Semerbak Kasturi

"Sesungguhnya orang-orang berbakti benar-benar berada di dalam (syurga yang penuh) kenikmatan, mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni(tidak memabukkan)yang tempatnya masih dilak (disegel), laknya dari KASTURI. Dan yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba.
(Al-Mutaffifin: 22 - 27)

BINA HARAPAN MALAYSIA

Sunday, 10 March 2013

"Orang Yang paling Baik Di Antara Kamu..."



"The Journey Of Life Is Beautiful As Long As You Are Traveling With Allah Subhanahu wa ta'ala."


KENYATAAN MEDIA
SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA
WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
8 Mac 2013

Hari ini sekali lagi, wanita di seluruh pelusuk dunia merayakan sambutan Hari Wanita Sedunia. Sejak 1911, 8 Mac dinobatkan sebagai hari untuk memberi sokongan dan mengiktiraf sumbangan dan peranan wanita dalam pembangunan masyarakat dunia. Bagi wanita Islam, pemartabatan wanita telah dinobatkan jauh lebih awal dari 8 Mac 1911, iaitu ketika junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. diangkat sebagai utusan Allah Ta’ala, sebagai Rasul yang membawa rahmat ke seluruh alam. Beliau adalah contoh ikutan yang paling benar telah menunjukkan kepada kita jalan dan cara hidup yang selamat di dunia dan akhirat.
Justeru itu, Rasulullah s.a.w. amat dekat di hati kita semua kerana bagindalah pejuang ulung yang telah memartabatkan dan meletakkan wanita di tempatnya yang sebenar, meletakkan wanita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum Adam, kedua-dua mereka jenis Adam dan Hawa ini mempunyai kedudukan yang sama di hadapan Pencipta ‘Azza wa Jalla, itu sebagai hamba kepadaNya semata-mata.
(Az-Zariyat, 51: 56).
Terlalu indah dan mahal untuk dikenang, bila Baginda pernah bersabda "Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah orang yang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadis riwayat At-Tirmizi).
Rasulullah s.a.w telah mengangkat darjat wanita dan memimpin mereka untuk memainkan peranan yang sebenar. Baginda mengajar kita agar memuliakan wanita sebagai ibu, mencintainya sebagai isteri, mendidik dan mengasihinya sebagai anak dan melindunginya sebagai saudara kandung. Wanita bebas mempunyai identitinya sendiri, boleh memiliki dan mewarisi harta dan dianjurkan untuk berperanan aktif dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
Tema Hari Wanita yang dipilih oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi tahun 2013 ini adalah “A promise is a promise: Time for action to end violence against women” – Janji adalah janji : Masa untuk bertindak memberhentikan keganasan terhadap wanita .
Wanita IKRAM menyokong tema ini dan merasakan ianya amat sesuai dan mesti diangkat secara besar-besaran kerana walaupun wanita secara umumnya sudah pun memperolehi peluang bekerjaya dengan menunjukkan kejayaan yang membanggakan di pelbagai bidang, namun situasi kesejahteraan, keselamatan dan keamanan wanita tidak nampak jauh berubah. Indeks kesejahteraan wanita masih menunjukkan angka-angka yang begitu menyedihkan.
Maklumat menunjukkan seorang dari tiga orang wanita dan gadis di dunia pernah menjadi mangsa keganasan sama ada dipukul, dijadikan habuan seks, didera dan dianiayai melalui pelbagai cara. Seorang dari empat orang wanita dizalimi dan didera semasa mengandung. Di Malaysia , setiap hari secara purata enam orang wanita dan gadis dirogol, namun bilangan sebenarnya jauh lebih tinggi kerana hanya 25% kes rogol yang dilaporkan. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 2007 hingga Februari, 2012 menunjukkan sebanyak 18,124 kes keganasan rumahtangga dilaporkan iaitu 3,756 kes pada 2007; 3,769 (2008); 3,643 pada 2009; 3,173 (2010); 3,277 (2011) dan 506 kes untuk dua bulan pertama tahun 2012. Walaupun bilangan ini nampak mendatar, namun purata sebenarnya lebih 3,000 wanita diganasi dalam rumahtangga sendiri oleh orang yang sepatutnya menyayangi dan melindungi mereka, keadaan ini merupakan satu perkara yang sangat perlu dipandang serius dan mesti ditangani dengan segera. Bayangkan tahun 2012 berlabuh dengan kejadian yang sangat menyayat hati, berlaku di Kedah; seorang suri rumah berusia 17 tahun ditemui mati, dipercayai dibunuh oleh suami yang baru dikahwini enam bulan sebelumnya, satu tempoh masa yang sepatutnya masih dalam berbulan madu.
Usaha-usaha menangani keganasan terhadap wanita ini, tidak mungkin dapat dilakukan oleh golongan wanita sahaja ataupun melalui usaha yang terpancar-pancar. Satu usaha bersepadu yang melibatkan kaum lelaki dan wanita bersama-sama seluruh anggota masyarakat mestilah dirancang dengan segera.
Wanita IKRAM ingin menegaskan bahawa usaha-usaha ini mestilah bermula dengan program-program pembangunan syahsiah/jati diri lelaki dan wanita dalam masyarakat, memahami peri pentingnya keseimbangan dalam memenuhi tuntutan-tuntutan kebendaan, fizikal, spiritual dan emosi. Wanita IKRAM juga berpandangan sebarang agenda untuk membangunkan wanita (dan lelaki juga) tidak boleh dipisahkan dari agenda untuk membangunkan keluarga yang merupakan unit asas dalam pembentukan sebuah negara. Kami menyeru agar semua pihak sama-sama mengarusperdanakan agenda keluarga dalam setiap polisi dan aktiviti pembangunan masyarakat.
Dengan ini, sempena sambutan Hari Wanita Sedunia tahun 2013 , Wanita IKRAM ingin menyarankan beberapa langkah berikut:

