Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Saturday, 22 August 2009

Jaminan Kualiti ?!



Salam Ramadhan Kareem, didoakan para pembaca sekalian sihat sejahtera di musim cuti sekolah kali ini yang penuh barokah. Semoga Allah melimpahkan kerahmatanNya, kekuatan dan kesabaran kepada kita untuk berusaha memanfaatkan setiap detik berharga dalam menjalani ibadah di bulan istimewa yang dikurniakan khas untuk umat jujungan Nabi Muhammad s.a.w., amin.

Lebih sebulan lamanya, rindunya saya untuk berceloteh di PERMAI KASTURI walaupun hampir setiap hari saya melayari internet tetapi kesibukan berkerja, Ketidakmampuan berkarya disebabkan keletihan fizikal dan mental yang di luar jangkaan menghalang terbitnya ide-ide bernas untuk menyelubungi minda. Setiap kali memikirkan isu untuk diperkatakan, saya akan terus dibuai ke alam mimpi.

Pada hari khamis, 20 Ogos 2009 yang lalu, Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh, menyambut "Hari Kualiti" nya. Banner sambutan hari kualiti di gantung di pintu masuk utama bagi menggantikan banner sebelumnya yang memaparkan barisan wajah-wajah mereka yang bertanggungjawab bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan produk di Pusat latihan Perguruan itu. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur yang mengatur majlis tahunan itu sebaik mungkin di zaman kegawatan ekonomi. Penyediaan dan pembacaan ikrar kualiti yang panjang lebar bertujuan menagih warga IPG Ipoh mengamalkan kualiti di segenap ruang lingkup perkhidmatan dan penampilan diri mereka dibaca oleh para hadirin dengan penuh semangat. Tahniah juga kepada barisan penerima "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ", APC. Dr. Ismail Zain, tokoh motivasi kementerian Pelajaran Malaysia, pensyarah Jabatan TMK telah bertungkus lumus menyampaikan ceramah "berkualiti" kepada warga Dewan Seri Melati yang terdiri daripada para pensyarah sebagai golongan cerdiakawan dan staf bukan akademik iaitu kumpulan pekerja yang tidak kurang pentingnya, yang merupakan nadi jentera pentadbiran dalam sesebuah organisasi. Seperti biasa, dalam mana-mana penilaian dan pertandingan, telah menjadi adat, mereka yang diberi penghargaan tinggi tersenyum lebar bagi menggambarkan kebahagiaan jiwa. Mereka yang menyaksikan majlis "gilang gemilang" itu pula ada yang tersenyum simpul dan terdapat juga mereka yang melemparkan senyuman kelat. Allah sahaja yang Maha Mengetahui lintasan hati pemilik-pemilik senyuman tersirat itu.

Yang sudah pasti, pemilihan untuk APC atau sebarang penilaian komprehensif terhadap kejayaan seseorang bukanlah sesuatu yang mudah kerana kualiti merupakan pengukuran tahap kecemerlangan, sesuatu yang subjektif dan bergantung kepada banyak faktor yang memerlukan penelitian dan kawalan rapi. Dalam hal ini, tanggungjawab pihak kepimpinan untuk menyediakan segala jenis kemudahan dan persekitaran yang baik bagi meyuburkan kualiti dalam perkhidmatan (Pembinaan Insan Guru) dan penghasilan produk (Insan Guru Berkualiti), tidak boleh diremehkan. Di antara elemen-elemen tersebut ialah penyediaan prasarana yang baik, suasana fizikal dan ruang berkerja yang sama kondusif, agihan tugas yang saksama dengan merujuk kepada tabii subjek yang diajar, suasana persaingan yang positif, kesamaan peluang untuk memajukan diri, menyantuni para "whistle blower" dalam "check and balance" demi penambahbaikkan organisasi dan kejelasan kerja dalam satu pasukan. Setiap mereka yang dipimpin pula harus dilihat mempunyai potensi yang sama hebat dengan sumbangan mereka tersendiri bagi kecemerlangan organisasi.

Soal kepimpinan bukanlah isu yang boleh dipermain-mainkan kerana kedudukan pemimpin yang 'adil amat mulia dan tinggi di sisi Allah. Justeru, kepimpinan bukan satu keistimewaan(privilage)malah suatu tanggungjawab yang amat berat yang terpaksa dipikul dan pasti akan dipersoalkan kelak. Setimpal dengan bebanan kepimpinan, ganjaran kepada seorang pemimpin yang 'adil sungguh lumayan dan mahal harganya. Doa golongan istimewa ini dikabulkan Allah akhirnya. Pemimpin yang 'adil adalah di antara mereka yang mendapat naungan 'Arasy Allah di akhirat kelak, ketika tiada tempat berlindung kecuali naunganNya.

"Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu; doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, Allah s.w.t akan berfirman: 'Demi kemuliaan-Ku, Aku akan menolongmu..."
(Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Di Universiti Ramadhan yang kita semua bakal graduannya nanti, turut dituntut menitik beratkan kualiti ibadah. Sememangnya, mudah memberi nasihat dan bermain kata-kata daripada melaksanakannya, semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan memberi kekuatan kepada kita dalam berpesan-pesan dan mengamalkan pesanan tersebut.

Puasa yang berkualiti akan terkesan kepada semua jenis amalan kita di luar bulan Ramadhan. Sujud kita, sujud berkualiti. semasa bersujud memikirkan perkara-perkara akhirat, tidak terpaut dengan hiasan dunia serta tidak mengingatkan ibadah lain selain daripada bersujud. Doa kita, doa berkualiti. Menurut Abdul Hamid Al Bilali dalam buku "Taujih Ruhiyah, jilid 2, Di antara ciri-ciri orang bersujud, mereka berdoa dengan
1) mengingati dosa-dosa lalu dan berharap diampunkan
2) mengingati dosa-dosa sekarang dan khuatir ia mempengaruhi amal-amal shalih
3) mengingati amal-amal shalih takut tidak diterima
4) mengingati orang-orang shalih, amalan mereka dan berharap disatukan bersama mereka
5) meminta keperluan dunia dan yakin Allah kabulkan
6) takut akan su'ul khotimah
7) berharap terus bertahan keshalihan, ketaqwaan dan bertaqarrub kepada Allah

Alhamdulilah, Allah masih memberi kita peluang untuk beramal di bulan Ramadhan kali ini. Telah ramai sahabat-sahabat dan ahli keluarga meninggalkan kita menjelang tiba nya bulan yang mulia ini. Justeru itu, marilah sama-sama kita menghindarkan diri daripada tabiat melengah-lengahkan mengerjakan kebaikan dan berhasrat untuk melakukan pelanggaran sama ada sengaja atau tanpa disedari di luar bulan Ramadan kerana kita tidak memiliki ilmu untuk menjangka sama ada diberi peluang lagi untuk terus beramal hingga ke penghujung Ramadhan ini dan di Ramadhan yang akan datang. Allahu 'alam. Selamat Beribadah Di Bulan Ramadhan Al Mubarak, Semoga Diterima Allah, amin.

Monday, 13 July 2009

Indahnya Islam, Indahnya waktu bersama...


Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam persahabatan


Dua hari ahad berturut-turut saya telah meluangkan masa untuk bersama saudara-saudara baru kita (revert sisters). Suatu pengalaman dan keseronokan luar biasa telah menjadi ketagihan, dengan menggarap kemahiran berinteraksi dengan mereka yang dahagakan Islam. Cabaran utama ialah penggunaan gaya bahasa yang mudah dan berhujjah secara kognitif yang perlu diperkayakan dengan pelbagai analogi.


Hari ahad yang pertama, saya menghabiskan masa di bandar DiRaja Kuala Kangsa bersama Nuratiqah Abdullah @ Shanty. Seorang pelajar kolej perubatan "MasterSkills", semester ketiga. 'Atiqah yang berasal daripada Kucing, Sarawak tinggal di Permai Lake View apartment, Hulu Kinta. 'Atiqah pernah berkerja sebagai operator kilang di Pulau Pinang dan mengenali Wan Nadiah (Kak Adi) dari USM. Saya menghubungi 'Atiqah melalui SMS sejak tahun lepas lagi berbekalkan nombor telefon yang diperolehi daripada Neena Umi . Awal tahun ini, 'Atiqah telah bersedia menemui saya dan kami makan malam bersama untuk beberapa kali. 'Atiqah juga pernah bermalam di rumah, outing ke Cameron Highland dan menemani saya ke jemputan walimah. Hubungan bertambah erat dan mesra. 'Atiqah sedang belajar iqra' sering merujuk saya sebagai kakak angkatnya kepada kawan-kawannya.



Hari ahad yang lepas, gembiranya saya tidak terkata apabila dipertemukan dengan seorang saudara baru, Jubaidah Abdullah daripada Bostwana, Afrika. Seorang pelajar pharmasi UniKL tajaan kerajaan Bostwana juga di semester ketiga. Walaupun daripada Afrika tetapi kulitnya lebih cerah daripada saya. Mendiang ayahnya seorang Filipina. Ayah tiri dan ibunya ialah ahli perniagaan Bostwana. Jubaidah tinggal dengan kawan-kawan beragama kristian seramai 27 orang di kondominium mewah di Bercham. Nikmat dan rahmat ikatan keimanan dalam Islam dilimpah-ruahkan di segenap penjuru hati kami dalam pertemuan itu. Hafsah Chung Abdullah turut serta bersarapan dengan kami di Dulang Coffee House, Hotel Excelsior. Hafsah seorang guru mandarin dan bahasa melayu di SMK Raja Chulan. Terasa bagai telah mengenali satu sama lain sejak dulu lagi. Allah telah permudahkan segala urusan kami pagi itu. Saya sungguh bahagia menatap wajah-wajah tenang lagi bercahaya mereka yang disulami dengan gelak ketawa semasa kami berbual. Pertemuan pertama saya dengan Hafsah ketika saya dijemput mengendalikan ceramah motivasi "Remaja Hanya Sekali" kepada sekumpulan ahli Puteri Islam Raja Chulan pada tahun lepas. Kami kerap SMS dan bertemu di rumah Hafsah. Ibu Hafsah yang berusia dalam awal 80-an yang sakit tua tidak boleh ditinggalkan bersendirian. Hafsah merupakan anak tunggal dan mempunyai seorang abang angkat (juga berbangsa Cina) yang bergilir dengannya untuk menjaga ibu mereka.



Allah telah menghamparkan seluas-luas peluang untuk saya melakukan kebaikan dengan menyantuni ketiga-tiga saudara baru ini. Saya banyak berkongsi ilmu dan membekal bahan-bahan bacaan kepada mereka. Hafsah mendampingi seorang rakan guru yang banyak memberikan bimbingan manakala Jubaidah menghadiri kelas bimbingan agama di Green Town. Cuma Nuratiqah yang perlukan jadual bimbingan yang lebih teratur yang sedang saya usahakan. Mereka yang sungguh istimewa ini merupakan suatu anugerah kepada kita. Ketiga-tiga mereka berfikiran terbuka, positif serta berpegang teguh kepada prinsip. Kesemua mereka berasal daripada agama kristian. Mereka berdebat dengan paderi masing-masing tentang konsep rapuh "trinity" dan tidak berpuas hati dengan jawapan yang tidak konsisten paderi-paderi mereka hinggalah mereka menemui hidayah Allah, Allahuakbar!. Segala kekusutan fikiran mereka selama ini terongkai sudah setelah menemui jalan pulang yang mereka cari-cari, Alhamdullilah. Sebagai tambahan, Nuratiqah pula terpesona dengan disiplin yang dianjurkan oleh Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang diterima oleh Allah. Hafsah, Nuratiqah dan Jubaidah ini golongan terpilih, terpilihara dan sunggung beruntung. Allah memilih mereka untuk bersama-sama kita dalam usaha-usaha meninggikan kalimah Allah bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia sejagat.


