap-harapnya berkahwin) dan menikmati kehidupan yang lebih bahagia daripada zaman membujang. Tahniah kepada pemuda ini serta golongan yang mengiklankan budaya hidup sihat melalui pemakaian T-shirt, pelekat di kereta dan seumpamanya.
Saya terpanggil untuk menengahkan isu kahwin-bujang ini. Skop perbincangan yang sungguh luas dan lebih berkesan lagi terkesan jika dilaksanakan dalam bengkel atau seminar kekeluargaan Islam. Matlamat dan pendirian hidup saya amat jelas, alhamdulillah. Jika diturutkan hati, saya letih mental dan fizikal untuk membicarakan isu kahwin-bujang ini kerana perkara ini sepatutnya telah jelas lagi terang. Tegasnya, apabila saya menyuarakan pandangan tentang kehidupan kahwin-bujang, saya tidak berniat dan berminat untuk meraih simpati atau perhatian. I am not a symphaty or an attention seekers. Saya merasakan suatu keperluan untuk membicarakannya, platform ini difikirkan sungguh sesuai untuk dimanfaatkan bagi memperjelaskan 'holistic view' saya tentang beberapa perkara.
Isu kebahagiaan bukan berkisar kepada kenikmatan hidup di alam perkahwinan atau kebebasan tanpa batas semasa bujang senang. Tetapi kebahagiaan mutlak bertakhta di hati dan benak fikiran individu itu sendiri. Ketenangan jiwa dan fikiran yang lahir atas dasar kesyukuran terhadap segala nikmat dan kurniaan Nya. Bagaimana pandangan dan persepsi individu tersebut terhadap kehidupan yang dicorakkan oleh pendidikan dan latihan yang dilaluinya, diperkayakan dengan pelbagai pengalaman serta hasil interaksi dengan anggota masyarakat dan faktor-faktor lain yang tidak kurang pentingnya, boleh mempengaruhi pemikiran dan tindakan seseorang.
Kita perlu akur bahawa habuan yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap daripada kita adalah berbeza. Allah Pencipta kita. Allah Maha Mengetahui apa yang kita perlukan dan terbaik untuk kita kerana Dia sayang kepada kita. Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengasihani. Allah sengaja tidak kurniakan kesemua yang kita inginkan atau menjauhkan sebahagian perkara yang boleh merosakkan kita kerana Dia kasih kepada kita. Allah juga Maha Pemurah, Dia akan mengurniakan apa sahaja yang hambanya usahakan walaupun di kalangan hambanya yang melanggar ketetapan-ketetapanNya sebagai ujian sejauh mana keterlaluan mereka dalam melampui batas-batas Allah tetapi sedarlah Allah hanya sayang dan kasih kepada hamba-hamba yang sentiasa taat kepada Nya.
"Cinta Allah kepada hamba-hamba-Nya melebihi cinta ibu tadi kepada anaknya" (HR Ahmad)
( Rasulullah bertanya kepada para sahabat apabila melihat seorang ibu memegang anaknya. Apakah pandangan kalian, sanggupkah wanita itu melemparkan anaknya ke neraka". Mereka menjawab, "Tidak")
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah(nikmat) kepadamu." (Ibrahim:7)
Justeru itu, setiap manusia melalui pelbagai ujian dengan tahap yang berbeza. Bukan semua orang diuji dengan perkahwinan, bukan semua yang berkahwin secara automatik dikurniakan anak atau anak yang ramai, walaupun kita "by designed" dilengkapi dengan alat peranakan yang sempurna. Kehidupan kita akan monotonus jika semua orang berkahwin maka tidak terkawal lah populasi manusia. Suatu perkara yang pelik juga jika semua manusia membujang kerana manusia berhenti membiak dan akan pupus. Keadaan ini melanggar syariat dan melawan sunnatullah (hukum alam) kerana hanya insan merupakan khalifah yang mampu dan dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan bumi ini dengan melaksanakan Islam sebagai satu-satunya cara hidup (The Only Way Of Life) yang dijanjikan kecemerlangan oleh Allah.
Hidup kita dimeriahkan dengan kepelbagaian ini iaitu kehidupan berkelamin dan kehidupan membujang. Setiap corak kehidupan berkahwin dan membujang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Bukan mudah mengharungi kehidupan berumahtangga. Tanggungjawab yang berat untuk mendidik setiap anggota keluarga sebagai anggota masyarakat yang berjaya lagi berguna dan menurut spesifikasi ajaran Islam. Hidup membujang juga merasakan cabaran kehidupan khusus nya berada bersama segelintir masyarakat Malaysia yang memandang mereka yang membujang sebagai suatu "kecacatan". Golongan membujang yang kononnya tiada pembela dan boleh diperlakukan sesuka hati...tersilap besarlah mereka yang pendek akal ini. Golongan bujang pula tidak seharusnya merasakan kekurangan diri dan membazir masa bersedih hati kerana tidak 'dimiliki'. Golongan bujang harus manfaatkan kelapangan waktu bujang untuk menabur bakti dalam pelbagai bentuk, setiap ketika dan di mana sahaja menurut keupayaan dan kemampuan masing-masing. Golongan bujang yang ditakdirkan bujang hingga ke akhir hayat, harus melihat diri sebagai "golongan kelainan upaya" dan berusaha gigih untuk melayakkan diri ke laluan "fast track, "nothing to declare lane" di padang Mahsyar kelak, insyaAllah. Syurga itu bukan khusus untuk mereka yang berkahwin sahaja. Yang pasti dan jelas, tidak lah Allah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Sama ada kita, bujang atau berkahwin, kita semua mempunyai fungsi masing-masing yang wajib disempurnakan dan pelbagai tanggungjawab di "penjuru" masing-masing yang bakal dipersoalkan oleh Allah kelak.Syurga Allah itu mahal harga nya, hanya dihuni oleh mereka yang berusaha keras, melalui pelbagai rintangan dan sentiasa berkorban serta terkorban. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan memperkenan kita sebagai penghuni syurgaNya, amin.
"Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya" (Al-Lail: 4)
"Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan"
(At-Taubah:105)
"Ya Rabb kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkan pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang yang kafir" (Al Baqarah: 250)
Hakikat kehidupan dunia hanyalah ibarat sang musafir berteduh di pohon yang rendang, sementara dan sebentar cuma.
"Apalah artinya dunia ini bagiku, di dunia ini akau hanya seseorang musafir yang bernaung di bawah pohon, lalu dia beristirehat, dan kemudian meninggalkannya" (HR Ahmad)
Dunia merupakan pentas ujian dan permainan yang melalaikan/mendustakan. Kehidupan akhirat jua yang kekal abadi. Dunia bukan matlamat orang-orang mukmin. Orang-orang mukmin yang bertaqwa dimotivasikan oleh kehidupan akhirat. Bukan kerana individu, bukan kerana pencapaian, bukan untuk menunjuk kehebatan diri, bukan untuk bersaing tetapi setiap langkahnya terpimpin oleh kejelasan matlamat hidup untuk meraih keredhaan Allah semata-mata. Dunia hanya lah perantara untuk menuju kehidupan akhirat. Mari sama-sama kita berusaha untuk memanfaatkan waktu dan usah membuang waktu menghitung kelebihan dan kekurangan habuan Allah kepada kita. Kita bersyukur dengan apa sahaja kurniaannya dan fokus dengan pencapaian matlamat hidup untuk meraih keredhaan serta kecintaan Allah. Kita ke syurga Allah bukan kerana banyak nya amalan kebaikan kita tetapi kerana Rahmat, kasih sayangnya, amin ya Rabb.