1. Setiap anggota masyarakat lelaki dan wanita mestilah kembali mengamalkan cara hidup Islam berpandukan ajaran agama. Bagi umat Islam, tiada jalan lain untuk mengembalikan kegemilangan ummah dan tamaddunnya serta memartabatkan kembali wanita ke tempatnya yang sebenar selain dari berpegang kepada ajaran Islam sepenuhnya. Ajaran Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w mestilah dipelajari bersungguh-sungguh dan diamalkan dalam setiap aspek kehidupan.
2. Usaha-usaha proaktif pencegahan keganasan mestilah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memberikan pendidikan dan kemahiran bagi setiap lelaki dan wanita, supaya menjadi lebih bertanggungjawab di samping dapat mengelakkan diri dari menjadi mangsa keganasan apatah lagi menjadi pelaku keganasan. Pendidikan ini bukan hanya tertumpu untuk meningkatkan kecerdasan intelek seseorang, malah yang lebih penting adalah meningkatkan kecerdasan dan kemahiran mengurus emosi dan spiritual seseorang.
3. Penguatkuasaan undang-undang yang tegas lagi berkesan mestilah dilaksanakan kepada pelaku keganasan supaya hukuman yang setimpal itu dapat menjadi iktibar yang ditakuti oleh orang lain. Pendidikan berterusan untuk meningkatkan kepekaan dan kecekapan para petugas badan-badan yang bertanggung jawab mestilah sentiasa dijalankan supaya hak dan keselamatan wanita dapat terus dipertahankan. Sistem kehakiman dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih mesra wanita mestilah diusahakan bagi menjamin kesejahteraan dan pembelaan terhadap wanita.

Semoga , dengan usaha ini, matlamat kita untuk menjadikan bumi yang dipijak dan seluruh dunia menjadi tempat yang sejahtera dan selamat dari sebarang bentuk keganasan, dapat kita capai dengan jayanya. Ayuh! Semua lelaki dan wanita, marilah bersama-sama kita berusaha mencari jalan memberhentikan keganasan terhadap wanita, ketahuilah bahawa wanita itu belahan daripada lelaki!!!

Selamat Hari Wanita 2013.
Ustazah Maznah Daud

Ketua Wanita Pertubuhan
IKRAM Malaysia



Tahniah juga...Timbalan Ketua DMPP (Dewan Muslimat PAS Pusat) Dr Siti Mariah Mahmud menghadiahkan jambangan bunga mawar merah kepada Pegawai Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Darlina Darno

Thursday, 7 March 2013

Yang Mana Satu Pilihan Akal...!