"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". (Al Ikhlas: 1-4)



"Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan."
(A-li Imran:83)




"(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Ar Ruum:30)

Sungguh Islam ini untuk orang-orang mahu berfikir dan sentiasa aktif berfikir akan kehebatan ayat-ayat (tanda-tanda) Allah. Keimanan pula perlu dicari, sentiasa dipelihara, dipupuk dan dibajai. Mereka yang malas berfikir, mengabaikan nikmat-nikmat keislaman, terus lalai, dibuai dengan permainan syaitan durjana dan tidak mampu menolak keinginan nafsu jahat, mengundang azab Allah. Mereka tidak mampu melihat cahaya keimanan, Allah telah memasang halangan / dinding pada hati, fikiran dan pandangan mereka. Mereka tenggelam punca, kabur matlamat hidup akibat kesan pemahaman ketauhidan Allah yang lemah. Kesannya, segmen dalam masyarakat kita tanpa mengira golongan remaja ataupun dewasa telah dihanyutkan dengan pelbagai Illah yang menggelapkan kehidupan dan tanpa mereka sedar terheret ke jurang kebinasaan. Maka lahirlah pelbagai program yang disusun untuk menyedarkan mereka kembali ...tanggungjawab ini terpikul di bahu kita semua...contohnya program ABJZ: Anda Bijak Jauhi Zina...

Allahu Alam, setakat ini dahulu. Terima kasih kerana sudi menziarahi PERMAI KASTURI !!!

Monday, 22 June 2009

Seronoknya bercuti...



Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam persaudaraan


Para pembaca budiman...


Tiga minggu lamanya saya bercuti daripada menjalankan tugas-tugas rasmi di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), kampus Ipoh. Sepanjang dua minggu saya memperuntukkan masa untuk menulis cerpen "Ayah Penyuluh Hidupku". Saya dapati agak sukar untuk bercerita tentang Abah yang tersayang berbanding dengan cerita Emak yang dikasihi. Bukan gender bias tetapi itulah hakikat. Mungkin kita lebih rapat dengan ibu. Sejak dalam kandungannya hinggalah kita dewasa, kita banyak mendampingi ibu berbanding ayah. Kedua-dua mereka penting dan sama banyak jasanya kepada kita. Ibu bertarung nyawa untuk melahirkan kita di dunia. Ibu lebih memahami serta mahir soal-soal pendidikan dan jiwa berbanding Ayah. Syeikh Amru Khalid menghujahkan fenomena ini dengan menyatakan kaum hawa dicipta Allah daripada tulang rusuk nabi Adam (as) semasa baginda sedang tidur. Sebab itu, kaum wanita mampu menahan kesakitan waktu bersalin dalam keadaan jaga dan lebih ramai wanita terlibat dalan sektor pendidikan, kejiwaan dan kekeluargaan berbanding kaum lelaki yang lebih tertumpu kepada kerjaya yang berkait rapat dengan alam semula ladi dan tanah. Allahu 'alam.

"Ya Allah, ampunilah aku, kedua ibubapaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil. Ya Allah peliharalah mereka, muliakanlah mereka, perelokkanlah kesihatan mereka, terimalah segala kebaikan mereka, panjangkan umur mereka dalam kebaikan, kumpulkan kami semua di dalam syurga FirdausMu...wahai Tuhan yang Maha Pengasih, amin."


Di samping itu saya sibuk memeriksa skrip jawapan SCE 3111: Evaluation in Science Teaching di minggu pertama "Key in" markah dan mengawas peperiksaan di awal minggu kedua. Begitulah tugas pendidik, cutinya tidak seperti pekerja di sektor lain. Pengorbanannya kepada organisasi tetap dituntut sepanjang masa dengan upah yang tidak setimpal dengan jasa yang mereka taburkan malah ada yang memandang sinis tentang cuti yang mereka nikmati bersama pelajar. Hanya Allah jua yang mencukupkan ganjaran kelak, amin. Saya sengaja tidak mengundang "vitamin W" pada musim cuti kali ini. Biarlah beri peluang kepada mereka yang lebih memerlukan daripada saya. Hasilnya fikiran dan jiwa saya lebih sejahtera. Saya juga mengambil peluang untuk melakukan spring cleaning, mengemas pohon-pohon hijau dan flora di laman Barokah yang agak terbiar disebabkan kesibukan tugas harian. Moga-moga saya tergolong dalam mereka yang melakukan kebaikan yang kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu dan ketiadaannya dirindui selalu. Bukanlah hendaknya saya tergolong dalam lingkungan mereka yang ketiadaannya menyebabkan orang lain terhindar daripada kejahatan tutur kata dan tindakannya.Wanauzubillahi min zalik.

Saya juga telah melakukan beberapa penambahan kepada listing blog saya. Saya cuba-jaya dulu sama ada lebih berkesan cara ini. Saya berusaha untuk update kan setiap minggu bagi menggarap kemahiran menulis saya. Saya ingin berkongsi hasil pembacaan saya secara terperinci dalam blog bahasa Inggeris : To Smile and Not To Smile dan perkongsian maklumat keguruan dalam Remaja Hanya Sekali. Lawatan dan feedback anda amat dialu-alukan dan dihargai. Terima kasih.

Alhamdulilah, saya juga telah berpeluang lebih mendampingi zamrud dan nilam di taman hati saya di sepanjang cuti kali ini. Masih ramai lagi delima-delima yang masih tidak dapat saya sebutkan lagi di sini. Dengan melihat wajah mereka sahaja, jiwa menjadi tenang. Apabila berbicara dengan mereka, kesejahteraan terasa, ilmu bertambah dan mereka mengingatkan kita tentang kematian.
Tidak dapat nak digambarkan, diucapkan dengan menyusun huruf-huruf kekunci lab top ini, betapa cemasnya hati dan berserabutnya fikiran ini ketika mereka diuji Allah dengan musibah. Kesedihan mereka merupakan kesedihan kita, keperitan mereka adalah keperitan kita, senyum tawa mereka menceriakan kita. Hanya bisikan doa dengan iringan linangan air mata yang mampu dizahirkan semasa bermunajat kepada Maha Pencipta lagi Maha Pengasih di atas anugerah yang sungguh bernilai ini. Nilai cinta dan kasih sayang yang tidak mampu ditolak dari pemberian seorang sahabat. Allah telah memakbulkan doa saya dan menemukan saya dengan sahabat-sahabat yang dapat menolong saya untuk taat kepada Allah. Jazakumullahu khairan kathira Kerisisiah Mohd Daud ( Kak Mah), Noorazila Ngah Ghazali (Noora) dan ramai lagi butiran permata-permata di taman hati.

Rasulullah bersabda di dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
“Seseorang mengikuti orang yang ia cintai”


“Siapa pun orang yang engkau cintai, dialah yang akan bersamamu pada hari Kiamat. Aku mencintai Nabi (s.a.w) dan aku mencintai para sahabat. aku mencintai orang-orang yang suci, terdidik, terhormat, dan beragama. InsyaAllah, engkau pun akan datang pada hari Kiamat bersama mereka. Seseorang akan dikumpulkan dengan orang yang mereka cintai”
(Amru Khalid, 2007).

Amin.



Monday, 15 June 2009


"Sesungguhnya jika orang mukmin bertemu dengan mukmin lainnya, lalu ia mengucapkan salam kepadanya, meraih tangannya, dan berjabat tangan, maka tercerai-berailah dosa-dosa keduanya sebagaimana daun-daun pepohonan yang jatuh berserakan" [ Al Hadis]


"Dan bersabarlah engkau bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini. Janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah kami lalaikan dari mengingati kami, serta menurut hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas" (Al- Kahfi: 28)

Sunday, 7 June 2009

My Dad, My Super Hero...

Sebentar tadi, ketika melepasi detik 12 malam, saya telah menghantar SMS ucapan selamat hari lahir yang ke-73 kepada Super Hero saya . Genap usia Abah 73 tahun hari ini.

Abah tidak mempunyai capaian internet di rumahnya untuk membaca apa yang nak saya kongsikan gambaran ringkas tentang insan istimewa ini dengan para pembaca budiman. Yang penting, Abah tahu saya sangat sayangkan Abah. Walaupun saya tidak terlafazkan secara verbal namun saya pernah menyatakannya melalui SMS (terima kasih kepada perkembangan teknologi moden...sebagai penyelamat!).

Bagi saya, di dalam dunia ini, tiada lelaki yang paling handsome macam Abah, paling manis senyumannya daripada Abah, paling macho macam Abah, paling gentleman macam Abah, paling merdu dan gemersik suaranya macam Abah. Paling dahaga kepada pengetahuan seperti Abah...

Abah yang kuat semangat ini, mula berkhidmat sebagai Askar Melayu Di Raja Malaysia atau Tentera Darat Malaysia, batalion ke-4 pada 25 November 1956 iaitu setelah 20 hari kakak sulong saya, Noraini dilahirkan. Tahukah pembaca yang dirahmati Allah sekalian, saya dan kakak saya berkongsi tarikh lahir? Ya benar...5hb November. Emak mengandungkan saya setelah Abah pulang daripada misi Pengaman Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), UNOC, di Congo pada 1961. Abah bersara wajib daripada perkhidmatan tentera pada tahun 1979. Darah kesastriaan terus mengalir ke dalam tubuhnya hingga ke hari ini. Tiada perkara yang cukup membanggakan dan membahagiakan Abah daripada bercerita pengalaman serta kemahiran ketenteraannya kepada sesiapa sahaja. Ketiga-tiga anak lelaki Abah, kedua-dua adik saya Sarjan Zuhairi, Pegawai Waran II Zaidee termasuk Allahyarham Roselan, abang saya ialah anggota tentera. Jika bukan kerana nasihat sahabat-sahabat pada tahun 1988, saya sekarang mungkin di KOR Pendidikan sebagai Kapten Norhayati...kehkehkeh! (selingan sekejab...)

Jika pembaca mengikuti perkembangan hasil penulisan kerdil saya di akhbar tempatan dan karya saya di dalam buku Ibu, Madrasah Pertamaku (Beli jangan tak beli..)...sejak dilahirkan, saya ditakdirkan untuk tinggal berjauhan dari Emak dan Abah saya. Kejanggalan dalam interaksi di antara saya dengan kedua ibubapa saya tetap wujud di samping kesungguhan kami untuk menyantuni di antara satu dengan yang lain.

Saya juga tahu, Abah turut sayang pada saya. Hanya keadaan tidak mengizinkan Abah untuk terlalu menzahirkannya kepada saya kerana menjaga hati-hati insan yang begitu rapat dengannya. Rasa cemburu terhadap curahan kasih sayang Abah berpindah kepada saya jelas tergambar di wajah mereka apabila Abah menunjukkan penghargaan terhadap saya. Abah serba salah. Saya memahami perasaan dan tindakan Abah. Permintaan saya ialah Abah sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagian saya sepanjang masa.

"Seseorang yang istimewa bukan yang selalu di depan mata, yang selalu di sisi tetapi dia yang selalu di hati dan diingati dalam setiap bisikan doanya"

"Ya Allah, Ampunilah aku, kedua ibubapaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil. Ya Allah peliharalah mereka, muliakanlah mereka, peelokkanlah kesihatan mereka, muliakanlah mereka, panjangkan umur mereka dalam kebaikan, terimalah kebaikan mereka...wahai Tuhan yang Maha Pengasih, amin...amin ...ya...amin Allah"

“Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya, ke manakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan ke jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan?” [Hadith diriwayatkan oleh Tirmidzi]

Tabiiikkk Sprinnnngggggggg...Abah!