Kita sentiasa melalui pelbagai pendidikan dan latihan. Sebahagian daripadanya ialah kita sering melakukan kesilapan dan mengambil keputusan yang tidak tepat supaya kita terus belajar serta tabah mengharungi kehidupan. Kita akur dengan segala ketetapan Nya.Semoga Allah ampuni segala dosa-dosa kita yang lalu, semasa dan akan datang. Semoga Allah ganjari segala kepayahan dan keperitan yang kita lalui, amin. Sesungguhnya saya bertuah masih memiliki anggota keluarga yang prihatin dan penyayang walaupun dari keluarga yang tidak sempurna. Saya ditemani oleh para sahabat, teman dan ahli keluarga mereka, yang memahami, menyayangi saya tanpa batas dan syarat. Anak-anak didik yang menyokong untuk sama-sama meneruskan perjuangan di dalam bidang pendidikan dan organisasi. Kasih sayang saya juga mahal harganya dan tinggi nilainya, hanya saya curahkan kepada mereka yang pandai menghargai dan ikhlas menerimanya.
"Barangsiapa tidak mengasihi, maka ia tidak dikasihi"
(HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Allahu 'alam. With that, i raise my points and rest my "case".
Terima kasih kerana bersabar dan sudi membaca hingga ke akhir huruf, semoga bermanfaat.

Sunday, 10 January 2010
"Miss Blackie" dan"Miss Delly" punya cerita...
Semasa musim cuti akhir semester yang lalu, saya tersentak sedikit dengan kecacatan "Miss Blackie", komputer riba serba hitam IBM-Think Pad, yang tidak terhitung jasanya kepada saya. Baterinya sudah "condemn" dan tidak boleh dicas lagi. Namun perkhidmatan "Miss Blackie" masih saya perlukan hingga ke saat menaip posting ini dengan menggunakan talian hayat secara langsung, iaitu kuasa elektrik tanpa sebarang "back-up". Miss Blackie tidak pernah menyusahkan saya, tidak pernah masuk "klinik", cuma pada tahun pertama "Miss Blackie" bersama saya, skrin LCDnya retak dan dipulihkan dengan LCD baru dalam kadar segera kerana masih dalam tempoh jaminan. "Miss Blackie" setia menemani saya ke mana sahaja, memudahkan segala urusan memproses data dan maklumat. Telah banyak penulisan rasmi, ilmiah dan santai dihasilkan dengan menggunakan perkhidmatan cemerlang "Miss Blackie". Tidak terhitung banyaknya dokumentasi rasmi yang diabadikan dengan kemas selama lebih enam tahun. Saya suka menamakan barang-barang kepunyaan saya dan perkakasan-perkakasan yang saya guna. Rumah saya ialah "Barokah", kereta pertama saya ialah "Intan" (Charade Aura merah / putih: WBM 7604), kereta saya sekarang ini "Excellente" (Inokom Atoz: AEX 7108), peti sejuk saya "Mrs Cold Iron Lady", menunjukkan betapa saya hargai dan kasihnya kepada benda-benda yang tidak bernyawa ini.
Saya sungguh selesa berkerja dengan "Miss Blackie". Saya seorang yang setia dan kurang senang dengan perubahan kecuali terpaksa menghadapi perubahan kerana satu keperluan yang terdesak, dalam suasana realistik dan membawa banyak manfaat. Saya sayang "Miss Blackie" tetapi saya tidak sanggup menanggung risiko untuk dibebani dengan kehilangan data apabila berlaku "power failure". Kekurangan kecanggihan "Miss Blackie" telah saya atasi dengan "gajet-gajet" yang saya beli dengan perbelanjaan sendiri.
Peruntukkan kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2010 yang telah dikurangkan sebanyak 30% menyebabkan dana untuk sebarang alat tukar ganti dan perkhidmatan baik pulih adalah sifar. Boleh saja saya guna wang sendiri untuk mendapatkan "jantung" baru "Miss Blackie" tetapi "Miss Delly" sedang menunggu..., menjadikan alasan yang kukuh dengan kebarangkalian yang tinggi, untuk melepaskan "Miss Blackie" pergi....sama ada "Miss Blackie atau Miss Delly", kedua-duanya adalah HAK KERAJAAN MALAYSIA.
Iktibar yang diperolehi dan ingin dihayati daripada perkhidmatan cemerlang "Miss Blackie" ialah
"Berbuat baik di setiap kesempatan, dalam hal-hal kecil atau hal-hal yang besar. Berbuat baik tanpa terikat dengan hasil"
"sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik"
(Surah Al-A'raf:56)
Semoga kita semua bercita-cita dan tergolong dalam mereka yang berbuat baik, amin. Setakat ini dahulu. Allahu 'alam.

Thursday, 31 December 2009
Selamat Tinggal 2009 & Selamat Datang 2010
Dengkuran para pesakit bilik alpa gamma beta, Hospital Pantai Puteri, Ipoh menemani saya beberapa minit sahaja lagi menjelang detik dua belas malam. Sahabat saya F, nyenyak tidur di sisi. Tengahari tadi, dia selamat menjalani pembedahan lutut, alhamdulillah. Dia terlena setelah diberi suntikan bagi melegakan kesakitan yang mulai dirasakannya. Pada masa yang sama, suasana malam sungguh indah sekali dengan dihiasi oleh bulan penuh, teringat akan sang ketam gemuk yang sarat dengan isi.
Di luar sana, deruman kenderaan semakin kuat kedengaran seolah-olah bersedia untuk memulakan pesta sambutan tahun baru. Di kawasan perumahan saya tadi,kaum Cina kelihatan berkumpul untuk berbincang, menikmati hidangan sambil menantikan detik keramat yang diharapkan menjanjikan limpahan kekayaan walau apa sahaja yang akan dijadikan pertaruhan.
Sambutan tahun baru kali ini amat istimewa kerana berlaku pada malam jumaat yang dimuliakan. Para muslimin yang memahami tawaran pahala yang disediakan oleh Allah, akan sering melipat gandakan ibadah pada malam ini walaupun betapa sulit sekali keadaan untuk mengatasi godaan duniawi untuk bermalas-malasan. Pada jam satu hingga lima pagi pula bakal berlaku fenomena alam iaitu gerhana bulan, suatu tanda yng menunjukkan keAgungan Allah SWT yang mentadbir dan menjalankan semua perjalanan cakerawala di alam semesta mengikut susunan fitrah dan ketetapan yang ditentukan olehNya.
Rakan-rakan NGO, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) di seluruh negara sedang sibuk dengan aktiviti "TASK FORCE" untuk mengajak warga Malaysia menyambut tahun baru 2010 masihi menurut lunas-lunas ajaran Islam, dengan cara yang terhormat lagi bijaksana.
Saya kesaorangan di surau sementara menantikan waktu solat subuh bagi hari pertama di tahun baru ini. Saya terkenangkan beberapa detik di penghujung tahun lepas (2009), seorang sahabat mempelawa saya untuk memberikan tazkirah selama sejam dalam satu slot program yang disusun pagi ini. Saya sungguh terharu dan bersyukur, hingga di saat ini saya masih diyakini, dihargai dan diberi kepercayaan untuk terus memberikan sumbangan kerdil, alhamdulillah. Saya menolak tawaran tersebut dengan cara berhemah mungkin dan mengutamakan kebajikan sahabat saya F yang lebih memerlukan saya ketika ini. Tahun 2009 menyimpan lebih banyak kenangan manis daripada saat-saat getir yang mengimbangkan perjalanan kehidupan. Semoga Allah memperelokkan lagi kehidupan dunia dan akhirat kita di tahun 2010,amin.
"Segala puji-pujian dikembalikan kepada Allah yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempat terbitnya. Ya Allah! kurniakan lah kepada aku kebaikan hari ini dan jauhkan lah daripada ku kejahatan hari ini. Ya Allah! Terangilah dan pancarkan lah hatiku dengan cahaya hidayah Mu sebagaimana Engkau menerangi muka bumi ini dengan cahaya matahari terus menerus dengan rahmatMu, wahai tuhan yang Maha Pengasih" amin.
Allahu 'alam, selamat tahun baru 2010 masihi!

Wednesday, 23 December 2009
Hanya kerana terpaksa...