MENJAWAB PERSOALAN "ANTARA CALON MUSLIM & CALON NON-MUSLIM " SIAPA YANG PATUT DIBERI UNDI

Dalam kelas bersama Fadhilatus Syaikh Prof Dr Ra'fat Uthman Hafizahullah di Darul Ifta' sebentar tadi saya bertanya soalan

(Fadhilatus Syaikh merupakan salah seorang Anggota Hai'ah Kibar Ulamak Al-Azhar As-Syarif,Dekan Kuliah Syariah Wal Qanun Al-Azhar As-Syarif sebelum ini

Beliau disebut oleh Fadhilatus Syaikh Alii Jum'ah Hafizahullah sebagai salah seorang Ahli Ilmu yang Besar di Mesir dan Seorang Faqih Muhaqqiq Mudaqqiq) :

"Sekiranya ada dua Calon yang bertanding Kerusi Parlimen, Seorangnya Muslim tetapi mempunyai rekod pentadbiran yang buruk dan penyelewengan dan seorang lagi pula adalah Calon Bukan Muslim tetapi rekod pentadbiran dan pengurusannya baik dan telus.

Bolehkah saya memberikan Undi kepada Calon Bukan Muslim tersebut?"

Fadhilatus Syaikh Hafizahullah menjawab :

"Ya. Boleh. Takkanlah kita ingin memberikan amanah kepada mereka-mereka yang akan merosakkan dan tidak membawa maslahah kepada negara?

Sekiranya bukan Muslim tersebut mampu melaksanakan tugas dengan baik membawa kebaikan buat negara dan Calon Muslim pula sebaliknya, kita perlu memberikan undi kepada yang boleh membawa kebaikan buat negara.

Sekiranya awak ada harta dan tanah yang ingin diuruskan,dan ada dua calon yang meminta untuk menguruskannya,seorangnya Muslim tetapi tidak pandai mengurus dan seorang lagi Bukan Muslim tetapi mampu mengurus, pastilah tugas tersebut perlu diberi kepada Bukan Muslim yang mampu mengurus."

Saya bertanya lagi :

"Ada yang berhujah dengan Ayat Al-Qur'an yang melarang Golongan Mukmin mengambil 'Wali' selain dari Mukmin."

Fadhilatus Syaikh menjawab :

"Ahli Parlimen bukanlah 'Wali Amri'. Ahli Parlimen mempunyai tugas yang kita semua maklum di Dewan Rakyat contohnya membincang dan memberi pandangan ketika penggubalan undang-undang (dan membincangkan belanjawan negara dll).
Ahli Parlimen bukanlah 'Wali' sebagaimana yang dinyatakan oleh Ayat tersebut"

Begitulah lebih kurang perbicangan dan jawapan oleh Fadhilatus Syaikh Hafizahullah.

Tujuan saya berkongsi perbincangan ini bukanlah untuk fokus kepada isi jawapan beliau.

Tujuan utama saya adalah untuk menunjukkan perbezaan yang sangat ketara apabila 'Ahli Ilmu dan Faqih' berbicara soal hukum hakam berbanding 'Mereka yang tidak berkeahlian' yang cuma bercakap atas dasar semangat dan sentimen.

Berhati-hatilah wahai sahabat-sahabat sekalian dalam berbicara Soal Hukum Hakam dan bercakap dengan Ayat-Ayat Allah. Ianya adalah Amanah.
Amanah itu perlu kepada 'Quwwah'.
'Quwwah' dalam berbicara soal hukum hakam adalah 'Lengkapnya diri dengan Ilmu-Ilmu yang disyaratkan oleh Para Ulamak Ummah untuk melayakkan seseorang berbicara soal hukum hakam'.

Semoga Allah melimpahkan RahmatNya yang berpanjangan buat Para Ulamak Al-Azhar As-Syarif dan Semua Ulamak Ummah yang Benar dan Mukhlisin, yang telah mengajar dan mendidik kami erti Amanah dan Beradab dengan Ilmu.




Sumber dari: Ustaz Muhammad Norazam Bahador

Wednesday, 27 February 2013

Archived...



Tiada dalam ilustrasi ialah An-Nur, AUSIS, IKRAM UK&IRE, IKRAM Randouneers, Salam Iraq, IKRAM Mesir, IKRAM Junior, GEMA.

Di kongsikan penjelasan dari Tn Hj Nahar Md Nor (JKP IKRAM) tentang kekeliruan masyarakat tentang IKRAM dan hubungan atau tiada hubungannya dengan ISMA

Sejak ISMA mengumumkan untuk menghantar calon untuk bertanding dalam PRU 13 atas tiket Berjasa, ramai yang bertanya tentang perbezaan antara IKRAM, JIM dan ISMA. Ramai yang keliru. Oleh itu eloklah diberi sedikit penjelasan.