Sunday, 31 May 2009

Sukarnya Untuk Tersenyum...


Sejak akhir-akhir ini agak sukar bagi saya untuk tersenyum. Tapi saya paksakan diri untuk terus tersenyum kepada mereka yang tidak jemu-jemu menyantuni saya dan melakukan seribu macam kebaikan untuk menghiburkan hati saya. Saya hanya tersenyum kepada mereka dan tidak mampu tersenyum kepada yang lain. Walaupun, saya sentiasa mengingatkan diri betapa ruginya jika tidak meraih pahala yang begitu mudah dengan hanya tersenyum...bisnes tanpa modal!...namun saya tetap ingin bersikap jujur kepada diri sendiri: saya tidak akan melakukan sesuatu untuk mengambil hati orang lain dan "kosmetik" atau menghiasi segala tindakan saya untuk menagih simpati manusia pada masa yang sama mendapat kemurkaan daripada Allah. Wanauzubillahi minzalik.


Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui, Maha Memahami dan Maha Menyaksikan gerimis jika bukan tsunami, yang melanda jiwa saya. Hanya kepada Allah saya mengadu dan meletakkan pergantungan serta harapan kerana saya yakin sebenar-benar yakin bahawa Allah sedang dan sentiasa mendidik saya...Allah Maha Perkasa, Allah Maha Berkuasa...segala yang berlaku dan akan berlaku adalah di dalam pengetahuanNya dan menurut ketetapanNya.


"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri."

(Ali Imran: 160)


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar)"

(At Taghaabun:11)


Rasulullah pernah bersabda:

"Ketahuilah bahawa seandainya seluruh umat manusia itu berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu berupa sesuatu, nescaya mereka tidak akan mampu memberikan manfaat kepadamu selain berupa sesuatu yang telah ditetapkan Allah bagimu dan seandainya mereka semua berkumpul untuk mencelakakan mu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan mampu mencelakakan mu kecuali dengan sesuatu yang ditetapkan Allah atasmu"


Saya menjadi tersentak dengan terlalu banyak The Unspeakable Act yang berlaku di sekeliling saya. Tindakan-tindakan yang meruntun jiwa saya apabila mereka yang pada suatu ketika insan yang saya kasihi dan saya menaruh sepenuh kepercayaan telah melakukannya. Di situlah mungkin silapnya saya...terlalu bersungguh-sungguh dalam mengerjakan sesuatu hingga terlupa batas dan had keupayaan diri. Kejujuran saya dikhianati lagi oleh manusia yang saya anggap sebagai sahabat-sahabat saya. Saya peruntukkan masa berharga saya untuk mendengar kesulitan hidup mereka...saya berusaha mententeramkan hati mereka dengan sama-sama menyelami kedukaan dan keperitan mereka, seboleh mungkin...setiap detik dengan sepenuh keikhlasan saya hiburkan dan menggembirakan mereka, saya gembelingkan seluruh kekuatan dalam apa bentuk sekali pun untuk membantu mereka. Bukanlah tujuan saya untuk membunga-bungakan amalan di dalam mana-mana penulisan saya tetapi sekadar perkongsian pengalaman semata mata...Rupa-rupanya mereka bukan sahabat saya...mereka hanya teman di kala mereka memerlukan saya untuk bersedih hati. Rupa-rupanya mereka bersandiwara secara sengaja atau tanpa mereka sedari, di pentas yang mereka pilih dan rasa cukup selesa. Saya hanyalah teman persinggahan bagi memudahkan segala urusan dunia mereka. Alhamdulilah, saya sedar kini dan terima kasih saya ucapkan kepada kalian...sedikit sebanyak kalian telah menceriakan dan membahagiakan saya ketika itu serta menghamparkan peluang untuk saya melakukan kebajikan...yang saya khuatir pahalanya mungkin telah lebur, terhapus, mengalir jauh seperti derasnya air mata saya ketika ini. Walau apa pun kalian masih saudara seislam saya......saya tidak memusuhi kalian...saya memaafkan kalian jika kalian mengerti dan memahami kesan tindakan kalian, kalian tidak memperlakukan sedemikian kepada saya...tetapi saya tidak mampu lagi melemparkan senyuman kepada kalian...
Alhamdulilah, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana...saya disedarkan untuk mengenali kelompok manusia seperti kalian...
Goresan di hati menjadi lambang pengorbanan persahabatan kita yang akan menemani detik-detik perjuangan kehidupan saya hingga ke akhir hayat...
Semoga Allah sentiasa limpahkan kerahmatanNya, kekuatan dan kesabaran kepada saya, amin. Saya akan terus berdoa agar Allah menutup pintu hati kalian untuk tidak mengulangi tindakan "terhormat" seumpama ini kepada insan lain. Allahu 'alam.
Ketahuilah...keangkuhan manusia terserlah apabila mereka meremehkan keupayaan dan menafikan hak manusia lain.
Rasulullah berpesan:
"UMATKU AKAN TETAP BAIK DALAM SEGALA HAL SELAGI IA TIDAK MEMANDANG MEMIKUL AMANAT SEBAGAI SUATU KEUNTUNGAN DAN BERLAKU BENAR SEBAGAI SUATU KERUGIAN"
"KHIANAT YANG PALING BESAR IALAH; ENGKAU MEMBICARAKAN SUATU HAL DENGAN SEORANG TEMAN DAN TEMAN ITU PERCAYA KEPADA ENGKAU SEPENUHNYA, SEDANGKAN ENGKAU BERDUSTA KEPADANYA DALAM PEMBICARAAN ITU."
Petikan kata-kata Anne Morrow Lindberg dalam ruang Thoughts, majalah Forbes, 25 Mei 2009...
"The most exhausting thing in life is being insincere"
"Don't worry if people hate you because the are many others who love and care for you on this earth. But be worried if Allah hates you because there is non other who loves and care for you here and in the akhirat"
(source: article from an internet posting)
Kepulangan kerahmatullah ibu kepada salah seorang sahabat karib saya, Noora dua minggu yang lepas dalam usia Allahyarham Cik Noon menjangkau 80-an banyak menyentuh sanubari saya. Allahyarham seorang yang penyayang, kuat semangat dan fizikal, tabah mengharungi kehidupan di kelilingi oleh ahli keluarga yang amat menyayangi Allahyarham. hingga ke hari ini, saya masih tidak sanggup menjejaki rumah peninggalannya...Allahyarham ketika hidupnya, akan menyambut mesra kunjungan saya dan melontarkan ciuman bertubi-tubi di pipi saya, pada hal saya hanyalah seorang sahabat kepada anaknya yang tinggal jauh..saya tiada pertalian darah dengan Allahyarham tetapi kehangatan kasih sayangnya saya rasakan hingga di penghujung nyawanya. Semoga Allah mengampuni segala dosanya, menerima segala kebaikannya, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan rohnya bersama roh para solihin, amin.
Kak Mah (Kerisisiah Mohd Daud), sibuk dengan aktiviti blood trans-fussion, darah jenis A+ sepanjang dua hari yang lepas, sebagai persediaan pembedahan fibroid dan cyst pada minggu depan. Saya yang berdarah B+ (be positive..pinjam kata-kata Kak iLa) hanya mampu menemani dan mendengar cerita sahaja. Kak Mah ialah seorang lagi insan dari golongan yang sedikit...Mereka adalah sahabat saya di dunia dan di akhirat, insyaAllah. Saya katakan begitu kerana tidak ramai manusia yang memahami saya. Mereka sanggup bersama saya di kala duka dan di kala gembira, menghiburkan hati saya dengan hilai ketawa mereka, tersenyum dengan senda gurau saya, menyantuni dan menggembirakan saya tanpa sebarang syarat. Meraikan kejayaan saya, melihat dan menyalurkan kekuatan saya melalui aktiviti-aktiviti yang mereka canangkan, sedaya upaya berusaha melenyapkan kelemahan saya, menerima saya seadanya. Menasihati, menegur dan membantu saya untuk terus giat dalam perjuangan memuliakan kalimat Allah hingga ke tarikan nafas yang terakhir...berusaha membahagikan saya sepanjang masa...Allah permudahkan segala urusan mereka di atas segala kebaikan yang mereka lakukan kepada saya. "Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui segala yang tersimpan dan terlintas di dada kami...Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib...Usahlah Engkau uji kami dengan sesuatu yang tidak mampu kami tanggung...damaikanlah jiwa kami, pimpinlah segala tindakan kami, peelokkanlah kehidupan dunia dan akhirat kami....permudahkanlah urusan kami...bantulah kami...terimalah amalan kami sebagai ibadah...Allahuma Ya Allah hanya pada mu kami merayu dan meminta...perkenankanlah YaAllah..." Amin Ya Rabbal alamin
Peringatan untuk diri saya dan para pembaca budiman...ayuh teruskan perjuangan kita dengan alasan sifar...rebutlah lima perkara...sebelum datangnya lima perkara ( al hadis)...Allahu 'alam. Setakat ini dahulu...

SMK RAJA CHULAN IPOH:
-CIKGU YATIE: cikgu klas aku masa form4&5..sume owg kate dia garang kire cam cikgu shariffla…tp aku mmg baik ngan cikgu yatie smpi hum menimbulkanla ketidakpuasan hati byk pihak espcially dak klas aku..mcm2 gelaran aku dgr dwg bg kat aku..anak angkatla mcm2..huhu suka ati kowangla kan..dh aku mmg baik ngn cikgu pesal lak nak sakit ati..dah xwat salah napelak cikgu nak marah..tol x cikgu..hehe..well 1st time masuk sek ni cikgu pertama aku kenal mmg cikgu yatiela dh dia cikgu klas aku..n cikgu yatie gakla yg melantik aku jd timbalan setiausaha kelab komputer padahal aku masih baru gile kat sek2 n mmg cam pelik gak..hehe..ha dr c2la yg mule timbul mcm2 ckp2 blakang..tambahlak pas2 dlm klas cikgu stuju aku jd bendahari n aku jd pengawas sekolah pon pas lulus interview ngan cikgu yatie..cikgu yatie ajar maths..wpon aku mmgla xterer maths n ibarat kate lect aku art student mmg alergik maths tp aku akan pastikan aku msti siap homework wlau cmne pon n wpon xterer tp so far aku always lulusla dlm klas..hehe..smpai skang still dpt contact ngan cikgu..cme xjmpe je lg..xpe yg penting misi aku mencari dia slama nih dh bjaya..hehe…thanks cikgu coz bg kepercayaan kat saya slama 2thn jd anak murid cikgu..

Monday, 25 May 2009

Apa katanya setelah menerima anugerah?!


Kata-kata Tokoh Guru JIM 2009: Siti Aishah bt Mahamad


" Salam ikhwah /akhawat seiring sejalan dalam meniti perjuangan kehidupan menuju Allah SWT Semoga kita berada dalam iman dan taqwa kepada Allah SWT Tentu sahabat ternanti-nanti ,hai mana pula tokoh guru jim ni ?