Dalam kehidupan harian kita, dalam banyak keadaan kita terpaksa atau dipaksa memperkatakan tentang saudara kita, saudara seIslam atau saudara seketurunan (saudara bukan seagama tetapi asal keturunan daripada nabi Adam a.s). Jika tersilap kata, tersedap bercerita atau tiada keperluan untuk penambahbaikkan, dikhuatiri pada ketika itu, kita melakukan dosa kerana mengumpat saudara kita.
Sebagai peringatan khususnya untuk diri saya sempena menjelang tahun 2010 yang bakal tiba, eloklah kita renungkan syarat-syarat / keadaan-keadaan yang membolehkan kita memperkatakan tentang seseorang yang digariskan oleh Ustaz Haji Zahazan Muhammad dalam slot tasir Al Qur 'an di radio IKIM.
Kita hanya boleh menyatakan tentang seseorang pada enam keadaan berikut sahaja, apabila
1) Kita telah dizalimi
2) Kita merasakan kita dizalimi
3) Memberi peringatan supaya jangan ditipu dengan kejahatan orang lain.
4) Orang tersebut suka melakukan penderaan fizikal
5) Untuk meminta fatwa
6) Orang yang meminta pertolongan sekiranya kemungkaran berlaku
Allahu 'alam. Semoga bermanfaat. Semoga Allah melimpahkan kekuatan untuk kita sentiasa memperkatakan yang hak dan mengamalkan apa yang kita perkatakan, amin. Selamat berpuasa pada hari Asyura 1431H(10 Muharram 1431)bersamaan hari ahad, 27 Disember 2009.

Wednesday, 16 December 2009
Nikmat Tuhan mu yang mana kah yang engkau dustakan?
Esok, saya akan bermusafiran dengan "Excellente" pula, teman perjalanan saya. Hari itu, saya sengaja menaiki "train intercity" untuk menggarab ibadah bertafakur sepenuhnya, yang kian lama saya rindui semasa menuju ke sesuatu destinasi.
1430 Hijrah dan tahun 2009 masihi akan saya tinggalkan pergi. Segala yang berlaku adalah di dalam pengetahuan Allah yang Maha Bijaksana, dengan izin dan ketentuan Allah yang Maha 'adil, yang Maha mengetahui setiap lintasan di hati hamba-hambaNya. Semoga Allah ganjari segala kepayahan dan keperitan yang saya harungi. Menggandakan limpahan nikmatNya kepada saya. Allah ampunkan segala dosa-dosa yang tidak segaja saya lakukan dan tindakan-tindakan mengaibkan yang saya sesali, hasil daripada provokasi the "devil advocates" yang tidak pernah jemu dengan "jobs specifications" mereka, amin.
Akan saya sambut kedatangan 1431 hijrah dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang bermimpi impian yang sama, yang menggunakan "bahasa" yang sama,yang konsisten dengan ikrar persahabatan mereka, yang rela senang dan susah bersama, yang sentiasa membela dan menyokong saya dalam apa jua keadaan, sentiasa tersenyum dan membisikkan kata-kata semangat kepada saya, mereka yang tiada langsung kepentingan diri, jauh sekali meletakkan saya dalam bahaya dan dihina. Semoga saya terus bahagia bersama mereka hingga ke akhir hayat. Semoga Allah membalas segala kebaikan dan sokongan berterusan kalian, amin.
Semoga Allah sentiasa limpahkan rahmatNya, mengurniakan kesabaran dan kekuatan berterusan untuk saya meneruskan sisa-sisa kehidupan dan menjadikan diri ini bermanfaat kepada masyarakat. Semoga Allah mempermudahkan dan membantu segala urusan saya dan pencapaian impian-impian yang masih tertunggak..., amin.
Tiada kekuatan melainkan kekuatanNya. Tiada sumber inspirasi melainkan segalanya dilakukan untuk mencari keredaanNya. Sesungguhnya setiap penciptaanNya bukan lah sia-sia...Cukuplah Allah tempat berlindung, Cukuplah Allah tempat memohon pertolongan.
"Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, "Ya Rabb kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka"
(Ali Imran: 190-191)
When I say: I can't solve this...
Allah tells me: I will direct your path
When I say: It is impossible...
Allah tells me: Everything is possible
When I say :I feel all alone
Allah tells me: Never will I leave you; Never will I forsake you
When I say: I am afraid
Allah tells me: Do not fear; For I am with you; I will strengthen you and help you
When I say: I am tired
Allah tells me: Come to me, all you who are weary and burdened, and I will give you rest
When I say: No one really loves me
Allah tells me: I love you
When I say: I don't know how to go on...
Allah tells me: I will show you the path
When I say: What path does Allah have for me...?
Allah tells me: Rasulullah Muhammad s.a.w...
Allah tells me if you want to know more; read the Al Qur'an.
Allahu 'alam, Salam Ma'al Hijrah dan terima kasih atas sokongan anda juga, pembaca budiman. Semoga tahun 1431 hijrah dan 2010 masihi membahagiakan kita semua, amin.

Sunday, 13 December 2009
Laskar Pelangi
Lirik Lagu OST. Laskar Pelangi - Nidji
Mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya
laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
selamanya...
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
selamanya...
Mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya
laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
selamanya...
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
selamanya...
Wednesday, 9 December 2009
Harga Sebuah Kejujuran...
Honesty
Some say the words others want to hear,
Perhaps the truth hurts, is that what they fear?
Protection from reality, guidance as a shield,
We all could keep a secret to prevent the need for heal.
Words that cut deep surely should not be spoken,
A promise to a loved one remaining unbroken.
Honesty, a queer thing, should not be taken lightly,
Say the wrong thing, you may not glow so brightly.
But stay honest, stay true and you could open eyes,
You can stand tall and proud that you have told no lies.
Only those afraid will charge you a forfeit,
Just hold that head up high and prepare to take a hit.
If a truth is what you told you cannot be afraid,
Thanks should be forthcoming; your words should be well paid.
Whichever path you choose to tread be sure of just one thing,
Your words could hurt so be prepared of what it is they bring.
by M\'s Destiny

Tuesday, 1 December 2009
Bijaksana I
The Wise
If you see a wise person who shows you your faults,
who shows what is to be avoided,
follow that wise person
as you would one who reveals hidden treasures;
you will be better not worse for following that one.
Let one admonish; let one teach; let one forbid the wrong;
and one will be loved by the good and hated by the bad.
Do not have wrong-doers for friends;
do not have despicable people for friends;
have virtuous people for friends;
have for friends the best people.
Whoever drinks in the truth
lives happily with a serene mind.
The wise are joyful in the truth
revealed by the noble ones.
Engineers of canals guide the water;
fletchers make the arrow straight;
carpenters shape the wood;
the wise mould themselves.
As a solid rock is not shaken by the wind,
so the wise are not shaken by blame and praise.
As a deep lake is clear and calm,
so the wise become tranquil after they listened to the truth.
Good people walk on regardless of what happens to them.
Good people do not babble on about their desires.
Whether touched by happiness or by sorrow,
the wise never appear elated or depressed.
Whoever for one's sake or for another's,
does not wish for a son or wealth or power,
and if one does not wish for success by unfair means,
that one certainly is virtuous, wise, and holy.
Few are those people who reach the farther shore;
the other people here run along this shore.
But those who, when the truth has been taught to them,
follow the truth, will pass over the dominion of death,
however difficult to cross.
Leaving behind the path of darkness
and following the path of light,
let the wise person go from home to a homeless state,
in retirement looking for enjoyment
where enjoyment seemed difficult.
Letting go of all pleasures, calling nothing one's own,
let the wise cleanse oneself
from all the troubles of the mind.
Those whose minds are well grounded
in the elements of enlightenment,
who without clinging to anything
find joy in freedom from attachment,
whose appetites have been conquered,
and who are full of light,
they are free in this world.