JIM dan ISMA serta beberapa kalangan lain pernah berada dalam satu Jamaah. JIM dan ISMA ditubuhkan oleh Jamaah ini setelah disyurakan. Syura kemudiannya memutuskan untuk menubuhkan IKRAM dengan restu IM.

Kepimpinan ISMA telah mengambil keputusan untuk tidak bersama IKRAM. Mereka juga membawa keluar ISMA dan Aman Palestine yang mana kedua-duanya telah ditubuhkan dan dibina bersama-sama oleh ahli-ahli Jamaah tersebut.

Tindakan merampas dan mengambil ISMA dan Aman Palestin secara tidak benar ini akan terus terpahat dalam sejarah. Ahli-ahli Jamaah yang telah banyak berkorban dan meyumbang bagi membangunkan ISMA dan Aman Palestin tidak akan dapat melupakan sejarah ini.

Setelah itu Aqsa Syarif ditubuhkan bagi terus melaksanakan usaha-usaha bagi membebaskan Palestin bagi menggantikan Aman Palestin.

Pada masa yang sama JIM dalam proses pembubaran.

Maka ingin diperjelaskan bahawa:

1. ISMA kini tidak ada kaitan dengan IKRAM at
au JIM.
2. Tindakan ISMA untuk bertanding dalam PRU 13 tidak ada kaitan dengan IKRAM atau JIM.
3. IKRAM dan JIM tidak merestui tindakan ISMA menggunakan nama-nama dan ucapan-ucapan pimpinan IKRAM atau JIM bagi menyokong mana-mana calon mereka.

Semoga masyarakat mendapat penjelasan dan tidak keliru dengan tindakan yang membelakangkan kesatuan ummah dan kesatuan gerakan-gerakan Islam ini.

Saturday, 16 February 2013

"Hakikat Kehidupan: Halal Yang Dihisab, Haram Yang Diazab..."



"Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa." [Fatir:10]

Thursday, 7 February 2013

Ayat-Ayat Cinta, Belitan Manja & Tenungan Memukau...Yang lemah...Terjerat Akhirnya!








Gendang sedang dipalu, pujuk rayu sedang berlaku, PRU13 semakin hampir... merealisasikan undi kita sebagai ibadah! Kemenangan & Kalah, Pejuang hakiki terserlah di sisi Allah...Semoga dipermudahkan oleh Allah, ameen




Friday, 18 January 2013

Kasih Sehingga Hujung Nyawa....



اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَانًا لَا يَرْتَدُّ وَنَعِيمًا لَا يَنْفَدُ وَمُرَافَقَةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَعْلَى جَنَّةِ الْخُلْدِ.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keimanan yang tidak berbolak balik, kenikmatan yang tidak putus-putus dan perdampingan dengan Nabi SAW di syurga tertinggi yang kekal.”



"Kasih Padamu" - Hafiz Hamidun

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku

Wednesday, 16 January 2013

Wednesday, 2 January 2013

Terdidik & Mendidik...Ameen


JIM dibubar setelah 22 tahun ungguli dakwah

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) akan dibubarkan, meninggalkan legasinya sebagai salah sebuah gerakan Islam di Malaysia yang amat aktif, lantang dan berkesan dalam menggerakkan massa sepanjang lebih dua dekad.
Keputusan untuk membubarkan JIM adalah selaras dengan hasrat pertubuhan tersebut untuk menyepadukan semua sumber organisasi di bawah organisasi baru iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

JIM dibubar“Kami memutuskan untuk membubarkan JIM bagi menyepadukan sumber-sumber organisasi bagi membolehkan kami melaksanakan tugas yang lebih besar dalam masyarakat demi melonjakkan lagi dakwah,” kata Zaid Kamaruddin, Presiden JIM ketika ditemui selepas Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) Khas JIM yang diadakan Sabtu lalu.

Satu PPN Khas yang dihadiri oleh lebih 200 orang perwakilan JIM dan Wanita JIM di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah dipanggil untuk membincangkan usul membubarkan JIM. Perhimpunan yang berlangsung di Kompleks Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur itu akhirnya sebulat suara meluluskan usul pembubaran JIM.

Perhimpunan khas tersebut juga telah meluluskan usul untuk memindahkan semua harta dan aset JIM kepada IKRAM.

IKRAM diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 22 Oktober 2009. Menurut Undang-undang tubuh Pertubuhan IKRAM Malaysia, IKRAM adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran Islam.