Pada petang jumaat, selepas dapat panggilan ajk MGI ,ana terus mengadu dengan suami "Ya Allah macam mana ni akhi ,MGI nak anugerah tokoh guru pula "? Suami ana bersahaja je "YDP Pahang diarah mencalonkan KW JIM Pahang" .Hmm Geli hati dibuatnya . Walaupun begitu disudut hati rasa kecut perut , bimbang amalan selama ini jadi seperti habuk beterbangan / takut tidak diterima Allah).Cepat- cepat sebut astagfirullah .subhanallah dan alhamdulillah .Memang pengajaran dalam usrah begitu mengesani diri ana , minggu lepas Ukhti Asiah telah menyampaikan pengajaran surah al Fath dari buku tafsir Dr Tuwfik Waie .Moga kita tidak terlalai dengan anugerah dan nikmat dunia.Bila dapat berita gembira @kemenangan Fassabih Bihamdirabbika wastaghfir.Innahu ka na tauwa ba.


"Suami ana bercakap lagi "AJK MGI tu kan ikhwah akhawat kita tentu mereka dah bersyura dan bekerja keras buat yang terbaik untuk kebaikan semua guru" Lega sikit debaran hati ni jazakalahu khair untuk suami yang sentiasa sabar ,memahami dan membantu. JZKK atas keperihatinan dan ukhuwah JKP ,MGI .anak-anak dan ikhwah akhawat fillah .Sahabat yang dirahmati AllahBersama ikhwah /akhawat dalam tarbiyah dan dakwah ini ,ana redha dengan anugerah sebagai "suatu anugerah" meraikan dan mengikhtiraf sahabat dalam konteks hubungan sesama manusia .kerana Allah bukan berdasarkan senarai jawatan /kejayaan .Kita masih ingat JIM organisasi tarbiyah dan dakwah bukan kakitangan perkhidmatan awam/swasta dimana kita di arah menulis dalam borang prestasi tahunan . .Setiap sesuatu ada hikmahnya .


InsyaAllah ekoran daripada anugerah tokoh ini ,kami telah bersetuju untuk menulis dan menerbitkan buku catatan perkongsian pengalaman dakwah di sekolah ( Penasihat PM Dr Umi Kalsom )dan mengalu-alukan semua guru JIM ambil berat tentang tarbiyah diri & keluarga .JOM USRAH ,,JOM BAWA USRAH ,JOM DAKWAH dan JOM MENULIS.( Sebelum ini kak ada menulis juga satu artikel tentang perkongsian dakwah di sekolah boleh lah baca dalam Risalah Pemimpin 9 . JIM , ms 153-163.) Dulu pakai topi guru JIM sekarang tokoh guru JIM ,hai makin rebeh rasa rasa bahu ni .jenaka sikit ya ; nampak macam serius sangat!Kita kena izzah dengan Fikrah syamil yang kita bawa & mesti yakin kita dapat memberi yang istimewa dan terbaik untuk insan yang bersama kita.Jika kita serupa je dengan guru guru lain , mari kita muhasabah diri .Moga Allah terus beri quwwah hingga syahid dijalan ini. .Anugerah !anugerah ! sudah tentu kita semua merindui anugerah syurga yang juga pastinya kerana redha dan Rahmat Allah kepada kita bukan kerana amalan/ kejayaan Walaupun usaha beramal /mencipta kejayaan merupakan jalan-jalan menggapai redha dan rahmat Allah..Segala yang baik datang daipada Allah ,mana yang kurang sedia dinasihati "

Wallahu a'lam .

Sunday, 17 May 2009

Man Versus Women. Who Will Rule, Man Rules?


Pada penghujung bulan April yang lalu, seorang pelajar lelaki mewakili jawatankuasa Speaker’s Corner, dengan nada yang bersopan mempelawa aku untuk menyampaikan pengucapan awam pada keesokan harinya. “Biasa ke buat kerja-kerja last minute macam ni? Tanya ku kepada Firdaus. “Bukan begitu Miss...” Sangkal Firdaus sambil menuliskan tajuk di atas kertas bagi membantu aku menyusun maklumat yang bakal aku sampaikan selama lima minit cuma. Man Versus Women. Who will rule, Man rules?. Aku sempat mengucapkan terima kasih kepada Firdaus kerana memberi peluang untuk aku menyahut cabaran pada tahun ini. Jika tidak, kempunan aku setelah tidak kesampaian hajat ku pada tahun lalu.

Jika Speaker’s Corner di Hyde Park, London memberi kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk berucap selama mana mungkin tanpa batasan tajuk, di IPGM, Ipoh pula konsep Speaker’s Corner agak berbeza. Kekangan masa menjadi faktor utama amalan kebebasan hak dihadkan. Hasrat murni kewujudan Speaker’s Corner untuk menggarap bakat pelajar berkomunikasi khususnya ala-ala pidato dalam semua jenis bahasa di kalangan pelajar sewajarnya mendapat pujian semua warga pelajar IPGM, Ipoh. Setakat ini, sambutan daripada para pelajar di kalangan unit Bahasa Inggeris yang menjadi pemidato dan pendengar yang taat pada setiap hari khamis, sungguh mengalakkan. Pernah pada satu ketika, seorang pelajar yang fasih berbahasa Mandarin daripada unit Bahasa Inggeris turut berpidato. Slot ini perlu terus mendapat sokongan semua demi meyuburkan kebebasan bersuara yang sihat lagi terkawal di IPGM, Ipoh.
Saat yang aku nanti-nantikan telah tiba. Encik Ernest, Encik Lim dan Puan Kana turut hadir memberikan sokongan. Dua orang pelajar perempuan terpilih telah mendahului ku memperdengarkan hujah mereka yang lebih tertumpu kepada perbezaan fizikal serta fungsi sosial kaum Adam dan Hawa. “Miss, usually lecturer will be the last speaker...” Jelas Cik Pengerusi Majlis yang sempat aku tegur sapa semasa menunggu giliran ku untuk berucap. Aku akur dan menggangguk sambil tersenyum. Sebenarnya, sebagai seorang guru yang telah berkhidmat lebih daripada 15 tahun di beberapa buah sekolah di bumi Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini, aktiviti sebegini bukanlah sesuatu yang janggal dan sukar bagi ku. Kesempatan berdiri di Rostrum untuk menyampaikan amanat dan pengumuman dalam kapasiti sebagai Guru Disiplin, Guru Kelab Kembara, Guru Bertugas dan pemimpin yang dilantik dalam persatuan sosial berdaftar turut aku manafaatkan sepenuhnya.


Latihan-latihan perolehan kemahiran hidup yang amat bernilai itu ingin aku kongsikan bersama para pembaca budiman dalam bicara Lima Minit Cuma. Berbalik kepada tajuk perbincangan: Man Versus Women. Who will rule, Man rules?. Lelaki dan wanita mempamerkan dua kualiti yang kontra namun berpadu menjadi sebahagian daripada sistem. Perbezaan yang disengajakan oleh yang Maha Pencipta tanpa perlu kepada sebarang pembetulan.

Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami). (Adz-Dzaariyaat: 49)
Lelaki dan wanita sejak azali mempunyai perbezaan yang ketara dalam banyak aspek. Di antaranya, perbezaan semula jadi dari segi rupa bentuk fizikal, keupayaan, kecenderungan, mental, emosi dan physikologi.
Contohnya, kekuatan ingatan kaum lelaki dan wanita turut berbeza. Menurut kajian, setiap 7 minit kaum lelaki auto-delete manakala kaum wanita auto- saved. Kaum wanita dilengkapi dengan organ peranakan untuk melahirkan zuriat keturunan manusia. Kaum lelaki mempunyai kekuatan fizikal luar biasa sesuai dengan fungsi kejadian mereka untuk melakukan kerja-kerja yang berat. Jelaslah bahawa kaum lelaki dan kaum wanita memiliki kekuatan yang sama tetapi dalam kategori yang berbeza. Walaupun kaedah Sains dan Teknologi membuktikan kedapatan segelintir lelaki yang boleh mengandung dan melahirkan anak setelah melalui pemindahan organ peranakan, kaum wanita yang merubah tabiat pemakanan untuk memiliki tubuh sasa mirip lelaki, namun semua itu tidak mampu menandingi ciptaan Allah yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa.
Lelaki dan wanita tidak diciptakan untuk bersaing di antara satu dengan yang lain dalam erti kata yang sempit. Lelaki dan wanita juga tidak diprogramkan oleh yang Maha Bijaksana untuk mendominasi spesies yang berlainan gender bagi mengundang kebinasaan. Ciri-ciri unik dan tersendiri lelaki dan wanita seharusnya difahami untuk mengoptimumkan kehidupan dalam batas-batas yang dibenarkan agama. Dunia ini akan menjadi hambar tanpa lelaki dan tanpa wanita. Lelaki dan wanita yang bersifat complementary, saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain bagi memeriahkan pencapaian matlamat kemenjadian insan.


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujuraat: 13)

Lelaki dan wanita tidak memerintah di antara satu sama lain tetapi saling hormat menghormati hak masing-masing. Kita sama dari segi kedudukan dan pertanggungjawaban bagi menjalankan kewajipan tugas-tugas khalifiah untuk memakmurkan bumi Allah ini.


Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 71)

Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).
(Al-Zukhruf: 43-44)

Pada hakikatnya, kaum lelaki dianugerahkan beberapa keistimewaan daripada kaum wanita, membolehkan kaum lelaki memimpin kaum wanita disamping mereka. Kaum wanita bukan diciptakan untuk diperintah oleh kaum lelaki untuk menuruti arahan dan kehendak mereka.


Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka...(An-Nisaa’:34)


Kita berinteraksi dengan kaum lelaki dan kaum wanita dalam kehidupan harian kita. Sama ada kaum lelaki dan kaum wanita di kalangan kaum kerabat kita atau rakan-rakan seperjuangan kita atau rakan-rakan sejawat kita. Kita tidak semestinya perlu hidup bersama seorang lelaki atau seorang wanita untuk memahami mereka. Kerana bukan semua manusia diuji dengan perkahwinan. Allah yang menciptakan manusia Maha Mengetahui kemampuan setiap penciptaanNya. Yang pasti, kita berusaha memahami di antara satu sama lain walaupun dalam banyak ketika kita sering melakukan kesilapan. Sifat kejadian manusia yang bersifat pelupa tidak akan sunyi dengan kesilapan. Yang penting, kita tidak sengaja melakukan kesilapan atau mengulangi kesilapan yang sama secara berterusan. Sebab itu kita perlu kepada peringatan sepanjang masa.


Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(Al-‘Asr:1-3)


Sebelum Aku mengundurkan diri, aku menyarankan beberapa koleksi buku dalam simpanan ku sebagai bahan bacaan kepada pendengar. Man Are From Mars, Women Are From Venus oleh John Gray, PhD, Men Made Easy oleh Kara Oh, PhD dan Are You The One For Me oleh Barbara De Angelis, PhD. Terima kasih penganjur Speaker’s Corner.

Saturday, 14 March 2009

"We plan but Allah is the BEST Planner" !