Poems by Lord Buddha

Monday, 23 November 2009
Aid Mubarak: SACRIFICE
The sacrifice of love we give,
Takes less and yet gives more;
An everlasting hand of love,
The heart an open door.
The willingness to give of self,
To lay down your own life;
To touch another person's heart,
In loving sacrifice.
A chance that God has given you,
To reach another soul;
Forever changed by kindness,
A life your love made whole.
For life is but a circle,
Each life part of the chain;
Each link is joined by sacrifice,
That causes man to change.
To turn and reach a hand of love,
To touch another's life;
Will cause the circle to be whole,
In loving sacrifice.
Allison Chambers Coxsey
©1996 ~ All Rights Reserved
Takes less and yet gives more;
An everlasting hand of love,
The heart an open door.
The willingness to give of self,
To lay down your own life;
To touch another person's heart,
In loving sacrifice.
A chance that God has given you,
To reach another soul;
Forever changed by kindness,
A life your love made whole.
For life is but a circle,
Each life part of the chain;
Each link is joined by sacrifice,
That causes man to change.
To turn and reach a hand of love,
To touch another's life;
Will cause the circle to be whole,
In loving sacrifice.
Allison Chambers Coxsey
©1996 ~ All Rights Reserved
Wednesday, 11 November 2009
Sang Guru Bernama Pelangi
Tika pelangi menyapa
pandanglah
lihatlah
dakilah
hingga ke hujung
dan jangan berduka, pabila
pelangi sirna disergah mentari
ia memang begitu
sementara, dan pura-pura.
Berguru dengan pelangi
merah berani
kuning harga diri
hijau berdikari
biru, indigo dan ungu
cinta, kasih dan sayang
jingga memancar peribadi
semuanya tak kalah
dengan hitam yang salah
asal saja, tahu melongsor pulang.
- mudin001 -
Putrajaya, 20 Mac 2009
pandanglah
lihatlah
dakilah
hingga ke hujung
dan jangan berduka, pabila
pelangi sirna disergah mentari
ia memang begitu
sementara, dan pura-pura.
Berguru dengan pelangi
merah berani
kuning harga diri
hijau berdikari
biru, indigo dan ungu
cinta, kasih dan sayang
jingga memancar peribadi
semuanya tak kalah
dengan hitam yang salah
asal saja, tahu melongsor pulang.
- mudin001 -
Putrajaya, 20 Mac 2009
Wednesday, 4 November 2009
Kehidupan - hanyalah suatu persinggahan...
Hari ini...menjelang ulang tahun kelahiran saya, Allah memberi peluang untuk saya menghadiri majlis pengurusan jenazah Allahyarham Jamilah binti Ngah Ghazali @ Nyah. Allahyarham dalam usia awal tujuh puluhan telah pulang ke rahmatullah pada jam 7:00 pagi tadi setelah mengidap penyakit Hipertitis B .
Al-Fatihah.
Semoga Allah ampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala kebaikan dan amalannya, memperluaskan tempat tinggalnya, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan rohnya bersama roh para solihin. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatnya, ketabahan dan kesabaran kepada setiap ahli keluarga Allahyarham. amin.
"...(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” [al-Baqarah 2: 156]
“ Tidak ada seorang pun yang ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan : Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un, Allahumma’jurnii fi mushibatii wa akhliflii khoirom-minha ( Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku ini dan gantilah aku dengan yang lebih baik darinya) kecuali Allah akan memberi pahala atas musibah yang menimpanya dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik darinya.”
Muslim 2/233
*******************************************
Lirik Nasyid: Kehidupan
Kesenangan yang datang tak akan selamanya….
begitulah selepas susah ada ada kesenangan….
seperti selepas malam datangnya siang…
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
gunakan kesempatan untuk kebaikan…
sebelum segalanya terlepas dari genggaman…
kelak menyesal nanti tak berkesudahan…
apa guna sesalan hanya menekan jiwa….
JANGAN DIPIKIR DERITA AKAN BERPANJANGAN
KELAK AKAN MEMBAWA PUTUS ASA PADA TUHAN
INGATLAH BIASANYA KABUT TAK BERPANJANGAN
SETELAH KABUT BERLALU PASTI CERAH KEMBALI
ujian adalah tarbiyah dari Allah…..
apakah kita kan sama……… ataupun sebaliknya……
kesenangan yang datang selepas kesusahan..
semuanya adalah nikmat dari Tuhan….

Saturday, 31 October 2009
Pak Din Dalca, Jalan Jelutong...
Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Perpaduan dan Salam Satu Malaysia...
Dua kalimah akhir tu belum pernah saya gunakan kecuali buat pertama kali pada pembukaan bicara saya sebagai speaker yang pertama "Bicara Bestari" setelah Dr. Shah selaku moderator juga ketua kumpulan 1.8, memperkenalkan saya sebagai Cik Hajah Norhayati Sidek dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dalam forum olok-olok kursus PTK. Kumpulan saya merupakan kumpulan terakhir...sememangnya penantian itu suatu penyiksaan! "Bagaimana konsep Satu Malaysia diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran" begitu lah lebih kurang tajuk forum semasa persembahan kumpulan kursus Penilaian Tahap Kecekapan(PTK)di Hotel Sunway, Penang pada 26 Oktober hingga 30 Oktober yang lalu. Bagus juga, secara tidak langsung saya membaca dengan sepenuh hati tentang konsep Satu Malaysia yang harus saya "Walk The TalK" dalam forum tersebut yang diajukan dengan dua soalan secara terancang oleh rakan sekumpulan.
Dua minggu sebelum tu, saya asyik menyiapkan "Knowledge Sharing: Plan To Excel" sebanyak dua puluh muka surat dan bahan untuk "Public Speaking" bertajuk "Personal approaches to stress management strategies"...wah..wah...wah..sedapnya berkata-kata tapi ada di antara pendekatan yang pernah saya amalkan, ada yang telah lama saya tinggalkan dan ada yang terus menerus saya amalkan, semoga Allah sentiasa limpahkan kesabaran dan kekuatan, amin. "Stress is dynamic conditions confonted by individual with opportunities, constraints and demands, which related to what he or she wants and perceive to be important and uncertain" ...hafal aku dibuat nya! STRESS: S=Solution for stress, T = Time Management, R = relaxation techniques(contoh : deep breathing dan tidak pernah lupa pesanan Rasululllah tercinta: Sabar & Solat, yang ini tidak tersebut masa tu), E = Physical exercise ( yang ini susah sikit, Ampang bowling centre membership pun dah expired, brisk walking pun dah lama ditinggalkan) SS = Social support (there is no one man island, even though I am perceived to be "alone" by some people tapi sahabat dan kenalan saya ramai, alhamdulillah). Sumber diperolehi daripada "Organization Behaivior" Oleh Stephen Robbins (1993),Prentice Hall, International Edition.
Pada hari untuk memulakan perjalanan ke Penang, saya masih sibuk menyiapkan tugas-tugas yang tertangguh di hadapan kerusi-kerusi kosong di bilik kuliah J8. Produktiviti saya menurun apabila terlalu fokus kepada PTK dan sering menjadi "hamba fail" di tempat kerja, penting tetapi itu lah hakikat. Puan Roslin Ong Abdullah memberitahu saya tentang pemergian Allahyarham Akmal ke rahmatullah, ketua unit J8 yang meninggal petang ahad kerana kemalangan jalan raya. Mungkin, rakan pensyarah lain rasa tidak mahu saya terkejut dan terganggu fikiran sebab itu saya terdapat tahu berita kematian pada menjelang tengahari isnin itu. Berita hidup mati usahlah dijadikan bahan senda gurauan. Peristiwa untuk kita insafi akan detik dan ketikanya bila dan bagaimana pengakhiran hayat kita. Harus kita insafi setiap kali kematian berlaku kepada keluarga kita, berlaku kepada orang lain dan setiap kali kita mengiringi jenazah di perkuburan. Semoga Allah ampunkan segala dosa Allahyarham Akmal, menerima segala amalan dan kebaikannya, memperluaskan tempat tinggalnya, menempatkan rohnya bersama roh para solihin dan syuhada', meningkatkan kesabaran dan dipermudahkan segala urusan ibu, bapa dan ahli keluarga yang dikasihi untuk meneruskan kehidupan dengan tabah, amin.