JIM dibubarkan JIM dibubarkan JIM dibubarkan

Menurut Zaid, kebanyakan ahli JIM yang aktif dalam amal dakwah dalam masyarakat kini menjadi ahli IKRAM dan membawa bersama pengalaman-pengalaman berharga. Mereka dijangka memainkan peranan yang lebih besar dalam IKRAM.

“Kekuatan yang ada pada JIM termasuk harta, aset maknawi serta institusi-institusi seperti sekolah, Hidayah Centre dan Raudhatus Sakinah akan diserahkan kepada IKRAM,” ujar Zaid.

“Pengalaman yang kita peroleh semasa bergerak di bawah JIM akan dimanfaatkan dalam membina tapak yang kukuh bagi penglibatan IKRAM dalam masyarakat,” katanya lagi.

Turut hadir dalam PPN Khas JIM ialah Timbalan Presiden JIM Syed Ibrahim Syed Noh, Naib Presiden Profesor Dr Sahrim Ahmad, Setiausaha Agung Nahar Md Nor dan Bendahari, Tuan Yaacob Tuan Sof serta Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat dan Wanita Pusat. Yang Dipertua dan Ketua Wanita Negeri-negeri dan Daerah-daerah juga hadir dalam perhimpunan bersejarah ini.

JIM ditubuhkan pada 27 Julai 1990 sebagai sebuah gerakan Islam yang memusatkan aktivitinya kepada misi membangun sumber manusia untuk melahirkan insan baik dan yang mengajak kepada kebaikan; membudayakan pendekatan perkongsian dan permuafakatan serta mengislah dan menggembleng masyarakat ke arah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat selaras dengan moto JIM, “Bersama Islam Membina Masyarakat”.

Dalam tempoh 22 tahun, JIM dipimpin oleh tiga orang tokoh Presidennya iaitu Saari Sungib, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Zaid Kamaruddin yang berjaya meletakkan JIM sebaris dengan gerakan Islam yang lebih awal bertapak di Malaysia.

Walaupun ditubuhkan pada tahun 1990, usaha dakwah dan tarbiah oleh aktivis-aktivis JIM bermula lebih awal iaitu sejak pertengahan dekad 1970-an lagi tatkala pelajar-pelajar Malaysia lulusan dari universiti-universiti di United Kingdom dan Mesir kembali ke tanah air.

Gerakan dakwah oleh kumpulan ini kemudiannya dikukuhkan dengan penyertaan graduan dari Amerika Syarikat, Australia, Kuwait, India dan dari insitusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

Ditubuhkan oleh Saari Sungib dan sebuah jawatankuasa penaja, JIM dipimpin oleh Saari sehingga tahun 1999. Saari kini aktif dalam politik dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Hulu Kelang. Dr Mohamed Hatta dan Zaid pula kini masing-masing menjadi Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung IKRAM.

Sepanjang tempoh pengoperasiannya, JIM telah membina hubungan dan jaringan yang amat baik dan luas dengan pelbagai NGO dan juga parti-parti politik sama ada pemerintah atau pembangkang dan seterusnya berjaya mengambil tempat dan memainkan peranan berkesan dalam masyarakat.

Beberapa orang aktivis JIM berada dalam kepemimpinan gabungan NGO-NGO yang berpengaruh dan bereputasi di Malaysia seperti Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Malaysians for Free And Fair Election (Mafrel), Bersih 2.0 dan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).

JIM dibubarkan“Setiap penglibatan kami dalam gabungan-gabungan NGO ini adalah selaras dengan objektif dan prinsip perjuangan kami,” tegas Zaid mengenai pembabitan JIM dalam gabungan lain.

“Jadi, penglibatan luas ahli-ahli JIM akan dimanfaatkan dan diteruskan oleh IKRAM,” tambah Zaid, mengakhiri wawancara bersama wartawan MS ISMAIL.

(Sumber: jim.org.my)

Sunday, 30 December 2012

Sunday, 23 December 2012

Apabila Sentuhan-Nya Memenuhi Kalbu...





MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.


Barakallah Feeq

Sunday, 16 December 2012

Adakah Kita YB?



...memberi manfaat kepada orang lain, ameen. Allahu 'alam.

Thursday, 13 December 2012

Palestine United Us!






Latest:











Murdurer!


UPDATE : Israel awards its murderers !
Israeli police commander Ugnan Danino thanks and gives a standing ovation to " Nofar Mizrahi " after killing 17 year old Mohammed Al-Salaimah on 12/12/12 which was the same day as his birthday.




Cowardly IsraHELL!