Terima kasih kerana masih sudi mengunjungi "PERMAI KASTURI". Baru ada kesempatan untuk mengetuk-getuk papan kekunci ini setelah selama sekian lama tenggelam dengan kesibukan tugas serta tanggungjawab harian yang tidak akan pernah selesai. Para pembaca yang dimuliakan Allah...saya tersenyum gembira apabila ada di antara anda yang melemparkan kata-kata perangsang semasa bertemu dengan saya dengan menyatakan kunjungan anda ke sini. Ada juga yang menzahirkan kerinduan kepada kata-kata nasihat saya dan kehadiran saya. Alhamdulilah. Masa yang anda luangkan itu amat saya hargai. Semoga, tulisan saya dan tatapan anda kepadanya dikira sebagai ibadah kita, amin.Teruskan sokongan anda itu. Harapan saya, sudilah apa kiranya meninggalkan kesan lawatan anda dengan memberi sedikit komen atau cadangan atau cetusan pandangan tentang apa sahaja yang terkesan di sanubari serta minda anda. Respon anda sungguh bermakna bagi membantu saya meningkatkan lagi sumbangan sosial dan kemahiran penyampaian maklumat melalui penulisan.
Sebagai insan yang jelas matlamat hidupnya, kita meyusun dan mengurus kehidupan kita sesuai dengan matlamat hidup kita. Namun, apa yang kita rancangkan
tidak semestinya semua akan terlaksana seperti mana yang kita harapkan kerana manusia hanya mampu merancang tetapi Allah ialah Perancang yang Maha Bijaksana dan Perancang yang terbaik.
Saya telah hampir sempurna melakukan persiapan-persiapan seperti menyediakan segala dokumen termasuk proporsal penyelidikan yang bakal saya jalankan bagi mengikuti kursus tiga bulan di IPPerlis pada awal Januari yang lepas. Persiapan minda dan emosi telah dilakukan hampir setahun lebih awal. Saya menjelaskan hasrat saya ini kepada sahabat-sahabat, mereka yang rapat dengan saya dan Ketua Jabatan saya agar diambil kira dalam perancangan akademik serta aktiviti-aktiviti sosial saya. Saya tidak ketinggalan untuk memohon restu Allah dengan melakukan beberapa kali solat istikharah agar setiap tindakan saya sentiasa mendapat pimpinanNya. Hasilnya, saya terarah untuk tidak menyertai kursus tersebut walaupun segalanya telah siap di saat-saat akhir termasuklah sahabat-sahabat yang memberikan persetujuan untuk menjenguk "BAROKAH" dan menyiram warga floranya semasa ketiadaan saya nanti. Walau apa pun saya akur dengan ketetapanNya dan meneruskan perjuangan kehidupan harian saya dengan cara penuh terhormat yang mungkin. Saya rasa tidak selesa pada mulanya dengan keputusan yang saya buat khususnya kepada Ketua Jabatan R & D, IPIP kerana beriya-iya sangat untuk mendaftarkan diri, alih-alih tidak jadi pula di saat terakhir...tetapi saya gagahkan diri dengan pendirian saya dengan menaruh sepenuh kepercayaan kepada isyarat solat hajat dan istikharah saya.
Apakah untungnya saya berdusta wahai pembaca budiman? Helah untuk membela diri? Wanauzubillahi min zalik. Kita semua tahu kesannya jika kita berdusta. Sifat berdusta sinonim dengan sifat munafik! Orang yang berdusta akan kehilangan kepercayaan manusia, mengakibatkan kutukan dan celaan di samping boleh melukakan maruah seseorang.
Hadis:
"Sesungguhnya seseorang itu akan berkata-kata dengan kata-kata yang tidak diperiksanya terlebih dahulu, yang menyebabkan dia tergelincir oleh kata-kata itu di dalam api neraka yang jauhnya sejauh antara barat dan timur"
Ahli hikmah berkata bahawa enam perkara menunjukkan kebodohan:
1) Marah yang tidak ada tempatnya
2) Bicara yang tidak berguna
3) Pemberian yang tidak pada tempatnya
4) Membuka rahsia kepada orang lain
5) Percaya kepada semua orang
6) Tidak dapat membezakan antara kawan dan lawan
Ja'far al-Sadiq r.a. berkata kepada anaknya:
"Jangan kamu bersama dengan tiga golongan ini, kerana Allah murka kepada mereka ini, mereka ini adalah
1) Janganlah kamu bergaul dengan orang bermaksiat kepada Allah, kerana dia telah memutuskan tali antara dia dengan Allah.
2) Jangan kamu bergaul dengan orang yang derhaka kepada ibubapanya, kerana dia orang yang terlaknat.
3) Dan jangan kamu bergaul dengan pendusta, kerana dia akan mendekatkan yang jauh bagimu dan menjauhkan yang dekat daripadamu.
Tiga golongan akan berada jauh daripada Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak. Mereka ialah
1) Penyebar fitnah
2) Orang yang meng'aibkan orang yang tidak berdosa
3) Orang yang memutuskan hubungan orang yang sedang berkasih-kasihan (yang di dalam lingkungan syara').
"Ya Allah turunkanlah kepada ku RahmatMu, teguhkanlah imanku dalam lingkungan kebenaran dan bimbinglah hatiku untuk terus menerus mengingati Mu dan limpahkan lah keredaanMu", amin.
Saya pernah menyebut, Allah kurniakan kepada kita apa yang kita perlu dan tidak semestinya memberikan apa yang kita mahu. Setiap yang berlaku ke atas kita merupakan ketetapan Allah, dengan izin Allah dan di dalam pengetahuan Allah.
Kita memiliki sifat-sifat insaniah, kita berasa sayu kerana tidak berupaya untuk bersama mereka yang kita kasihi dan cintai. Kita berasa kecewa kerana tidak memperolehi apa yang kita hajati. Kita berasa hampa kerana usaha kita tidak mendatangkan hasil. Kita berasa dikianati apabila hak-hak kita dicabuli dan sumbangan kita dipandang sepi serta jauh sekali untuk dihargai. Kita berasa harga diri kita direndahkan apabila kita dihina, potensi kita dipersendakan dan dibanding bezakan. Tetapi kita tetap yakin dan akan terus yakin, Allah Maha Mengetahui setiap lintasan hati kita, Maha Melihat segala tindakan kita, sama ada yang dilihat oleh manusia dan yang tersembunyi daripada manusia. Allah tidak akan mensia-siakan segala amalan orang-orang mukmin. Allah sebaik-baik pembela dan pelindung orang-orang mukmin. Setiap yang berlaku ke atas kita bertujuan untuk mendidik kita menjadikan kita seorang yang lebih kental dari aspek fizikal, mental dan spiritual. Hikmah yang tersembunyi dan sesuatu yang luput daripada kita bukan lagi hak kita. Allah akan gantikannya dengan yang lebih baik dan yang lebih membahagiakan kita jika kita reda, sabar serta tidak berkeluh kesah dengan ketetapanNya.
Maksud Surah Al Hadid, ayat 23-24:
"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Allah tidak menyukai orang yang sombong dan menbangga diri iaitu orang-orang yang kafir dan menyuruh orang lain berbuat kikir. Barang siapa berpaling (dari perintah-perintah Allah), maka sesungguhnya Allah, Dia Maha Kaya, Maha Terpuji."
Kita manusia yang jelas matlamat hidupnya...usah cemari setiap tindakan kita dengan riya'.
Bukan mudah untuk menjaga keikhlasan dan membendung diri daripada sikap menunjuk-nunjuk. Riya' pernah menjadi tajuk perkongsian saya di satu ketika dulu sebagai bekalan untuk terus berusaha agar kita tidak terjerumus ke perangkap syaitan durjana serta kuncu-kuncunya.
Biar kita sama-sama menjaga keikhlasan hati dan perbuatan kita agar amalan kita itu dipermudahkan dan diterima oleh Allah sebagai ibadah. Usah sia-siakan usaha gigih dan penat lelah kita kerana ingin mencapai selain daripada keredaan Allah. Bunyinya "skema"...perkataan yang dicipta dan disensasikan supaya manusia boleh pelekeh sebarang kebaikan yang dilakukan dan yang dilihat...untuk merasakan "alergik" untuk memperkata dan melakukan kebaikan. Pada hal, hanya orang-orang yang "skema sahaja : yang menurut segala perintah, suruhan Allah dan menjauhi segala larangan dan kemurkaan Allah", inilah yang beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat. Yakinlah...Manusia boleh lakukan apa sahaja tindakan. Setiap tindakan kita akan dipertanggungjawabkan kelak. Allah Maha Pemurah...Dia akan ganjari sesiapa sahaja yang berusaha gigih dalam melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh...they/we deserve it, walaupun ada di antara mereka mengingkari perintahNya tetapi Dia Maha Penyayang kepada orang-orang mukmin...Allah akan menyempurnakan setiap pembalasan kepada setiap perbuatan hambaNya.
Maksud surah Ali Imran, ayat 185:
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdayakan"
Saya suka untuk mengakhiri perkongsian kali ini dengan memetik kata-kata seorang penulis terkenal berbangsa yahudi yang memeluk Islam, di dalam sebuah buku kecil yang mempunyai 19 muka surat, Why I Embraced Islam by Maryam Jameelah (1982):
"... The Holy Prophet has revealed to me personally and to all mankind for all times in all places, the purpose of human life and what is important and what is not....For the Holy Prophet, the purpose of life was achievement---not enjoyment. Pleasure and happiness in Islam are but natural by-products of emotional satisfaction in one's duties being conscientiously performed for the pleasure of God to gain salvation in life to come...The supreme achievement is to attain, through implicit obedience to Qur'an and Sunnah, eternal salvation in the world to come...."
Allahu 'alam. Sehingga bertemu lagi...

Saturday, 10 January 2009

Segerakanlah Bantuan...Segerakan Pembalasan...

Laknatlah Allah kepada mereka yang menzalimi orang lain...

Ya Allah segerakanlah pembalasan kepada mereka yang menzalimi kami dan saudara kami di Palestin dan saudara kami yang berjuang kerana Mu di seluruh dunia ini ...Ya Allah segeralah bantuan yang nyata dan yang ghaib...limpahkanlah kesabaran kepada kami dan kepada saudara-saudara kami di Palestin dan di mana sahaja mereka berada...

Ya Allah Yang Maha Esa dan Maha Tunggal, yang wujud, Yang Maha Pemurah, yang melapangkan rezeki dan Maha Mulia, yang banyak memberi, yang mempunyai anugerah lagi Maha Kaya dan Pemberi rezeki. Ya Allah yang Maha Mengetahui, Yang Hidup, Yang Berdiri sendiri, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang, Pencipta langit dan bumi: Pemilik keagungan danKemuliaan, Engkau Maha Pengasih Lagi Pemberi, Semarakkanlah diri kami dengan haruman yang baik dari-Mu, yang dapat mencukupkan kami selain Engkau (firman-Nya) "Jika kamu memohon kemenangan maka kamu telah memperolehinya secara nyata, pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat lagi menyenangkan orang-orang mukmin" ...

Ya Allah Yang Maha Kaya dan Terpuji, Yang memulai dan mengembalikan, Yang Pemurah lagi Pengasih, Pemilik "Arasy mulia, yang melakukan apa yang Dia kehendaki. Cukupkanlah kami dengan rezeki yang halal, bukan yang haram, cukupkanlah dengan anugerah-Mu; peliharalah diri kami seperti Engkau menjaga kesucian Al Qur'an dan tolonglah kami seperti Engkau menolong para Rasul; bahawasanya Engkau berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabat sekalian dengan bilangan seju,lah makhluk-Nya, kebaikan 'Arasy-Nya dan tinta kalimat-Nya. Segala pujian tertentu bagi Allah,Tuhan pentadbir sekalian alam. Amin Ya Rabbal alamin...

Sunday, 28 December 2008

Ketidakpastiaan yang nyata...

Ada yang bertanya ke mana saya menghilang buat seketika. Alhamdulilah, apabila ada yang merasakan ketiadaan saya, terasa kewujudan diri ini dihargai. Secara tidak langsung menggambarkan kejayaan saya berinteraksi dengan sahabat handai serta anggota masyarakat. Ia mendorong saya untuk lebih mendalami kemahiran berkomunikasi supaya "connect" dengan lebih ramai insan dan berkenalan serta bertukar-tukar fikiran dengan mereka.