Saya terus bertekad untuk melalui proses PTK dengan memandu solo ke George Town, sempat juga "rehearsal public speaking" dalam "Excellente" dan berpandukan jam digital LCD. Ternyata banyak perkara yang saya pelajari menjelang dan semasa kursus PTK. Ada perkara yang menjadi rutin hidup saya telah terabai kerana mengutamakan persiapan untuk PTK. Bilik dah macam stor untuk segala macam buku dan fail...risau juga jika Allah menjemput saya dalam keadaan kesibukan begitu walau pun hati ini sentiasa berusaha untuk tidak pernah melupakan Nya, seperti setiap kali doa yang dilafazkan selepas solat, yang diajarkan oleh Rasulullah kepada Muadz Bin Jabal: "Ya Allah, jadikan lah aku hambaMu yang sentiasa mengingati Mu, mensyukuri nikmat Mu dan mengerjakan ibadah dengan sempurna kepada Mu". Saya "shut off" segala aktiviti sosial untuk sementara. Saya fahamkan rakan-rakan dan para sahabat tentang perkara-perkara yang sedang dan bakal saya lalui. Saya hubungi emak dan sahabat-sahabat terdekat...suara dan kata-kata mereka menjadi azimat dan 'stress buster'. Banyak ketika semasa solat saya terlupa bilangan rakaat sehingga bersujud sawi, begitulah hebatnya "penangan PTK", hal duniawi yang terpaksa diharungi. Keadaan yang memangkin saya untuk lebih banyak membaca, menggarap kemahiran menulis dan berkomunikasi. Cukuplah sekali sahaja bagi setiap tahap, amin.
Pengalaman yang sungguh berharga, diperkayakan dengan pelbagai perkongsian pengalaman daripada rakan-rakan peserta kursus di kalangan guru-guru cemerlang dan guru-guru mengajar subjek STPM, mengenali lebih rapat hati budi rakan pensyarah IPG,Ipoh...insan-insan prihatin dan berjiwa mulia, saya sungguh terharu dengan layanan mesra mereka, terasa bagai sebuah keluarga besar di Hotel Sunway itu. Pada hari pertama, saya meraikan kejayaan melepasi "hurdle" pertama iaitu "public speaking", dengan seorang rakan lama, Shamsina... seorang ketua bidang di Sekolah Sultan Yussuf, Batu Gajah yang kebetulan sama-sama berkursus tetapi di tempat yang berbeza, Hotel Hydro Majestic(Nama baru bagi "Hotel Ferengghi Beach Resort" yang bertukar syarikat pengurusan)...Hotel di mana tercetusnya idea kajian tindakan saya yang kerdil pada tahun 2006: "My Smiling Zone: Building Rapport Within The Classroom With Miss Data Smile Strategy". Saya dan Sham "pekena laksa" di gerai yang tidak jauh daripada Hotel Hydro Majestic(Hydro bermaksud air sebab dibina air terjun tiruan di pintu masuk nak ke hotel, dan mungkin juga hotel berhadapan dengan laut). Hotel yang dikhususkan untuk ketua-ketua jabatan IPG dan golongan pemimpin di sekolah.
Berbalik dengan cerita di Hotel Sunway Penang. Hari sebelum hari peperiksaan iaitu hari khamis...saya sudah tidak tahan lagi. Saya dah usahakan, sumbangkan dan lakukan yang terbaik mungkin untuk kumpulan. Para malaikat Allah menjadi saksi...I deserve to pamper myself: "Must get out from the Hotel, look at the outside world" dan tumpukan perhatian kepada peristiwa yang bakal saya tempohi pada hari esok yang pastinya lebih mencabar...". Saya pun secara solo menziarah gerai mamak di Jalan Chowrasta, menikmati cucur udang dua pinggan dan air serbat (sorbet) campur yang lazat. Kemudian ke Jalan Jelutong, membeli nasi briani untuk makan malam di gerai dalca sedap kegemaran saya...tukang ceduk lauk, anak kepada Pak Din, pun menyapa mesra saya sebagai pelanggan tetap kalau berkunjung ke Penang. Konsep macam Maria Tengku Sabri...Jalan-Jalan Cari Makan. "Do what ever that will make you happy..so I did it, i mean, enjoy the local cusine!".
Saya mahu "studi menonggeng", menonggeng tidur pun ya juga...realistik lah kan. Berbekalkan nota-nota semasa PTK DG44, (semua isi kandungannya masih boleh digunakan hingga bila-bila, cuma peringkat penilaian sahaja yang berbeza) saya pun studi, terlena, studi terlena begitulah berulang kali hinggalah muazzin di masjid berdekatan, mengumandangkan azan subuh dengan merdu dan syahdu sekali. Kerana PTK, saya beli beg tangan baru, tempah baju baru, "seronok" dalam "stress", semoga berbaloi-baloi, semoga Allah terima segalanya sebagai ibadah...amin. Sekadar berkongsi pengalaman. Allahu 'alam.

Wednesday, 23 September 2009
Sungguh Permai Ramadhan dan Eidul Fitri 1430H...
Para pembaca yang dirahmati Allah. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh dan Salam lebaran!
Saya mulakan bicara dengan mengucapkan "Taqabbalallahu minna wa min kum: semoga Allah menerima segala ibadah kami dan anda di sepanjang bulan Ramadhan kareem yang lalu", amin.
Lebaran kali ini sungguh permai sekali. Permai bermaksud:mendatangkan rasa puas dan nyaman, keindahan dan keelokkan(Kamus dewan edisi keempat),jika permai terkait dengan mana-mana entiti, ia hanyalah satu kebetulan yang indah. Begitulah juga hasrat, dan impak yang diharapan terhasil daripada penulisan di blog PERMAI KASTURI ini. Semoga tercetus lah hendaknya rasa nyaman,kepuasan dengan santapan minda dan spiritual yang disajikan serta terkesan berpanjangan di sanubari pengunjung serta pembacanya, hingga membuahkan amal dengan pengetahuan yang diperolehi,amin.
Permai kerana Allah memberi keselesaan untuk saya berpuasa sebulan penuh, alhamdulilah. Saya juga berkesempatan untuk beribadah dengan mereka yang saya kasihi di pelbagai premis...seperti kompleks Al Hidayah Ipoh, Masjis Sultan Idris Teluk Intan, Masjid Taman Seri Setia Teluk Intan, Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh, Masjid An-NUR Universiti Teknologi Petronas Tronoh, Masjid UIA Gombak dan Masjid As-Syakirin Gombak. Saya tidak keseorangan, rasa permai dan bertuah kerana masih ramai teman dan taulan yang ingin menemani saya untuk mencorakkan kanvas sisa-sia hidup saya, alhamdulilah.
Rasa permai menjadi seorang ahli seumur hidup NGO Islam yang berdaftar, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang setia dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatannya. Iftar bersama anak-anak Yatim dan sumbangan kepada Fakir miskin. Saya berpeluang mempengerusikan mesyuarat perwakilan wanita JIM Negeri Perak dan turut terlibat dalam pemilihan barisan kepimpinan sesi 2009-2011 bagi JIM Bandaraya Ipoh yang permai, dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.
Permai hati ini mengenangkan jiran-jiran yang prihatin turut menceriakan Ramadhan kali ini serta menyumbangkan suasana ketenangan kepada saya untuk beribadah. Jiran sebelah saya, seorang ibu tunggal, tinggal keseorangan, mempunyai tujuh orang anak yang telah dewasa, menghulurkan setalam juadah untuk berbuka. Sahabat saya, Fauziah Ali dan suaminya "Chef" Ainol Azhar melebihkan "master piece" mereka untuk saya, berupa "Ikan Talapia Berlado" dan "Rendang Podeh daging" yang keenakan nya sukar dilupakan. Permai hati saya melihat jiran-jiran saya yang lain, berbahagia dengan keluarga dan kehidupan masing-masing, alhamdulilah. Permai bersahur dengan "rendang pedas udang" dan menghabiskan "Gulai Tauchu Ikan Tongkol" selama seminggu masakan bonda tercinta di Bulan Ramadhan ini.