Saturday, 8 December 2012

Thursday, 29 November 2012

Money Matters!...


"If you want happiness for an hour; take a nap. If you want happiness for a day; go fishing. If you want happiness for a month; get married. If you want happiness for a year; inherit a fortune. If you want happiness for a lifetime; help someone else."
Chinese proverbs...




Wednesday, 28 November 2012

Kepelbagaian Dalam Kebajikan...Selamatkan Anak-Anak Gaza!






KENYATAAN AKHBAR
1. MISI AQSA SYARIF KE GAZA: SELAMATKAN
KANAK-KANAK GAZA DARI ISRAEL PEMBUNUH
2. AFDLIN SHAUKI DUTA AQSA SYARIF

Tarikh: 28 November 2012
Masa: 2.30 pm
Tempat: Anjung Mahligai, Hotel Singgahsana, Petaling Jaya

Serangan terkini yang dilakukan oleh Israel bermula pada 14 November 2012 adalah siri-siri kebiadaban regim Zionis ke atas jalur Gaza yang dikepung sejak tahun 2007. Serangan kali ini telah mengorbankan lebih dari 150 penduduk Gaza dan hampir 2000 lagi mengalami kecederaan parah. Aqsa Syarif yang telah menyalurkan bantuan kepada penduduk Gaza secara berterusan sejak tahun 2010 tidak berlengah lagi untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk Gaza yang terjejas akibat serangan terkini. Bermula hari kedua serangan, para sukarelawan yang berkhidmat bagi pihak Aqsa Syarif telah bertungkus lumus di Gaza menghantar makanan dan barangan keperluan asas yang lain kepada penduduk Gaza yang terjejas akibat serangan. Bantuan bernilai RM310,000 dalam bentuk masakan panas, sayuran segar dan barang-barang makanan asas serta ubat-ubatan telah berjaya diagihkan pada fasa pertama (sepanjang tempoh serangan selama 8 hari sehingga gencatan senjata dimetrai pada 21 November). Kini untuk fasa yang kedua bantuan tambahan sejumlah RM100,000 dari RM500,000 yang diperuntukan telah pun diagih-agihkan.

Sebagai langkah proaktif Aqsa Syarif sedang membuat persiapan terakhir untuk melaksanakan misi kemanusiaan A2G10-ER yang akan bertolak pada hari Khamis 29 November ini. Misi ini adalah misi yang terkini dari Sembilan (9) misi yang telah dilaksanakan oleh Aqsa Syarif sejak tahun 2010 (A2G – A2G9). Misi A2G10-ER adalah misi kemanusiaan Aqsa Syarif ke Gaza yang ke – 10 untuk Bantuan Kecemasan (ER – Emergency Relief). Misi yang melibatkan Pengerusi Aqsa Syarif Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan dua orang ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif iaitu Dr Ir Selamat Aliman dan Dr Fauziah Hassan adalah misi pembuka jalan untuk misi kemanusiaan yang akan digerakkan dalam tiga fasa pada bulan Disember 2012/Januari 2013. Ketiga misi tersebut yang akan diberi nama A2G11, A2G12 dan A2G13 yang masing-masing dijadualkan memasuki Gaza pada 3 Disember, 15 Disember dan 23 Disember 2012. Misi utama A2G11 akan menyaksikan penyertaan ikon komedi tanah air iaitu Afdlin Shauki dan crew beliau dari Vision Works seramai 6 orang.

Ketiga-tiga Misi A2G11, A2G12 dan A2G13 akan melibatkan para aktivis yang mempunyai kepakaran berdasarkan keperluan yang akan dikenal pasti oleh misi Pembuka jalan A2G10 nanti. Beberapa doktor pakar kanak-kanak dan psikiatri telah menyatakan kesediaan untuk menyertai misi-misi tersebut. Di antara mereka ialah Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom, pakar psikiatri terkenal, merangkap Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia. Di samping beberapa orang personaliti dan selebriti terkenal tanah air telah menyatakan kesediaan untuk bersama Aqsa Syarif dalam misi-misi tersebut. Perkembangan tentang ini akan dimaklumkan kepada pihak media dari masa ke semasa.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan atas sumbangan dari rakyat Malaysia yang amat membanggakan. Apabila tabung kecemasan Gaza (Emergency Relief) di umumkan pada 15 November 2012, Aqsa Syarif telah merekodkan sumbangan dari orang ramai yang kini mencecah RM2.1 juta. Walaupun Aqsa Syarif mensasarkan kutipan sebanyak RM1 juta dalam tempoh satu minggu namun pada minggu yang pertama jumlah sumbangan yang direkodkan ialah RM1.6 juta. Aqsa Syarif merasa amat terharu atas sokongan berterusan dari rakyat Malaysia. Sokongan padu tersebutlah memungkinkan Aqsa Syarif menyalurkan sebanyak RM9 juta sejak dua tahun yang lalu.