Saya telah diarahkan bermesyuarat akademik di Hotel Goldcourse, Klang selama tiga hari mulai hari Rabu, 17 Disember yang lalu. Bandar Di Raja kesultanan Selangor yang mahsyur pada suatu ketika dulu telah menjelma sebagai "Little Indonesia". Suasana yang kelam dengan kebanjiran pendatang asing ini kurang menghiburkan, alhamdulilah ada pelawaan Ogie ke Shah Alam, hati menjadi girang untuk bertemu Fikri, Faris dan Farhana. Semasa di sana, saya telah diraikan oleh Ogie sekeluarga dengan menikmati makan malam jumaat di Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang. Bahagia nya saya dengan layanan kelas pertama Ogie, menikmati pelbagai juadah makanan laut dan suasana nyaman pelabuhan klang pada waktu malam. Fauzi, suami Ogie bergurau "Nak berjalan jauh memang kena menikmati makan ", kebetulan beliau akan berangkat ke Egypt keesokan harinya atas urusan rasmi sebagai "model designer" bagi syarikat SHARP. Saya seronok berbual dengan Fauzi yang berpengetahuan luas khususnya dalam bidang ekonomi dan teknologi. Banyak input baru yang saya perolehi setiap kali bertemu dengannya. Ogie sungguh bertuah dianugerahkan suami yang "gentlemen", menghargai wanita dan secara zahirnya memahami dan menyantuni wanita, "humble" walaupun berpangkat tinggi, menjelajahi hampir semua pelusuk dunia, memiliki hampir segalanya...isteri yang cantik serta warga korprat yang berjaya, anak-anak yang comel lagi ta'at dan kekayaan harta. Setiap kali saya menceritakan tentang "spiritual journey" saya dan menyebut tentang perjuangan Rasulullah s.a.w, ada sebak dalam pertuturannya. Mereka berdua menjayakan misi kita melalui perniagaan secara terancang. Ogie seorang pensyarah di Institut Perguruan, "full swing" dengan Zhulian mana kala Fauzi pula "all out" dengan "perniagaan teknologi" di samping membantu dan memberi sokongan yang padu kepada perniagaan Ogie. Setiap hari mereka berurusan dengan pelbagai lapisan masyarakat sambil memasarkan produk mereka. Mereka jelas dengan hala tuju dan tujuan mereka. Aset dan kekuatan yang menguntungkan mereka ialah komunikasi yang baik dengan semua orang termasuk pembantu rumah Indonesia yang mereka"pelihara" bertahun-tahun lamanya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan Ogie sekeluarga kerana memperuntukkan masa untuk saya dalam kesibukan tugas harian mereka dan jadual ketat untuk menghantar anak-anak ke kelas renang di musim cuti ini.

Satu perkara yang saya telah gadaikan yang hampir bertahun saya tidak lakukan iaitu memboikot daripada menjamu selera di restaurant makanan segera Amerika seperti McDonald, KFC dan Pizza Hut sebagai protes tindakan mereka menggunakan sebahagian keuntungan untuk menyokong Amerika dan Israel memerangi dunia Islam khususnya Palestin. Saya "cair" dengan undian anak-anak Ogie yang kelaparan selepas satu kelas renang untuk makan tengahari jumaat, 19 Disember di McDonald yang saya sebut sebagai WcDonald ("wek donald" pinjam lawak Mawaddah Abdul Aziz) di seksyen 3, Shah Alam. Saya kurang pasti sejauh mana mereka memahami rasional yang masih tersimpan di hati saya. Saya serahkan saja pada Fauziah Hashim dan Fauzi dalam menanggani isu ini. Mereka lebih mengetahui pendekatan yang sesuai dalam mendidik waris mereka. Saya bermalam di rumah Ogie selepas makan malam di muara sungai Klang. Dia menghantar saya ke tempat mesyuarat pada jam 8:00 pagi dan menjemput saya semula untuk makan tengahari bersama anak-anaknya dan berehat di rumahnya sekali lagi sebelum menaiki bas ke Johor pada jam 3:00 petang.

Saya menghabiskan cuti saya dengan menziarahi Paksu Muhammad Tahir, adik bongsu Abah yang menduda hingga kini dan tinggal bersama enam orang anak-anak remajanya di Taman Universiti, Skudai. Di sana, saya mengambil kesempatan juga untuk menziarahi sepupu saya, Puan Rosnah binti Mat di Kluang. Saya tidak menyangka sambutan hangat sepupu saya sekeluarga kali ini khususnya dalam memperkenalkan "Kluang Railway Coffee" di kopitiam terkenal yang hanya lima minit berjalan kaki dari kediamannya. Saya pun tidak melepaskan peluang langsung untuk melayan anak tekak saya dengan aroma kopi yang menyelerakan dan hidangan "bun & Butter" yang sungguh lazat di stesen keretapi Kluang. Di Bandar Baru Ipoh (bersebelahan dengan stokis Zhulian), terdapat cawangan kopitiam ini tapi suasana dan kelazatannya tidak akan sama seperti pengalaman sendiri di Kluang.

Banyak perkara yang saya amati di Johor Darul Takzim khususnya. Saya terus berfikir dan merasa hairan semasa perjalanan pulang ke Ipoh pada hari Natal...kenapa sebahagian manusia alergik kepada kemuliaan malah ramai yang bangga dengan "pelanggaran-pelanggaran" batas yang mereka amalkan. Sepatutnya manusia yang berfikiran waras mengejar kemuliaan. Bersyukur dengan limpahan nikmat kesihatan, kekayaan material dan keupayaan berkasih sayang sesama insan yang dianugerah oleh Allah yang Maha Berkuasa lagi Perkasa. Jika kita mengasihi seseorang, kita akan mengambil hatinya setiap masa, kita akan lakukan apa sahaja untuk membahagiakan dan menggembirakannya. Kita tidak akan cuba sedaya upaya untuk tidak menyakiti hati nya dan jauh sekali melakukan perkara-perkara yang akan mencari kemarahanya. Ada kalanya, kita rela tersiksa dan menderita demi merelakan orang yang kita kasihi itu bahagia. Itulah sebenarnya penilaian dan harga cinta dan kasih yang sejati. Bukan ingin membandingkan cinta manusia dengan cinta kepada Allah kerana tidak layak kita lakukan seperti itu. Tapi sekadar analogi bagi melontarkan padangan tentang hakikat cinta hakiki kita terhadap Allah, Pencipta kita. Kita ingin Allah kasih kepada kita, kita lafazkan cinta kita kepada Allah yang tidak berbelah bahagi tetapi pada masa yang sama tindakan kita tersasar dan tidak mencerminkan cinta kita kepada Allah.

Kita tidak semesti perlu melakukan perubahan jika tidak perlu. Tetapi yang pasti, kita perlu melakukan penambahbaikkan. Jika kita pernah melalui kegagalan dalam liku-liku kehidupan...Janganlah mudah berputus asa kerana kegagalan sebenarnya merupakan kejayaan yang tertangguh. Sempena sambutan tahun 1430 hijrah ini, marilah sama-sama kita melakukan penilaian dan disusuli dengan penghijrahan dalam apa bentuk sekali pun bagi penambahbaikan diri yang berterusan dengan sisa-sisa kehidupan yang masih dibenarkanNya. Semoga Allah sentiasa memberi kita kekuatan dan kemudahan serta memimpin setiap tindakan semasa dan masa depan kita. Fikiran kita tidak mampu menjangkau apa yang Allah habuankan untuk kita...yang pasti kita memohon agar Allah mengurniakan apa sahaja yang kita mampu lakukan dan Allah melimpahkan kesabaran yang tinggi dalam mengharungi kehidupan seterusnya yang tidak dapat kita gambarkan dan tiada kepastiaannya...hanya pada Allah kita berserah diri dan meletakkan pengantungan sepenuhnya. Biar Allah golongkan kita dalam mereka yang meredai dengan ketetapanNya dan mematikan kita dalam Iman dan Islam.

" ...Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadan muslim (berserah diri kepada-Mu)"
Surah Al A'raf: 126.

''...Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan"
Surah Al A'raf: 56

Hadis riwayat Tirmizi:
"Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling panjang umurnya dan baik amalannya. Dan seburuk-buruk manusia adalah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya"

"Change is the law of life and those who change look only to the past or present are certain to miss the future." (John F. Kennedy)

Allahu 'Alam. Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1430H.

Monday, 15 December 2008

Bunga-bunga hiasan dan permata di Taman Hati...Siri I



Salam...


Para pembaca yang budiman lagi dikasihi sekalian...


Bukan mudah untuk meneruskan perjuangan hidup ini tanpa sistem sokongan yang kukuh khususnya bagi seorang wanita yang meniti usia empat puluhan dan melakukan persediaan untuk menuju ke alam warga emas. Aset seseorang wanita ialah umurnya. Kesuburannya menurun apabila umur semakin meningkat. Secara fitrah dan biologinya seseorang wanita mencapai kemuncak umur kematangan fizikalnya dengan tribulasi emosi pada umur 35 tahun. Pada ketika itu, kaum wanita seolah-olah mencapai akil balikh untuk kali kedua (rejuvenate). Setelah menghampiri usia empat puluhan, kaum hawa akan melalui perubahan fizikal, kesihatan dan "hormone imbalance". Para remaja dan mereka yang masih berusia awal tiga puluhan tidak akan memahami perubahan yang dialami oleh wanita di usia empat puluhan. Pada ketika usia empat puluhan, wanita lebih sensitif.., rakan dan sahabat sejantina memainkan peranan lebih penting dalam hidup mereka. Keperluan untuk berkawan menjadi lebih mendesak ketika itu. Memilih siapa kawan kita pada ketika itu amat penting bagi menjamin kesejahteraan dunia dan akhirat. Dunia kita perlu terbuka dan luas...lingkungan teman-teman kita juga perlu pelbagai. Otak manusia yang bersifat sosial secara semula jadi akan dioptimumkan setelah bergaul dengan lebih kerap dengan insan-insan berilmu lagi 'alim. Latihan minda (intellectual exercise) akan memantapkan lagi fungsi otak dengan bersosial secara positif dan sihat.





Allah tidak menzalimi kita. Allah Maha Kaya. Dia menjadikan seisi alam ini untuk kegunaan dan bekalan untuk kita manfaatkan semasa kita singgah di alam syahadah ini. Pasangan hidup yang sepatutnya mendamaikan hati, anak-anak yang ramai yang membahagiakan kita, ahli-ahli keluarga sentiasa menyokong kita, usaha yang berterusan untuk mengumpul harta benda yang tidak pernah cukup dan tiada kesudahannya serta kesibukan yang kita "cipta" bagi mengisi usia yang semakin pendek dan akan berakhir pastinya.





Sama ada kita diuji dengan perkahwinan atau pun ditakdirkan membujang sepajang hayat, kita semua mempunyai misi yang wajib dilaksanakan. Memakmurkan bumi ini dengan kalimah Allah. Pengganti Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan risalah Islam dalam apa saja bentuk dan cara yang kita terdaya. Kalimat ini akan sentiasa diulang-ulang di Permai Kasturi ini sebagai peringatan bersama. Allah juga memberikan kita peluang untuk membuat pilihan sama ada untuk melaksanakanya atau tidak. Jika kita seorang yang waras, kita akan sentiasa memburu ilmu bagi membantu kita untuk terus menerus membuat keputusan yang tepat di samping berusaha melaksanakan misi kita menurut kemampuan dan batasan yang kita ada. Kita menghadapi risiko dengan setiap pilihan kita buat. Kita juga diberi habuan masing-masing. Jika ditakdirkan Allah tidak dikurniakan pasangan hidup di dunia ini...cukuplah Allah membahagiakan kita dengan menganugerahkan para sahabat yang sejati.