Hati Pilu tetapi permai merelakan seorang sahabat yang menemui Allah di hari khamis(tanda-tanda husnul khotimah,insyaAllah), setelah berkesempatan menghatam Al Qur'an dan beribadah di malam ke-27 Ramadhan. Semoga Allah ampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala ibadah, melapangkan tempat tinggal dan mempermudahkan segala urusan Allahyarham, amin.
Allah menghilangkan kesedihan dan segera mendamaikan hati saya di bulan mulia yang penuh dengan keberkatan ini daripada provokasi-provokasi verbal dan tindakan jelik segelintir manusia yang tidak mengerti...bahawa setiap tindakan mereka tetap akan dinilai oleh Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Adil.
Jubaidah Abdullah memeriahkan sambutan syawal dengan menemani saya di "Barokah" pada malam hari raya. Hafsah Chung Abdullah memeluk erat saya, sambil menitiskan air mata sejurus selesai mendengar khutbah solat Eidul Fitri kerana sungguh terharu diberi kesempatan oleh Allah untuk meraikan syawal yang sungguh bermakna dengan mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah tercinta. Muncul pula Ezween (bersama ibunya), anak murid kesayangan saya yang sekian lama ingin menemui saya di pintu keluar Masjid Jalan Dairy...sungguh mengharukan dan mendamaikan hati saya. Saya meraikan syawal bersama Jubaidah, Hafsah dengan orang tua saya di kampung dan menziarahi rakan-taulan di sekitar Batu Gajah dan Ipoh. "Darling" saya, Noora, suaminya Hisham, anak-anak mereka: Aiman, Ehsan, Raihana, Annisah dan Najwa memgunjungi "Barokah"...letih melayan mereka sebagai tetamu-sahabat tetapi hati berbunga-bunga serta permai... mata hitam saya menjadi biru sejak 30 Ramadhan hingga 3 Syawal dalam banyak ketika kerana berbahasa inggeris sepanjang masa berinteraksi dengan sahabat handai bersama-sama saudara baru kita, Jubaidah dan Habsah. Alhamdulilah, seperti orang lain juga, saya dihujani dengan SMS ucapan dan doa lebaran tetapi SMS yang satu ini sungguh istimewa dan menyentuh hati dari orang yang istimewa...
"SALAM SYAWAL...Ya Allah, ketika berakhirnya ramadhan yang penuh barokah ini dan munculnya Idul Fitri yang mulia, Engkau muliakan dan sayangi penerima ucapan ini, berkati dirinya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezeki yang halal untuknnya, jauhkan daripada fitnah, penganiayaan, penghinaan. Suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Makbulkan doa serta cita-citanya yang murni. Amin Ya Rabbal A'lamin. Salam Idul Fitri..." Begitulah bunyinya SMS daripada seorang sahabat yang sangat saya senangi. Alhamdulilah.
Permai dan damai apabila menikmati alunan nasyid ini...
Jendela Hati
Artist: Firdaus
Song Category: Nasyid
Aku ingin hidup secerah mentari pagi
Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan
Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuahkan ceria
Aku ingin menghapuskan duka dan lara
Melerai rindu di dalam dada
Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embun pagi
Dan ukhuwah ini pasti berputik
Menghias taman kasih yang harmoni
Seharum wangian kasturi
Seindah ceria pelangi
Segalanya kan bermula di sini
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Ya Allah, sesungguhnya,aku memohon kepada-Mu seluruh kebaikan yang ada, untuk mampu melakukan segala kebaikan, meninggalkan segala kemungkaran, mencintai orang-orang miskin, dan terimalah taubatku, ampunilah aku serta kasihanilah aku. Ya Allah, dan aku memohon kepada Mu untuk mampu mencintai-Mu, mencintai orang-orang yang mencintai-Mu dan mencintai amal yang menghantarkanku untuk mampu mencintai-Mu. Ya Allah, sesungguhnya, aku memohon kepada-Mu akan hal-hal yang menyebabkan turunnya rahmat-Mu, dorongan yang mendatangkan ampunan-Mu, keselamatan dari segala noda dosa, keuntungan dari segala kebaikan, keberuntungan akan syurga-Mu, dan keselamatan dari api neraka", Amin Ya Rabbal alamin.
Allahu alam. Sekian dahulu.
Saturday, 22 August 2009
Jaminan Kualiti ?!

Salam Ramadhan Kareem, didoakan para pembaca sekalian sihat sejahtera di musim cuti sekolah kali ini yang penuh barokah. Semoga Allah melimpahkan kerahmatanNya, kekuatan dan kesabaran kepada kita untuk berusaha memanfaatkan setiap detik berharga dalam menjalani ibadah di bulan istimewa yang dikurniakan khas untuk umat jujungan Nabi Muhammad s.a.w., amin.
Lebih sebulan lamanya, rindunya saya untuk berceloteh di PERMAI KASTURI walaupun hampir setiap hari saya melayari internet tetapi kesibukan berkerja, Ketidakmampuan berkarya disebabkan keletihan fizikal dan mental yang di luar jangkaan menghalang terbitnya ide-ide bernas untuk menyelubungi minda. Setiap kali memikirkan isu untuk diperkatakan, saya akan terus dibuai ke alam mimpi.
Pada hari khamis, 20 Ogos 2009 yang lalu, Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh, menyambut "Hari Kualiti" nya. Banner sambutan hari kualiti di gantung di pintu masuk utama bagi menggantikan banner sebelumnya yang memaparkan barisan wajah-wajah mereka yang bertanggungjawab bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan produk di Pusat latihan Perguruan itu. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur yang mengatur majlis tahunan itu sebaik mungkin di zaman kegawatan ekonomi. Penyediaan dan pembacaan ikrar kualiti yang panjang lebar bertujuan menagih warga IPG Ipoh mengamalkan kualiti di segenap ruang lingkup perkhidmatan dan penampilan diri mereka dibaca oleh para hadirin dengan penuh semangat. Tahniah juga kepada barisan penerima "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ", APC. Dr. Ismail Zain, tokoh motivasi kementerian Pelajaran Malaysia, pensyarah Jabatan TMK telah bertungkus lumus menyampaikan ceramah "berkualiti" kepada warga Dewan Seri Melati yang terdiri daripada para pensyarah sebagai golongan cerdiakawan dan staf bukan akademik iaitu kumpulan pekerja yang tidak kurang pentingnya, yang merupakan nadi jentera pentadbiran dalam sesebuah organisasi. Seperti biasa, dalam mana-mana penilaian dan pertandingan, telah menjadi adat, mereka yang diberi penghargaan tinggi tersenyum lebar bagi menggambarkan kebahagiaan jiwa. Mereka yang menyaksikan majlis "gilang gemilang" itu pula ada yang tersenyum simpul dan terdapat juga mereka yang melemparkan senyuman kelat. Allah sahaja yang Maha Mengetahui lintasan hati pemilik-pemilik senyuman tersirat itu.