Inisiatif bantuan kepada penduduk Gaza dan Palestin umumnya kini dilonjakkan lagi dengan penampilan personaliti terkenal tanah air yang tidak mahu ketinggalan untuk menzahirkan sokongan mereka kepada usaha-usaha membantu rakyat Palestin yang dizalimi. Aqsa Syarif amat bertuah kerana ikon komedi terkenal tanah air iaitu Sdr Afdlin Shauki yang kini sedang berentap dalam siri Maharaja Lawak Mega 2012 di bawah kumpulan BOBOY telah menyatakan kesediaan beliau untuk menjadi duta Aqsa Syarif untuk merancakkan lagi usaha membantu rakyat Palestin. Aqsa Syarif mengambil peluang ini untuk mengumumkan perlantikan Sdr Afdlin Shauki sebagai Duta Aqsa Syarif secara rasminya. Afdlin Shauki dan crew beliau dari Vision Works akan menyertai misi A2G11 yang dijangka bertolak pada 3 Disember ini. Beliau akan menzahirkan rasa simpati rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza. Penyertaan beliau dalam misi ini adalah untuk meningkatkan lagi kesedaran rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan sosio ekonomi untuk membantu rakyat Palestin yang ditindas.

Aqsa Syarif yang mempunyai cawangan di 14 negeri dan 73 daerah di seluruh negara akan mempertingkat dan mempelbagaikan usaha bagi memudahkan rakyat Malaysia menyumbang kepada rakyat Palestin. Di antara program yang telah disusun ialah ride4Gaza anjuran Sekretariat Aqsa Syarif Johor pada 1 Disember di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Kempen Ride4Gaza dijangka mendapat sambutan dari 1000 peserta berbasikal (cyclist). Sekretariat Aqsa Syarif Selangor dan Wilayah Persekutuan juga akan menganjurkan konvoi untuk Gaza. Sekretariat Aqsa Syarif Pulau Pinang akan menganjurkan konvoi peringkat negeri di Padang Kota pada 15 Disember dengan penampilan istimewa Afdlin Shauki sebagai Duta Aqsa Syarif.

Kami memohon doa dari rakyat Malaysia agar semua anggota misi selamat melaksanakan amanah yang besar ini untuk memberi sinar kebahagiaan kepada penduduk Gaza. Sekalung penghargaan kepada semua rakyat Malaysia yang menyumbang melalui Aqsa Syarif dan pihak media yang membantu memperjuangkan isu kemanusiaan sejagat ini. Tabung A2G-ER masih dibuka dan rakyat Malaysia boleh menyumbang melalui akaun Maybank Islamic (551575004299) atau Bank Islam (12092010034904).


Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif Berhad

Friday, 23 November 2012

Isra-Hell Di Ambang KEHANCURAN...



Anwar Qudai, 20 tahun yang terbunuh dalam peristiwa pagi tadi akibat tembakan oleh tentera zionis israel di sempadan Gaza - israel di Khan Younis


"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya."

[Al-Isra':4-7]


"And We decreed for the Children of Israel in the Scripture: Ye verily will work corruption in the earth twice, and ye will become great tyrants.
So when the time for the first of the two came, We roused against you slaves of Ours of great might who ravaged (your) country, and it was a threat performed.
Then we gave you once again your turn against them, and We aided you with wealth and children and made you more in soldiery.
(Saying): If ye do good, ye do good for your own souls, and if ye do evil, it is for them (in like manner). So, when the time for the second (of the judgments) came (We roused against you others of Our slaves) to ravage you, and to enter the Temple even as they entered it the first time, and to lay waste all that they conquered with an utter wasting."


Kita berkata-kata dengan Allah melalui solat, Allah 'berkata-kata' dengan kita melalui Al Qur'an...janji Allah itu benar, KEMENANGAN Islam itu BENAR, KEHANCURAN Israel Itu PASTI! teruskan berdoa dan menyalurkan bantuan, saudara...

Wednesday, 21 November 2012

Allahu Akbar! Perjuangan Diteruskan...Doa, Boikot Barangan Israel & Hulurkan Sumbangan...