Rasulullah berpesan:


"Barangsiapa bersaudara dengan saudara kerana Allah ta'ala, maka Allah mengangkat darjatnya darjat di syurga yang tidak dia capai dengan sesuatu daripada amal perbuatannya"


"Mukmin itu menyukai dan disukai. Tak ada kebaikan pada orang yang tidak menyukai dan tidak disukai"


"Life is all about making choices". Semua orang berhak membuat pilihan mengikut keperluan dan keselesaan hidupnya. Saya seorang yang memilih. Saya akan berusaha mendampingi dan bermesra dengan semua orang. Tetapi hanya mereka yang terpilih sahaja yang akan saya raikan sebagai rakan dan sahabat. Persahabatan saya bukan untuk sehari dua..bukan untuk keperluan semasa sahaja tetapi diusahakan berkekalan hingga ke akhirat, di Syurga Allah, insyaAllah. Saya setia dengan persahabatan. Keluarga sahabat dan teman saya juga merupakan sahabat saya. Saya akan melakukan apa sahaja dengan sebaik mungkin demi menyuburkan persahabatan yang terjalin. Saya bukan ingin bergantung kepada anda tetapi memadai anda sebagai elemen yang membahagiakan saya...menyebabkan saya ketawa dalam banyak hal dan suasana...mendamaikan hati saya...menghilangkan keluh kesah saya...menerima saya seadanya...menjadi pendengar yang baik...seboleh mungkin membantu dan meyokong dalam usaha-usaha saya dalam merealisasikan misi hidup kita...sebolehnya juga berada di samping saya walaupun tidak melakukan apa-apa ketika saat-saat getir...penasihat saya di waktu senang dan sukar...teman berbicara dalam perbagai aspek kehidupan dan meningkatkan daya intelektual saya. Saya juga akan cuba sedaya upaya menjadi teman dan sahabat yang seperti ciri-ciri yang saya harapkan dari seseorang sahabat itu.
Pada saya persahabatan mempunyai nilai yang tinggi. Saya menghargai persahabatan walau bagaimana rapuh ia sekali pun. Orang yang tidak menghargai saya bermakna tidak menghargai persahabatan saya. Imam Al Ghazali menyatakan "Saling sayang dan cinta kerana Allah dan persaudaraan dalam agama itu termasuk ibadah paling tinggi. Hal itu termasuk buah mulianya akhlak"

Allah berfirman dalam surah Al Anfal, ayat 63 yang bermaksud:
"Walau bagaimanapun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka"

“Sehingga apabila dia menjadi dewasa dan cukup umurnya empat puluh tahun, berkatalah ia: ya TuhanKu! Berikanlah aku daya untuk mensyukuri kurniaMu yang telah Engkau kurniakannya kepadaku, dan kepada kedua ibu bapaku dan dorongkanlah aku untuk membuat amalan salih yang Engkau meredhainya”
(Al Ahqaf: 15)

Apabila anda di peringkat usia empat puluhan, keperluan spiritual anda turut meningkat. Secara tabiie nya, anda akan menjinakkan diri dengan majlis-majilis ilmu dan mendampingi golongan yang meningkatkan saham akhirat anda, dengan lebih kerap lagi. Anda akan rasa tertekan jika anda dilingkungi teman-teman yang tidak berfokus ke arah ini atau lebih cenderung dengan material atau membawa isu-isu yang boleh merosakkan dirinya dan amalan anda. Sampai ke suatu tahap, anda lebih bahagia jika tidak kerap menemuinya dan tidak mendapat maklumat tentangnya. Jika di suatu ketika, dia pernah menjadi sahabat karib anda, anda lebih rela menderita menanggung kerinduan daripada bertemu dengannya dan membuatkan diri anda senggsara selepas pertemuan tersebut. Anda berdoa agar Allah ganjari segala penderitaan itu semata-mata keranaNya.



Seperti mana kata-kata Imam Al Ghazali dalam Mukhtasar Ihya' Ulumiddin bahawa "memutuskan hubungan dengan orang yang bodoh itu ibadah kepada Allah"


Ulama' pula bersyair:


"Aku tidak takut musuh yang pandai.
Aku takut teman yang baru gila.
Akal itu hanya satu macam.
Sedangkan gila itu banyak macamnya."


Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah memberinya teman yang SOLEH. Jika dia lupa, teman itu mengingatinya. Jika dia ingat, teman itu menolongnya"


Berbahagialah kita jika kita belum lagi kaya raya tetapi diperkayakan dengan teman serta sahabat-sahabat yang menghiburkan! Buatlah pemilihan yang tepat. Allahu 'alam. Setakat ini dahulu...




Friday, 12 December 2008

Siapalah kita tanpa mereka...


Salam,
Sehari sebelum sambutan aidil adha, saya menerima sms daripada salah seorang pelajar saya yang bernama Ehsan ( Tok syeikh unit F5). Beliau menyampaikan berita sedih untuk kami kongsikan iaitu pulangnya ke rahmatullah ayahanda rakan seunitnya iaitu Azmi. Al Fatihah...Semoga Allah ampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amalannya dan menempatkan rohnya bersama para solihin. Hanya kata-kata perangsang sahaja yang dapat saya kirimkan kepada Azmi sekeluarga supaya redo dan tabah menghadapi ujianNya. Tidak dapat saya gambarkan emosi Azmi dalam mengharungi hari-hari tanpa ayah lagi di sisi dalam masa terdekat ini. Azmi...sabar dan redo dengan ketetapan Allah juga merupakan ibadah, insyaAllah.
Pembaca sekalian, berusahalah untuk berbuat baik kepada kedua ibubapa kita dengan kemampuan yang kita ada bagi meraih rahmat Allah yang tiada batasnya. Dengan hanya merenung wajah mereka berdua dengan penuh kasih sayang, kita beroleh ganjaran pahala daripada Allah. Ambillah peluang untuk mengucup tangan mereka seberapa kerap yang mungkin. Dakaplah mereka dan lafazkanlah "sayang" kepada mereka bagi menghargai kehadiran mereka dalam hidup kita. Bagi mereka yang berjauhan dengan ibubapa, peruntukkanlah masa untuk selalu menziarahi mereka. Gembirakanlah hati mereka dengan apa cara sekali pun mengikut kemampuan kewangan kita. Jadikan detik-detik kita menemui mereka sentiasa merupakan masa yang paling bahagia dan berkualiti kita bersama mereka...seolah-olah ia merupakan saat-saat terakhir kita dengan mereka...sama ada kita yang akan meninggalkan mereka atau salah seorang mereka akan meninggalkan kita buat selama-lamanya selepas pertemuan itu...
Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui betapa "berbunganya" hati saya apabila diberi kesempatan untuk menyambut hari ulang tahun saya yang ke-46 bersama ibu yang dikasihi. Ibu saya merupakan orang yang pertama mengucapkan "selamat hari jadi" pada detik 12:01 pada 5 November 2008 yang lalu. Ibu yang telah berusia 68 tahun itu saya bawa menaiki kapal terbang untuk (kali pertama ibu menaiki pesawat udara) bercuti di Kota Bahru, Kelantan selama 4 hari 3 malam. Ibu menyatakan terima kasih dan menzahirkan rasa seronok semasa pesawat melalui kepulan awan dalam perjalanan pulang ke KLIA.
Semasa dalam berperjalananlah kita akan mengenali seseorang itu dengan lebih rapat lagi...kita akan ketahui kekuatannya...kelemahannya...kesukaanya dan perkara-perkara yang menyebabkan dia tidak seronok.

Lebih kurang seminggu selepas itu, saya, ayah dan adik perempuan saya sekeluarga meredah persisiran pantai timor dalam satu ekspedisi berkereta yang telah lama dirancang oleh ayah. Saya bagaikan "co-pilot" ayah. Ayah yang seorang bekas tentera benar-benar melatih saya untuk mahir membaca peta Malaysia lengkap milik beliau dengan penuh disiplin dan sistematik. Banyak perkara tentang ketenteraan yang beliau ceritakan semasa ekspedisi kami. Tujuan asal kami ialah untuk ke Gambang yang terletak kira-kira 20km daripada bandar Kuantan, Pahang untuk meraikan majlis berkhatan anak saudara saya (cucunda ayah), Zairul Naim bin Zaidee pada hari sabtu pertama hari cuti sekolah. Kami menginap di Hotel Seri Malaysia, Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang cekap lagi mesra jika di bandingkan dengan hotel-hotel Seri Malaysia yang lain. Kami berpuas hati dengan rancangan Astro, hidangan sarapan yang enak lagi pelbagai dan yang paling mengembirakan kedua-dua anak saudara saya (anak-anak adik perempuan saya) ialah kolam mandi yang bersih. Saya "tabik spring" kepada ayah...beliau yang berusia 71 tahun, merupakan seorang pemandu yang cekap lagi cermat. Kami menyusuri pantai Cherating, Pahang singgah sebentar di pantai Rantau Abang, Terengganu untuk menikmati udara segar dalam setengah jam, makan tengahari di bandar Kertih, Terengganu dan akhirnya menginap di Hotel Temenggong di Kota bahru, Kelantan serta makan "ayam percik Yati" pada malam hari nya. Saya ada juga "merenggek" kepada ayah untuk singgah di Kemaman untuk menikmati sata dan keropok lekor di Besut tapi semuanya tidak dilayan oleh ayah...takut juga saya memaksanya nanti tak pasal-pasal kena tengking oleh ayah pulak...teruslah hilang "mood" kami untuk bercuti. Saya tahu kenapa ayah mengejar masa...ayah sukar memandu pada waktu malam kerana beliau rabun malam (alhamdulilah saya tidak mewarisi penyakit itu tapi kakak saya Noraini mendapat tempias rabun ayah). Sudah menjadi kelaziman saya untuk menjamu selera sepuas puasnya dengan juadah tempatan sambil melancung. Bagi saya, pasar Siti Khadijah adalah syurga makanan bagi saya walaupun berulang kali saya ke sana...saya tidak jemu dengan kepelbagaian hidangan yang ditawarkan. Alhamdulilah. Kami pulang melalui Grik setelah sedikit tersasar selama setengah jam di Kuala Krai. Setelah hujan lebat di Kuala Kangsar, akhirnya ayah benarkan saya memandu selama lebih kurang empat puluh minit. Saya memandu bagaikan dipantau oleh pengarah JPJ. Apabila hujan telah reda, emosi saya turut reda apabila mengembalikan "steering" kereta kepada ayah. Sejak dari hari itu, hubungan saya dengan ayah lebih akrab, saya diminta untuk menemaninya ke sana dan ke sini untuk sesuatu urusan...bagaikan "body guard" ayah...( ada sedikit "perasan"). Begitulah sedikit perkongsian aktiviti saya bersama kedua-dua orang tua saya...Ia cukup membahagiakan saya walaupun tindakan saya tidak seberapa jika dibandingkan dengan peluang anda untuk berinteraksi dengan ibu dan ayah anda yang lebih terbuka dan kerap. Allahu 'alam...sekadar renungan bersama. Jumpa lagi...

Saturday, 6 December 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha...1429H

Salam,

Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan pengalaman "spiritual journey" saya pada musim haji 1428H yang lalu. Allah sahaja yang Maha Mengetahui...memberi peluang saya menjadi tetamuNya...detik paling istimewa, bermakna dan paling berharga yang tidak akan saya lupakan hingga ke akhir hayat....Esok merupakan hari wukuf...waktu kemuncak doa anatara 5.09 pm hingga 10.38pm waktu Malaysia. Esok juga disunnatkan berpuasa. Allahu 'alam.