Yang sudah pasti, pemilihan untuk APC atau sebarang penilaian komprehensif terhadap kejayaan seseorang bukanlah sesuatu yang mudah kerana kualiti merupakan pengukuran tahap kecemerlangan, sesuatu yang subjektif dan bergantung kepada banyak faktor yang memerlukan penelitian dan kawalan rapi. Dalam hal ini, tanggungjawab pihak kepimpinan untuk menyediakan segala jenis kemudahan dan persekitaran yang baik bagi meyuburkan kualiti dalam perkhidmatan (Pembinaan Insan Guru) dan penghasilan produk (Insan Guru Berkualiti), tidak boleh diremehkan. Di antara elemen-elemen tersebut ialah penyediaan prasarana yang baik, suasana fizikal dan ruang berkerja yang sama kondusif, agihan tugas yang saksama dengan merujuk kepada tabii subjek yang diajar, suasana persaingan yang positif, kesamaan peluang untuk memajukan diri, menyantuni para "whistle blower" dalam "check and balance" demi penambahbaikkan organisasi dan kejelasan kerja dalam satu pasukan. Setiap mereka yang dipimpin pula harus dilihat mempunyai potensi yang sama hebat dengan sumbangan mereka tersendiri bagi kecemerlangan organisasi.
Soal kepimpinan bukanlah isu yang boleh dipermain-mainkan kerana kedudukan pemimpin yang 'adil amat mulia dan tinggi di sisi Allah. Justeru, kepimpinan bukan satu keistimewaan(privilage)malah suatu tanggungjawab yang amat berat yang terpaksa dipikul dan pasti akan dipersoalkan kelak. Setimpal dengan bebanan kepimpinan, ganjaran kepada seorang pemimpin yang 'adil sungguh lumayan dan mahal harganya. Doa golongan istimewa ini dikabulkan Allah akhirnya. Pemimpin yang 'adil adalah di antara mereka yang mendapat naungan 'Arasy Allah di akhirat kelak, ketika tiada tempat berlindung kecuali naunganNya.
"Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu; doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, Allah s.w.t akan berfirman: 'Demi kemuliaan-Ku, Aku akan menolongmu..."
(Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Di Universiti Ramadhan yang kita semua bakal graduannya nanti, turut dituntut menitik beratkan kualiti ibadah. Sememangnya, mudah memberi nasihat dan bermain kata-kata daripada melaksanakannya, semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan memberi kekuatan kepada kita dalam berpesan-pesan dan mengamalkan pesanan tersebut.
Puasa yang berkualiti akan terkesan kepada semua jenis amalan kita di luar bulan Ramadhan. Sujud kita, sujud berkualiti. semasa bersujud memikirkan perkara-perkara akhirat, tidak terpaut dengan hiasan dunia serta tidak mengingatkan ibadah lain selain daripada bersujud. Doa kita, doa berkualiti. Menurut Abdul Hamid Al Bilali dalam buku "Taujih Ruhiyah, jilid 2, Di antara ciri-ciri orang bersujud, mereka berdoa dengan
1) mengingati dosa-dosa lalu dan berharap diampunkan
2) mengingati dosa-dosa sekarang dan khuatir ia mempengaruhi amal-amal shalih
3) mengingati amal-amal shalih takut tidak diterima
4) mengingati orang-orang shalih, amalan mereka dan berharap disatukan bersama mereka
5) meminta keperluan dunia dan yakin Allah kabulkan
6) takut akan su'ul khotimah
7) berharap terus bertahan keshalihan, ketaqwaan dan bertaqarrub kepada Allah
Alhamdulilah, Allah masih memberi kita peluang untuk beramal di bulan Ramadhan kali ini. Telah ramai sahabat-sahabat dan ahli keluarga meninggalkan kita menjelang tiba nya bulan yang mulia ini. Justeru itu, marilah sama-sama kita menghindarkan diri daripada tabiat melengah-lengahkan mengerjakan kebaikan dan berhasrat untuk melakukan pelanggaran sama ada sengaja atau tanpa disedari di luar bulan Ramadan kerana kita tidak memiliki ilmu untuk menjangka sama ada diberi peluang lagi untuk terus beramal hingga ke penghujung Ramadhan ini dan di Ramadhan yang akan datang. Allahu 'alam. Selamat Beribadah Di Bulan Ramadhan Al Mubarak, Semoga Diterima Allah, amin.
Monday, 13 July 2009
Indahnya Islam, Indahnya waktu bersama...

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam persahabatan
Dua hari ahad berturut-turut saya telah meluangkan masa untuk bersama saudara-saudara baru kita (revert sisters). Suatu pengalaman dan keseronokan luar biasa telah menjadi ketagihan, dengan menggarap kemahiran berinteraksi dengan mereka yang dahagakan Islam. Cabaran utama ialah penggunaan gaya bahasa yang mudah dan berhujjah secara kognitif yang perlu diperkayakan dengan pelbagai analogi.
Hari ahad yang pertama, saya menghabiskan masa di bandar DiRaja Kuala Kangsa bersama Nuratiqah Abdullah @ Shanty. Seorang pelajar kolej perubatan "MasterSkills", semester ketiga. 'Atiqah yang berasal daripada Kucing, Sarawak tinggal di Permai Lake View apartment, Hulu Kinta. 'Atiqah pernah berkerja sebagai operator kilang di Pulau Pinang dan mengenali Wan Nadiah (Kak Adi) dari USM. Saya menghubungi 'Atiqah melalui SMS sejak tahun lepas lagi berbekalkan nombor telefon yang diperolehi daripada Neena Umi . Awal tahun ini, 'Atiqah telah bersedia menemui saya dan kami makan malam bersama untuk beberapa kali. 'Atiqah juga pernah bermalam di rumah, outing ke Cameron Highland dan menemani saya ke jemputan walimah. Hubungan bertambah erat dan mesra. 'Atiqah sedang belajar iqra' sering merujuk saya sebagai kakak angkatnya kepada kawan-kawannya.
Hari ahad yang lepas, gembiranya saya tidak terkata apabila dipertemukan dengan seorang saudara baru, Jubaidah Abdullah daripada Bostwana, Afrika. Seorang pelajar pharmasi UniKL tajaan kerajaan Bostwana juga di semester ketiga. Walaupun daripada Afrika tetapi kulitnya lebih cerah daripada saya. Mendiang ayahnya seorang Filipina. Ayah tiri dan ibunya ialah ahli perniagaan Bostwana. Jubaidah tinggal dengan kawan-kawan beragama kristian seramai 27 orang di kondominium mewah di Bercham. Nikmat dan rahmat ikatan keimanan dalam Islam dilimpah-ruahkan di segenap penjuru hati kami dalam pertemuan itu. Hafsah Chung Abdullah turut serta bersarapan dengan kami di Dulang Coffee House, Hotel Excelsior. Hafsah seorang guru mandarin dan bahasa melayu di SMK Raja Chulan. Terasa bagai telah mengenali satu sama lain sejak dulu lagi. Allah telah permudahkan segala urusan kami pagi itu. Saya sungguh bahagia menatap wajah-wajah tenang lagi bercahaya mereka yang disulami dengan gelak ketawa semasa kami berbual. Pertemuan pertama saya dengan Hafsah ketika saya dijemput mengendalikan ceramah motivasi "Remaja Hanya Sekali" kepada sekumpulan ahli Puteri Islam Raja Chulan pada tahun lepas. Kami kerap SMS dan bertemu di rumah Hafsah. Ibu Hafsah yang berusia dalam awal 80-an yang sakit tua tidak boleh ditinggalkan bersendirian. Hafsah merupakan anak tunggal dan mempunyai seorang abang angkat (juga berbangsa Cina) yang bergilir dengannya untuk menjaga ibu mereka.