"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."

[Ali-Imran: 169-170]


Teruskan menyumbang melalui Aqsa Syarif !

TABUNG A2G EMERGENCY RELIEF AQSA SYARIF BERHAD di:
1) Maybank Islamic 551575004299
2) Bank Islam 12092010034904



I Grieve...


"....Jika Engkau mentakdirkan mati, Maka matikanlah pemilik hati-hati ini, Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH, Perkenankanlah permintaan ini."




I Grieve
By: Yasmin Mogahed


I lifted my head
Once more
Only to see
The sun had set,
The trees had slept,
And they’d all gone home

I grieve.

The sky that was clear
is now covered with fog.
My path, I no longer see.
Why try…when it’s all so gray?

I grieve.

Today I grieve
For what’s been lost.
My forgotten people,
still on their knees
before a snow god in spring

I grieve.

They’ve forgotten that prayer
And to whom they should call.
The Essence replaced
by mundane ritual,
empty symbols.
Their hearts… so tired,
jaded and worn

I grieve.

We are a people
defeated…but not conquered.

And somehow
I feel my blood return.
I will stand.
I will try.
And from beyond my grief,
I will see…

There are a people you can’t enslave.
A loyalty…you can’t buy.
For a land may be occupied…
but never a soul.

From beyond my tears
I’ll understand…
Today my people weep.
But tomorrow…Death will die,
as their tears give birth to a land
where…“on them shall be no fear
nor shall they grieve” (2:262).

Tuesday, 20 November 2012

Sudah Menggigit.. Allahu Akbar!


"(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka)."

[Al-Hasyr: 14]



Berikut adalah petikan daripada Ust Haris, seorang penggerak IKRAM Mesir mengenai isu serangan Israel terhadap Gaza.

Aslm

1. Dalam isu palestin dan Israel, mesir sejak sekian lama menjadi orang tengah

2. Ahad lepas, telah datang ke Cairo pemimpin tertinggi tentera Israel utk berunding dgn Mesir berkaitan isu serangan terhadap Gaza. Buat pertama kalinya dia membawa pulang 3 syarat utk berlakunya sebarang gencatan senjata dgn pihak Hamas. Sejam selepas kepulangannya ke Tel Aviv, berlakulan serangan paling sengit yg mengorbankan 26 syuhada', 12 drpnya drp satu keluarga, separuh drpnya kanak2 dan wanita . Serangan ini dilancarkan kerana Israel amat marah dgn syarat yg dikenakan oleh Hamas di samping melihat keupayaan Hamas memaksakan ketakutan kpd rakyat Israel yg mendiami Tel Aviv, Quds, Heifa, Iliyat dan menjadikan bandar2 ini ibarat neraka bagi mereka dan menghancurkan ekonomi Israel.

3. Perunding Hamas iaitu Khaled Mas' al dan Ramadhan Syalah telah meletakkan tiga syarat ini dalam pertemuan dgn Presiden Mursy, pengarah Perisikan Mesir dan Turki, dan Amir/ Raja Qatar. 3 Syarat ini disampaikan kpd perunding Israel oleh perunding Mesir( Perisikan Mesir)

A. Jaminan antarabangsa drp Amerika dan negara Barat utk tidak berlaku lagi sebarang serangan ke atas Gaza selepas ini dan tidak mengulangi lagi kedurjanaan Israel ini. Ianya juga tidak sekadar gencatan senjata dalam masa terdekat ini

B. Menghentikan tindakan membunuh pemimpin/ rakyat Palestin oleh Israel

C. Menamatkan kepungan terhadap Gaza dan membuka semua pintu masuk ke Gaza.

Manakala perunding Israel hanya meminta satu permintaan sahaja iaitu menghentikan serangan peluru berpandu Hamas dan Israel akan menghentikan serangan udara.

Israel juga sebenarnya takut utk melakukan serangan darat dgn memasuki Gaza kerana bimbang ttg keselamatan tentera mereka bila memasuki kawasan Gaza ( dicolek dsb). Ini diunhkapkan oleh ketua mereka secara terangan " tiada cadangan utk menawan Gaza atau sebarang serangan darat.

Rujukan. Makalah Muhammad Jamal Arafah, akhbar Hurriyah selasa 20 Nov.

Semoga Gaza dilindungi Allah melalui tangan2 mujahidin Qassam dan bantuan berbagai bentuk drp seluruh dunia twrmasuk drp kita semua.

Wassalam
Us Abd Haris, Cairo