Thursday, 4 December 2008

Menghayati Roh Pengorbanan II...



Salam...



Pada 14 Oktober 2008 yang lalu, saya dan semua warga Jabatan Sains IPIP khususnya unit F5 telah menganjurkan "Science Fair 2008". Projek yang pada asalnya di skala kecil-kecilan telah menjadi "mega" walaupun sambutannya di peringkat Institut dengan penglibatan langsung tiga buah sekolah rendah berhampiran IPIP dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Kami terhutang budi kepada ketua Jabatan Sains, Tuan Haji Lokman Hakim Bin Abdul Wahid yang memberikan sokongan penuh yang berterusan dan mempengerusikan beberapa siri mesyuarat sebelum berlansungnya pesta tersebut. Para pensyarah, pelajar dan staf bukan akademik telah bertungkus lumus di "booth" dan melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi tanpa mengira masa, tenaga dan wang yang dibelanjakan sebelum hari keramaian. Segala pengorbanan dan penat lelah seolah-olah terlunas setelah program sehari suntuk itu dirasmikan oleh Pengarah IPIP, Tuan Haji Abdul Kadir Bin Basiran (bukan mudah bagi beliau untuk meluangkan masa dengan jadual tugas yang ketat) dan dilaksanakan dengan jayanya.
Cuba renungkan sedutan refleksi daripada Muhammad Rafiq selaku pengurus projek:
"Pameran yang julung-julung kali diadakan ini telah melibatkan banyak usaha tidak kira daripada kalangan pensyarah terutamanya pensyarah-pensyarah Jabatan Sains, staf-staf IPIP mahupun pelatih-pelatih atau fasilitator-fasilitator projek. Persiapan yang dilakukan seawal sebulan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan. Pameran yang membawa objektif memupuk kesedaran dan pengetahuan sains di kalangan warga IPIP, masyarakat dan warga pendidik institusi-institusi pendidikan setempat melalui pelbagai aktiviti yang mendidik, interaktif lagi menghiburkan jelas telah mencapai matlamatnya apabila maklum balas yang ditulis dalam buku pelawat kebanyakannya menyatakan mereka telah belajar sesuatu daripada pameran ini. Namun bagi saya, pameran ini juga merupakan platform kepada kami jawatan kuasa kerja khususnya pelatih unit F5 untuk menonjolkan bakat kepimpinan dalam merancang dan melaksanakan sesuatu projek di mana akan menjadi perkara biasa apabila di sekolah nanti."

Para pelajar unit F5 sentiasa dekat di hati saya. Sejak tahun 2006, selama tiga semester tempoh persediaan hinggalah dua semester di 2008 program pengijazahan bermula, kami telah berkongsi banyak peristiwa suka dan duka. Kuliah bersama mereka merupakan makmal kajian tindakan saya yang berkaitan dengan senyuman. Saya melihat sendiri perubahan positif berlaku dalam diri mereka. Mereka juga mengakui perubahan komunikasi yang lebih positif di antara kami. Perubahan memerlukan masa...diukur seadil-adilnya tanpa sebarang perasaan prajudis kerana kita semua insan bukan barangan keluaran kilang yang "zero defect" yang sentiasa dikawal bagi menepati piawaian ISO. Kenangan manis dan segalanya yang berkaitan dengan unit F5 telah menjadi "sentimental value" buat saya. "Science Fair 2008" ini telah menjadi icon kesungguhan berkerja dan hubungan erat di antara mereka. Selain daripada mengecapi hasil dan keseronokan, lagi berharga pengalaman yang dilalui dalam proses penghasilan sesuatu itu...melaluinya kita mendidik dan mematangkan diri. Saya doakan "Science Fair" yang lalu akan menjadi titik tolak untuk merintis laluan kecemerlangan dalam setiap tindakan serta kualiti tugasan mereka pada masa depan sehingga merealisasikan segulung ijazah pendidikan kelas pertama, amin. Tidak mustahil untuk mencapai cita-cita dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan keyakinan yang tinggi disertai dengan tautan yang kukuh kepada Maha Pencipta. Seperti mana kata madah pujangga:


" Sesungguhnya kenyataan hari ini adalah impian semalam,
dan impian hari ini menjadi kenyataan esok hari"


Pada hari yang indah itu, lagu "kau di hati ku" sentiasa berkumandang di udara IPIP...
Jangan menangis bertenanglah
Peganglah tanganku dan digenggam erat
Ku melindungi dari apa yang datang
Berhentilah menangis
Tubuhmu kecil bertenaga
Dalam dakapanku kau tenang dan lena
Pertalian kita takkan terputus
Berhentilah menangis
Kau dihatiku
Kau dihatiku
Hari ini dan selamanya
Kau di hatiku
Walau apa katanya
Oh... kau di hatiku
Selamanya
Mengertilah apa yang kami rasa
Tak berkeyakinan apa yang dikatanya
Kami berbeza tapi di hati kami
Tiada apa yang berbeza
Jangan kau dengar mereka tak tahu
Saling memerlu dan membantu
Di suatu masa kutahu
Destinasi tiba kau harus tabah
Ku 'kan bersamamu bersabarlah
Di suatu masa kutahu
Buktikan bersama kau
Selamanya
Bersamamu
Ku selalu bersamamu
Selama-lamanya
Pandanglah ke bahumu (3X)
Di sisimu selamanya

"Strive For The Best and Be The Best F5!"

Tuesday, 2 December 2008

Menghayati Roh Pengorbanan I...

Assalamu 'alaikum wbt & Selamat bercuti warga pendidik serta para remaja yang dikasihi,

Jika diikutkan kata hati, memang rasanya ingin tidur, berehat dan bersantai sepanjang masa sejak mula bercuti pada pertengahan bulan November yang lalu. Alhamdulilah, Allah sentiasa memimpin segala tindakan kita jika kita selalu memohon pimpinanNya setiap masa. Setiap perkara berlaku bagai diatur untuk menjadi pengajaran bagi kita yang mudah lalai dengan kehidupan dan kurang bijak menguruskan diri. Banyak peristiwa yang boleh dijadikan peringatan betapa berharganya masa, pengisian kehidupan dan erti pengorbanan mereka yang kita kasihi dan mereka yang mengasihi kita sama ada dizahirkan atau pun tidak tetapi melalui beberapa pentunjuk, mereka sebenarnya memang mengasihi kita serta mereka di dalam organisasi kita atau di luar organisasi kita...yang bersama-sama dalam perjuangkan kehidupan....

Peristiwa yang ingin saya kongsikan bersama ialah peristiwa kematian rakan pensyarah Encik Chong Lip Keong di Jabatan Matematik lebih sebulan yang lepas. Mendiang segak, berbadan rembang dan tinggi lampai orangnya. Berusia di awal lima puluhan dan masih bujang. Seorang yang rajin berkerja, "Mesra Alam" dan kadang kala "moody". Pemandu kereta yang sangat cermat. Saya berpeluang menjadi penumpangnya berserta seorang lagi rakan pensyarah perempuan semasa menghadiri kursus beberapa tahun yang lalu. Mendiang seorang berpengetahuan luas di dalam bidangnya khususnya matematik dan mandarin. Seorang pencinta ilmu pengetahuan, berjiwa seni dan penulis buku-buku kesusasteraan bahasa Cina yang konsisten. Mendiang merupakan pensyarah mandarin sambilan di UITM, Tronoh. Mendiang tidak lokek ilmu, sentiasa ingin berkongsi apa yang beliau hasilkan atau temui untuk dinikmati oleh semua rakan-rakan. mendiang sering ditemui di padang Polo untuk bersenam bagi mengekalkan tahap kesihatan yang tinggi. Hingga di saat-saat akhir hayatnya, beliau ditemui menghembus di saat terakhirnya sambil bersenam di atas sofa di kediamannya di Taman Perpaduan yang mendiang miliki dan tinggal bersendirian ( keadaan jenazah dan "dumb bell" yang ditemui di sampingnya sebagai bukti). Rakan-rakan pensyarah bergegas ke rumah mendiang , apabila beliau telah gagal dijejaki selama empat hari. Masih tergiang-giang lafaz "good morning" yang mendiang lemparkan kepada saya dua minggu sebelum mendiang diserang penyakit jantung. Kehilangan mendiang turut saya rasai hingga ke hari ini. Pemergian mendiang untuk selama-lamanya, menginsafkan saya tentang nilai kehidupan dan hubungan sosial yang sihat di kalangan ahli masyarakat serta saling ambil berat tentang rakan, sahabat dan ahli keluarga kita walau di mana mereka berada.
Minggu yang lepas, warga Institut Perguruan di seluruh Malaysia turut digemparkan dengan kematian secara tiba-tiba.. Allahyarham Dato' Razali Ismail ( semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama para solihin, amin) bekas pengarah Bahagian Pendidikan Guru dan timbalan menteri pelajaran akibat serangan jantung semasa bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland. Terasa baru semalam, kami mendengar ucapan dasarnya yang penuh berwawasan, namun tidak semuanya berkesampaian.
Tidak lupa juga dengan trajedi kepulangan ke rahmatullah, Allahyarham ustaz khairuddin di stesen Petronas, Jelapang yang sungguh menyayatkan hati kita semua.

Para pembaca budiman, inilah realiti dan ciri-ciri ajal. Maut datang pada waktu yang kita tidak dapat dijangkakan dan pada detik kita paling kurang bersedia. Ketiga-tiga insan yang dikisahkan di atas, masih ingin meneruskan kehidupan dan perjuangan mereka jika kita "mampu bertanya kepada roh mereka". Hakikatnya, khidmat dan pengorbanan mereka masih lagi diperlukan oleh keluarga dan masyarakat. Ketiga-tiga insiden ini menyedarkan kita betapa rapuhnya kehidupan dunia, maut akan menjenguk kita tepat pada masanya tanpa mengira agama yang kita anuti, darjat serta pangkat. Menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa berusaha dan mengharapkan, setiap detik yang kita lalui dipenuhi dengan aktiviti-aktivi yang berguna dan menepati piawaian Allah. Yang lebih penting lagi, semuanya nanti dikira sebagai ibadah oleh Allah, insyaAllah. Kita mempunyai misi...kejadian kita bukan sekadar kebetulan...bukan sekadar untuk mengisi masa...tapi kita telah diprogramkan sejak azali untuk memikul tanggungjawab yang besar dan murni...memakmurkan bumi Allah ini dengan kalimahNya dan melaksanakan Islam sebagai satu-satunya cara hidup...Allah mengingatkan kita supaya sentiasa sedar dengan misi kita...tidak mabuk dan lalai dengan kehidupan kerana....setiap tindakan kita akan dipertanggungjawabkan...Awasilah masa kita...sama ada kita seorang penganut agama Islam atau bukan Islam, anak, ibubapa, pelajar, pendidik, remaja, dewasa, lelaki, perempuan, miskin, kaya, cantik, hodoh dan sebagainya...jangan biarkan ia berlalu dengan sia-sia.

Firman Allah dalam surah At- Takathur: 1-8 yang bermaksud:

"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur.
Sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),
kemudian sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui.
Sekali kali tidak!Sekiranya kamu mengetahui dengan pasti,
niscaya kamu akan benar-benar melihat neraka jahim,
kemudian kamu benar-benar akan melihatnya dengan mata kepala sendiri.
kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang megah di dunia itu)".

Memang benarlah kata-kata Allah. Allahu 'alam...hingga jumpa lagi...