Allah telah menghamparkan seluas-luas peluang untuk saya melakukan kebaikan dengan menyantuni ketiga-tiga saudara baru ini. Saya banyak berkongsi ilmu dan membekal bahan-bahan bacaan kepada mereka. Hafsah mendampingi seorang rakan guru yang banyak memberikan bimbingan manakala Jubaidah menghadiri kelas bimbingan agama di Green Town. Cuma Nuratiqah yang perlukan jadual bimbingan yang lebih teratur yang sedang saya usahakan. Mereka yang sungguh istimewa ini merupakan suatu anugerah kepada kita. Ketiga-tiga mereka berfikiran terbuka, positif serta berpegang teguh kepada prinsip. Kesemua mereka berasal daripada agama kristian. Mereka berdebat dengan paderi masing-masing tentang konsep rapuh "trinity" dan tidak berpuas hati dengan jawapan yang tidak konsisten paderi-paderi mereka hinggalah mereka menemui hidayah Allah, Allahuakbar!. Segala kekusutan fikiran mereka selama ini terongkai sudah setelah menemui jalan pulang yang mereka cari-cari, Alhamdullilah. Sebagai tambahan, Nuratiqah pula terpesona dengan disiplin yang dianjurkan oleh Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang diterima oleh Allah. Hafsah, Nuratiqah dan Jubaidah ini golongan terpilih, terpilihara dan sunggung beruntung. Allah memilih mereka untuk bersama-sama kita dalam usaha-usaha meninggikan kalimah Allah bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia sejagat.
"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". (Al Ikhlas: 1-4)
"Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan."
(A-li Imran:83)
"(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Ar Ruum:30)
Sungguh Islam ini untuk orang-orang mahu berfikir dan sentiasa aktif berfikir akan kehebatan ayat-ayat (tanda-tanda) Allah. Keimanan pula perlu dicari, sentiasa dipelihara, dipupuk dan dibajai. Mereka yang malas berfikir, mengabaikan nikmat-nikmat keislaman, terus lalai, dibuai dengan permainan syaitan durjana dan tidak mampu menolak keinginan nafsu jahat, mengundang azab Allah. Mereka tidak mampu melihat cahaya keimanan, Allah telah memasang halangan / dinding pada hati, fikiran dan pandangan mereka. Mereka tenggelam punca, kabur matlamat hidup akibat kesan pemahaman ketauhidan Allah yang lemah. Kesannya, segmen dalam masyarakat kita tanpa mengira golongan remaja ataupun dewasa telah dihanyutkan dengan pelbagai Illah yang menggelapkan kehidupan dan tanpa mereka sedar terheret ke jurang kebinasaan. Maka lahirlah pelbagai program yang disusun untuk menyedarkan mereka kembali ...tanggungjawab ini terpikul di bahu kita semua...contohnya program ABJZ: Anda Bijak Jauhi Zina...
Allahu Alam, setakat ini dahulu. Terima kasih kerana sudi menziarahi PERMAI KASTURI !!!

Monday, 22 June 2009
Seronoknya bercuti...

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam persaudaraan
Para pembaca budiman...
Tiga minggu lamanya saya bercuti daripada menjalankan tugas-tugas rasmi di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), kampus Ipoh. Sepanjang dua minggu saya memperuntukkan masa untuk menulis cerpen "Ayah Penyuluh Hidupku". Saya dapati agak sukar untuk bercerita tentang Abah yang tersayang berbanding dengan cerita Emak yang dikasihi. Bukan gender bias tetapi itulah hakikat. Mungkin kita lebih rapat dengan ibu. Sejak dalam kandungannya hinggalah kita dewasa, kita banyak mendampingi ibu berbanding ayah. Kedua-dua mereka penting dan sama banyak jasanya kepada kita. Ibu bertarung nyawa untuk melahirkan kita di dunia. Ibu lebih memahami serta mahir soal-soal pendidikan dan jiwa berbanding Ayah. Syeikh Amru Khalid menghujahkan fenomena ini dengan menyatakan kaum hawa dicipta Allah daripada tulang rusuk nabi Adam (as) semasa baginda sedang tidur. Sebab itu, kaum wanita mampu menahan kesakitan waktu bersalin dalam keadaan jaga dan lebih ramai wanita terlibat dalan sektor pendidikan, kejiwaan dan kekeluargaan berbanding kaum lelaki yang lebih tertumpu kepada kerjaya yang berkait rapat dengan alam semula ladi dan tanah. Allahu 'alam.
"Ya Allah, ampunilah aku, kedua ibubapaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil. Ya Allah peliharalah mereka, muliakanlah mereka, perelokkanlah kesihatan mereka, terimalah segala kebaikan mereka, panjangkan umur mereka dalam kebaikan, kumpulkan kami semua di dalam syurga FirdausMu...wahai Tuhan yang Maha Pengasih, amin."
Di samping itu saya sibuk memeriksa skrip jawapan SCE 3111: Evaluation in Science Teaching di minggu pertama "Key in" markah dan mengawas peperiksaan di awal minggu kedua. Begitulah tugas pendidik, cutinya tidak seperti pekerja di sektor lain. Pengorbanannya kepada organisasi tetap dituntut sepanjang masa dengan upah yang tidak setimpal dengan jasa yang mereka taburkan malah ada yang memandang sinis tentang cuti yang mereka nikmati bersama pelajar. Hanya Allah jua yang mencukupkan ganjaran kelak, amin. Saya sengaja tidak mengundang "vitamin W" pada musim cuti kali ini. Biarlah beri peluang kepada mereka yang lebih memerlukan daripada saya. Hasilnya fikiran dan jiwa saya lebih sejahtera. Saya juga mengambil peluang untuk melakukan spring cleaning, mengemas pohon-pohon hijau dan flora di laman Barokah yang agak terbiar disebabkan kesibukan tugas harian. Moga-moga saya tergolong dalam mereka yang melakukan kebaikan yang kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu dan ketiadaannya dirindui selalu. Bukanlah hendaknya saya tergolong dalam lingkungan mereka yang ketiadaannya menyebabkan orang lain terhindar daripada kejahatan tutur kata dan tindakannya.Wanauzubillahi min zalik.
Saya juga telah melakukan beberapa penambahan kepada listing blog saya. Saya cuba-jaya dulu sama ada lebih berkesan cara ini. Saya berusaha untuk update kan setiap minggu bagi menggarap kemahiran menulis saya. Saya ingin berkongsi hasil pembacaan saya secara terperinci dalam blog bahasa Inggeris : To Smile and Not To Smile dan perkongsian maklumat keguruan dalam Remaja Hanya Sekali. Lawatan dan feedback anda amat dialu-alukan dan dihargai. Terima kasih.
Alhamdulilah, saya juga telah berpeluang lebih mendampingi zamrud dan nilam di taman hati saya di sepanjang cuti kali ini. Masih ramai lagi delima-delima yang masih tidak dapat saya sebutkan lagi di sini. Dengan melihat wajah mereka sahaja, jiwa menjadi tenang. Apabila berbicara dengan mereka, kesejahteraan terasa, ilmu bertambah dan mereka mengingatkan kita tentang kematian.

Tidak dapat nak digambarkan, diucapkan dengan menyusun huruf-huruf kekunci lab top ini, betapa cemasnya hati dan berserabutnya fikiran ini ketika mereka diuji Allah dengan musibah. Kesedihan mereka merupakan kesedihan kita, keperitan mereka adalah keperitan kita, senyum tawa mereka menceriakan kita. Hanya bisikan doa dengan iringan linangan air mata yang mampu dizahirkan semasa bermunajat kepada Maha Pencipta lagi Maha Pengasih di atas anugerah yang sungguh bernilai ini. Nilai cinta dan kasih sayang yang tidak mampu ditolak dari pemberian seorang sahabat. Allah telah memakbulkan doa saya dan menemukan saya dengan sahabat-sahabat yang dapat menolong saya untuk taat kepada Allah. Jazakumullahu khairan kathira Kerisisiah Mohd Daud ( Kak Mah), Noorazila Ngah Ghazali (Noora) dan ramai lagi butiran permata-permata di taman hati.
Rasulullah bersabda di dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
“Seseorang mengikuti orang yang ia cintai”
“Siapa pun orang yang engkau cintai, dialah yang akan bersamamu pada hari Kiamat. Aku mencintai Nabi (s.a.w) dan aku mencintai para sahabat. aku mencintai orang-orang yang suci, terdidik, terhormat, dan beragama. InsyaAllah, engkau pun akan datang pada hari Kiamat bersama mereka. Seseorang akan dikumpulkan dengan orang yang mereka cintai”
(Amru Khalid, 2007).
Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)